الساهد في سبيل لله

الساهد في سبيل لله

Friday, August 26, 2011

isu fauna flora khazanah negara

ISU ILLEGAL DAN PENYELUDUPAN
BIODIVERSITI

Matlamat Kajian :

i) Isu pengambilan secara haram dan penyeludupan biodiversiti negara oleh warga asing di kawasan Taman Negara dan hutan di Semenanjung Malaysia, dan
ii) Mempertimbangkan cadangan penyelesaian .

Mukadimah

Malaysia merupakan salah satu daripada 12 negara yang diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai negara mega-biodiversiti. Malaysia kaya dengan flora dan fauna yang merupakan khazanah negara yang tidak terhingga nilainya. Sumber asli negara menjadi sasaran pengambilan secara haram oleh penduduk dan warga asing kerana;
Mempunyai Harga Yg. Tinggi Di Pasaran illegal
Havocscope Global Black Market Indexes pembekal data dan maklumat persendirian melaporkan nilai untuk beberapa spesies Malaysia di pasaran gelap antarabangsa sebagai berikut,
• Sumbu badak – 10,000 USD/kilo ,
• hempedu beruang – 1,000 USD/kilo ,
• gading gajah – 400 USD/kilo ,
• tulang harimau – 400 USD/kilo dan
• kulit harimau – 50,000 USD .
Laporan dari TRAFFIC, Badan Bukan Kerajaan yang memantau perdagangan hidupan liar di peringkat antarabangsa memberi harga kayu gaharu seperti berikut;
• Gred Super A - RM 13,000 , Gred A - RM 7,000
• Gred B1 - B2 , diantara RM 1,500 hingga RM 3,000
• Gred C1 - C5 , diantara RM 80.00 hingga RM 1,500
• Gred D - RM 7.00 hingga RM15.00
Mempunyai Permintaan Yg Tinggi Di Pasaran Antarabangsa.
• Havocscope melaporkan perdagangan gelap melibatkan fauna adalah yang kelima terbesar iaitu dengan anggaran 20 bilion USD.
• Mempunyai permintaan yang tinggi dari negara China, 99 peratus fauna yang diseludup adalah untuk pasaran di China.
• Bagi kayu gaharu, permintaan dari negara Jepun untuk gred Super A dan gred A, manakala gred yang lain untuk pasaran di negara Timur Tengah.

Khasiat Yang Boleh DiPerolehi.
Kepercayaan yang menebal dikalangan orang ramai akan khasiat atau kelebihan fauna dan flora , yang dipercayai sangat baik untuk kesihatan dan kekuatan tubuh badan , zahir dan batin (aphrodisiac) Setakat ini tiada kajian saintifik menyokong pandangan ini.

Mudah DiPerolehi
Populasi fauna dan flora yang merupakan komponen utama sumber asli negara ini masih banyak dan mudah diperolehi dari hutan negara ini. .

Jabatan MERGASTUA, Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (PERHILITAN) bertanggungjawab untuk menguruskan khazanah negara menerusi undang undang:
• Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972, [Akta 76],
• Akta Taman Negara 1980, [Akta 226],
• Enakmen Taman Negara Kelantan 14/1938,
• Enakmen Taman Negara Terengganu 6/1358 dan
• Enakmen Taman Negara Pahang 2/1939.
Jabatan MERGASTUA juga bertanggungjawab untuk menjaga dan mengurus 40 buah kawasan perlindungan yang merangkumi keluasan 750,000 ha (6%) daripada kawasan hutan Semenanjung Malaysia .
Taman Negara yang seluas 4343km persegi bersamaan 434,300 hektar bersamaan 1,072,721ekar perlu diurus dan dilindungi sepenuhnya dari ancaman orang siam yang mana maklumat mendapati ada pencerobohan orang siam di dalam Taman Negara yang menjadi khazanah Negara

Berdasarkan data-data yang telah dikumpul oleh Jabatan MERGASTUA (PERHILITAN), sebelum tahun 1992 kebanyakan biodiversiti negara telah diambil tanpa kebenaran oleh penduduk tempatan. Walaubagaimanapun pada 1992 Jabatan PERHILITAN telah mengesan pencerobohan oleh warga asing iaitu orang siam di kawasan Taman Negara Negeri Terengganu. Sejak daripada itu pihak Jabatan telah mendapati kecurian/pencerobohan biodiversiti khazanah negara meningkat dengan mendadak .

