الساهد في سبيل لله

الساهد في سبيل لله

Wednesday, July 20, 2011

hal fauna dan flora dalam Al_Qur'an

Surah At Takwir Ayat 5

• “Maka apabila binatang liar dikumpulkan” untuk mendapat Pembelaan dari Allah AzzawaJalla.

Tidak buleh membunuh haiwan melainkan dengan niat untuk dimakan. Dalilnya Sabda Rasulullah Salallahu alaihi wasalam:
Sesiapa membunuh burung dengan tujuan mensia-siakannya, maka ia menghadap Allah pada hari Qiamat dan berkata: Wahai Tuhanku, sesungguhnya si fulan telah membunuhku dengan sia-sia dan dia tidak membunuhku untuk dimanfaatkan (Hadis riwayat Ahmad:18976. AnNasa’i:4446 dan rujuk Ghayah Al Maram oleh Syeikh al Albani:4246.

Hadis no 1462 sahih Bukhari jilid 3:
Dari Abu Hurairah Radhiallahu anhu : Nabi SallAllahu alaihi waSalam bersabda” Apabila kamu mendengari kokok ayam, maka berdoalah kepada Allah untuk beroleh kurnia dariNya kerana Sesungguhnya ia telah melihat malaikat. Apabila kamu mendengar bunyi ringit keldai maka mohonkanlah Perlindungan dengan Allah dari bahaya gangguan syaitan kerana sesungguhnya ia telah melihat syaitan

Surah Al Maidah 5:3

Diharamkan ke atas kamu bangkai, darah dan daging khinzir


Allah swt telah berfirman :

"Katakanlah: "Tiadalah aku perolehi dalam wahyu yang diwahyukan kepadaKu, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali kalau makanan itu bangkai, atau darah yang mengalir atau daging babi - kerana Sesungguhnya semua itu kotor - atau binatang yang disembelih atas nama selain Allah. Barangsiapa yang dalam Keadaan terpaksa, sedang Dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, Maka Sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". (Al-An'am : 145)



Ayat 44 Surah al Isra’:
Langit yang tujuh lapis dan bumi yang tujuh lapis dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tidak ada suatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka sesungguhnya Dia adalah maha penyantun lagi Maha pengampun
Hadis Sahih Bukhari no 1131 jilid 3 (banyak kisah fauna dan flora)

Dari Abu Hurairah RadhiaLlahu anhu, Nabi Sallallhu alaihi waSalam, bersabda “Ketika seorang lelaki mengenderai lembu, maka lembu itu melenggong kepadanya sambil berkata “Saya diciptakan bukan untuk ini (dikenderai), saya diciptakan Allah untuk mengerjakan sawah ladang”. Ia berkata “Saya percaya dengan ucapan itu. Demikian jua Abu Bakar dan Umar. “Seekor Serigala (AzZi’bu) menangkap kambing, lalu diburu oleh pengembala. Serigala itu berkata “Siapakah yang akan menguasainya pada hari berkuasanya binatang buas? Pada hari itu tiada pengembalanya selain dari aku”. Dia berkata “Saya percaya, jua Abu Bakar dan Umar***

***keterangan: Keterangan ini mungkin hanya berupa kiasan.


Ayat 79 Surah Al Anbiya’:
Maka Kami telah beri faham/pengertian kepada Sulaiman tentang hukum (yang lebih tepat*) dan kepada masing-masing mereka telah kami berikan hikmah dan ilmu dan telah kami tundukkan gunung-gunung dan burung-burung. Semua bertasbih bersama Daud, dan Kamilah yang melakukannya

*Menurut riwayat Ibnu Abbas bahawa sekelompok kambing telah merosakkan tanaman di waktu malam. Maka yang empunya tanaman mengadu hal ini kepada Nabi Daud memutuskan bahawa kambing-kambing itu harus diserahkan kepada empunya tanaman sebagai ganti tanaman yang rusak. Tetapi Nabi Sulaiman a.s memutuskan supaya kambing-kambing itu diserahkan sementara kepada yang empunya tanaman untuk diambil manfaatnya. Dan orang yang empunya kambing diharuskan menggantikan tanaman itu dengan tanaman yang baru. Apabila tanaman yang baru itu telah dapat diambil hasilnya, mereka yang mempunyai kambing itu boleh mengambil kambingnya kembali. Putusan nabi Sulaiman a.s ini adalah keputusan yang lebih tepat.

