الساهد في سبيل لله

الساهد في سبيل لله

Tuesday, June 14, 2011

Taubat

Beristighfar dan bertaubat merupakan dua cara yang masyhur untuk
membersih diri dari perlakuan dosa.
Bertaubat seperti yg dimaklumi perlu kepada sesalan, meninggalkan
perbuatan tersebut dan berazam tidak akan mengulanginya.
Walaubagaimana pun terdapat hadis yg mengira “berbuat baik”
adalah sebahagian daripada cara untuk bertaubat.
Imam Ahmad dan Tirmizi meriwayatkan hadis drpd Ibnu Umar r.a:
Seorang lelaki datang bertemu Nabi s.a.w., lalu dia berkata:
“Wahai Rasulullah s.a.w… Saya telah terjebak melakukan dosa
besar. Adakah peluang saya untuk bertaubat?” Rasulullah
bertanya: “Adakah kamu mempunyai ibu?” Jawabnya: “Tiada”.
Tanya Baginda lagi: “Adakah kamu mempunyai ibu saudara
(sebelah pihak ibu)?” Jawabnya: “Ada.” Lalu Nabi bersabda:
“Berbaktilah kepadanya”
Mengikut Ibnu Hibban hadis ini sahih mengikut syarah Imam
Bukhori dan Imam Muslim.
sekian semoga bermanfaat
wassalam
" Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari Rahmat Allah, kerana Sesungguhnya Allah mengampunkan semua dosa; Sesungguhnya Dialah jua Yang Mohor Pengampun, lagi Mohor Mengasihani "
az Zumar : 53



" Sesungguhnya Allah SWT malu membiarkan hambaNya kembali dengan tangan hampa, ketika seorang hamba berdoa kepada tuhannya "
HR Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah


" Berdoalah kamu kepadaKu nescaya aku perkenankan doa permohonan kamu "




Apabila Allah mengkehendaki kebaikan bagi hambaNya maka Allah bukakan abwabutTaubah baginya sehingga ia benar benar menyesali kesalahan dosa, berasa hina dan rendah hati , tawadu’ sera amat memerlukan ampunan dari Allah
Keburukan yang pernah ia terlanjur melakukannya tersebut menjadi penyebab turunnya rahmat Allah bagi Insan tersebut sehingga syaitan akan berkata
Duhai, seandainya aku dahulu membiarkannya dan tidak menjerumuskan nya ke kancah dosa tentu dia tidak akan mendapat rahmat Allah dengan jalan bertaubat nasuha
Nasuha bermakna BERSIH

Diriwayatkan bahawa se ore Salaf berkata
Sesungguhnya se ore hamba Allah buleh jadi berbuat dosa tetapi dosa tersebut menyebabkannya masuk aljannah
Ore yang mendengar bertanya…Bagaimana buleh jadi seperti hal tersebut

Dia menjawab…
Dia berbuat dosa lalu dosa tersebut senantiasa terpampang di hadapannya
Dia khuatir, gerund, takut menanngis menyesal atas keterlanjuran serta berasa malu kepada Allah dengan menundukkan kepala bersujud kepada Allah dengan khusyuk
Maka dosanya tersebut menjadi asbab kebahgiaan (sa’id…
Dan keberuntungan ore tersebut sehingga dosa tersebut lebih bermanafaat baginya daripada ketaatan yang banyak….

Maksud hadis sahih muslim ahli aljannah dan ahli neraka telah Allah tetapkan semenjak manusia berada di sulbi bapa…

Apabila sedekah dapat menghilangkan maksiat


Hadis 978 sahih muslim jilid 2
Dari abu hurairah radhiallahu anhu
Dari rasulullah sallallahu alihi wasalam
Ada se ore lelaki berkata
Aku nak bersedekah fil hazal lail
Daripada abu hurairah radhiallahu anhu daripada nabi Sallallahu alaihi wasalam bersabda ...
Ada se ore lelaki berkata...
Aku nak bersedekah pada haza lail )pada male ini...
Lalu dia keluar membawa sedekahnya dan disedekahkannya kepada perempuan lacur
Besok paginya ore ramai memperkatakan akan hal bahawa male tadi ada pelacur yang diberi sedekah...
Ore tersebut berujar...
Wahai allah semua puji adalah bagi Mu yang telah mentakdirkan sedekahku jatuh kepada pelacur...
Aku akan bersedekah lagi...lalau dia pergi membawa sedekahnya...lalu diberikannya kepada ore kaya...
Pagi pagi hari ore ramai memperkatakanpula bahawa male tadi ada ore berikan sedekah kpd ore kaya
Lalu ore yg telah bersedekah berkata
Wahai Allah semua puji bagiMu ...kerana engkau telah menjadikan sedekahku jatuh kpd ore kaya...
Aku akan bersedekah lagi...
Dia pergi pula membawakan sedekahnya dan diberikan kpd pencuri