Kesan pencerobohan oleh warga asing yang dijumpai oleh kakitangan Jabatan MERGASTUA (PERHILITAN) telah direkodkan. Data terperinci kesan pencerobohan adalah seperti Lampiran 1.


HAL YANG PERLU DIMAKLUMKAN:


Isu–isu berbangkit daripada pencerobohan dan pengambilan secara haram flora dan fauna negara:

Ancaman Kepada Keselamatan Negara
Kehadiran warga asing di kesan di hutan-hutan di seluruh negara pada setiap masa . Kesan pencerobohan warga asing ditemui di kawasan strategik di antaranya:
• Hutan Taman Negeri Diraja Belum ( utara ) ,
• Taman Negara Kelantan, Terengganu & Pahang ( pantai Timur ) ,
• Taman Negara Endau Rompin (selatan) ,
• Hutan Simpan Ulu Muda serta
• Hutan Simpan Bintang Hijau (pantai barat).

Warga asing boleh keluar masuk dengan mudah menggunakan kawasan-kawasan sensitif seperti;
• Empangan Kenyir,
• Empangan Ulu Muda ,dan
• Empangan Temenggor.
Penggunaan senjatapi di dalan kawasan hutan negara boleh memberi ancaman kepada kakitangan Jabatan dan agensi-agensi lain yang bertugas di kawasan terbabit. Satu kes tangkapan warga asing di Hutan Simpan Ulu Muda, Kedah tahun 2004 telah mendapati senjatapi jenis carbin.22 dibawa bersama.

Peningkatan Pencerobohan Warga Asing

Sejak lima 5 tahun kebelakangan ini, pencerobohan warga asing dalam hutan negara didapati semakin meningkat. Tujuan utama warga asing menceroboh kawasan hutan negara untuk mengekploitasi biodiversiti seperti kayu gaharu dan hidupan liar untuk tujuan komersil .
• Dari tahun 2001 hingga 2008, sebanyak empat ratus sebelas (411) lokasi pencerobohan (khemah) telah direkodkan di kawasan-kawasan perlindungan dan hutan-hutan simpan negara. Jika setiap khemah dapat menampung secara purata enam orang, jumlah sebenar penceroboh yang memasuki kawasan taman negara dan lain-lain hutan negara ialah 2,466 orang.
• Sehingga kini seramai 80 orang warga asing telah ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman. Data terperinci tangkapan adalah seperti di Lampiran 2.

Ancaman Kepada Keselamatan Kakitangan Agensi Kerajaan
Kehadiran warga asing dalam kumpulan yang ramai (antara 10-30 orang) yang lazimnya menggunakan senjata seperti kapak dan parang di dalam hutan-hutan negara boleh memberi ancaman kepada kakitangan Jabatan Kerajaan yang perlu menjalankan tugas seperti Jabatan MERGASRUA (PERHILITAN), Jabatan Perhutanan, Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM). Turut terdedah pada ancaman ini adalah para penyelidik dari pusat pengajian tinggi dan badan bukan kerajaan.

Kehilangan Khazanah Negara

Kecurian dan pengambilan tanpa kebenaran flora dan fauna yang berterusan telah memberi kesan negatif dan menjejaskan populasi flora/fauna berkenaan di habitat asalnya. Kehilangan biodiversiti ini:
• memerlukan masa yang lama untuk tumbuh semula, contoh: pokok gaharu yang ditebang akan mengambil masa bertahun-tahun untuk tumbuh semula.
• hidupan liar memerlukan masa yang panjang dalam proses pembiakan bagi menggantikan populasi yang hilang.
Dari segi penilaian harga pasaran semasa, negara mengalami kerugian yang besar akibat aktiviti warga asing ini yang mengambilnya dengan percuma.

