AsSalam
Majalah Al Islam bulan ini iaitu bulan Rabiul awal/ mac 2009 ada mengisahkan bagaimana tentera mongol yang hidup secara nomad buleh menakluk Kota Baghdad.
Pemimpin Mongol pada zaman tersebut adalah Hulagu.
Akibat hidup mewah di kota baghdad serta banyak hiburan...Kekuatan Rakyat baghdad masa tersebut menjadi lemah...semangat untuk berjihad, kurang...
Hulagu yang membawa tentera Mongol dengan mudah mengalahkan Pemerintah Kerajaan Abbasiyyah ketika hal ini terjadi...
Kemusnahan yang besar di Iraq dan Iran akibat serangan mongol telah di assume sebagai malapetaka dahsyat bagi umat Islam.
Seorang Sarjana Eropah D' Ohsson dalam bukunya Histoire des Mongols cuba memberikan gambaran...Selepas serangan dilancarkan, hanya kemusnahan dan tulang-tulang manusia sahaja yang kelihatan. Bandar-bandar dan kampung telah dibakar manakala penduduk pula dibunuh dengan zalim
ada ahli sejarah menyatakan bahawa mangsa yang terkorban adalah dalam jumlah yang ramai.
ASSUBKI MENYATAKAN SERAMAI 900,000 ore,
Ibnu kathsyir mencatatkan 1.8 million ore terkorban
ada pendapat menyatakan 800,000 yang hilang nyawa...
khalifah Musta'sim telah dibunuh dgn zalim
tubuhnya dibungkus dalam permaidani dan kemudian dipijak pijak oleh kuda kuda tentera Mongol sehingga mati.
Peristiwa pembunuhan khalifah ini berlaku pada Rabu 14 Safar 656H ketika berusia 46 tahun selepas memerintah selama 15 tahun 8 bulan.
selepas kejatuhan baghdad pada tahun 656 H/1258M sekali gus menamatkan pemerintahan Khulafa' Abbasiyyah
Hulagu mengarahkan Panglimanya yang bernama Boka Timur menyerang di bahagaian selatan Iraq, Khuzistan seterusnya ke Azerbaijan
kejatuhan khalifah ini meyebabkan kesan kepada pemerintah Islam yang khuatir akan diserang oleh tentera Mongol...
Masa inilah muncul Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah yang bangun berjihad fi Qital...
Dukacita dari hal penaklukan tentera Mongol,...
Kesan penaklukan ini telah berlaku percampuran darah antara kaum...maka berlaku asimilasi di antara kaum...Akhirnya pemimpin mongol ada yang memeluk Islam.
hulagi diganti oleh anaknya Abaka.
Pemimpin mongol sendiri berebut takhta pemerintahan...
hiulagu mengasaskan pemerintahan yg dikenali Ilkhan... berpusat di Mongol
Pemerintahan Ilkhan terletak di Maraghah dekat Tabriz di Azerbaijan.
Pemerintahan kerajaan ini meluas sehingga ke Khurasan, Iran, Azarbaijan, Al jazirah, Iraq dan Anatolia tanpa berani dicabar oleh pemimpin Arab ketika hal ini terjadi...
Iraq yang asalnya didiami oleh ramai yang berfahaman Sunni telah dibahagi kepada dua bahagian iaitu Iraq Arabi yang berpusat di Baghdad dan Iraq Ajami yang berpudat di Isfahan...
gebanor Baghdad Iraq zaman tersebut dilantik bernama Ahmad bin Amran
Abaka anak Hulagu telah memperkenalkan corak pemerintahan baru yang dengan tumpuan di bidang ketenteraan dan pentadbiran.
tiga menteri dilantik ...di tempatkan di baghdad
usaha membangunkan kembali baghdad dijalankan dengan membina sebuah terusan yang telah dibina di Sungai Euphrates sehingga ke Kufah...
yang menelan belanja 100,000 dinar. terusan ini adalah untuk menggalakkan pertanian bagi menjamin bekalan makanan mencukupi...
Puak Mongol sememangnya tidak mahir dalam soal pentadbiran serta pengurusan negara kerana bangsa ini memang selalu kembara dari satu kawasan ke kawasan lain...
Di fahamkan, bahawa Tembok Besar China telah dibina oleh pemimpin Rakyat China bagi tujuan menghalang serangan tentera Mongol menyeran Tanah Besar China...sedangkan di Baghdad tidak dibuat benteng pertahanan yang kukuh seperti pemimpin rakyat China..
semasa bangsa mongol memerintah, berlaku juga kemelut ekonomi pada tahun 695H/ 1295M. Inflasi berlaku secara meluas, aktiviti perdagangan dikatalan berhenti sama sekali.
Pada November 1295M, Ghazan telah dilantik sebagai Khan menggantikan Baydu...lantas memakai gelaran Sultan Mahmud.
dua menteri telah dilantik iaitu Ali Shah dan Rashid Addin Fadhlullah.
Sistem kewangan telah disusun semula begitu juga sistem pungutan cukai
Kisah lanjut buleh dibaca di halaman 30 majalah Islam Bulan ini...
cuma dukacita dalam artikel ini tidak ditulis kisah Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah yang bangun jihad menentang serangan tentera Mongol. Dikisahkan Ibnu Taimiyyah pernah dipenjarakan oleh Khalifah...
Nampak jelas kesan kejahatan pemerintahan masa tersebut dibalas Allah dengan serangan tentera Mongol
Iktibar bagaiaman Baghdad dapat ditumpaskan dengan mudah. Masalah yang melanda umat Islam seperti bercakaran sesame sendiri, menjatuhkan antara satu sama lain, tidak bijak mentadbir serta menguruskan. Lalai dgn hiburan, tidak bijak mentadbir, gilakan harta, dan pangkat serta tiada kesatuan sesame mereka akhirnya telah membawa padah memakan diri ore Islam pada ketika itu.
Seharusnya peristiwa serangan tentera Mongol ke atas Baghdad menjadi Iktibar serta pengajaran agar ia tidak berulangkembali dalam lembaran sejarah umat Islam
ditulis pada 11.3.2009
No comments:
Post a Comment