الساهد في سبيل لله

الساهد في سبيل لله

Saturday, October 20, 2012

fAunA florA

Surah At Takwir Ayat 5 • “Maka apabila binatang liar dikumpulkan” untuk mendapat Pembelaan dari Allah AzzawaJalla. Tidak buleh membunuh haiwan melainkan dengan niat untuk dimakan. Dalilnya Sabda Rasulullah Salallahu alaihi wasalam: Sesiapa membunuh burung dengan tujuan mensia-siakannya, maka ia menghadap Allah pada hari Qiamat dan berkata: Wahai Tuhanku, sesungguhnya si fulan telah membunuhku dengan sia-sia dan dia tidak membunuhku untuk dimanfaatkan (Hadis riwayat Ahmad:18976. AnNasa’i:4446 dan rujuk Ghayah Al Maram oleh Syeikh al Albani:4246. Hadis no 1462 sahih Bukhari jilid 3: Dari Abu Hurairah Radhiallahu anhu : Nabi SallAllahu alaihi waSalam bersabda” Apabila kamu mendengari kokok ayam, maka berdoalah kepada Allah untuk beroleh kurnia dariNya kerana Sesungguhnya ia telah melihat malaikat. Apabila kamu mendengar bunyi ringit keldai maka mohonkanlah Perlindungan dengan Allah dari bahaya gangguan syaitan kerana sesungguhnya ia telah melihat syaitan Surah Al Maidah 5:3 Diharamkan ke atas kamu bangkai, darah dan daging khinzir Allah swt telah berfirman : "Katakanlah: "Tiadalah aku perolehi dalam wahyu yang diwahyukan kepadaKu, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali kalau makanan itu bangkai, atau darah yang mengalir atau daging babi - kerana Sesungguhnya semua itu kotor - atau binatang yang disembelih atas nama selain Allah. Barangsiapa yang dalam Keadaan terpaksa, sedang Dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, Maka Sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". (Al-An'am : 145) Ayat 44 Surah al Isra’: Langit yang tujuh lapis dan bumi yang tujuh lapis dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tidak ada suatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka sesungguhnya Dia adalah maha penyantun lagi Maha pengampun Hadis Sahih Bukhari no 1131 jilid 3 (banyak kisah fauna dan flora) Dari Abu Hurairah RadhiaLlahu anhu, Nabi Sallallhu alaihi waSalam, bersabda “Ketika seorang lelaki mengenderai lembu, maka lembu itu melenggong kepadanya sambil berkata “Saya diciptakan bukan untuk ini (dikenderai), saya diciptakan Allah untuk mengerjakan sawah ladang”. Ia berkata “Saya percaya dengan ucapan itu. Demikian jua Abu Bakar dan Umar. “Seekor Serigala (AzZi’bu) menangkap kambing, lalu diburu oleh pengembala. Serigala itu berkata “Siapakah yang akan menguasainya pada hari berkuasanya binatang buas? Pada hari itu tiada pengembalanya selain dari aku”. Dia berkata “Saya percaya, jua Abu Bakar dan Umar*** ***keterangan: Keterangan ini mungkin hanya berupa kiasan. Ayat 79 Surah Al Anbiya’: Maka Kami telah beri faham/pengertian kepada Sulaiman tentang hukum (yang lebih tepat*) dan kepada masing-masing mereka telah kami berikan hikmah dan ilmu dan telah kami tundukkan gunung-gunung dan burung-burung. Semua bertasbih bersama Daud, dan Kamilah yang melakukannya *Menurut riwayat Ibnu Abbas bahawa sekelompok kambing telah merosakkan tanaman di waktu malam. Maka yang empunya tanaman mengadu hal ini kepada Nabi Daud memutuskan bahawa kambing-kambing itu harus diserahkan kepada empunya tanaman sebagai ganti tanaman yang rusak. Tetapi Nabi Sulaiman a.s memutuskan supaya kambing-kambing itu diserahkan sementara kepada yang empunya tanaman untuk diambil manfaatnya. Dan orang yang empunya kambing diharuskan menggantikan tanaman itu dengan tanaman yang baru. Apabila tanaman yang baru itu telah dapat diambil hasilnya, mereka yang mempunyai kambing itu boleh mengambil kambingnya kembali. Putusan nabi Sulaiman a.s ini adalah keputusan yang lebih tepat. Ayat 41 Surah An Nur: Tidakkah kamu tahu bahawasanya Allah: kepadaNya bertasbih apa yang di langit dan di bumi dan juga burung dengan mengembangkan sayapnya. Masing-masing telah mengetahui cara solat dan tasbihnya, dan Allah maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan Ayat 168 Al Baqarah: Hai manusia, makanlah yang Halal serta baik (Halalan Thoiyiban), dari apa yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikuti langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. Ayat 173 Surah Al Baqarah: Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi dan binatang yang ketika disembelih disebut nama selain Allah**. Tetapi barangsiapa dalam keadaan terpaksa memakannya sedang ia tidak menginginkannya dan tidak pula melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Ayat 3 Al Maidah: Diharamkan bagimu memakan bangkai, darah*, daging babi, daging haiwan yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan yang diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya**, dan yang diharamkan bagimu yang disembelih untuk berhala. Dan diharamkan juga mengundi nasib dengan anak panah itu)*** adalah kefasikan. Pada hari ini **** orang kafir telah putus asa untuk mengalahkan Ad-Din mu,sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada Ku, Pada hari ini telah Ku Sempurnakan bagi mu AdDin mu, dan telah Ku cukupkan kepada kamu ni’matKu, dan telah Ku ridhai ISLAM itu jadi AdDin mu. Maka barangsiapa terpaksa***** kerana kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. *Ialah darah yang keluar dari tubuh, sebagaimana tersebut dalam surah Al An’am ayat 145. **maksudnya ialah : binatang yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk dan yang diterkam binatang buas adalah halal jika sempat disembelih di atas nama Allah sebelum mati ***Al Azlam ertinya anak panah yang belum pakai bulu. Orang Arab jahiliah menggunkan anak panah yang belum pakai bulu untuk menentukan apakah mereka akan melakukan suatu perbuatan atau tidak. Caranya ialah: mereka mengambil tiga buah anak panah yang belum pakai bulu. Setelah ditulis masing-masing iaitu dengan “lakukanlah”, “jangan lakukan” sedang yang ketiga tidak ditulis apa-apa, diletakkan dalam sebuah tempat dan disimpan dalam Kaabah. Bila mereka hendak melakukan sesuatu perbuatan maka mereka meminta supaya juru kunci Kaabah mengambil sebuah anak panah itu. Terserah nanti apakah mereka akan melakukan atau tidak lakukan sesuatu, sesuai dengan tulisan anak panak yang diambil itu. Kalau yang terambil anak