Ancaman Kepada Kemusnahan dan Pencemaran Habitat Hutan

Ancaman ini disebabkan oleh jumlah warga asing yang tinggi berada dalam hutan negara dan melakukan aktiviti berikut;
• membina khemah dengan menebang pokok dan membersihkan kawasan. Ini menyebabkan kemusnahan kepada habitat hutan. Saiz khemah yang besar untuk menempatkan ramai warga asing akan memusnahkan kawasan yang luas. Anggaran keluasan kawasan hutan yang diperlukan untuk membina sebuah khemah adalah 200 meter persegi. Berdasarkan jumlah khemah yang telah direkodkan dari tahun 2001 hingga 2008 iaitu 411 buah, maka keluasan habitat hutan yang telah dimusnahkan adalah 82,200 meter persegi.
• Pembuangan sampah sarap di merata-rata juga telah menyebabkan pencemaran habitat yang membahayakan




Laluan Alternatif Baru Penyeludupan.
• Laluan penyeludupan yang biasa adalah Padang Besar, Bukit Kayu Hitam, Pengkalan Hulu atau Rantau Panjang . Hasil dari penguatkuasaan yang aktif , penyeludup mencari alternatif baru laluan untuk menyeludup hidupan liar iaitu menggunakan perairan negara
• Kapal besar akan berlaboh di perairan laut dalam dan menunggu hidupan liar yang akan diseludup dibawa menggunakan bot-bot kecil oleh penduduk tempatan.
• Terdapat 3 kes yang berjaya dikesan yang menggunakan perairan di Kuala Terengganu, Kuantan dan Muar. Kejadian lori terbalik yang membawa muatan hidupan liar di Temerloh pada 9 Ogos 2008 adalah dalam perjalanan ke Kuantan untuk menyeludup ular yang diperlindungi menggunakan kapal.
• Satu kes tangkapan telah dibuat di Kuantan melibatkan cubaan menyeludup oleh Kapal Laut China dengan no. Pendaftaran A04456/M655440A diperaiaran Kuantan pada 19 Oktober 2006.

TINDAKAN JABATAN


Tindakan yang telah dan sedang diambil oleh Jabatan MERGASTUA
(PERHILITAN) untuk menangani isu ini
Penambahbaikan berterusan dalam tugas penguatkuasaan dengan
bekerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
• Sejak tahun 2002, pihak Jabatan telah mewujudkan kerjasama dengan Kor Risik DiRaja, Angkatan Tentera Malaysia dalam menjalankan program inventori dan pengawalan hidupan liar di kawasan-kawasan perlindungan, Taman Negara dan hutan simpan.
• Setakat ini sebanyak sebelas (11) program bersama ATM telah dijalankan. Seramai antara 100-230 orang kakitangan ATM dan 40-100 orang Jabatan telah terlibat dalam setiap program tersebut (bilangan anggota dalam setiap program bergantung kepada keluasan kawasan). Kerjasama ini telah memberi hasil yang amat baik kepada kedua-dua agensi.

Program Penguatkuasaan Taman Negara
Pihak Jabatan telah mewujudkan Program Penguatkuasaan khusus untuk Taman Negara secara berterusan. Bermula April 2006, tiga pasukan khas (6 anggota/setiap pasukan) telah ditugaskan secara bergilir mengawal kawasan yang dikenalpasti menjadi pintu masuk oleh warga asing ke kawasan Taman Negara Pahang, Kelantan dan Trengganu. Pasukan khas ini telah dibekalkan dengan senjatapi dan lain-lain peralatan bagi membantu tugas-tugas rondaan tersebut.


Mewujudkan Pejabat Di Sempadan
Jabatan telah diluluskan perjawatan dan pejabat-pejabat baru untuk pemeriksaan dan pememantauan kegiatan penyeludupan hidupan liar di semua pintu masuk ke Semenanjung Malaysia. Pihak Jabatan sedang dalam proses untuk membuka pejabat-pejabat baru tersebut. Kehadiran kakitangan PERHILITAN di sempadan diharap dapat mengurangkan kegiatan penyeludupan.
Program Kesedaran Awam
Program bersama penduduk setempat telah dijalankan oleh pihak Jabatan PERHILITAN bagi memberi kesedaran terhadap kepentingan memulihara biodiversity negara