Ayat 41 Surah An Nur:

Tidakkah kamu tahu bahawasanya Allah: kepadaNya bertasbih apa yang di langit dan di bumi dan juga burung dengan mengembangkan sayapnya. Masing-masing telah mengetahui cara solat dan tasbihnya, dan Allah maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan

Ayat 168 Al Baqarah:

Hai manusia, makanlah yang Halal serta baik (Halalan Thoiyiban), dari apa yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikuti langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.

Ayat 173 Surah Al Baqarah:

Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi dan binatang yang ketika disembelih disebut nama selain Allah**. Tetapi barangsiapa dalam keadaan terpaksa memakannya sedang ia tidak menginginkannya dan tidak pula melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Ayat 3 Al Maidah:

Diharamkan bagimu memakan bangkai, darah*, daging babi, daging haiwan yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan yang diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya**, dan yang diharamkan bagimu yang disembelih untuk berhala. Dan diharamkan juga mengundi nasib dengan anak panah itu)*** adalah kefasikan. Pada hari ini **** orang kafir telah putus asa untuk mengalahkan Ad-Din mu,sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada Ku, Pada hari ini telah Ku Sempurnakan bagi mu AdDin mu, dan telah Ku cukupkan kepada kamu ni’matKu, dan telah Ku ridhai ISLAM itu jadi AdDin mu. Maka barangsiapa terpaksa***** kerana kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.


*Ialah darah yang keluar dari tubuh, sebagaimana tersebut dalam surah Al An’am ayat 145.
**maksudnya ialah : binatang yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk dan yang diterkam binatang buas adalah halal jika sempat disembelih di atas nama Allah sebelum mati

***Al Azlam ertinya anak panah yang belum pakai bulu. Orang Arab jahiliah menggunkan anak panah yang belum pakai bulu untuk menentukan apakah mereka akan melakukan suatu perbuatan atau tidak.
Caranya ialah: mereka mengambil tiga buah anak panah yang belum pakai bulu. Setelah ditulis masing-masing iaitu dengan “lakukanlah”, “jangan lakukan” sedang yang ketiga tidak ditulis apa-apa, diletakkan dalam sebuah tempat dan disimpan dalam Kaabah. Bila mereka hendak melakukan sesuatu perbuatan maka mereka meminta supaya juru kunci Kaabah mengambil sebuah anak panah itu. Terserah nanti apakah mereka akan melakukan atau tidak lakukan sesuatu, sesuai dengan tulisan anak panak yang diambil itu. Kalau yang terambil anak panah yang tidak ada tulisannya, maka undian diulang sekali lagi.
****yang dimaksudkan dengan hari ialah masa iaitu masa haji wada’, haji terakhir yang dilakukan oleh Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam.

*****Maksudnya: dibolehkan memakan makanan yang diharamkan oleh ayat ini jika terpaksa seperti terlalu lapar.

Ayat 145 Surah Al-An’am
Katakanlah: Tiada aku perolehi dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya kecuali kalau makanan itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi, kerana sesungguhnya semua itu kotor, atau binatang yang disembelih atas nama selain Allah. Barangsiapa yang dalam keadaan terpaksa sedang dia tidak menginginkannya dan tidak pula melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha pengampun lagi Maha Penyayang.




Hadis Sahih Bukhari Jilid 1,No.413
• Asma binti Abu Bakar r.a memberitakan, bahawa pada suatu ketika nabi saw. Melakukan Shalat Kusuf (Shalat waktu gerhana matahari). Baginda berdiri lama, rukuk lama, kemudian berdiri lama, kemudian rukuk lama,kemudian bangkit dari rukuk dan sesudah itu sujud lama, kemudian bangkit lalu sujud lama.
• Kemudian berdiri kembali lama, kemudian rukuk lama,kemudian bangkit dan berdiri lama, kemudian bangkit lalu sujud kembali lama. Sesudah itu baginda melenggong memberi salam. Sabda baginda”Sesungguhnya dekat rasanya Syurga kepadaku, sehingga andaikan aku berani, dapat kupetikkan untukmu setangkai buah dari buah-buahannya.Tetapi neraka terasa dekat pula kepadaku. Sehingga aku berucap,”Ya,Tuhan,Apakah aku bersama mereka?” Tiba-tiba aku melihat seorang wanita yang kuduga dia dicakar kucing. Lantas aku bertanya”Apakah yang telah terjadi?” Jawab Mereka “Wanita itu telah mengurung kucing itu sampai mati kelaparan, tidak diberinya makan dan tidak pula dilepaskannya supaya kucing itu dapat haknya untuk mencari makan.”
Sahih Muslim no 2247 jilid 4
• Dari ‘Abdullah r.a. katanya Rasulullah saw. Bersabda :”Seorang wanita menyiksa seekor kucing dengan jalan mengurungnya sampai mati. Kerana itu wanita tersebut dimasukkan ke neraka. Kucing itu tidak diberikannya makan dan minum selama dalam kurungan dan tidak pula dilepaskannya supaya dia dapat mencari makan sendiri berupa rumput rumput yang tumbuh di bumi.
Hadis 2094 jilid 4 Muslim
Dari Amir bin Saad dari bapanya (Saad bin Abi Waqas) r.a. katanya “ Sesungguhnya Nabi saw. Telah memerintahkan supaya membunuh cicak dan baginda menamakanya “Si penjahat kecil)=Puwaisiqan