panah yang tidak ada tulisannya, maka undian diulang sekali lagi. ****yang dimaksudkan dengan hari ialah masa iaitu masa haji wada’, haji terakhir yang dilakukan oleh Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam. *****Maksudnya: dibolehkan memakan makanan yang diharamkan oleh ayat ini jika terpaksa seperti terlalu lapar. Ayat 145 Surah Al-An’am Katakanlah: Tiada aku perolehi dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya kecuali kalau makanan itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi, kerana sesungguhnya semua itu kotor, atau binatang yang disembelih atas nama selain Allah. Barangsiapa yang dalam keadaan terpaksa sedang dia tidak menginginkannya dan tidak pula melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha pengampun lagi Maha Penyayang. Hadis Sahih Bukhari Jilid 1,No.413 • Asma binti Abu Bakar r.a memberitakan, bahawa pada suatu ketika nabi saw. Melakukan Shalat Kusuf (Shalat waktu gerhana matahari). Baginda berdiri lama, rukuk lama, kemudian berdiri lama, kemudian rukuk lama,kemudian bangkit dari rukuk dan sesudah itu sujud lama, kemudian bangkit lalu sujud lama. • Kemudian berdiri kembali lama, kemudian rukuk lama,kemudian bangkit dan berdiri lama, kemudian bangkit lalu sujud kembali lama. Sesudah itu baginda melenggong memberi salam. Sabda baginda”Sesungguhnya dekat rasanya Syurga kepadaku, sehingga andaikan aku berani, dapat kupetikkan untukmu setangkai buah dari buah-buahannya.Tetapi neraka terasa dekat pula kepadaku. Sehingga aku berucap,”Ya,Tuhan,Apakah aku bersama mereka?” Tiba-tiba aku melihat seorang wanita yang kuduga dia dicakar kucing. Lantas aku bertanya”Apakah yang telah terjadi?” Jawab Mereka “Wanita itu telah mengurung kucing itu sampai mati kelaparan, tidak diberinya makan dan tidak pula dilepaskannya supaya kucing itu dapat haknya untuk mencari makan.” Sahih Muslim no 2247 jilid 4 • Dari ‘Abdullah r.a. katanya Rasulullah saw. Bersabda :”Seorang wanita menyiksa seekor kucing dengan jalan mengurungnya sampai mati. Kerana itu wanita tersebut dimasukkan ke neraka. Kucing itu tidak diberikannya makan dan minum selama dalam kurungan dan tidak pula dilepaskannya supaya dia dapat mencari makan sendiri berupa rumput rumput yang tumbuh di bumi. Hadis 2094 jilid 4 Muslim Dari Amir bin Saad dari bapanya (Saad bin Abi Waqas) r.a. katanya “ Sesungguhnya Nabi saw. Telah memerintahkan supaya membunuh cicak dan baginda menamakanya “Si penjahat kecil)=Puwaisiqan Hadis 2095 jilid 4 Muslim Dari Abu Hurairah r.a. Nabi saw. Sabdanya “Siapa yang membunuh cicak satu kali pukul ditulis baginya pahala seratus hasanah, Siapa yang membunuhnya dua kali pukul, pahalanya kurang dari itu. Dan siapa yang membunuhnya tiga kali pukul, pahalanya kurang lagi dari itu” Hadis 2096 Muslim jilid4 Dosa bunuh semut: Dari Abu hurairah r.a dari rasulullah saw. Sabdanya:”Seekor semut menggigit seorang nabi diantara para nabi, lalu Nabi tersebut menyuruh bakar sarang semut itu lalu dibakarlah, Kemudian Allah swt mewahyukan kepadanya. “hanya seekor semut yang menggigitmu, lalu engkau musnahkan suatu umat yang selalu membaca Tasbih” Sahih Muslim hadis 2097 jilid 4 Dari Abdullah r.a. katanya Rasulullah saw. Bersabda “Seorang wanita disiksa Allah pada hari Kiamat lantaran dia mengurung seekor kucing sehingga kucing itu mati. Kerana itu Allah SWT memasukkannya ke Neraka. Kucing itu dikurungnya tanpa diberi makan dan minum dan tidak pula dilepaskannya supaya ia dapat menangkap makanannya yang terdapat di bumi. Sahih Muslim jilid 4 no hadis 2098 Sayangi hayawan Dari Abu hurairah r.a katanya rasulullah saw. Pernah bercerita “Pada suatu ketika ada seorang lelaki sedang berjalan melalui sebuah jalan, lalu dia merasa sangat kehausan. Kebetulan dia turun ke sumur itu untuk minum. Setelah keluar dari sumur, dia melihat seekor anjing menjulurkan lidahnya menjilat-jilat tanah kerana kehausan. Orang itu berkata dalam hatinya, Alangkah hausnya anjing itu, seperti yang baru kualami” lalu dia turun kembali ke sumur, dicedoknya air dengan sepatunya, dibawanya ke atas dan diberi minumkannya kepada anjing itu. Maka Allah berterima kasih kepada lelaki itu (diterimaNya amalnya), dan diampuniNya dosanya” Para sahabat bertanya “Ya Rasulullah saw. Dapat pahalakah kami menyayangi haiwan ini?” Jawab rasulullah saw “Menyayangi setiap makhluk hidup(tumbuhan dan haiwan) berpahala (ada pahalanya),” Hadis sahih Muslim jilid 4 no hadis 2099 Dari Abu Hurairah r.a katanya “Rasulullah saw. Bercerita “Pada suatu ketika ada seekor anjing mengelilingi sebuah sumur. Anjing itu hamper mati kehausan. Tiba-tiba dia terlihat oleh seorang wanita pelacur bangsa bani Israil. Maka dibukanya sepatu botnya, kemudian dicedoknya air dengan sepatunya, lalu diberinya minum anjing yang hampir mati itu . maka Allah swt mengampuni segala dosa wanita itu (dengan asbab amalnya beri minum anjing itu). Sahih Muslim jilid 1 Hadis 128 Jabir bin Abdullah r.a mendengar Nabi saw. Bersabda”Akan senantiasa ada hingga hari Kiamat segolongan umatku yang berjuang menegakkan kebenaran dan mereka pasti menang” sementara itu nabi ‘Isa a.s akan turun ke tengah-tengah umat. Lalu pemimpin-pemimpin mereka berkata kepadanya: “Sudilah Anda solat dan menjadi Imam (pemimpin) kami.” Jawab Nabi ‘Isa a.s ,”Tidak, Masing-masing kamu boleh menjadi pemimpin bagi yang lain, selaku suatu kehormatan yang dilimpahkan Allah kepada ummat ini”. Hadis sahih Muslim jilid 1 No. 127. Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah saw. Bersabda “Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya telah dekat masanya Isa Ibnu Maryam akan turun di tengah-tengah kamu. Dia akan menjadi Hakim yang ADIL, akan dihancurnya salib, dibunuhnya babi/khinzir, dihapuskannya pajak, dan kekayaan akan melimpah ruah (ma’mur) sehingga tidak seorang pun lagi bersedia menerima pemberian” Hadis 1540 sahih muslim jilid 2 Dari Jabir bin Abdullah r.a katanya “Rasulullah saw. Memerintah membunuh anjing. Lalu kami laksanakan perintah itu sehingga seekor anjing milik seorang wanita yang selalu mengawal tuannya dari dusun kami bunuh pula. Kemudian Rasulullah saw. Melarang membunuh anjing seperti itu. Tetapi sabda beliau, “Bunuhlah (bila-bila masa dan dimana saja) anjing yang seluruh bulunya bewarna hitam dengan dua titik putih di keningnya kerana anjing seperti itu adalah syaitan. Hadis No. 1550 sahih muslim jilid 2 Dari Jabir bin Abdullah r.a katanya dia mendengar Rasulullah saw. Bersabda di tahun penaklukan Makkah dan ketika itu dia berada di makkah, sabdanya “sesungguhnya Allah dan RasulNya telah mengharamkan jual khamar/arak, bangkai, babi dan berhala” lalu ditanya orang akan baginda “Ya, Rasulullah, bagaimana hukumnya lemak yang terdapat dalam bangkai? Kerana lemak itu digunakan orang untuk gemuk perahu, untuk meminyaki kulit, dan untuk menyalakan lampu.” Maka bersabda baginda, “Tidak buleh, itu haram, kemudian bersabda pula baginda “Kerana lemak itulah Allah taala mengutuk orang yahudi. Allah telah mengharamkan atas mereka lemak bangkai, tetapi mereka mengolahnya jua. Kemudian mereka menjual, dan hasilnya penjualannya itu mereka makan” Hadis no 2127 sahih Bukhari jilid 5 Jabir r.a berkata “Nabi saw. Mengharamkan menjual babi” No.2128 hadis sahih bukhari jilid 5 Dari Qutaibah bin said , katanya “kami diberitahu oleh al Laits dari Ibnu Syihab dari Ibnu Musayyab bahawasanya ia mendengar Abu hurairah r.a berkata “Rasulullah saw. Bersabda “Demi Dzat Allah yang jiwaku ada di dalam gengamanNya, niscayalah pasti hampir sekali bahawa putera Maryam (yakni Nabiyullah Isa Al masih) turun dikalangan kamu semua. Ia bertindak sebagai Hakim (pemberi keputusan segala macam persoalan) lagi pula bersifat ADIL. Ia akan mematahkan palang salib yangdianggap suci oleh kaum nasrani), membunuh babi (yakni menyuruh seluruh pengikutnya agar melenyapkan semua babi, juga babi hutan sampai habis sama sekali, membebaskan pajak gadai untuk seluruh kaum muslimin, sebab suatu Negara yang berasaskan Islam memang tidak memberi beban yang berupa pajak dalam bentuk apapun kepada umat Islam) dan meluaplah harta kekayaan (sebab mendapatkan keberkahan dari Allah Taala) sehingga tiada seorangpun yang suka menerimanya (sebagai sedekah) Al-Baqarah : 67 - 71, 164 Ayat 67: Dan Ingatlah ketika Musa berkata kepada kaumnya “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyembelih seekor sapi betina, Mereka berkata “Apakah kamu hendak menjadikan kami buah ejekan? Musa menjawab “Aku berlindung kepada Allah agar tidak menjadi salah seorang dari orang-orang jahil Ayat 68: Mereka menjawab “Mohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami , agar Dia menerangkan kepada kami, sapi betina apakah itu” Musa menjawab “Sesungguhnya Allah berfirman bahawa sapi betina itu adalah sapi betina yang tidak tua dan tidak muda; pertengahan antara itu; maka kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu” Ayat 69: Mereka berkata “Mohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami agar Dia menerangkan kepada kami apa warnanya. Musa menjawab “Sesungguhnya Allah berfirman bahawa sapi betina itu adalah sapi betina yang kuning, yang kuning tua warnanya, lagi menyenangkan orang ramai memandangnya. Ayat 70: Mereka berkata “mohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami agar Dia menerangkan kepada kami bagaimana hakikat sapi betina itu kerana sesungguhnya sapi itu masih samar bagi kami dab sesungguhnya kami INSYA ALLAH AKAN MENDAPAT petunjuk untuk mendapatkan sapi itu. Hadis Sahih Bukhari no 1146 Jilid 3: Dari Abdullah ibnu Umar radhiaLlahu anhu, Rasulullah Sallallahu alaihi waSalam bersabda “ Ada seorang wanita yang disiksa di neraka kerana ia memenjarakan kucing sampai mati kelaparan. Kerana itu dia masuk neraka” Kemudian Rasulullah bersabda” Tuhan tahu, bahawa engkau tidak memberi makan dan minum kucing itu waktu memenjarakannya, kucing itu tidak pula engkau lepaskan agar dapat makan apa ymelata di BUMI. Hadis 1150 sahih Bukhari jilid 3: Dari Abu Hurairah RadhiaLlahu anhu, Rasulullah SallAllahu alaihi waSalam bersabda “Kuda dapat menjadi sumber pahala, menjadi alat untuk memenuhi keperluan, atau menjadi sebab dosa. Ia menjadi sumber pahala, jika ia dipelihara untuk AdDinuLlah, digembalakan di padang rumput, atau diperkebunan. Seberapa sampai oleh kuda itu menurut panjang talinya di padang rumput atau di kebun itu, itu menjadi pahala bagi yang empunya. Kalau tali kuda itu putus, lalu naik ke tempat yang tinggi, jejaknya dan tahinya menjadi sumber pahala bagi yang empunya kuda tersebut.. Seandainya kuda itu melalui sebuah sungai, lalu ia minum di sungai itu, sedangkan yang punya tidak berniat memberikan minum, maka yang demikian itu menjadi sumber pahala baginya, Kerana itu ,kudanya menjadi sumbar pahala baginya Insan yang memelihara kuda untuk memenuhi keperluan hidupnya , agar ia jangan jadi pengemis, dan tidak melupakan hak Allah pada waktu membebani kuda itu*** kerana kuda itu menjadi alat bagi memenuhi keperluannya. Dan orang yang memelihara kuda kerana kesombongan, angkuh, riak terhadap Insan Muslim, maka kuda itu menjadi sebab dosa baginya” dan ditanya seseorang kepada Rasulullah SallALlahu alaihi waSalam hal keldai/khimar, maka turun ayat ringkas kepada Nabi yakni ayat “Siapa yang berbuat kebaikan sebesar zarah jua pun akan dilihatNya; sesiapa yang berbuat kejahatan sebesar zarah sekalipun akan dilihatNya “ (Surah AzZalzalah, ayat 7- Keterangan *** Maksudnya kuda itu dipelihara dengan baik dan diberinya muatan beban sesuai dengan kekuatan kuda itu untuk mengangkutnya. Ayat 88 surah An Namli " Dan engkau melihat gunung ganang, engkau menyangkanya tetap membeku (tidak bergerak), pada hal ia bergerak cepat seperti bergeraknya awan; demikianlah perbuatan Allah yang telah membuat tiap-tiap sesuatu dengan serapi-rapi dan sebaik-baiknya;sesungguhnya Ia Amat mendalam pengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan.” ayat 59 surah al an'am menyebutkan Dan pada sisi aAllah kunci kunci semua yang ghaib tak ada yang menegetahuinya kecuali Allah dan Dia mengetahui apa yang di daratan/land dan lautan/sea dan tiada sehelai daun yang gugur pasti Allah mengetahuinya dan apabila daun jatuh pasti allah mengetahuinya dan jika sebutir biji benih basah dan keraing jatuh di dalam bumi/tanah pasti jua Allah mengetahuinya serta sudah tertulis di lauhul mahfuz