Pagi pagi hari ore ramai membicarakan akan hal ada ore yang bersedekah kpd pencuri
Ore yang telah bersedekah berkata...
Ya allah semua puji bagiMu yang telah mentakdirkan sedekahku jatuh kepada pelacur, kepada ore kaya dan kpd pencuri
Kemudian ore yg bersedekah didatangi malaikat yang berkata...
Sedekah anda telah diterima baik ...kesanya adalah mudah mudahan dia bertaubat serta berhenti dari melacur
Kepada si kaya ...mudah mudahan dia sedar bertaubat lalu dia rajin pula bersedekah
Kepada si pencuri mudah mudahan dia berhenti mencuri....


Hadis 46 sahih muslim jilid 1
Dari Abu hurairah Radhiallahu anhu telah berkata
Bahawa rasulullah sallalahu alaihi waSalam bersabda
Tidak sempurna Iman se ore yang berzina dikala ia berzina
Tidak sempurna Iman se ore pencuri di kala ia mencuri
Tidak sempurna Iman peminum khamar di kala dia minum khamar
SEDANG
abwabutTaubat (pintu taubat
selalu terbuka selepas terlanjur berdosa....

Kisah Ka'ab Bin Malik yang dirakam oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim.

" Aku (Ka'ab Bin Malik) berkata; Wahai Rasulullah , sesungguhnya bahagian daripada taubatku adalah aku bebaskan hartaku sebagai sedekah kepada Allah dan RasulNya, jawab Rasulullah , sisakan sebahagian hartamu itu lebih baik bagimu "

(Hadis riwayat Imam Bukhari, No. 4418 dan Imam Muslim, No. 2769)


Komentar Ibn Qayyim - Ucapan Ka'ab Bin Malik itu adalah dalil dianjurkan bersedekah ketika bertaubat dengan apa yang kita mampu.
(Rujuk : Zad Al-Ma'ad)

Komentar Al-Hafiz Ibn Hajar - Faedah daripada kisah ini adalah anjuran bersedekah ketika bertaubat.
(Rujuk : Fath Al-Bari)


Saya mengajak diri saya dan sahabat AFN untuk kita bersegera bertaubat kepada Allah daripada sekecil-kecil dosa sehingga sebesar-besar dosa yang mungkin kita tidak sedari dengan memperbanyakkan sedekah.
_________________
Beristighfar dan bertaubat merupakan dua cara yang masyhur untuk
membersih diri dari perlakuan dosa.
Bertaubat seperti yg dimaklumi perlu kepada sesalan, meninggalkan
perbuatan tersebut dan berazam tidak akan mengulanginya.
Walaubagaimana pun terdapat hadis yg mengira “berbuat baik”
adalah sebahagian daripada cara untuk bertaubat.
Imam Ahmad dan Tirmizi meriwayatkan hadis drpd Ibnu Umar r.a:
Seorang lelaki datang bertemu Nabi s.a.w., lalu dia berkata:
“Wahai Rasulullah s.a.w… Saya telah terjebak melakukan dosa
besar. Adakah peluang saya untuk bertaubat?” Rasulullah
bertanya: “Adakah kamu mempunyai ibu?” Jawabnya: “Tiada”.
Tanya Baginda lagi: “Adakah kamu mempunyai ibu saudara
(sebelah pihak ibu)?” Jawabnya: “Ada.” Lalu Nabi bersabda:
“Berbaktilah kepadanya”
Mengikut Ibnu Hibban hadis ini sahih mengikut syarah Imam
Bukhori dan Imam Muslim.
sekian semoga bermanfaat
wassalam
" Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari Rahmat Allah, kerana Sesungguhnya Allah mengampunkan semua dosa; Sesungguhnya Dialah jua Yang Mohor Pengampun, lagi Mohor Mengasihani "
az Zumar : 53



