الساهد في سبيل لله

الساهد في سبيل لله

Wednesday, August 10, 2011

GIS


Essential Editing Know-How | Mohamad Nizar Damis



Suntingan Data GIS Menggunakan ArcGIS Desktop 10
ArcGIS Desktop membolehkan pengguna mencipta dan mejalankan suntingan pelbagai jenis data GIS di dalam format Shapefile atau Geodatabase. Sesetengah operasi suntingan bergantung kepada lesen perisian ArcGIS Desktop yang digunakan, sebagai contoh ArcView boleh digunakan untuk menyunting simple feature did alam geodatabase tetapi tidak boleh digunakan untuk menjalankan suntingan yang melibatkan topologi, geometric network dan ArcSDE Geodatabase.
Proses Kerja Suntingan (Secara Umum)
Sebelum suntingan boleh dijalankan di dalam ArcMap, anda perlu mempunyai feature class sedia ada untuk disunting. Sekiranya tiada, anda perlu menciptanya terlebih dahulu di dalam tetingkap Catalog.

Editor Toolbar dan tetingkap Create Features akan mengandungi alatan yang kerap digunakan untuk suntingan data

Secara umumnya, proses suntingan adalah seperti berikut:
i. Pilih workspace atau Data Frame yang hendak disunting
ii. Mulakan sesi suntingan (Start Editing)
iii. Pilih feature template dan construction tool daripada tetingkap Create Feature
iv. Tetapkan ciri-ciri suntingan yang lain, contohnya seperti Snapping
v. Cipta feature yang baru atau sunting feature sedia ada
vi. Tambah atau sunting atribut bagi feature
vii. Simpan (save edits) dan hentikan suntingan (stop editing)

LATIHAN 1: Mencipta Feature Yang Baru
Keperluan:
Perisian ArcGIS Desktop 10 (ArcView/ArcEditor/ArcInfo)
Data File Geodatabase BASIC_EDITING.gdb (disediakan)

1. Buka ArcMap dan tambahkan feature class GunaTanahSemasa daripada data yang dibekalkan.
2. Buka layer properties bagi GunaTanahSemasa dan tetapkan simbologi seperti berikut:

3. Aktifkan Editor Toolbar dan pilih Editor  Start Editing.

4. Tetingkap Create Features akan dipaparkan dengan Templates yang dijanakan secara automatik bagi layer GunaTanahSemasa. Template tersebut bertujuan bagi memberi simbologi dan atribut yang sekata bagi setiap jenis guna tanah.

5. Buka jadual atribut bagi GunaTanahSemasa. Catatkan hubungan antara medan GT_SEMASA dan GTN_SEMASA. Perhatikan juga nilai bagi medan STRATEGIK.

GTN_SEMASA GT_SEMASA












6. Klik butang Organize Template dan bagi setiap jenis gunatanah, buka Properties nya. Isikan ruang-ruang yang berkenaan dengan nilai yang sesuai seperti di dapati di langkah 5.

7. Di dalam tetingkap Create Features, pilih Institusi dan dari tetingkap Construction Tools pilih Polygon. Lukiskan polygon dimana-mana ruang kosong di dalam layer GunaTanahSemasa.

Periksa atribut bagi polygon yang anada telah lukis tadi.
8. Di dalam tetingkap Create Features, pilih Perdagangan dan dari tetingkap Construction Tools, pilih Auto Complete Polygon. Tetapkan Snapping kepada Point Snapping, End Snapping dan Vertex Snapping.


Klik pada salah satu vertex polygon yang anda telah lukiskan tadi dan ciptakan polygon sehingga ke vertex poligon yang lain. Dwi-klik untuk memuktamadkan polygon.