Depu=ChanDAn

Emas hitam dari hutan Pohon depu Gaharu Disebut jua kayu chandan Gaharu mula di dagangkan pada zaman silam menurut gerard A person dari institute environmental science di Leiden university dalam artikel berjudul Agarwood...The life of a wounded tree, wujud kepercayaan bahawa ia telah diniagakan di laluan perdagangan antarabangsa yang terawal dalam sejarah. Gaharu digunakan dlm pengkebumian purba mesir sejak 3000 tahun lalu. Di japan gaharu mula bertapak bersama dgn kedatangan ajaran budha . teks purba vietnam pula mencatatkan bahawa gaharu telah dibawa masuk ke japan melalui pengembaraan buddha yang awal Menurut artikel dari jabatan perhutanan berjudul... Tapping the wealth of our woods. Gaharu sudah lama didagangkan di negara ini Ia dipelopori oleh ethnik ore asli di pedalaman semenanjung malazi penduduk tempatan di kelate4 , pahe, dan perak Gaharu disebut Chn-Xiang dalam bahasa china Jinkoh dalam bahasa japan dan Oud dalam bahasa arab terhasil menerusi pengeluaran resin/ damar dari pokok kumpulan Aquilaria. Resin ini terhasil impact dari pokok ini mengalami cedera...juga terhasil dari impact jangkitan kulat Cuma tak semua kumpiulan Aqualaria buleh menghasilkan resin dan amat sukar untuk melihat resin keluar jika kita lihat dari luaran sahaja. Kayu teras dalam pokok depu ini akan menjadi hitam perang...kayu inilah yang berbau harum... kayu ini kemudian di exstract dan akhirnya menjadi minyak athar Kalimah athar dlm bahasa arab jika diterjemahkan ke BM bermakna minyak wangi... Ada 25 spesies poko aqualaria yang tumbuh di selatan dan tenggara adsia Dan 5 spesies di yakini tumbuh di bumi malazi ini. Yakni Aqualaria hirta, Aqualaria malaccensis, Aqualariabeccariana, Aqualaria rostrata, banyak kajian saintifik telah dijalankan kepada aqualaria malaccensis atau dikenali pokok Depu kapas . kurang kajian kepada others pada spesis. Ladang depu di Dewan Beta Tanah jajahan Kota bharu dilaksanakan PMBK Sawit. Seluas 425 ekar bersamaan 172 hektar tanah di kompartment 67 Hutan simpan Batu papan blau di jajahan Gua musang telah ditanam dgn Depu. Proses penanaman telah mula apada bulan 6. Dua tahun lalu. Sehingga kini 60 ribu pokok dari aqualaria malaccensis, Crassna dan sub Integra telah ditanam. PMBK sawit sedang mencari pelabur dari dalam dan luar negara bagi menjalankan industri tanaman depu ini. Satu ekar tanah buleh ditanam 400 pokok dan jarak tanaman 3 meter X 4 meter. Thesis saya untuk pokok jati jua mencadangkan jarak tanaman 3 meter X 4 meter bagi pokok jati. Thesis tahun alkhir saya di mata air arau Perghlih Utara semananjung malazi pada 16 tahun lalu. Dijangka 170 ribu pokok buleh ditanam menjelang tyahun 2009 . ini lah perancangan company PMBKsawit yang dipengerusikan YB Dato' Haji Husam Musa. Kajian pada inventori pokok aqualaria pada 8 tahun lalau menyebut bahwa ada 3.55 million Depu di keluasan tanah 1.79 million meter persegi bersamaan dgn 1.79 km persegi bersamaan dengan 179 hektar. Habitat adealah pada altitude above sea level 7 meter sehingga 1000 meter mengikut kajian ekologi hutan Depu a,at subur pada ketinggian 500 meter above sea level Gredding bagi kayu ini adalah Gred Super A A B C D Pasaran tinggiadalah di Timur tengah Price minyak hasil dari depu ini adalah USD50 ribu sehingga USD 80 ribu Yakni lebih daripada RM240 ribu untuk satu liter Minyak gaharu dipakai dlm perubatan china dan korea Kajian untuk rawatan cancer pada beberapa bahagian depu. Menurut dr Mat rasul awang penyelidik kanan dari Institut nuklear malazi MINT bekalan minyak dari pokok depu Aqualaria ini hanya cukup memenuhi 20 peratus dari permintaan dunia Maka pelaburan untuk ladang depu amatkan posirif dan menggalakkan. Satu pelaburan yang amat baik Hutan yang ditumbuhi pokok depu mula berkurangan IUCN telah menyenaraikan aqualaria mallacensis dan aqualarian yang ada tumbuh di vietnam dalam kumplan spesis terancam maka CITES telah melindungi sepenuhnya kumpulan Aqualaria ini. Adakah gaharu di hutan primary buleh digantikan dgn tiruan secara sintesis... jawaban nya adalah tidak buleh sebab haruman minyak gaharu lebih tinggi kualiti dari haruman sintetik Bahan aktif yang menjadikan minyak ini harum adalah Sesquiterterpenes. Jika bahan ini nak dibuat dgn cara sintetik maka cost nya terlalau tinggi dan tak ekonomi...maka minyak dari ladang depu amatlah berpotensi tinggi bagi memenuhi permintaan minyak athar dari kayu depu ini. Rawatan berkala dgn menebuk pokok depu dan dipasakkan kayu ke dalam batang depu dibuat secara berkala dan berjadual.. alat drill yang canggih dipakai ...bagi tugas ini. Ada jua pakai parang dgn menetak batangnya...ini cara lama...kini dah palai penebuk mesin ... Kaedah kedua dgn pakai bahan kimiadan juga rawatan biological dgn menggunakan kulat a.k.a microb. Kini semua kaedah ini dipakai untuk menghasilkan damar/resin depu ini Se awal usia 5 tahun telah dibuat lubang pada batang depu rawatan secara sistematik ini dijalankan terus selama 2 tahun atau lebih bagi menghasilkan teras yang berwarna hitam perang teras ini hasil dari damar yang rembes dan nampak likat berminyak... hasil dari kayu teras ini disebut heartwood ini menerusi rawatan berkala tempoh 8 hingga 10 tahun ialah RM5 ribu bagi setiap pokok Anggaran ini adalah dari gred terendah yaitu gred D dgn price semasa RM 1 ribu per kg dan tidak termasuk pulangan menerusi proses penghasilan minyak gaharu dari kulit depu. Oleh yang demikian secara ,minimum dianggarkan setiap ekar yang ditanam buleh menghasilkan RM2million 2.47 ekar=1 hektar=0.01 km persegi 100 hektar=1 km persegi 10,000 meter persegi=1 hektar=2.47 ekar 1.8 tan isipadu= 1 tan metric=1000kg Satu map square bagi map skala 1:50,000 adalah 1 km persegi=100 hektar=247 ekar Minyak gaharu berwarna hitam kehijauan dihasilkan menerusi penyulingan distillation pakai radas condenser yang mana wap bertukar jadi cecair...air Extraxtion jenis ini dijalankan biasa di makmal... Distallation proses untuk extract minyak ...bahan aktif sesqua Sesquiterpenes. 27 0gos tahun lalu Perbadanan Menteri besar Kelantan telah melancarkan skim galakan penaman gahru PMBK telah beri 5 anak depu kepada rakyat petani kelate di kampung yang terpilih. Anak company PMBK yakni PMBK sawit sdn Bhd telah diperuntukan tanah seluas 425 ekar bersamaan 172 hektar untuk penamanan Depu kaedah ladang... Agarwood fatani telah berjaya extract minyak gaharu dari Depu yang mana kayunya di jadikan fibre dahulu lemudian di extract pakai radas yang canggih menerusi proses penyulingan/ distalation ...condensor diperlukan bagi tugas penyulingan ini... Wallahmudah mudahan kejayan akan dianugerahkan allah untuk Kerajaan negeri kelantan darul naim WaLlahu 'Alam bis_sowaab Lombong emas baru dibuka di Sokor Tanah Merah