Hadis 2095 jilid 4 Muslim
Dari Abu Hurairah r.a. Nabi saw. Sabdanya “Siapa yang membunuh cicak satu kali pukul ditulis baginya pahala seratus hasanah, Siapa yang membunuhnya dua kali pukul, pahalanya kurang dari itu. Dan siapa yang membunuhnya tiga kali pukul, pahalanya kurang lagi dari itu”

Hadis 2096 Muslim jilid4
Dosa bunuh semut:
Dari Abu hurairah r.a dari rasulullah saw. Sabdanya:”Seekor semut menggigit seorang nabi diantara para nabi, lalu Nabi tersebut menyuruh bakar sarang semut itu lalu dibakarlah, Kemudian Allah swt mewahyukan kepadanya. “hanya seekor semut yang menggigitmu, lalu engkau musnahkan suatu umat yang selalu membaca Tasbih”

Sahih Muslim hadis 2097 jilid 4
Dari Abdullah r.a. katanya Rasulullah saw. Bersabda “Seorang wanita disiksa Allah pada hari Kiamat lantaran dia mengurung seekor kucing sehingga kucing itu mati. Kerana itu Allah SWT memasukkannya ke Neraka. Kucing itu dikurungnya tanpa diberi makan dan minum dan tidak pula dilepaskannya supaya ia dapat menangkap makanannya yang terdapat di bumi.
Sahih Muslim jilid 4 no hadis 2098
Sayangi hayawan
Dari Abu hurairah r.a katanya rasulullah saw. Pernah bercerita “Pada suatu ketika ada seorang lelaki sedang berjalan melalui sebuah jalan, lalu dia merasa sangat kehausan. Kebetulan dia turun ke sumur itu untuk minum. Setelah keluar dari sumur, dia melihat seekor anjing menjulurkan lidahnya menjilat-jilat tanah kerana kehausan. Orang itu berkata dalam hatinya, Alangkah hausnya anjing itu, seperti yang baru kualami” lalu dia turun kembali ke sumur, dicedoknya air dengan sepatunya, dibawanya ke atas dan diberi minumkannya kepada anjing itu. Maka Allah berterima kasih kepada lelaki itu (diterimaNya amalnya), dan diampuniNya dosanya” Para sahabat bertanya “Ya Rasulullah saw. Dapat pahalakah kami menyayangi haiwan ini?” Jawab rasulullah saw “Menyayangi setiap makhluk hidup(tumbuhan dan haiwan) berpahala (ada pahalanya),”
Hadis sahih Muslim jilid 4 no hadis 2099
Dari Abu Hurairah r.a katanya “Rasulullah saw. Bercerita “Pada suatu ketika ada seekor anjing mengelilingi sebuah sumur. Anjing itu hamper mati kehausan. Tiba-tiba dia terlihat oleh seorang wanita pelacur bangsa bani Israil. Maka dibukanya sepatu botnya, kemudian dicedoknya air dengan sepatunya, lalu diberinya minum anjing yang hampir mati itu . maka Allah swt mengampuni segala dosa wanita itu (dengan asbab amalnya beri minum anjing itu).
Sahih Muslim jilid 1 Hadis 128
Jabir bin Abdullah r.a mendengar Nabi saw. Bersabda”Akan senantiasa ada hingga hari Kiamat segolongan umatku yang berjuang menegakkan kebenaran dan mereka pasti menang” sementara itu nabi ‘Isa a.s akan turun ke tengah-tengah umat. Lalu pemimpin-pemimpin mereka berkata kepadanya: “Sudilah Anda solat dan menjadi Imam (pemimpin) kami.” Jawab Nabi ‘Isa a.s ,”Tidak, Masing-masing kamu boleh menjadi pemimpin bagi yang lain, selaku suatu kehormatan yang dilimpahkan Allah kepada ummat ini”.






