الساهد في سبيل لله

الساهد في سبيل لله

Tuesday, April 21, 2009

Hal bida'ah

Wallahu A'lam Bissowwab. Ana suka membaca kitab-kitab moden jer terutama yang ada unsur2 haraki. Berkenaan kitab2 turath tu, sikit2 jer lah.

Yang ana baca dalam Usul 20 Hasan Al-Banna cuma dua jer: Bidaah Idofiyyah dan Tarkiyyah, iaitu bidaah dengan menambah (idofah) sesuatu yang selama ini tiada disunnahkan atau mengurangkan (tarkiyah) sesuatu yang selama ini disunnahkan. Hakikiyah dan klhilafiyyah tu hanyalah perkara bid`aah tu sendiri samada ianya sememangnya bid`ah mengikut kata jumhur atau permuafakatan ulamak ataupun ia diperselisih pendapatkan (khilafiyyah)

Kebanyakan bid`aah sekarang adalah bentuk menambah sesuatu yang tiada di zaman Rasulullah seperti penambahan bilangan azan di hari jumaat kepada 2 kali, penambahan rakaat solat tarawih. Kedua-dua bid`aah ini diterima oleh para sahabat dan ia menjadi sandaran hukum. Begitu juga dengan penulisan dan pengumpulan al-Quran dan hadis , semuanya tidak disuruh oleh Rasulullah s.a.w. tetapi dilakukan dengan alasan yang kuat.

Namun perkara-perkara tambahan ini berleluasa sehingga melampau kepada perkara-perkara yang tiada alasan hukum sehingga menjadi perkara khurafat dan dolalah. Sebab itulah Rasulullah bersabda: Ketahuilah bahawa sebaik-baik kata ialah al-Quran, sebaik petunjuk ialah petunjuk Muhamad, dan seburuk-buruk perkara ialah perkara yang dibaharukan (tanpa hak dan sandaran) dan setiap yang dibaharukan itu adalah di dalam neraka). Dengan itu timbul istilah Bidaah hasanah (yang baik) dan bidaah dolalah (yang sesat).

Perkara Bid`aah ini hanya berlaku dalam masalah ibadah dan aqidah kerana asal hukum padanya adalah haram melainkan apa yang telah disyariatkan Allah dan Rasul-Nya (yang telah lengkap) Manakala dalam hal-hal lain, ia berkaitan dengan ijtihadiyah para ulamak yang kita boleh ikut hukum-hukum yang diijtihadkan secara muktabar.


Contoh bida’ah idofiyyah seperti solat dhuha berjemaah

No comments:

Post a Comment