networking system

Rangkaian Matlamat Memahami konsep rangkaian Memahami kaedah pemasangan kabel Cik nor atina bt mohd Puzi 0175087217 penyelaras Ridhuan mokhtar 054596444 TM06/10 asas pengenalan sidtem rangkaian Faizah akan ajar Intermediate course Caballing Roating Faizal ajar Administration espek instun Puan Azizah Adila Izwan Nurulfazril Switches Biasa ada dijabatan untuk networking Knowledge Web application Networking ISD, Licencing by SIRIM Nor faizah Muho Hanafiah Lulusan politeknik Networking.. 1. LAN 2. Extension network 3. Modem 4. Router 5. Parabola Jenis rangkaian/networking 1. Internetwork 2. Kategori networking a.Topologi rangkaian…mapping;rangkaian secara logical and fizikal b. OSI model…open system communication…penghantaran…penerimaan data c.basic network…perkakasan asas network/hardware component network cable 1. Straight cable 2. 2.cross cable 3. Grouping coomunicating Perlu ada network utk 1. Sharing 2. Interaksi Sejarah rangkaian 1. Sebelum wujudnya rangkaian, computer peribadi lebih berfungsi selaku sebuah computer tunggal 2.sebelum wujudnya network…computer pengguna yang hendak berkongsi perisian terpaksa menggunakan media storan Adalah 2 atau lebih nod yg dipisahkan secara fizikal ttp dihubungkan secara operasinya Nod= switches…hub Definasi Rangkaian adalah 2 atau lebih nod yg dipisahkan secara fizikal ttp dihubungkan secara operasinya Nod= switches…hub System rangkaiankomputer: dua atau lebih computer yang dihubungkan satu sama lain oleh media penghubung Rangkaian computer buleh disambung melalaui cable, talian telefon, radio wave, satelit @ infra red (dlm hand phone… Kebaiakan networking 1. perkongsian maklumata data/ fail…perkakasan 2. keselamatan…data maklumat 3. jimat sumber, kos Run cmd \\tm2-01 Untuk lihat folder rangkaian Puan NorFaizah Rangkaian on im2-01 Select users Computers or groups Click Add—multiple names found Utk tambah ---tulis tm…click Check name Jenis rangkaian Ikut geografi a.LAN…routers…local area networks…di kawasan kecil <10km, rangkaian dlm satu ofis bangunan b. metropolitan area…MAN 10-50km, Bandar , negeri c. WAN stand for wide area network.…>50 km…seluruh dunia internet…router----router----router pakai banyak routers hub sainya lebih kecil dari switches LAN contoh…dalam satu ofis…floor1---floor2 MAN contoh…UPSI---INSTUN WAN contoh Kementerian Sumber Asli pakai WAN NRE net pakai WAN Kemeterian pelajaran pakai WAN INTERNETWORK : 2 atau lebih rangkaian yang dihubungi pakai hub dan switches Intranet/ rangkaian dalaman Jaringan rangkaian tertutup yang menghubungi computer di dalam sesuatu organisasi, biasanya sesebuah company dan hanya boleh dicapai oleh ahli organisasi. Internet…rangkaian luas, rangkaian computer yg berhubung menerusi beberapa rangkaian banyak routers dihubungkan FFDI…fibre distributer Ethernet Biasa pakai kaedah rangkaian Star Multistation Access Unit Pemasangan …budget tinggi…budget besar Rangkaian BUS pakai RG58 cable, RG11 UTP cable dipakai di makmal computer UPSI Fibre cable memakai kelajuan cahaya…nur…light HSBD pakai fibre optic cable Streamix pakai fibre optic ISP kalau tak de kita pakai streamix Rangkaian MESH Routers wireless…routers wireless modem <100meter pakai cable Router 8670------50 meter Apabila signal melalui dinding biasanya 10 db signal hilang…ketebalan dinding mempengaruhi …signal berkurangan CAT5 CAT6…lebih laju Pro Concept, Proc, Cisco, Alcatel Network architecture and design ProConcept Wireless peril lihat dinding tebal, bukit, cuaca Satellite Piring disk parabola receiving wireless signal…ada tempoh hayatnya Jenis HUB Branded…Tricomp; NetGear; Cisco; HUAWEI Switches…beli jenis Cisco Fungsi Hub dan switches adalah sama…saiz switches lebih besar daru hub Performance switches lebih baik Router=PengHALA Branded Cisco1800 <20 meter jarak utk wireless router modem Router adalah laluan utk ke internet/others world IPv4 tak mampu untuk bagi IP kepada trillion user lantas muncul IPv6 Networking cable…media dimana maklumat berhijrah dr 1 peranti rangkaian ke 1 peranti rangkaian yg lain Jenis twist pair Ada dua jenis 1. Unsheild twisted pair cable UTP 2. Shield twisted pair cable STP Cable coaxial/sepaksi Cable fibre optic…pakai gelombang cahaya utk hantar signal maklumat cmd…ipconf/all C:\documents and setting\tm2-01 Multiple station access unit sama konsep dgn switches ISP stand for internet services provider berfungsi memberikan IP Matric lama menyambungkan switches baru dgn switches lama Access point wireless Wireless routers modem FTP satand for file transfer protocol adalah sejenis services TRIMCOMP university Wan Muhammad Harun bin Muhammad Khalil selaku ketua program seksyen perkhidmatan teknikal dan rangkaian ILU sambung fibre kepada switches CD interaktif buleh ambil kursus Flash Flash …teknikal

Friday, October 19, 2012

nAmA ALLAh

Ni Asmaaul Husnaa yang lebih tepat berbanding dengan Asmaaul Husan yang biasa dinasyidkan: الله الأول الآخر الظاهر الباطن العلي الأعلى المتعال العظيم المجيد الكبير السميع البصير العليم الخبير الحميد العزيز القدير القادر المقتدر القوي المتين الغني الحكيم الحليم العفو الغفور الغفار التواب الرقيب الشهيد الحفيظ اللطيف القريب المجيب الودود الشاكر الشكور السيد الصمد القاهر القهار الجبار الحسيب الهادي الحكم القدوس السلام البر الوهاب الرحمن الرحيم الكريم الأكرم الرءوف الفتاح الرازق الرزاق الحي القيوم الرب الملك المليك الواحد الأحد المتكبر الخالق الخلاق البارئ المصور المؤمن المهيمن المحيط المقيت الوكيل الكافي الواسع الحق الجميل الرفيق الحي الستير الإله القابض الباسط المعطي المقدم المؤخر المبين المنان الولي المولى النصير الشافي مالك الملك جامع الناس نور السماوات والأرض ذو الجلال والإكرام بديع السماوات والأرض