Hadis sahih Muslim jilid 1 No. 127.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah saw. Bersabda “Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya telah dekat masanya Isa Ibnu Maryam akan turun di tengah-tengah kamu. Dia akan menjadi Hakim yang ADIL, akan dihancurnya salib, dibunuhnya babi/khinzir, dihapuskannya pajak, dan kekayaan akan melimpah ruah (ma’mur) sehingga tidak seorang pun lagi bersedia menerima pemberian”

Hadis 1540 sahih muslim jilid 2
Dari Jabir bin Abdullah r.a katanya “Rasulullah saw. Memerintah membunuh anjing. Lalu kami laksanakan perintah itu sehingga seekor anjing milik seorang wanita yang selalu mengawal tuannya dari dusun kami bunuh pula. Kemudian Rasulullah saw. Melarang membunuh anjing seperti itu. Tetapi sabda beliau, “Bunuhlah (bila-bila masa dan dimana saja) anjing yang seluruh bulunya bewarna hitam dengan dua titik putih di keningnya kerana anjing seperti itu adalah syaitan.
Hadis No. 1550 sahih muslim jilid 2
Dari Jabir bin Abdullah r.a katanya dia mendengar Rasulullah saw. Bersabda di tahun penaklukan Makkah dan ketika itu dia berada di makkah, sabdanya “sesungguhnya Allah dan RasulNya telah mengharamkan jual khamar/arak, bangkai, babi dan berhala” lalu ditanya orang akan baginda “Ya, Rasulullah, bagaimana hukumnya lemak yang terdapat dalam bangkai? Kerana lemak itu digunakan orang untuk gemuk perahu, untuk meminyaki kulit, dan untuk menyalakan lampu.” Maka bersabda baginda, “Tidak buleh, itu haram, kemudian bersabda pula baginda “Kerana lemak itulah Allah taala mengutuk orang yahudi. Allah telah mengharamkan atas mereka lemak bangkai, tetapi mereka mengolahnya jua. Kemudian mereka menjual, dan hasilnya penjualannya itu mereka makan”
Hadis no 2127 sahih Bukhari jilid 5
Jabir r.a berkata “Nabi saw. Mengharamkan menjual babi”
No.2128 hadis sahih bukhari jilid 5
Dari Qutaibah bin said , katanya “kami diberitahu oleh al Laits dari Ibnu Syihab dari Ibnu Musayyab bahawasanya ia mendengar Abu hurairah r.a berkata “Rasulullah saw. Bersabda “Demi Dzat Allah yang jiwaku ada di dalam gengamanNya, niscayalah pasti hampir sekali bahawa putera Maryam (yakni Nabiyullah Isa Al masih) turun dikalangan kamu semua. Ia bertindak sebagai Hakim (pemberi keputusan segala macam persoalan) lagi pula bersifat ADIL. Ia akan mematahkan palang salib yangdianggap suci oleh kaum nasrani), membunuh babi (yakni menyuruh seluruh pengikutnya agar melenyapkan semua babi, juga babi hutan sampai habis sama sekali, membebaskan pajak gadai untuk seluruh kaum muslimin, sebab suatu Negara yang berasaskan Islam memang tidak memberi beban yang berupa pajak dalam bentuk apapun kepada umat Islam) dan meluaplah harta kekayaan (sebab mendapatkan keberkahan dari Allah Taala) sehingga tiada seorangpun yang suka menerimanya (sebagai sedekah)





Al-Baqarah : 67 - 71, 164

Ayat 67:
Dan Ingatlah ketika Musa berkata kepada kaumnya “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyembelih seekor sapi betina, Mereka berkata “Apakah kamu hendak menjadikan kami buah ejekan? Musa menjawab “Aku berlindung kepada Allah agar tidak menjadi salah seorang dari orang-orang jahil

Ayat 68:
Mereka menjawab “Mohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami , agar Dia menerangkan kepada kami, sapi betina apakah itu” Musa menjawab “Sesungguhnya Allah berfirman bahawa sapi betina itu adalah sapi betina yang tidak tua dan tidak muda; pertengahan antara itu; maka kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu”

Ayat 69:

Mereka berkata “Mohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami agar Dia menerangkan kepada kami apa warnanya. Musa menjawab “Sesungguhnya Allah berfirman bahawa sapi betina itu adalah sapi betina yang kuning, yang kuning tua warnanya, lagi menyenangkan orang ramai memandangnya.