Periksa atribut bagi polygon yang anda baru cipta tadi.
9. Bagaimana sekiranya ada kategori guna tanah yang baru?
9.1. Tambah kategori tersebut di dalam simbologi terlebih dahulu dan ditambahkan pada Feature Template, atau








9.2. Tambah kategori di dalam Feature Template terlebih dahulu baru diikuti oleh simbologi.


Secara dasarnya kedua-dua kaedah adalah sama sahaja.
10. Dengan menggunakan salah satu kaedah kaedah yang dinyatakan di dalam langkah 9, tambahkan satu kategori guna tanah iaitu ‘Lain-Lain’ dengan nilai GT_SEMASA = DLL
11. Cipta satu polygon dengan kategori guna tanah ‘Lain-lain’ di atas layer GunaTanahSemasa.
12. Save edits. Stop editing. Simpan dokumen ArcMap sebagai fail MXD yang baru.

LATIHAN 2: Pemotongan Poligon
Keperluan:
Perisian ArcGIS Desktop 10 (ArcView/ArcEditor/ArcInfo)
Data File Geodatabase BASIC_EDITING.gdb (disediakan)
MXD dari LATIHAN 1

1. Buka MXD daripada LATIHAN 1 di atas.
2. Aktifkan Editor Toolbar dan pilih Editor  Start Editing.
3. Klik butang Edit Tool pada Editor Toolbar dan pilih polygon yang hendak dipotong (mana-mana poligon)


4. Klik butang Cut Polygons Tool. Secara default, butang Straight Segment akan dipilih secara automatik (ini merupakan kaedah bagaimana kita melukis garis pemotongan). Lukiskan garisan yang akan memotong poligon yang telah dipilih dan dwi-klik tetikus atau tekan butang [F2] untuk memuktamadkan garisan potongan tersebut.


Hasilnya, poligon tersebut akan dipotong kepada 2 bahagian mengikut garisan pemotongan yang dilukis tadi.
5. Save edits. Stop Editing.
LATIHAN 3: Reshape Features (Polygon/Line)
Keperluan:
Perisian ArcGIS Desktop 10 (ArcView/ArcEditor/ArcInfo)
Data File Geodatabase BASIC_EDITING.gdb (disediakan)
MXD dari LATIHAN 1

1. Buka MXD daripada LATIHAN 1 di atas.
2. Aktifkan Editor Toolbar dan pilih Editor  Start Editing.
3. Klik butang Edit Tool pada Editor Toolbar dan pilih polygon yang hendak diubah bentuk (mana-mana poligon)


6. Klik butang Reshape Feature Tool. Secara default, butang Straight Segment akan dipilih secara automatik (ini merupakan kaedah bagaimana kita melukis garis pemotongan). Lukiskan garisan yang akan memotong poligon yang telah dipilih dan dwi-klik tetikus atau tekan butang [F2] untuk memuktamadkan garisan potongan tersebut.


Hasilnya poligon tersebut dipotong kepada bentuk yang dikehendaki.
4. Save edits. Stop editing.

LATIHAN 4: Merge Features (Polygon/Line)
Keperluan:
Perisian ArcGIS Desktop 10 (ArcView/ArcEditor/ArcInfo)
Data File Geodatabase BASIC_EDITING.gdb (disediakan)
MXD dari LATIHAN 1

1. Buka MXD daripada LATIHAN 1 di atas.
2. Aktifkan Editor Toolbar dan pilih Editor  Start Editing.
3. Pilih 2 (atau lebih) poligon guna tanah yang berbeza jenis guna tanahnya.

4. Di dalam editor Toolbar, Editor  Merge… Satu kotak dialog akan dipaparkan bagi anda memilih objek yang akan menjadi asas kepada cantuman objek yang lain. Ini bertujuan untuk menentukan atribut yang akan diperolehi oleh objek-objek yang akan dicantumkan.

5. Save edits. Stop editing.
LATIHAN 5: Modify Features (Polygon/Line)
Keperluan:
Perisian ArcGIS Desktop 10 (ArcView/ArcEditor/ArcInfo)
Data File Geodatabase BASIC_EDITING.gdb (disediakan)
MXD dari LATIHAN 1

1. Buka MXD daripada LATIHAN 1 di atas.
2. Aktifkan Editor Toolbar dan pilih Editor  Start Editing.
3. Klik butang Edit Tool pada Editor Toolbar dan pilih polygon yang hendak diubah bentuk (mana-mana poligon)


4. Klik butang Edit Vertices (kaedah alternatif adalah dwi-klik pada objek yang hendak diubah bentuknya).

5. Move Vertex: Bertujuan untuk mengubah kedudukan vertex sesuatu objek. Kaedah :Ubah kedudukan vertex ke tempat yang dikehendaki menggunakan tetikus.