Bagi menangani penyeludupan dan pengambilan secara haram biodiversiti negara ini Jabatan PERHILITAN mencadangkan Pelan Tindakan berikut;
Isu Keselamatan Negara
• Pencerobohan warga asing di kawasan hutan negara yang semakin meningkat sekarang ini mungkin perlu dilihat sebagai isu keselamatan negara dan tidak hanya sebagai isu Jabatan PERHILITAN. Ancaman yang wujud akibat dari kehadiran warga asing kerana menceroboh dan mengambil biodiversiti sesuka hati tanpa mempedulikan kedaulatan undang – undang negara ini perlu diberi perhatian yang serius.
Kerjasama Inter–Agensi Penguatkuasa
• Perlu ada kerjasama yang lebih padu antara agensi penguatkuasa seperti Jabatan Kastam, Jabatan Imigresen, Unit Pencegah Penyeludupan, Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Imigresen dan Jabatan Perhutanan. Mesyuarat mengenai isu yang sama yang diadakan di Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar pada 23 Julai 2008 telah bersetuju agar Majlis Keselamatan Negara (MKN) menjadi lead agencynya,
• Biodiversiti (flora dan fauna) perlu diutamakan sewaktu membuat pemeriksaan terhadap pergerakan barang-barang yang keluar/masuk di sempadan. Pihak berwajib perlu memastikan semua pergerakan keluar/masuk hidupan liar mempunyai dokumen import/eksport yang sah yang dikeluarkan oleh Jabatan PERHILITAN.

Mempertingkatkan Kerjasama dengan ATM secara berterusan.
• Kerjasama yang telah diwujudkan bersama ATM (Kor Risik DiRaja) dalam program inventori hidupan liar dan pengawalan Taman Negara sejak tahun 2002 telah memberi banyak faedah dan hasil yang membanggakan. Banyak tangkapan telah dibuat semasa operasi bersama.
• Pihak Jabatan berharap kerjasama dengan ATM dapat dipertingkatkan dari segi jumlah operasi yang dibuat dan dibuat secara berterusan sehingga isu ini dapat ditangani dengan baik.
I

Penyalahgunaan pas sempadan
• Hampir kesemua warga asing yang ditangkap didapati menggunakan pas sempadan untuk memasuki negara dan seterusnya memasuki kawasan hutan yang telah melebihi jarak yang dibenarkan.
• Adalah dicadangkan pengeluaran pas sempadan dikawal dengan mengenakan syarat-syarat yang lebih ketat kepada warga asing yang ingin menggunakannya untuk memasuki negara.

Mempertingkatkan tugas-tugas risikan
• Tugas-tugas risikan yang melibatkan pencerobohan warga asing perlu dipertingkatkan. Memandangkan Jabatan PERHILITAN tidak mempunyai unit, kakitangan dan kepakaran berkaitan bidang ini, adalah dicadangkan pihak PDRM dan ATM untuk menjalankan tugas risikan ini.

Tindakan Jabatan Imigresen
Dicadangkan Jabatan Imigresen mengambil tindakan terhadap penceroboh bersabit kesalahan perundangan Jabatan Imigresen yang berkaitan.
Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia Untuk Memantau
Penyeludupan Menggunakan Perairan Negara
• Memandangkan Jabatan tidak mempunyai kemudahan bot , kakitangan dan pengetahuan untuk membuat pemeriksaan kapal yang akan diguna untuk menyeludup hidupan liar , kerjasama dari APMM adalah di pohon untuk membuat pemeriksaan terhadap kapal – kapal yang berlaboh yang menjadi suspek yang sedang menunggu flora dan fauna yang akan diseludup.

Capacity building
• Jabatan PERHILITAN mohon untuk mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan kepakaran daripada ATM dan Jabatan Polis dalam melatih kakitangan bagi menjalankan kerja-kerja risikan .

• Jabatan PERHILITAN bersedia untuk memberi latihan kepada kakitangan yang bertugas di sempadan mana-mana agensi penguatkuasa yang memerlukan mengenai pengenalan spesies hidupan liar.













