الساهد في سبيل لله

الساهد في سبيل لله

Wednesday, August 10, 2011

GIS

DATA CAPTURED, CONVERSION & INTEGRATION


1. Objektif
Untuk mengetahui penggunaan perisian GIS dalam pengumpulan data geospatial dari pelbagai sumber/format kepada satu pangkalan data geospatial

2. Proses yang terlibat
a) Pengimbasan pelan hardcopy kepada softcopy
• Menggunakan scanner yang mempunyai resolusi yang tinggi dan berupaya untuk mendigitkan kertas dalam pelbagai saiz termasuklah A0, A1, A2, A3 dan A4.
• Untuk mendapatkan imej yang terbaik, resolusi scanner sekurang-kurangnya 300 dpi.

b) Kemasukan imej ke dalam GIS Raster Viewer
• Imej yang telah didigitkan dengan menggunakan scanner akan disimpan dalam format imej. Antara format imej yang boleh digunnakan adalah Joint Photographic Experts Group (JPEG), Tagged image File Format (TIFF), Windows bitmap dan lain-lain.
• Sekiranya terdapat kesan lipatan pada pelan-pelan, noise serta kesan contengan yag akan menjejaskan kualiti pelan, image enhancement terhadap pelan tersebut adalah diperlukan bagi menghilangkan semua kesan kurang baik di atas pelan yang boleh menjejaskan kualiti pelan dan juga kerja.

c) Pendaftaran imej kepada sistem koordinat yang sesuai ( Geo-Referencing)
• Proses ini bertujuan untuk menempatkan atau menentukan kedudukan sesutu tempat mengikut lokasi koodinat geografi.
• Proses ini akan melibatkan penggunaan beberapa projection sebagai rujukan. Antaranya WGS84, Cassini Soldner negeri
• Proses georeference ini juga perlu mempunyai julat Root Mean square (RMS) error yang rendah. Biasanya standard nilai yang digunakan adalah RMS < 0.05. Ini adalah untuk mejamin kualiti produk akhir data yang terbaik

d) Pendigitan terhadap imej
• Selepas georeferencing, semua imej akan menjalani proses untuk menukar format raster ke format vector.
• Penggunaan perisian GIS seperti mapinfo, ArcGIS, R2V adalah diperlukan. Perisian R2V akan menukar format Raster to Vector secara automatik berbanding dengan perisian arcGIS adalah secara manual

e) Kemasukan atribut terhadap imej yang telah pengdigitan (Data entry)
• Proses ini melibatkan kemasukan atribut untuk pelan yang telah diimbas.














Proses penukaran data salinan keras kepada digital

Penyediaan data

Proses perolehan data boleh dilakukan dengan menggunakan peta topografi di mana peta tersebut harus melalui proses “georeferencing”. Proses ini berfungsi bagi menentukan koordinat dan kedudukan sebenar peta pada permukaan muka bumi.

1. Imbas peta topografi yang diperlukan

Contohnya :-

3758 (Rawang) dan
3759 (Tanjong Malim)

2. Proses ini akan dilakukan dengan menggunakan aplikasi ArcMap









Kemasukkan data pada aplikasi

Untuk memulakan proses mendigit, imej peta topo yang telah diimbas akan di masukkan ke dalam aplikasi ArcMAP

1. Klik ikon

2. Pilih imej yang akan digunakan untuk proses “Georeferencing”

Contohnya :- 3758.jpg dan 3759.jpg

3. Klik butang ADD



1. Klik butang YES






1. Klik butang OK



1. Imej yang dimasukkan akan dipaparkan tetapi kedudukan imej ini akan berada di dalam keadaan “overlap”di antara satu sama lain. Ini kerana imej ini belum mempunyai sistem koordinat





Kemasukan toolbar georeference ke dalam aplikasi

Bagi memulakan proses mendigit, imej peta topografi ini harus melalui proses georeference terlebih dahulu agar imej ini mempunyai sistem koordinat yang betul.

