الساهد في سبيل لله

الساهد في سبيل لله

Wednesday, September 7, 2011

halaman 298 kitab fiqhul_jihad yusuf al qardhawi...

Halaman 298 pernyataan/ claim bahawa menyalahi pandangan jumhur ulama' adalah bid'ah
Sebahaighian pendukung jihad ofensif/menyerang berdalih terhadap lawannya yang berpandangan bahawa islam adalah Agama perdamaian, memerangi non muslim yang berdamai itu tidak disyariatkan, dan perang yang disyariatkan hanya untuk menghilangkan kezaliman dan menangkis serangan terhadap islam dan pengikutnya, maka jihad ofensif/menyerang itu tidak wajib. Mereka bahawa pandangan ini bermaksud membuat perkara baru dalam urusan agama/bid'ah …yang dicipta para ulama' sekarang yang terpengaruh oleh budaya nion muslim dan tidak disebutkan oleh seorang dari para imam dan ahli mufassiriin di dalam maupun di luar mazhab yang diikuti. Ini adalah pandangan yang menyalahi ijma' dan masuk ke area bid'ah
Kerana itu, dengan rasa tawadhu' saya berkata… menjawab dalil ini mudah dan ringan kerana banyak kali p[ernyataan ijma' ulama' yang telah di tetapkan tersebut terdapat perbahasan dan perselisihan pandangan di dalam bab ini. Mengenai hal ini saya telah membuat beberapa contoh dalam kitab fiqh al_zakah. Bagi anda yang ingin mencari kepastian dan menambah ilmu sila baca
Imam ahmad berkata…" barang siapa menyatakan ijma' bererti ia telah berbohong yakni menyalahi terhadap apa yang dia ketahui kerana manusia berbeza pendapat, sedang ia tidak menegatuinya. Jika itu adalah suatu kemestian, kata kanlah "aku tidak menegathui orang orang yang berselisih pandangan…"


Pada perbahasan hal hokum jihad, saya telah menjelaskan bahawa sebagian ulama' salaf berkata "sesungguhnya jihad al_thalab hukumnya adalah nafilah/sunnah, bukan fardhu. Di antara mereka dari kalangan sahabat adalah Abdullah bin umar. Dari kalangan tabiin ada 'Atha' dan "amr ibnu Dinar. Darinkalangan tokoh ahli fgiqih ada ibnu Syubrumah dan Al Tsauri. Saya mengutip hal ini dari Ibnu Rusyd Al_Jadd yang hamper sama dengan pendapat ini….

No comments:

Post a Comment