LAMPIRAN 2


ANTARA RINGKASAN TANGKAPAN WARGA ASING

BIL. NEGERI KAWASAN TAHUN BIL. PENEMUAN
AKTIVITI
PENCEROBOHAN, PEMBURUAN HARAM & MENJERAT TANGKAPAN
(ORANG) DENDA
1 Pahang H.S. Tekam, Jerantut 2001 14
3 Penjara 16 bulan setiap seorang
2 Terengganu Taman Negara Terengganu 2000 -
2005 18
- Tiada tangkapan
3 Kelantan i. Ulu Sg. Ketil, Gua Musang

2004





12
2
Ditahan dilokap semalaman

ii. FELDAMentara, Gua Musang

2004

1
Kompaun RM 3000.00

iii. Bukit Pakoh, Aring, Gua Musang

2004
1 Penjara 5 tahun

iv. FELDA Aring 5, Gua Musang
2005
4

Penjara 3 tahun 10 bulan serta 2 sebatan setiap seorang

v. Highway Aring- K. Brang 2007 4 ( Kemboja ) Serahan kpd Jab. Imigresen
vi. Ldg. Chin Teck 2007 1 Denda RM 1,200



4






Taman Negara






i. Sg. Tanum, Merapoh
2002




31






2 Penjara 6 bulan setiap seorang

ii. KM 48 Jalan Gua Musang – Kuala Lipis
2004
4 Penjara 18 bulan setiap seorang

iii. Sg. Yu, Merapoh 2005 1 Kompaun RM 1,000.00
iv. Bukit Tujuh (jln K.Lipis – Merapoh)

2005
1 Dikompaun RM 3,000.00

5 Perak Sira Kuda, Tasek Temenggor

2003
6
4 Diserahkan kepada pihak tentera di Kem Banding

6 Kedah H.S. Ulu Muda
2004
6
3 Diserahkan kepada pihak polis daerah Sik.

7 Program Inventori Hidupan Liar di Taman Negara (kerjasama dgn. ATM)
Sg. Kalong, Merapoh

2002

16

2 Penjara setahun dan 2 sebatan setiap seorang

8 Program Inventori Hidupan Liar di Pasir Raja, Terengganu (kerjasama dgn. ATM) Kg. Jongok Batu

2003

8


5 Penjara 4 bulan setiap seorang

9 Program Inventori Hidupan Liar di Taman Negara (kerjasama dgn. ATM)
i. Sg. Atok

2003

21
2 Penjara 6 bulan setiap seorang

ii. Sg. Cacing, Tasik Kenyir
10 Penjara 3 bulan setiap seorang

10 Program Inventori Hidupan Liar di Taman Diraja Belum, Perak (kerjasama dgn. ATM)
Sg. Mangga, H.S. Temenggor

2004
11
8 Penjara 4 bulan setiap seorang

11 Program Inventori Hidupan Liar di Taman Negara (kerjasama dgn. ATM)
Sg. Relai, FELDA Ciku 1

2005

21

7 Penjara 16 bulan setiap seorang

12 Program Inventori Hidupan Liar di Banjaran Titiwangsa (kerjasama dgn. ATM)
i. Ldg Absolute, Kuala Betis, Gua Musang

2005


6
2
Penjara 20 bulan setiap seorang

ii. Sungai Tanum (Chegar Perah), Taman Negara

2005
3
(Kemboja) i. Seorg dipenjara 4 bulan.
ii. 2 org dikenakan denda RM 4,500.00 setiap seorang

13 Program Inventori Hidupan Liar di Hulu Terengganu (kerjasama dgn. ATM) Sg. Cacing, Taman Negara

2005
12
2 Penjara 3 bulan seorang

14 Program Kawalan Kawasan Taman Negara Trengganu Hulu Trengganu
2006
3
3 Penjara 8 bulan seorang




15 Program Kawalan Kawasan Taman Negara Trengganu Hulu Sungai Petang 2006 1
( Kemboja ) Penjara 3 bulan




16 Program Kawalan Kawasan Taman Negara Trengganu Sg. Cicir di Taman Negara Terengganu 2007 4









No comments:

Post a Comment