الساهد في سبيل لله

الساهد في سبيل لله

Tuesday, April 21, 2009

Ibnu Rusdy

Ibnu Rusydi

Nama : Abu Wahid Muhammad ibnu Ahmad
Lahir: Cardoba
Tarikh Lahir: 1126M
Meninggal dunia 1198M
Jasa: Ahli Falsafah Hebat yang pernah lahir dalam Sirah Islam Pengaruhnya di di alam Islam sehingga Eropah.

Keturunannya terdiri daripada muslim yang ilmuwan tersohor , Bapanya dan Datuknya adalah Qadhi Cardoba. Menuntut ilmu dengan Ibnu Zuhri yang juga sahabatnya. Ibnu Zuhri mahir ilmu Fiqh, perubatan yang pernah berkhidmat di Istana sebagai Mualij di Andalusia,Ibnu Rusydi telah menghasilkan kitab AlTaysir, Kitab ini telah diterjemahkan ke bahasa latin dan English dengan judul Faclititation of Treatment. Beliau menjalin perhubungan kerajaan Islam Muwahhidin, sehingga beliau dilantik sebagai Hakim dengan kerajaan Islam Muwahhidin berkhidmat di Sevilla pada tahun 1169. Dua tahun kemudian, beliau dilantik menjadi hakim di Cardoba.
Selepas menjadi hakim, beliau dilantik sebagai Mualij/ Perawat di Istana pada tahun 1182, berikutan persaraan Ibnu Tufail.

Ramai yang cemburu dan dengki dengan kedudukan Ibnu Rusydi , tekanan, desakan dari puak jahat menyebabkan dia difitnah mulhid dan dibuang ke daerah Alaisano.

Setelah selesai menjalini tempoh buangan, beliau kembali semula ke Cardoba, bukan sahaja tidak diterima tetapi beliau telah disisihkan oleh orang ramai serta menerima pelbagai penghinaan daripada masyarakatnya.

Pada penghujung usianya , kedudukan Ibnu Rusydi dipulihkan oleh Khalifah al Mansor al Muwahhidi menyedari kesilapannya. Namun semua kurniaan dan penghormatan yang diberikan kepada tidak sempat dikecapi di dunia kerana beliau menghembus nafas terakhirnya pada tahun 1198.

Kematiannya merupakan kehilangan yang besar dalam kerajaan dan umat Islam di Andalusia. Beliau tidak meninggalkan harta benda melainkan ilmu dan kitab hasil tulisannya dalam pelbagai bidang seperti falsafah, perubatan, Ilmu Kalam, Ilmu Falak, Fiqh, Music, Kaji Bintang, Nahu dan Soraf.
Karya nya adalah Kitab Kulliyah fitThibb yang terdiri dari 16 jilid mengenai rawatan perubatan, secara umum.
Mabaddil Falsafah , Tafzir Urjuza yang membicarakan ilmu perubatan dan Ilmu Tauhid ,
Kitab Taslul adalah kitab ilmu Kalam. Kasyful Adillah yang engungkap persoalan falsafah Addinul Islam.
Tahafatul Tahaful adalah ulasannya terhadap kitab Imam AlGhazali yang berjudul Tahaful Falaisafah dan Muwafaqatil Hukmah wal Syari’ah, yang menyentuh persamaaan antara falsafah dengan Addin.

Siri karya tulisan tersebut mempamirkan ketinggian penguasaan Ibnu Rusydi dalam pelbagai bidang Ilmu sehingga ada usaha untuk menterjemahkan kitab tulisan beliau kepada bahasa lain.. Buku kulliyah fit Thibb telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Latin pada tahun 1255 oleh Bonacosa, orang yahudi dari padua.
Kemudian buku tersebut diterjemahkan ke bahasa English dengan judul General rules of medicine. Tulisan beliau dalam bidang falsafah telah mempengaruhi ahli falsafah dari eropah, dua ahli falsafah eropah bernama voltaire dan rousseau dikatakan terpengaruh dengan tulisan Ibnu Rusydi.

No comments:

Post a Comment