" Sesungguhnya Allah SWT malu membiarkan hambaNya kembali dengan tangan hampa, ketika seorang hamba berdoa kepada tuhannya "
HR Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah


" Berdoalah kamu kepadaKu nescaya aku perkenankan doa permohonan kamu "




Apabila Allah mengkehendaki kebaikan bagi hambaNya maka Allah bukakan abwabutTaubah baginya sehingga ia benar benar menyesali kesalahan dosa, berasa hina dan rendah hati , tawadu’ serta amat memerlukan ampunan dari Allah
Keburukan yang pernah ia terlanjur melakukannya tersebut menjadi penyebab turunnya rahmat Allah bagi Insan tersebut sehingga syaitan akan berkata
Duhai, seandainya aku dahulu membiarkannya dan tidak menjerumuskan nya ke kancah dosa tentu dia tidak akan mendapat rahmat Allah dengan jalan bertaubat nasuha
Nasuha bermakna BERSIH

Diriwayatkan bahawa se ore Salaf berkata
Sesungguhnya se ore hamba Allah buleh jadi berbuat dosa tetapi dosa tersebut menyebabkannya masuk aljannah
Ore yang mendengar bertanya…Bagaimana buleh jadi seperti hal tersebut

Dia menjawab…
Dia berbuat dosa lalu dosa tersebut senantiasa terpampang di hadapannya
Dia khuatir, gerun, takut menanngis menyesal atas keterlanjuran serta berasa malu kepada Allah dengan menundukkan kepala bersujud kepada Allah dengan khusyuk
Maka dosanya tersebut menjadi asbab kebahgiaan (sa’id…
Dan keberuntungan ore tersebut sehingga dosa tersebut lebih bermanafaat baginya daripada ketaatan yang banyak….

Maksud hadis sahih muslim ahli aljannah dan ahli neraka telah Allah tetapkan semenjak manusia berada di sulbi bapa…



Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlahkamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar :53)
hadis ada sebut "Sesungguhnya AdDinul Islam akan dibantu oleh lelaki fajir"... Ore fajir apabila dah bertaubat nasuha (bermakna bersih... InsyaAllah akan faham banyak hal dari pengalaman yang telah ditempuhnya... Ore fajir yang bertaubat...InsyaAllah akan membantu gerak tugas selaku manusia Khalifah di Bumi... Ada sahabat yang asalnya fajir... apabila bertaubat masuk Islam...berjihad serta naik Syahid... dalam jihad fil Qital...
teringat kata-kata dalam kitab Hikam:

Dan barangkali Dia mentaqdirkan ke atas kamu dengan dosa, Lalu ia menjadi sebab kepada wusul (sampai)

Semua adalah rezeki yang Allah telah tetapkan...
Asas-asas mazhab Ahlus Sunnah Berikut ini adalah antara asas-asas mazhab ini:
1. Mengenal(ma’rifatul )Allah adalah secara syarak melalui al Quran dan Hadis.
2. Alam ini adalah bersifat baru.
3. Iman ialah pembenaran (tasdiq), dan amalan adalah penyempurna iman.
4. Menetapkan (tidak menafikan) sifat-sifat ma'ani Allah.
5. Al-Quran adalah Qadim (bersifat qidam/tidak berpermulaan/bukan makhluk).Allahu huwa Awwalu Akhiru wa Zahiru wa Bathinu

6. Tidak kewajiban ke atas Allah.
7. Harus bagi hak Allah Taala memberi pahala mengampuni Insan yang dikehendakinya atau menyiksa (dosa), dan mengutus para rasul. Harus juga melihat Allah Taala di Akhirat.
8. Allah mengkehendaki kebaikan dan kejahatan terhadap makhluqnya. ***
9. Qadha' dan Qadar pada perbuatan-perbuatan (kasbi...hamba yang berbentuk ikhtiar. Kasbi dila dirujuk kamus bermakna USAHA. maknanya usaha jua adalah dalam Qada' dan Qadar yang Allah telah Taqdirkan
10. Allah yang menciptakan perbuatan (kasbi hamba yang berbentuk ikhtiar.
11. Tiada siapa yang maksum kecuali para Nabi dan Rasulullah.
12. Menetapkan adanya soal kubur, nikmat dan siksaannya.
13. Kebangkitan adalah dengan jasad dan ruh.
14. Ada syafaat untuk pembuat dosa besar.Allah bersifat mohor Pengampun 1
5. Syurga dan neraka adalah wujud. Keduanya kekal.
16. Keimaman agung bukanlah dari rukun Agama Islam...