Ayat 70:
Mereka berkata “mohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami agar Dia menerangkan kepada kami bagaimana hakikat sapi betina itu kerana sesungguhnya sapi itu masih samar bagi kami dab sesungguhnya kami INSYA ALLAH AKAN MENDAPAT petunjuk untuk mendapatkan sapi itu.
Hadis Sahih Bukhari no 1146 Jilid 3:

Dari Abdullah ibnu Umar radhiaLlahu anhu, Rasulullah Sallallahu alaihi waSalam bersabda “ Ada seorang wanita yang disiksa di neraka kerana ia memenjarakan kucing sampai mati kelaparan. Kerana itu dia masuk neraka” Kemudian Rasulullah bersabda” Tuhan tahu, bahawa engkau tidak memberi makan dan minum kucing itu waktu memenjarakannya, kucing itu tidak pula engkau lepaskan agar dapat makan apa ymelata di BUMI.
Hadis No. 1550 sahih muslim jilid 2

Dari Jabir bin Abdullah r.a katanya dia mendengar Rasulullah saw. Bersabda di tahun penaklukan Makkah dan ketika itu dia berada di makkah, sabdanya “sesungguhnya Allah dan RasulNya telah mengharamkan jual khamar/arak, bangkai, babi dan berhala” lalu ditanya orang akan baginda “Ya, Rasulullah, bagaimana hukumnya lemak yang terdapat dalam bangkai? Kerana lemak itu digunakan orang untuk gemuk perahu, untuk meminyaki kulit, dan untuk menyalakan lampu.” Maka bersabda baginda, “Tidak buleh, itu haram, kemudian bersabda pula baginda “Kerana lemak itulah Allah taala mengutuk orang yahudi. Allah telah mengharamkan atas mereka lemak bangkai, tetapi mereka mengolahnya jua. Kemudian mereka menjual, dan hasilnya penjualannya itu mereka makan”
Hadis no 2127 sahih Bukhari jilid 5

Jabir r.a berkata “Nabi saw. Mengharamkan menjual babi”
Hadis 1150 sahih Bukhari jilid 3:

Dari Abu Hurairah RadhiaLlahu anhu, Rasulullah SallAllahu alaihi waSalam bersabda “Kuda dapat menjadi sumber pahala, menjadi alat untuk memenuhi keperluan, atau menjadi sebab dosa. Ia menjadi sumber pahala, jika ia dipelihara untuk AdDinuLlah, digembalakan di padang rumput, atau diperkebunan. Seberapa sampai oleh kuda itu menurut panjang talinya di padang rumput atau di kebun itu, itu menjadi pahala bagi yang empunya. Kalau tali kuda itu putus, lalu naik ke tempat yang tinggi, jejaknya dan tahinya menjadi sumber pahala bagi yang empunya kuda tersebut.. Seandainya kuda itu melalui sebuah sungai, lalu ia minum di sungai itu, sedangkan yang punya tidak berniat memberikan minum, maka yang demikian itu menjadi sumber pahala baginya, Kerana itu ,kudanya menjadi sumbar pahala baginya

Insan yang memelihara kuda untuk memenuhi keperluan hidupnya , agar ia jangan jadi pengemis, dan tidak melupakan hak Allah pada waktu membebani kuda itu*** kerana kuda itu menjadi alat bagi memenuhi keperluannya. Dan orang yang memelihara kuda kerana kesombongan, angkuh, riak terhadap Insan Muslim, maka kuda itu menjadi sebab dosa baginya” dan ditanya seseorang kepada Rasulullah SallALlahu alaihi waSalam hal keldai/khimar, maka turun ayat ringkas kepada Nabi yakni ayat “Siapa yang berbuat kebaikan sebesar zarah jua pun akan dilihatNya; sesiapa yang berbuat kejahatan sebesar zarah sekalipun akan dilihatNya “ (Surah AzZalzalah, ayat 7-

Keterangan
*** Maksudnya kuda itu dipelihara dengan baik dan diberinya muatan beban sesuai dengan kekuatan kuda itu untuk mengangkutnya.


Ayat 88 surah An Namli
" Dan engkau melihat gunung ganang, engkau menyangkanya tetap membeku (tidak bergerak), pada hal ia bergerak cepat seperti bergeraknya awan; demikianlah perbuatan Allah yang telah membuat tiap-tiap sesuatu dengan serapi-rapi dan sebaik-baiknya;sesungguhnya Ia Amat mendalam pengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan.”




ayat 59 surah al an'am menyebutkan Dan pada sisi aAllah kunci kunci semua yang ghaib tak ada yang menegetahuinya kecuali Allah dan Dia mengetahui apa yang di daratan/land dan lautan/sea dan tiada sehelai daun yang gugur pasti Allah mengetahuinya dan apabila daun jatuh pasti allah mengetahuinya dan jika sebutir biji benih basah dan keraing jatuh di dalam bumi/tanah pasti jua Allah mengetahuinya serta sudah tertulis di lauhul mahfuz

