الساهد في سبيل لله

الساهد في سبيل لله

Tuesday, June 14, 2011

dilarang berbohong

Rasulullah Salallahu Alaihi WaSalam ditanya oleh para sahabat sebagai berikut:

Apakah ada mu’min yang pengecut? Nabi bersabda: Ada. Baginda dtanya lagi, Apakah ada mu’min yang bakhil? Baginda bersabda: Ada, Kemudian ditanya lagi: Apakah ada mu’min yang pembohong? Baginda menjawab: Tidak ada.
(H.R Imam Malik)

Rasulullah Sallallahu alaihi waSalam bersabda: Mu’min pada dasarnya diberi semua watak dan sifat-sifat kecuali khianat dan berbohong.
HR Ahmad.

Siti Aisyah berkata: Tidak ada sikap yang paling dibenci Rasulullah Salallahu alaihi WaSalam lebih dari bohong. Apabila baginda melihat seseorang bohong dari segi apa sahaja, maka orang itu tidak keluar dari perasaan hati Rasulullah Sallallahu alaihi WaSalam sehingga baginda tahu bahawa orang itu telah bertaubat.
HR Ahmad

Dalam Riwayat lain Aisyah Radhiallahu anha berkata: Tidak ada sikap yang paling dibenci Rasulullah Sallallahu alaihi WaSalam yang lebih dari bohong, Apabila ada orang berbohong dekat Baginda, maka dusta itu tidak terlepas dalam jiwa baginda (Baginda amat tahu bahawa itu dusta), sampai Baginda pun mengetahui bahawa ia telah bertaubat dari dusta itu.

Al-Atsar=Hadis sahabat H.R Ibnu Hiban)

No comments:

Post a Comment