ini adalah hujjah dgn puak syiah Ahlus Sunnah Wal Jamaah Golongan Ahlus Sunnah terdiri dari dua kelompok, iaitu para pengikut Abul Hasan al-Asya'ari dan al-Maturidiyah, iaitu para pengikut Abu Mansur al-Maturidi. Golongan ini muncul ketika khalifah al-Mutawakil mengangkat/tidak melakukan ujian terhadap ahli fikah dan orang-orang Islam serta menjauhkan diri dari Muktazilah. Dan aliran pemikiran Muktazilah telah kehilangan kendali akibat hilang kepercayaan umum terhadap mereka. Keraguan-keraguan (penyelewengan) yang telah ditulis oleh golongan Muktazilah dalam jangka waktu yang begitu panjang telah terbongkar. Allah Taala telah melimpahkan kepada dua orang imam agung untuk mempertahankan Islam, mereka ialah Abul Hasan al-Asy'ari di Irak dan Abu Mansur al-Maturidi di negeri di balik sungai.

Kedua imam ini telah memimpin gerakan pemikiran dengan kepimpinan yang seimbang dan bijaksana, tanpa sikap melampau dan ekstrem terhadap akal sebagaimana Muktazilah, dan tidak terlalu bersikap beku terhadap nas (al-Quran dan Hadis) sebagaimana ahli fikah dan ahli hadis. Jalan yang dilalui oleh Ahlus Sunnah di dalam memahami akidah ialah sebagaimana yang telah dilalui oleh salafus soleh. Mereka menjadikan al-Quran sebagai sumber untuk mengetahui masalah akidah. Mereka memahami akidah mereka dari ayat-ayat al-Quran, dan ayat-ayat yang mengandungi kesamaran (mutasyabihah) akan cuba difahami menggunakan pendekatan bahasa serta tidak diingkari oleh akal fikiran. Jika mereka tidak dapat memahaminya, mereka akan menghentikan dari membuat penafsiran (tawaqquf). Secara umumnya, Ahlus Sunnah telah

melalui jalan tengah yang menghimpunkan antara akal dan naqal (nas). Tidak terdapat perbezaan antara asas mazhab mereka dengan asas ajaran yang dibawa oleh salafus soleh, para ahli fikah dan ahli hadis. Golongan Ahlus Sunnah ini muncul pada akhir kurun ketiga Hijrah dan awal kurun keempat Hijrah sebagai mendokong ahli fikah dan ahli hadis. Mereka telah mendokong nya secara khusus dan secara umum, dan bangkit menentang golongan Muktazilah, kemudian mengambil alih tempat mereka untuk mempertahankan Islam. Pemimpin golongan al-Maturidiah ialah Abu Mansur al-Maturidi yang dilahirkan di kampung Maturid di Samarqand. Beliau begitu ikhlas mengembangkan ilmu-ilmu agama, sehingga lahirlah satu mazhab di dalam ilmu Kalam yang diikuti oleh penduduk Khurasan. Beliau meninggal dunia pada tahun 332 Hijrah.

Pemimpin Asya'ariah pula ialah Abul Hasan al-As'ari yang dilahirkan di Basrah pada tahun 260 Hijrah. Pada asalnya beliau adalah penganut fahaman Muktazilah, kemudian mengasingkan diri dari orang ramai untuk mencari kebenaran. Sehingga pada suatu hari beliau muncul di hadapan masyarakat dengan hasil karangannya yang membantu Ahlus Sunnah serta menolak Muktazilah. Ajarannya ini telah diikuti oleh para ahli fikah dan ahli hadis. Beliau telah diangkat sebagai imam mereka. Beliau meninggal dunia di sekitar tahun 330 Hijrah. Tidak terdapat perbezaan antara ajaran Asya’ariah dan Maturidiah kecuali di dalam beberapa perkara kecil. Seperti masalah: - Makrifat, apakah dengan akal atau dengan syarak. - Pemahaman antara iman dan Islam. - Makna qadha' dan qadar. - Makna kasb (usaha). - Wajib siksa secara syarak. - Dan