AmmAr bin YASir

Ammar bin Yasir radhiallahu anhu' Penghuni aljannah yang telah dijamin rasulullah sallallahu alaihi wasalam Seandfainya ada insane yang dilahirkan di aljannah lalu dibesarkan dalam haribaannya dan menjadi dewasa, kemudian dibawa kea lam dunia untuk menjadi hiasan dan AnNur maka 'Ammar bersama ibunyalah Sumayyah dan bapanya Yasir adalah insane tersebut Tetapi mengapa kita mengatakan seandainya seolah oleh hanyalah andaian belaka padahal family yasir adalah penghuni aljannah ketika rasulullah sallallahu alaihi wasalam bersabda…\ertinya Sabar ya Abu Yaqzan, sabar ya usratulYasir, tempat yang telah dijanjikan bagimu adalah aljannah Ucapan rasulullah sallallahu alaihi wasalam Bukanlah hanya hiburan belaka tetapi benar benar mengakui kenyataan yang diketahuinya dan menguatkan fakta yang dilihat dan disaksikan dugaan family yasir sabar yang disiksa sebab masuk Islam. Yasir bin 'Amir ayahanda kepada 'Ammar bin yasir berangkat meninggalkan negerinya di yaman bagi mencari dan menemui saudaranya. Sebenarnya dia berasa aman mendiami tanah suci makkah bermukimlah dia di makkah dan mengikat perjanjian dengan abu huzaifah bin al mughirah saudaranya yang ditemui di makkah Ayat 142 surah ali Imranyang bererti Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk aljannah padahal belum lagi nyata kepada allah wjudnya ore ore yang berjihad yang berjuang dgn bersungguh sungguh di antara kamu dan belum lagi nyata wujudnya ore ore yang sabar tabah dan teguh pendirian dalam perjuangan Ayat 3 surah al ankabut yang bererti Sesungguhnya Kami telah menguji ore ore yang terdahulu daripada mereka, maka dengan ujian yang demikian nyata apa yang diketahui allah tentang ore ore yang sebenar benar berIman dan nyata pula apa yang diketahui Nya tentang orang orang yang berdusta Ayat 16 surah attaubah yang bererti Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan dibiarkan dalam keadaan kamu yang sedia ada padahal belum lagi terbukti kepada Allah seperti Yang diketahuiNya ore ore yang berjihad di antara kamu dan yang tidak mengambil teman teman rapat untuk mencurahkan rahsia kepada mereka selain daripada Allah dan rasulNya serta ore ore yang beriman…dan ingatlah Allah mohor mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan. Ayat 179 surah Ali Imran yang bererti Allah tidak sekali kali akan membiarkan ore ore beriman dalam keadaan yang kamu ada se ore bercampur aduk mu'min dan munafik, bahkan Ia tetap menguji kamu sehingga Ia memisahkan orang yang buruk munafik daripada insane baik yakni ore beriman Ayat 166_167 surah Ali Imran Dan apa yang telah menimpa kamu apada hari bertemu dua kumpulan angkatan tentera di medan ghazwah UHUD tersebut. Maka adalah ia dengan izin Allah dan dengan tujuan Allah hendak melahirkan dengan nyata akan ore ore yang beriman. Dan jua dengan tujuan Ia hendak melahirkan dengan nyata akan dikata kan kepada mereka… Marilah berperang pada jalan Allah untuk membela Islamatau pertahankanlah diri, family dan harta kamu. Mereka menjawab…kalau kami faham ada peperangan dengan sebenar benarnya tentulah kami mengikutmu turur berperang. Mereka ketika mengeluarkan perkataan itu lebih dekat kpd kufur dari dekat kepada Imann. Mereka selalau menyebut dengan multnya apa yang tidak ada dalam hatinya. Dan ingatlah bahawa Allah mohor mengetahui akan apa yang mereka sembunyikan. SEMEMANGNYA DEMIKIANLAH ALQUR'AN MEMDIDIK manusia umat muslimin bahawa pengorbanan mereka adalah utama saripati keimanan dan bahawa keberanian menentang kezaliman mestilah dihadapi dengan sifat sabar, teguh pendirian dan pantang berundur mencari naik syahid. Jika demikian barulah sese ore mampu membentuk keutamaan Iman yang cemerlang. Infa' harta… korban jiwa naik syahid untuk Islam adalah dituntut demi mencapai kejayaan hidup di dunia dan akhirat Sumayyah yasir dan 'ammar telah memberikan qudwah hasanah contoh pengorbanan jiwa untuk menaikkan Islam…family yasir ini ditaqdirkan memiliki sifgat sabar tabah berani gagah perkasa untuk perjuangan Islam Melihatkan siksaan yang menimpa family Yasir pasti insane akan syahdu dan sedih …siksaan yang berat ditanggung family yasir sehingga Ammar memanggil rasulullah sallahu alaihi wasalam\ya rasulullah sallallahu alaihi wasalam azab siksa yang kami deritai ini telah sampai ke kemuncak Maka rasulullah berkata Sabar lah ya abal Yaqzan…Sabar ya usratul Yasir Tempat kalian adalah di aljannah. Inilah jaminan rasulullah sallalhu alaihi wasalam kepada family yasir yang menerima siksaa dari kafirin Family yasir mkuat teguh mempertahankan Iman islam walau tubuh ya di siksa. Siksan berat ini digambarkan sahabat bernama 'amar bin hakam Ammar diseksa sampailah ia tidak menyedari apa yang diucapkannya\berkata Ammar bin maimun Musyrikin membakar ammar bin yasir dengan api Maka rasulullah sallallhu alaihi wasalam lalau pergi ke tempat ammar di sekasa oleh kafirin dan memegang kepalanya dengan tangan baginda sallallahu alaihi wasalam sambil berkata\ yang bberti Hai api jadilah kamu sejuk dingin ditubuh 'ammar seperti dulu kamu sejuk dingan di tubuh nabi Ibrahim alaihissalam Semua seksaan tersebut tidak dapat menekan jiwa ammar radhiallahu anhu yang sabar walau seksaanya amat berat menekan tulang belakang dan menghabis tenaganya menan sakit. Ketika apoada suatu haru tukang cambuk dan pedera yang zalim mulai hukuman bakar dengan besi panas sampai disalib di atas pasir panas dengan ditindih batu lkasana bara merah yang panas, bahkan sampai ditenggelamkan di dalam air sehingga sesak nafasnya dan mengelupas kulitnya yang penuh dgn keceradaan yang parah Pada hari seksaan yang berat ini dia telah tidak sedarkan diri kerana dahsyatnya seksaan yang ditimpakan musuh. Lalau puak musyrikin telah mengarahkan dia supaya ikut lagu memuja patung barhala…dia yang tidak sedarkan diri sebab sakit seksaan telah ikut barkata …hanya lidahj yang berkatya sedang hakikat qalbu masih teguh beriman dgn Allah… Inilah seksaan yang berat yang dialami family yasir… apabila ammar sedar dia apabiula seksaan dihentikan sementara dia berasa amat menyesal dan berasa dosa besar telah terlanjur dia lakunkan…sehingga dia merasakan seksaan yang di alaminya adalah lebih ringan berbanding dosanya yang terlanjur berkata dgn lidah dlm keadaan tidak ingat…kerana seksaan berat yang ditanggung… Allah yang mohor agung telah memutuskan agar peristiwa yang mengharukan ini mencapai titik kesudahan ayang amat luhur rasulullah sallallahu alaihi wasalam telah memegang tangan ammar sambil berkata salam ke atas kamu ya ammar bangunlah hai pahlawan tak ada sesalan atas mu dan tidak ada yang cacat Ketika rasululah sallallahu alaihiwasalam menemui sahabatnya didapati ia sedang menangis maka disapulah tangisnya dengan tangan rasulullah sallahu alaihi wasalam serta bersabda\orang orang kafirin itu telah menyiksa mu dan menenggelamkanmu ke dalam air sampai kamu mengucap begini dan begitu… Benar wahai rasulullah…jawan ammar sambil neratap penyesalan Maka rasulullah sallallahu alihi wasalam sambil senyum menyebut Jika mereka memaksamu lagi tidak apa ..ucapkanlah seperti apa yang kamu katakana tadi… Hakikatnya qalbumu telah penuh dgn Iman hakikatnya qalbu tetap ada iman walau ucapan yang dipaksakan kepada mu dengan seksaan pedih oleh kafiriin sehingga kamu hilang sedar… Alau rasulullah salllahu alaihi waslam membacakan ayat 106 surah AnNahlu yang bererti Kecuali ore yang dipaksa , sedang hakikat qalbunya teguh beriman Kembalilah ammar diliputi sakinah selepas mendengar lafaz sabda rasulullah yang memujuknya dengan mebacakan ayat ini\ Sakit yang dirasai telah hilang dgn khabar yang baik dari rasulullah kepada dirinya dan familinya yang telah syahid maknya summayyah telah naik syahid sama hal dgn ayahnya yang jua syahid kesan seksaan yang pedih yang dilakukan dgn zalim oleh kafiriin di zaman permulaan islam. Ammar radhiallahu anhu telah mendapat martabat yang ditinggi disisi rasulullah sallallahu alihi wasalam\lalau