Urut kesihatan Tok Wan Kadir

Tok Wan Kadir Tukang Urut 0139430067 di Dewan Beta KB Kelantan Darul Naim

bahasa Arab

Allahumma Solli 'ala Muhammad
Allahumma Solli 'alaihi wasalim


AsSalam



معانى الكلمات
الماضية
1
Mencari/membahas
بحث


2

kikir

بخل





3
Bebas atau sembuh drpd sst seumpama penyakit
برئ








4
Membentang atau menghampar
بسط






5
Melihat atau berfikir
بصر






6
Membangkit atau mengutuskan
بعث




7
Bersifat jauh atau berjarak
بعد



8
Marah =murka
بغض





9
Sampai=mencapai usia baligh
بلغ




10
Menelan
بلع



11
Bersifat penuh keberkatan
بارك




12
Bergaul=berhubungan
باشر



13
Meneruskan atau melanjutkan
تابع



14
Berjihad atau berjuang
جاهد



15
Bertempur atau berperang
قاتل



16
Menolong atau membantu
ساعد




17
Menemani atau menyertai
رافق



18
Mengikuti atau menyertai (berlakunya percampuran atau perbauran=syirk)
شارك



19
Mempersaksikan dan menyaksikan secara terus dengan mata, telinga dan anggota badan tubuh
شاهد




20
Menemani selaku sahabat atau kawan
صاحب



21
Bersifat mulia dan terpuji
كرم



22
Menunaikan atau melaksanakan secara tunai bukan secara qadaan.
ادى




23
Menyatu atau bersatu seperti huruf ALIF angka satu, bila ditambah sabdu ALLAFA bermaksud mempersatukan sehingga menjadi biasa.
الف