lain-lain lagi perselisihan yang biasa berlaku di kalangan ahli di dalam satu-satu mazhab, namun ia tidak membawa kepada jurang yang ketara. Rezeki lahirnya manusia adakah dia ahli aljannah atau ahli Nar telah ditetapkan sejak berada di sulbi bapa mereka... Rezeki lahirnya manusia adakah dia ahli aljannah atau ahli Nar telah ditetapkan sejak berada di sulbi bapa mereka... Harakah laman F8 Fikrah tarikh 14-17 jamadil akhir 1430Hijrah bersamaan 8-11.6.2009 Bab tafsir Surah Al An’am ayat 2 Allah berfirman “ Dan Dialah yang menciptakan kamu daripada tanah Ulama’ berpandangan bahawa Nabi Adam alaihisSalam adalah manusia pertama diciptakan Allah daripada tanah permukaan bumi ( dalam bahasa Arab disebut Adimul Ardhi… Adam dari kalimah Adimul Ardhi yang bermakna permukaan BUMI Allah mengambil tanah daripada jenis rasa tawar

yang mana manusia yang dicipta dari jenis rasa tawar ini akan kembali ke dalam AlJannah yang mana tanah alJannah berbau Raihanul Miski Orang yang dicipta daripada tanah rasa masin akan dicampakkan ke dalam neraka Adam diciptakan pada petang hari Jumaat dengan saiznya yang tinggi sehingga kepalanya cecah sampai ke langit. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Nabi Adam menunaikan fardhu haji sebanyak 40 kali dengan berjalan kaki berulang alik dari India ke Makkah. Hadis sahih Muslim ada menyebut tinggi Nabi Adam alaihisSalam adalah 60 hasta…ada riwayat enyebut 70 hasta (ukuran hasta umat silam yang memang bersaiz besar… Ketinggian Nabi Adam menggerunkan binatang di bumi. Sebelum wafat Nabi Adam telah dikurniakan anak seramai 40,000 ore. Mengikut satu riwayat Nabi Adam wafat berhampiran bukit(jabal… Yang mana Allah telah mengutuskan nya semasa turun dari aljannah ke bumi dunia yakni di India Nabi Syith alaihisSalam serta malaikat Jibrail

menunaikan solat jenazah Nabi Adam alaihissalam. Syith berkata kepada Jibrail “ Jemputlah menjadi Imam untuk solat jenazah Nabi Adam… Lantas Jibrail menjawab “ Sila lah kamu yang menjadi Imam solat jenazah dengan Takbir sebanyak 30 kali Takbir… Umur Nabi Adam alaihissalam semasa wafat ialah 936 tahun. Sirah penciptaan Adam ada yang kuat periwayatannya dan ada jua yang dhaif periwayatannya. Alhamdulillah Asif Wallahu 'alam

Iman serta Taubat Insan terlanjur berdosa… Hadis Sahih muslim no 46 jilid 1 Dari abu Hurairah radhiallahu anhu telah berkata. Rasulullah sallallahu alihi wasalam telah bersabda… Tidak sempurna iman se seo ore yang berzina …ketika dia berzina… Imannya tidak sempurna ( La yazni azzani hiina yazzni wa huwa mu’minun…
Tidak sempurna iman se se ore yang mencuri…ketika dia mencuri…Imannya tidak sempurna ketika dia mencuri (wa la yasriqu hiina yasraqu wa huwa mu’minun… Tidak sempurna iman se se orang yang meminum arak ketika dia meminumnya…Imannya tidak sempurna kitika dia meminum arak (wa la yasrabu alkhamra hiina yasrabuha wa huwa mu’minun Dan AtTaubat terbuka selepas (kesilapan dosa tersebut… Wa Taubatu ma’rudhotun ba’du ana nak bertanya apa kah syarat syarat yang membuatkan taubat Insan diterima Allah... diampuni dosanya yang silam...

Hadis Riwayat Bukhari Muslim

Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah azza wa jalla berfirman: Hamba-Ku melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya – dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya. Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: Hamba-Ku melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya-dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya. Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: Hamba-Ku melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hamba-Ku ini, buatlah apa yang kau mahu Aku ampunkan engkau.

Sumber Rujukan:
Muhammad Asad; The Message of the Qur’an
Muhammad Asad: Sahih al-Bukhari – The Early Years of Islam

No comments:

Post a Comment