rasulullah semasa di madinah telah bersabda Yang bererti Sesungguhnya 'ammar dipenuhi Iman sampai ke tulang belakangnya Semasa berpaku perselisihan antara khalaid alwalid dan Ammar bin Yasir …Rasulullah sallallahu alaihi wasalam bersabda yang bererti Sesiapa yang memusuhi 'Ammar maka ia akan dimusuhi Allah, dan siapa yang membenci ia akan dibenci Allah Sesungguhnya ammar adalah kekasih allah yang sanggup mengorbankan nyawa untuk allah Ammar syahid dalam medan perang jamal Maka tidak ada pilihan bagi Khalid alwalid lalau dia bertemu ammar mohon maaf dan mengakui kesalahannya terhadap ammar bin yasir radhiallahu anhu Rasulullah telah mebela ammar daloam semua hal termasuk ketika perbalahan semasa pembinaan masjiod di madinah apabila ada sahabat yang berkata kurang lunak kpd ammar Rasulullah bersabda yang bererti Apa maksud meraka berkata demikian kpd ammar diseruNya mereka ke aljannah tetapi mereka hendak mengajaknya ke neraka sunguh ammar adalah biji mataku dan batang hidungku sendiri Rasulullah telah menyataka kasih sayangnya kepada 'ammar bin yasir radhiallahu anhu menyatkan kesucian imannya mengangkatnya selaku qudwah hasanah bagi sahabat sahabat . rasulullah bersabda yang bererti Contohi dan ikutilah setelah kewafatanku nanti insane seperti Abu bakrah assiddiq dan umar …,dan ambillah hidayah yang dipakai 'ammar untuk dijadikan bimbingan Ammar insane bertubuh tinggi dengan bahunya yang bidang dan matanya yang biru insane yang amat pendiam dan tidak suka banayk bercakap Ammar menyertai rasulullah dlm ghazwah Badar Uhud Khandak/ahzab Tabuk Dll Selepas rasulullah sallallahu alaihi wasalam wafat …amar meneruskan perjuangan menegakkan islam dgn gagah perkasa berani untuk naik syahid Khalifah umar alkhattab melantik ammar menjadi wakil khalifah di Kufah mernjadi wali di kufah Bersama Abdullah ibnu mas'ud menjadi bendahara kufah Kepada pendudk negeri kufah yang kini adalah negeri Iraq Umar berpesan dengan surat Saya menghantar kepada truan tuan 'ammar bin yasir radhiallahu anhu selaku amir dan Abdullah ibnu mas'ud selaku bendahara dan Wazir.dia sahabat rasulullah ini adalah insane pilihan dari golongan sahabat nabi Muhammad sallallahu alaihi wasalam dan termasuk pahlawa pahlawan di medan badar alkubra Ammarv telah mebuat peraturan di kufah yang tak disukai oleh puak tamak rakus kan harta dunia. Puak tamak itu telah membuat komplot konspirasi menentan ammar Pangkat wazir ini tidaklah menambahkan kecuali bertambah solih zuhud dan tawadhu' diri ammar bin yasir Ibnu Abil Huzail yang hidup semasa ammar menjadi wazir di Kufah menyebut Saya melihat ammar bin yasir radhiallahu anhu sewaktu menjadi amir di Kufah, membeli sayur di pasar lalu mengikatnya dengan tali dan memikulnya di atas bahunya yang bidang. Tubuhnya yang tinggi dan besar memudahkan tugas ini..nampak tawadhu' insane yang dilantik menjadi amir kufah ini harus dijadikan qudwah hasanah pemimpin hari ini. Ammar memikul sayur tersebut dan membawanya pulang rumahnya sendiri…maka Nampak jelas bahawa ammar adalah insane zuhud dan tawadhu' dia suka melakukan tugasnya sendiri tanpa negarahkan ore bawah tadbur urusnya Sifat ini sma dgn sifat rasulullah sallahu alaihi wasalam yang menjahit bajunya sendiri… Seorang awam telah berkata cuba menjatuhkan imej ammar sewaktu ammar menjadi amir di Kufah Hai ore yang telinga terpotong… Telinga ammar terpotong ketika memrangi puak murtad dlm ghazwah Yamamah Lalau amir kufah ini menjawab Yang kamu cela adalah telingaku yang terbaik\kera ia ditimpa kecederaan semasa jihad fi sabilillah…untuk islam Memang satu telingan beliau putus dalam jihad fil qital fi sabilillah dimedan yamamah yakni salah satu dianatara hari hari gemilang bagi ammar radhiallahu anhu. Panglima perang in seperti nagin kencang yang menyerbu musuh musailmatul kazab sehingga melumpuhkan musuh di perang yamamah menentang puak murtad… Semangat umat muslimin bertambah dgn melihat perjuangan berani mati ammar bin yasir seperti digambarkan dgn lafaz Abdullah ibnu umar radhiallahu anhu dalam peristiwa tersebut Waktu perang yamamah saya melihat ammar sedang berada di atas batu karang. Ia berdiri sambil menyeru tentera muslimin Ya muslimin apakah tuan tuan hendak lari dari syurga…inilah saya ammar bin yasir …ke marailah btuan tuan Seruan ammar ini menaikkan semangat jihad dikalangan mujahidin muslimin Saya melihat telinga telah putus dalam perang ini teruntai untau sedang ia tetap berperang dgn gagah berani dan perkasa merempuh musuh Barang siapa yang masih kurang yakin terhadap kebesaran Muhammad sallallahu alaihi wasalam selaku rasulullah yang benar dan muallim yang semprna bagi umat mnausia maka hendaklah ia berdiri sejenak di hadapan contoh contoh yang dipamirkan sahabat sahabat rasulullah yang cemerlang gemilang dan terbilang. Sahabat rasulullah salllahu alaihi wasalam berjihad menegakkan islam dgn ikhlas jujur dan luhur. Sahabt rasulullah sallallahu alihi wasalam apabila masuk ke medan jihad fil qital akanmara ke hadapan seperti ingin maut ingin naik syahid…mencari syahid… Apabiloa sahabat menjadi khalifah dan hakim mahkmah sahabat tak berasa segan untuk memerah susu untuk bekalan makanan wanita janda dan kanak kank seperti yang dipamirkan asbu bakrah assiddiq dan Umar alkhattab memasak tepung menjadi roti untuk anak anak yatim Apabila sahabat rasulullah salllahu alaihi wasalam menjadi pembesar Negara sahabat tidak segan untu memikul karung gandum di bahunya seperti kita lihat dlm kisah ammar bin yasir… kemudian redha menyerahkan salry nya kepada infa' fi sabilillah dan menyanyam daun tamar untuk dijadikan bakul seperti yang dipamirkan salman alfarisi radhiallahu anhu Huzaifah bin yaman adalah sahabat yang ahli dlm bahasa rahsia firasat dan risik hal berhubung hal ghaib sedang menghadapi panggilan ilahi maka sahabat sahabatnya yang sedang berkumpul di sekeliling menanyakan kepadanya Saiapak yang mesti kami ikuti dlm pandanganmu jika terjadi pertikaian di antara kami Sambiol mengucapkan kata kata terakhir huzaifah ibnu yaman berkata Ikutilah ammar ibnu sumayyah kerana sampai wafatnya ia takkan berpisah dengan kebenaran. Adalahbbenar bbahawa ammar selamanya akan berada di landasan kebenaran dimana sahaja dia berada …imannya ikhlas kepada Allah Ta'ala. Hidup bahagia adalah hidup di akhirat berilah Rahmat ethnik Ansar dan ethnic muhajirin dan setelah tersebut sdengar nasyid alunan sahabat Apakah sama nilainya …ore yang berjuang membina masjid Sibuk bekerja baik berdiri mahupun duduk dengan menyingkir berpangku tangan Ketiika Ammar bekerja mengangkat batu besar Tiba tiba rasullallah salllahu alaihi wasalam berkata Rahmat Anugerah allah subhanahu waTa'ala …memandang ammar dgn perasaan kasih saying llau rasulullah mengibas debu dgn tangannya di kepala ammar dengan penuh rsa kasih. Rasulullah sallalahu alihi wasalam bersabda Aduhai ibnu sumayyah ia dibunuh oleg puak penderhaka Menag terjadi hal sedih ni di masa perang jamal… Apabila suatu ketika dinding yang dibina Ammar roboh dan menimpanya maka sahabat menyangka Ammar tewas…lalau rasulullah sallallhu alihi wasalam berkata Tidak, ammar tidak apa apa, hanya ia nanti akan dibunuh oleh puak derhaka Ammar yakin bahawa dia akan naik syahid…ammar adalah penyokong kuat saiyidina ali dalam perang siffin…dia sokong ali dan menentang muawiyyah… pada ammar martabat saiyidina ali adalah tinggi di sisi rasulullah sallahu alaihi wasaalam Ali Karramallahu wajhah telah berjuang dari wal permulaan islam….sanggup berada di bawah smenggantikan nabi Muhammad semasa peristiwa hijrah… Ammar yang selalau benar yakin bahawa ali karramallahu wajhah adalah khalifah yang wajib disokong…maka dlm perang siffin Pertembungan antara saiyidina Ali karramallahu wajhah dan saiyidina muawiyyah dlm perang siffin ini menelan nyawa muslimin…maka di sini kebijaksaan Abu musa assya'ari untuk mendamaikan muslimin dlm Majlis Tahkim Ammar amat yakin bahawa jawatan khalifah adal hak Imam ali