6. Parallel Edge Edit: Bertujuan untuk mengekalkan sudut sisi yang dipilih supaya sentiasa selari dengan kedudukan sisi yang asal. Kaedah : Letakkan cursor/pointer tetikus pada sisi yang hendak diubah dan klik [hold] tetikus. Pindah kedudukan sisi tersebut.

7. Add Vertex: Bertujuan untuk menambah vertex bagi poligon atau line. Kaedah : Klik butang Add vertex dan klik pada sisi poligon atau garisan yang hendak ditambah vertex. (Kaedah alternatif dengan klik-kanan pada garisan sisi dan pilih Insert Vertex)

8. Delete Vertex: Bertujuan untuk memadam vertex bagi poligon atau line. Kaedah: Klik butang Delete Vertex dan klik pada vertex yang hendak dibuang. (Kaedah alternatif dengan klik-kanan pada vertex yang hendak dibuang dan pilih Delete Vertex)

9. Sketch Properties: Bertujuan bagi memaparkan tetingkap yang menunjukkan semua vertex dan kedudukannya (koordinat) bagi objek yang dipilih. Vertex boleh dipilih dan diubah koordinat kedudukannya disini.

10. Save edits. Stop editing.

LATIHAN 6: Move Features (Point/Line/Polygon)
Keperluan:
Perisian ArcGIS Desktop 10 (ArcView/ArcEditor/ArcInfo)
Data File Geodatabase BASIC_EDITING.gdb (disediakan)
MXD dari LATIHAN 1

1. Buka MXD daripada LATIHAN 1 di atas.
2. Aktifkan Editor Toolbar dan pilih Editor  Start Editing.
3. Klik butang Edit Tool pada Editor Toolbar dan pilih objek (poligon) yang hendak dipindahkan kedudukannya.


4. Klik (hold) pada objek tersebut dan pindahkan

5. Save edits. Stop editing.

LATIHAN 7 : Mencipta Feature Dengan Kedudukannya Berdasarkan Feature Yang Lain – Midpoint
Keperluan:
Perisian ArcGIS Desktop 10 (ArcView/ArcEditor/ArcInfo)
Data File Geodatabase BASIC_EDITING.gdb (disediakan)
MXD dari LATIHAN 1

1. Buka MXD daripada LATIHAN 1 di atas.
2. Tambah data Jalan daripada data yang dibekalkan.


3. Tukar simbologi layer Jalan seperti berikut\



4. Aktifkan Editor Toolbar dan pilih Editor  Start Editing.
5. Cipta Feature Template yang baru untuk layer Jalan bagi semua kategori jalan (Klik Organize Templates, dan New Template)





6. Bagi setiap template Jalan, tetapkan nilai atribut bagi :
STRATEGIK Wangsa Maju-Maluri
PARLIMEN Titiwangsa
HIRARKI0  Sila kenalpasti hubungan antara HIRARKI dengan HIRARKI0
STATUS Jalan Sediada
KOD_STATUS 1
FCODE TA0060

7. Anda akan membina jalan- jalan berikut berdasarkan gambarajah di bawah:
7.1. Jalan Kent 4 (Jalan Tempatan)
7.2. Jalan Kent 6 (Jalan Tempatan)
7.3. Jalan Kent 7 (Jalan Tempatan)
7.4. Lorong Maktab 1 (Lorong)
7.5. Lorong Maktab 2 (Lorong)
Garis tengah jalan-jalan tersebut akan dibina dipertengahan diantara poligon guna tanah semasa.

8. Aktifkan Snapping bagi Vertex, Point dan End.
9. Mulakan melukis dengan Jalan Kent 6. Dari tetungkap Create Features, pilih dari layer jalan, dari jenis Jalan Tempatan.