24
Menertibkan, mengatur atau menyusun
رتب




25
Mentadbir, mengatur, menyusun
دبر
26
Mengagungkan, memuliakan dan membesarkan
عظم




27
Menjadi lemah, bila ditambah HAMZAH di depan kata kerja ini ia akan bermaksud melemahkan atau menjadikan lemah
عجز




28
Berubah menjadi ashiir /semacam juice yang telah diperah
عصر



29
Ikatan= Akiqah
عقد




30
Membasuh atau mencuci
غسل




31
Mencium /seperti mencium Hajar aswad
قبل




32
Tenggelam (menenggelamkan)
غرق





33
Murka atau marah atau benci
غضب





34
Berjaya atau memenangi
غلب




35
Leka atau lengah atau lalai atau cuai
غفل




36
Berlaku atau terjadi
وقع




37
Tiba atau sampai
وصل





38
Menjumpai, menemui atau mendapati
وجد





39
Memberi nasihat dengan cara yang boleh diterima
وعظ





40
Berdiam= Berwukuf atau berhenti
وقف




41
Memberi atau mengkaruniakan
وهب




42
Melahirkan anak
ولد





43
Menafikan atau menolak
نفى




44
Memadam atau menghapus
محا




45
Membela atau memelihara
رعى
46
Menyiram atau memberi minum (solat Istisqaak)
سقى
47
Menegah atau melarang
نهى
48
Menjaga atau memelihara
حمى
49
Dekat atau hina (asal kata dunia)
دنا
50
Bersifat rela atau berlaku ridho
رضى
51
Mengaduhkan atau mengeluhkan
شكا
52
Lupa, leka atau lalai
سها
53
Memantapkan atau menguatkan atau mengukuhkan
اتقن
54
Membaguskan atau memperbaikkan
احسن
55
Memberikan tunjuk-ajar
ارشد
56
Terbit
اشرق
57
Menjauhkan atau menjadikan jauh
ابعد
58
Merusak
اتلف
59
Membakar
احرق
60
Membebaskan atau melepaskan atau melancarkan
اطلق
61
Mengizinkan atau membenar
اذن
62
Mengambil atau membawa
اخذ
63
Melakukan kesalahan atau berbuat dosa
اثم
64
Makan
اكل
65
Menderita sakit
الم
66
Mengganggu, mengusik atau menyakiti
اذى
67
Beriman, percaya atau merasa aman dan selamat
امن
68
Membaling, melontar atau membuang
رمى
69
Mencukupkan
كفى
70
Selamat daripada
نجا
71
Memaafkan
عفا
72
Menebus atau membayar tebusan
فدى
73
Berniat atau menjatuhkan niat
نوى
74
Bersifat lalai dan terlena
لها
75
Tumbuh atau berkembang semakin maju
نما
76
Melakukan kemaksiatan atau berbuat derhaka
عصى
77
Berbuat melampaui atau berlaku seperti thaghut (melanggar batas ketetapan Allah
طغا
78
Menzahirkan atau menampakkan
اظهر
79
Merusak atau membinasakan
افسد
80
Menghadap atau menuju ke
اقبل
81
Menurunkan atau menjatuhkan
اهبط
82
Menurunkan, menjatuhkan atau menempatkan ke satu manzil (rumah) atau satu tempat berdiam
انزل
83
Merusak, menghancur atau membinasakan
اهلك
84
Membenci,paksa atau marah akan
اكره
85
Menghadirkan atau menjadikan hadir atau datang
احضر
86
Menunggang atau menaiki
ركب
87
Berceramah atau berkhutbah atau boleh juga bermaksud meminang, bergantung kepada letak harakat huruf daan cara membacanya.
خطب
88
Menyambar
خطف
89
Rendah atau merendahkan atau meletakkan tanda atau baris kasrah
خفض
90
Membuka atau menanggalkan atau mencabut
خلع
91
Menciptakan dari ketidakwujudan
خلق
92
Menimbun atau mengebumikan
دفن
93
Menyembelih
ذبح
94
Gagal atau belum berjaya
رسب
95
Memberi reziki
رزق
96
Menggambar atau melukis
رسم
97
Menghancurkan, merusakkan atau memporak-porandakan
دمر
98
Mengatur atau meng organize
نظم
99
Menggantikan
بدل
100
Menyampaikan khabar gembira
بشر
101
Mengagungkan atau memuliakan
عظم
102
Menerangkan dengan sejelas-jelasnya
بين
103
Memberikan tunjuk ajar yang betul
رشد
104
Menyusukan atau memberi minuman susu
رضع
105
Menutupi atau melindungi
ستر
106
Melakukan sujud atau bersujud
سجد
107
Jatuh
سقط
108
Berdiam, tinggal atau menempat
سكن
109
Bersifat sabar
صبر
110
Menemani atau menjadi teman
صحب
111
Berteriak atau memekik
صرخ
112
Membuat (dalam bidang industry)
صنع
113
Bersifat bersih
نظف
114
Bersifat baru (Ja du da bukan ha du da)
جدد
115
Bersifat besar atau Membesar
كبر
116
Terlepas atau sudah selamat
سلم
117
Bersifat kecil atau mengecil
صغر
118
Bila ditambah sabdu ia bermaksud menghadkan atau membataskan
حدد
119
Bersifat suci
طهر
120
Datang atau tiba
قدم
121
Pulang atau balik
رجع
122
Pergi
ذهب
123
Membuka
فتح
124
Memukul atau membuat perumpamaan
ضرب
125
Membunuh
قتل
126
Menulis
كتب
127
Membaca
قرٲ
128
Muncul atau nampak menjadi nyata.
بدا
129
Berkata, berbicara, bersabda atau berfirman atau menjawab
قال
130
Berpuasa atau menahan
صام
131
Menjual
باع
132
Balik, kembali atau mengunjungi
