الساهد في سبيل لله

الساهد في سبيل لله

Tuesday, April 21, 2009

Jihad=Bersungguh sungguh=Kadah

Bab Jihad
Inna Abwaabul_Jannah tahta dzilalilis_Suyufi
Jihad adalah fardhu Kifayah dalil firman Allah Subhanahu WaTaala : Al Baqarah:ayat 216

Kamu diwajibkan berperang untuk menentang pencerobohan

Yang dimaksudkan dengan Jihad adalah berjuang di jalan Allah , dalil firman Allah Subhanahu WaTaala:
Dan berperangilah kerana menegakkan dan mempertahankan AdDin Allah (Al Baqarah:190)

Jihad bukanlah Fardhu Ain, Dalilnya Allah Subhanahu waTaala:
Dan tidaklah (betul atau elok), semua mu’min keluar semuanya untuk pergi berperang (AtTaubah :122)

Jihad pada awal kedatangan Isalam adalah wajib ke atas seluruh umat. Dalil firman Allah Subhanahu waTaala:
Pergilah kamu beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah sama ada dengan keadaan ringan dan mudah bergerak ataupun dengan keadaan berat disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab (AtTaubah :41)

Jihad adalah sebaik-baik amalan. Dalilnya sabda Rasulullah Sallallahu alaihi wasalam:

Sesungguhnya berangkat pada waktu pagi atau petang untuk berjuang di jalan Allah adalah lebih baik daripada dunia dan segala isinya (hadis riwayat Al Bukhari:2792,2796,6568, Muslim:1880,Ahmad:11941,12028 dan selain mereka itu)

Jihad merupakan amalan yang boleh menyelamatkan seseorang dari seksa neraka. Dalinya Sabda Rasulullah sallahu alaihi wa Salam.

Apabila kedua-dua kaki seseorang berdebu kerana berjuang di jalan Allah, maka Allah akan mengharamkan jasadnya daripada disentuh api neraka (hadis riwayat Al Bukhari:907, Ahmad:15505, AtTarmizi:1632 dan An Nasai:3116)

Jihad merupakan jalan menuju syurga. Dalilnya sabda Rasulullah salallahu alaihi wasalam.

Ketahui bahawa jannah adalah terletak dibawah naungan pedang (hadis riwayat Al Bukhari:2891,2966,3024, Muslim:1742, Abu Daud : 2631 dan selain mereka itu)
Jihad tidak wajib ke atas kaum perempuan. Dalilnya sebuah hadis di mana A’isyah Radhiallahu anha bertanya kepada Rasulullah Sallallahu wasalam
Adakah kaum perempuan wajib berjihad , wahai Rasulullah? Baginda menjawab “Ya, mereka wajib berjihad namun tiada peperangan di dalamnya iaitu melaksanakan ibadah haji dan umrah


Jihad tidak wajib ke atas kanak-kanak di bawah umur, dalil perkataan Ibnu Umar radhiallahu anhuma:
Aku menawarkan diri kepada Rasulullah Shallallahu alaihi wasalam untuk ikut serta dalam perang Uhud dan ketika itu aku masih berusia 14 tahun, namun Baginda tidak membenarkan diriku ikut serta dalam peperangan tersebut (hadis riwayat al Abukhari :2664, 4097, Muslim:1868, Ahmad 4647 dan Abu daud :4406)


Orang yang hendak berjihad mesti tidak buta


Ada sambungan lagi , InsyaAllah

No comments:

Post a Comment