1. Customize >> Toolbars >> Georeferencing



Toolbar ini akan digunakan untuk proses georeference data raster. Tools yang akan digunakan bagi proses ini adalah:-

1. Add Control Points
2. View Link Table
3. Update Georeferencing
4. Auto Adjust




Proses Georeferencing

Langkah pertama bagi proses ini adalah mendapatkan koordinat titik kawalan pada imej peta topografi. Jumlah minimum titik kawalan yang diperlukan adalah empat

1. Klik ikon dan zoom pada ke empat-empat bucu yang terdapat di dalam imej peta topografi dan catat koordinat X dan Y yang terdapat di bucu tersebut.






Setelah kempat-empat koordinat X dan Y telah dicatat, proses georeferencing akan di lakukan dengan menggunakan Georeferencing Toolbar

1. Klik ikon bagi menanda titik kawalan.

2. Pilih imej bagi proses ini pada ruangan layer.

3. Klik Georeferencing dan pastikan ‘uncheck’ Auto Adjust supaya imej tidak terus teranjak kepada nilai koordinat yang dimasukkan.








Penandaan Titik Kawalan

1. Klik ikon dan klik pada garisan persilangan antara nilai X dan Y yang telah dicatat. Jarakkan sedikit dari garisan persilangan dan klik butang kanan tetikus pilih Input X and Y





1. Masukkan nilai X dan Y yang telah dicatat ke dalam ruang yang telah disediakan. Ulangi langkah ini untuk memasukkan nilai bagi keempat-empat titik kawalan.




Setelah selesai memasukkan nilai X dan Y bagi kesemua titik kawalan, maklumat ini perlu disimpan supaya imej kekal pada kedudukan koordinat yang dimasukkan

1. Pilih Update Georeferencing pada toolbar. Ulang langkah yang sama bagi penandaan titik kawalan bagi imej seterusnya.



Pembinaan Geodatabase

Proses membina geodatabase dilakukan di dalam aplikasi ArcCatalog.

1. Klik ikon untuk memilih directory simpanan data.
2. Klik OK












Directory yang telah dihubungkan akan berada pada catalog tree.

1. Klik butang kanan tetikus pada folder >> New >> Personal Geodatabase.





Setelah satu geodatabase dibina dan dinamakan mengikut keperluan, satu feature class perlu dibina.

1. Klik butang kanan pada geodatase >> New >> Feature Class.




Feature class dibina mengikut feature yang ingin disimpan di dalam geodatabase.

1. Masukkan nama feature
2. Pilih feature type mengikut jenis yang dikehendaki.
3. Klik Next





Pilih sistem koordinat yang berkaitan.

1. Klik Next sehingga Finish. Ulang langkah yang sama bagi membina feature class yang lain.



Pendigitan

Proses pendigitan dilakukan di dalam aplikasi ArcMap dengan menggunakan Editor toolbar

1. Klik ikon untuk memasukkan editor toolbar ke dalam aplikasi.

2. Klik Editor dan pilih Start Editing



1. Klik pada layer yang ingin didigit.

2. Pilih jenis tool yang digunakan untuk mendigit feature mengikut kesesuaian.










1. Dengan menggunakan butang kiri tetikus klik pada maklumat yang terdapat pada peta topografi dan ikut bentuknya. Untuk menamatkan proses mendigit klik butang kiri tetikus dua kali dan data baru akan bertukar manjadi biru.





1. Untuk menyimpan maklumat yang telah didigit, klik Editor >> Save Edits







Untuk mendigit layer lain, layer perlu ditambah pada editing template.

1. Klik ikon untuk memilih layer lain.
2. Klik ikon bagi menambah layer pada template.
3. Pilih layer yang ingin ditambah.
4. Klik butang Finish. Layer yang baru kan masuk pada editing template.Ulang langkah pendigitan untuk mendigit layer baru yang telah ditambah.









No comments:

Post a Comment