عاد
133
Tidur
نام
134
Menjaga atau memelihara
صان
135
Cenderung atau condong ke
مال
136
Bersifat mudah atau senang atau reme-temeh atau hina
هان
137
Buang air kecil (fi'l) tapi kalau digunakan sebgai ism masdar ia akan bermakna fikiran.
بال
138
Menjual (termaktub dua kali)
باع
139
Menjadi terang atau jelas
بان
140
Merasa takut atau khawatir
خاف
141
Mengkhianati atau berkhianat kepada
خان
142
Beredar atau berpusing-pusing
دار
143
Merasakan atau menelan
ذاق
144
Mengalir
سال
145
Menjaga atau memelihara (termaktub dua kali juga)
صان
146
Berburu atau memancing
صاد
147
Bertawaf atau mengelilingi
طاف
148
Terbang
طار
149
Memasak
طبخ
150
Menyurukkan, menyembunyi kan atau merahsiakan
كتم
151
Berusaha atau bekerja mencari nafkah atau rezeki
كسب
152
Menghalau atau mengusir atau membuang
طرد
153
Merasa makan
طعم
154
Terbit atau muncul
طلع
155
Berjaya atau beruntung
ظفر
156
Gelap tak nampak, atau berbuat zalim dan menzalimi
ظلم
157
Zahir atau nampak
ظهر
158
Menyeberangi atau melintasi
عبر
159
menyelam
غاص
160
Gahib/ tidak hadhir
غاب
161
melimpah
فاض
162
Pulang/ kembali
عاد
163
berjanji
عاهد
164
menuntut
طالب
165
menjaga
حصن
166
menggali
حفر
167
hasad
حقد
168
menghukum
حكم
169
bersumpah
حلف
170
memuji
حمد
171
membawa
حمل
172
Memperdaya/menipu
خدع
173
keluar
خرج
174
tunduk
خضع
175
menyelam
غمس
176
Mengatasi/mengalahkan
غلب
177
memeriksa
فحص
178
Gembira/ ria
فرح
179
faham
فهم
180
menjaga
حرس
181
Sangat ingin
حرص
182
sedih
حزن
183
menuai
حصد
184
Hadir/datang
حضر
185
melepasi
اجتاز
186
memilih
اختار
187
rindu
اشتاق
188
kebiasaan
اعتاد
189
cemerlang
امتاز
190
mengasaskan
ابتدٲ
191
merempuh
اقتحم
192
mengikuti
امتثل
193
bersungguh
اجتهد
194
mencadangkan
اقترح
195
bertolak
انطلق
196
menjauhi
اجتنب
197
menjauhi
ابتعد
198
berkemungkinan
احتمل
199
meringkaskan
اختصر
200
masyhur
اشتهر
201
enggan
امتنع
202
menang
انتصر
203
haram
حرم
204
Membahagi-bahagikan
وزع
205
Yang dahulu/pergi kehadapan
تقدم
206
Yang akan datang/pergi ke belakang
تٲخر
207
keistimewaan
تميز
208
memastikan
تٲكد
209
Merasa sakit
تٲلم
210
memerhatikan
تٲمل
211
mengadap
توجه
212
Keluar (seperti grad dari U)
تخرج
213
Masuk campur
تدخل
214
berjalan
رحل
215
mengasihani
رحم
216
murah
رخص
217
menghancurkan
هدم
218
Cabut lari
هرب
219
binasa
هلك
220
memuji
مدح
221
mengangkat
رفع
222
mencela
شتم
223
Memberi syafaat/menggenapkan
شفع
224
bahagia
سعد
225
menekan
ضغط
226
Memenangi/memperolehi
ظفر
227
Sempat menemui
لحق
228
memegang
مسك
229
menyapu
مسح
230
melarang
منع
231
melihat
نظر
232
mengukir
نحت
233
menghina
احتقر
234
menguji
اختبر
235
mencipta
اخترع
236
berbeza
اختلف
237
berdusta
افترى
238
Ambil pengajaran
اعتبر
239
bersandar
اعتمد
240
ternyata
انكشف
241
Ternyata (selepas kajian)
اكتشف
242
Membuat rekaan baru
ابتدع
243
berkehendakkan
ابتغى
244
bersembunyi
اختفى
245
Jatuh ke bawah
ارتدى
246
mengadu
اشتكى
247
menolak
رفض
248
tadabbur
تدبر
249
berlatih
تدرب
250
berpecah
تفرق
251
menyerah
تسلم
252
Ada kelebihan
تفضل
253
melampau
تمرد
254
khayal
تخيل
255
Datang ke depan
اقبل
256
menyempurnakan
اكمل
257
membantu
عاون
258
membantu
ناصر
259
mengugut
هدد
260
menetapkan
حدد
261
membakar
احرق
262
memberitahu
اخبر
263
Berhajat/memerlukan
افتقر
264
bertolak
انطلق
265
bernyala
اشتعل
266
Bekerja mencari sara hidup
اكتسب
267
Beransur baik/sembuh
تحسن
268
bercakap
تحدث
269
bercakap
تكلم
270
belajar
تعلم
271
berjinak
استانس
272
mengeluarkan
استخرج
273

ستعرض
274

استفتح
275
menggalakkan
حث
276
sukar
شق
277
Mengerja haji
حج
278
bersungguh
جد
279
halal
حل
280
azam
هم
281
mengkhas
خص
282
kering
جف
283
halus
دق
284
tunjuk
دل
285
bertiup
هب
286
memberi
من
287
menghina
سب
288
menghisap
مص
289
menolak
رد
itulah warna2 yg utama, yg wazannya af'al - fa'laa. Ada lagi warna-warna lain yg bukan wazan seperti itu spt: -Bunniy (brown) -Zahriy (pink) -Burtuqal (orange) -Banafsaji (purple)



Saufa dimasukkan bersama fiil mudhari' untuk menunjukkan perlakuan yang akan berlaku pada masa hadapan. Bila dii'rab, disebut: harfu tanfis. Iaitu huruf menunjukkan perluasan. Yakni: mengubah makna mudhari' daripada tempoh yg sempit (masa sekarang) kepada tempoh yang lebih luas (masa akan datang). Ataupun disebut: harfu istiqbal. (huruf yg menunjukkan masa hadapan). contoh: سوف أزورك saya akan melawati kamu