10. Snap kepada vertex Jalan Maktab.

11. Untuk memastikan garisan jalan berada ditengah-tengah di antara 2 polgon guna tanah yang berlainan, pada editor toolbar, klik pada Midpoint tool

Kemudian klik pada vertex satalah satu poligon (1) dan kemudia klik pada poligon berikutnya (2)

12. Jalan akan bersambung pada hujung Jalan Kent 3, oleh itu, klik pada Straight Line tool dan snap pada penghujung Jalan Kent 3. Kemudia sambung ke pertengahan antara 2 poligon dan terus bersambung ke vertex di Jalan Kent 5. Finish Sketch (atau dwi-klik).

13. Isikan attribute nama jalan kepda jalan yang telah dibuat (klik butang Attributes )
14. Teruskan kaedah yang sama dengan jalan-jalan yang lain.
15. Save edits. Stop Editing. Save MXD.
LATIHAN 8: Menyambung Garisan Undershoot
Keperluan:
Perisian ArcGIS Desktop 10 (ArcView/ArcEditor/ArcInfo)
Data File Geodatabase BASIC_EDITING.gdb (disediakan)
MXD dari LATIHAN 7

1. Buka MXD daripada LATIHAN 7 di atas.
2. Aktifkan Editor Toolbar dan pilih Editor  Start Editing
3. Persimpangan Jalan Maktab dan Jalan Padang Tembak adalah tidak bersambung sepenuhnya. Kedua-dua jalan ini sepatutnya bersambung.

4. Aktifkan toolbar ‘Advance Editing’. Pilih (klik) jalan Padang Tembak kemudian klik butang ‘Extend Tool’ pada toolbar Advance Editing. Selepas itu klik pada penghujung Jalan Maktab.

Hasilnya, Jalan Maktab akan disambung ke Jalan padang Tembak.

5. Lakukan kaedah yang sama untuk menyambungkan Jalan Maktab dengan Jalan Gurney di sebelah barat.
6. Save edits. Stop editing.

LATIHAN 9: Memotong Garisan Overshoot
Keperluan:
Perisian ArcGIS Desktop 10 (ArcView/ArcEditor/ArcInfo)
Data File Geodatabase BASIC_EDITING.gdb (disediakan)
MXD dari LATIHAN 7

1. Buka MXD daripada LATIHAN 7 di atas.
2. Aktifkan Editor Toolbar dan pilih Editor  Start Editing
3. Persimpangan Jalan Kent 5 dan Jalan Padang Tembak berlaku overshoot. Ini mewujudkan keadaan dimana seolah-olah wujud simpang 4 disitu sedangkan ia sepatutnya simpang 3 sahaja.

4. Aktifkan toolbar ‘Advance Editing’. Pilih (klik) jalan Padang Tembak kemudian klik butang ‘Trim Tool’ pada toolbar Advance Editing. Selepas itu klik overshoot pada Jalan Kent 5.

Hasilnya, overshoot Jalan Kent 5 akan dipotong.

5. Lakukan kaedah serupa bagi overshoot di persimpangan Jalan Chenangkas dan Jalan Padang Tembak.
6. Save edits. Stop editing.


LATIHAN 10: Suntingan Sempadan Bersama Menggunakan Map Topology
Keperluan:
Perisian ArcGIS Desktop 10 (ArcView/ArcEditor/ArcInfo)
Data File Geodatabase BASIC_EDITING.gdb (disediakan)
MXD dari LATIHAN 7

1. Buka MXD daripada LATIHAN 7 di atas.
2. Aktifkan Editor Toolbar dan pilih Editor  Start Editing.
3. Aktifkan Topology Toolbar

4. Klik butang ‘Map Topology’ .

5. Klik butang ‘Topology edit Tool’ dan klik pada sisi atau vertex yang dikongsi oleh beberapa poligon guna tanah.

6. Gerakkan vertex atau sisi tersebut ke tempat lain.

7. Lihat perubahan yang berlaku kepada poligon-poligon yang terlibat.
8. Save edits. Stop editing. Save MXD. Close Arcmap.


No comments:

Post a Comment