Karramallahu wajhah. Imam ali Karramallahu wajhah gembira dengan sokongan saiyidna ammar bin Yasir radhiallahu anhu Letika perang siffin berjalan Imam ali karramallahu wajhah menghadapi tugas penting selaku tugas menumpaskan pemberontakan penderhaka bughah… Ammar ikut menyokong tugas imam ali karramallahu wajhah menumpaskan penderhaka. Waktu tersebut usianya 93 tahun Apakah dalam usia 93 tahun ammar masih menyertai medan perang menyokong Imam Ali karramallahu wajhah Dia melakukan tugas dengan lebih semangat seperti yang dilakukan oleh pemuda 30 tahun Tokoh mujahidin yang sifat pendiam ini hamper sahaja menggerakkan bibirnya kecuali mengucapkan kata kata perlindungan seperti berikut Aku berlindung dengan Allah dari sebarang fitnah Aku berlindung kepada Allah dari fitnah Tak lama selepas Rasulullah sallallahu alihiwasalam wafat kata kata ini merupakan doa yang tak putus lekang di bibir ammar. Setiap hari berlalu setiap hari ia memperbanyakkan doa dan mohon perlindungan Allah dari fitnah seolah oleh hatinya yang suci merasakan bahaya mengancam yang semakin dekat dan menghampiri juga Dan tatkala bahaya tersebut hamper tiba Yasir Ibnu sumayyah telah mengerti di mana ia mesti berdiri. Maka fitnah di perang siffin walau usia telah cecah 93 tahun ia bangun menghunus pedangnya demi membela kebenaran yang pada keyakinannya pasti dipertahankan Ali Karramallahu wajhah adalah Khalifah yang layak Kata kata hal pertempuran di medan perang siffin begini Hai manusia Marilah kita berangkat menuju kumpulan yang mendakwa hendak menuntut bela darah Uthaman Demi Allah subhanahu wa Ta'ala maksud mereka bukanlah hendak menuntut bela tetapi sebenarnya mereka telah merasakan manisnya dunia dan telah ketagihan terhadapnya. Mereka mengetahui bahawa kebenaran adalah telah terang jelas namun hanya dijadikan alas an untuk pemuas nafsu serakah mereka, mereka bukan yang berlumba lumba dalam kebaikan dan tidaj juga termasuk pendahulu memeluk AdDinul Islam. Alas an apa sehingga mereka berhak untuk ditaati oleh kuam muslimin dan dilantik sebagai pemimpin, dan tidak pula dijumpai dalam hati mereka perasaan gerun kepada Allah subhanahu waTa'ala yang akan mendorong mereka untuik mengikuti kebenaran Mereka telah menipu ore rami dengan mengaku hendak menuntut bela kematian uthaman, pada hal tujuan mereka adalah yang sesungguhnya ialah hendak menjadi penguasa Kemudian ammar mengambil bendera dengan tangannya dikibar tinggi di atas sambil berseru Demi Zat Allah yang menguasai nyawaku…saya telah bertempur dengan mengibarkan bendera ini bersama rasulullah sallahu alaihi waslam dan inilah aku siap berperang pula dengan mengibarkannya kini. Demi nyawa saya didalam penguasaan allah yang menguasai setiap sesuatu… walaupun mereeka bertempur dan menyerbu hingga Berjaya mencapai kubu pertahanan kita, namun saya tahu dengan pasti bahawa kita berada di pihak yang benar dan mereka di pihak yang batil Mujahidin yangmenyertai 'ammar yakin terhadap kebenran ucapannya. Lalau Abu AbdirRahman Sullami berkata… Kami ikut serta dengan imam Ali karramallahu Wajhah di pertempuran Siffin, maka saya lihat Ammar bin yasir radhiallahu anhu setiap ia menyerbu di sesuatu jurusan atau turun ke suatu lembah maka para sahabat rasulullah mengikutinya tak ubahnya ia seperti panji panji dan petunjuk bagi mujahidin yang bersama Imam Ali Karramallahu Wajhah. Ammar radhiallahu anhu yakin dia telah dijanjikan akan syahid seperti hadis rasulullah Ammar akan dibunuh oleh puak penderhaka Lalu ammar bersenandung Hari ini daku akan bertemu dengan kekasih tercinta nabi Muhammad salllallahu alaihi wasalam dan sahabat yang telah naik syahid Kemudian seperti sebutir peluru dahsyat ammar menyerbu kea rah mua'awiyah dan orang orang yang di sekelilingnya dari golongan bani Umayyah lalu melepas seruannya yang kuat dan nyaring menggetarkan Dulu kami hentam kalian di saat diturunkan wahyu kini kami hentam lagi kalian kerana memesongkannya Tebasan maut menghentikan intention jahat Dan memisahkan kawanan pengkhianat Atau AlHaq berjalan kembali pada landasannya yang betul.. Maksud syair ini bahawa sahabat yang dahulu dan Ammar termasuk salah se ore di antara mereka di mana dahulu telah memerangi golongan bani Umaiyyah yang menjadi syirik dan pemimpin tentera musyrikin. Mereka memerangi orang orang itu kerana secara terus terang alqur'an memerintahkan untuk berjihad terhadap mereka kerana musyrikin Dan kini di bawah pimpinan Mua'wiyyah walau mereka telah memeluk islam dan meskipun alqur'anulkarim tidak menyuruh secara tegas memerangi mereka, tetapi dan pengertiannya terhadap maksud dan tujuan alqur'an membolehkan ia yakin bahawa dirinya wajib memerangi mereka sehinggalah perkara haq yang dirampas dikembalikan kepada pemiliknya serta api fitnah dan pemberontakan dapat dipadamkan untuk selama lamanya Dulu bani umayyah kafir maka diperangi kini mereka terpesong dari ajaran islam lalau ammar dan imam ali karramallahu wajhah memerangi puak derhaka iniorang orang muawiyyah cuba menghindari ammar agar peadng mereka tidak menyebabkan kematiannya hingga terang dan nyata bahawa merekalah yg disifat sebagai puak penderhaka. Kepahlawan ammar yang berjuang seolah olah ia satu pasukan tentera jua telah menghilangkan pertimbangan dan aqal sihat mereka. Maka sebahagian tentera atau pasukan muawuyah akhirnya menewaskan dirinya dengan demikian tewaslah ammar ditangan muawiyyah\ Sebahagian besar dari tentera Muawiyah radhiallahu anhu terdiri dari orang orang yang baru sahaja memeluk islam yakni orang yang baru masuk islam sebaik sahaja gendering perang kemenangan bertalu talu terhadapa pembebasan negeri negeri di bawah kuasa rom dan parsi Merekalah sebenarnya yang menjadi punca fitnah dan menyalakan perang saudara yang dimulai oleh pembangkang Muaawiyah dan penolakannya untuk mengiktiraf Ali radhiallahu anhu selaku khalifah dan imam bagi kaum muslimin . jadi mereka ini bagaikan kayu bakar menyalakan apinya hingga menjadi besar dan menggejolak Muawiyyah berkata dengan politik Bahawa yang telah membunuh ammar adalah orang yang keluar bersama dari rumahnya dan membawanya pergi berperang kerana seandainya ammar tetap duduk dirumah maka tidak akan terbunuh juga Dengan demikian tertipulah orang ramai dengan takwil yang dicari cari ini bagaimanapun pada umumnya ramai orang yang memendam maksud tertentu dalam hatinya setelah itu pertempuran berkobar semula sampai saat yang telah ditetapkan Jasad ammar radhiallahu di dukung oleh Imam ali radhiallahu anhu ke suatu tempat, ia mensolatkannya bersama umat muslimin, lalau dimakamkan dgn pakaiannya yang berlumuran darah yang bersih dan suci sesungguhnya tidak satupun dari sutera atau beludru dunia yang layak untuk menjadi kain kafan bagi seorang syahid mulyo setaraf ammar… Umat muslimin berdiri dim tepi kuburnya dengan penuh ta'jub mereka teringat satu saat yang lalu ketika Ammar berdendang di depan mereka di atas areana perjuangan hatinya penuh kegembiraan tak ubah bagai seorang perantau yang merindukan kampong halaman dari mulutnya terbit lafaz… Hari ini aku akan bertemu dengan kekasih tercinta dengan nabi Muhammad sallallahualihi wasalam dan sahabatnya Rasulullah sallallahu alaihi wasalam bersabda sesungguhnya syurga telah merindukan Ammar.. benar jawab sahabat yang ada dekat rasulullah sallallahu alaihi wasalam nah benar syurga telah merindukan ammar kini telah layak dia memenuhi panggilan rindu syurga setiap kebaikan akan dibalas Allah dengan kebaikan…inilah kekasih rasulullah saiyidna ammar bin yasir radhiallahuanhu.

Arrijal

Masalah ini boleh masuk ke rumah kita, cabaran khusus untuk membesarkan anak-anak lelaki kita agar menjadi rijal. Dikongsikan bersama suatu penulisan yang baik oleh Ust Wan Ahmad bagi membentuk lelaki sejati . Assalamualaikum wr.wh. ‘Rijal’ dari segi bahasanya bererti para lelaki, namun perkataan ‘Rijal’dalam bahasa Arab tidak bermakna fizikal melainkan ia mengandungi makna : Keberanian. Ketulusan. Kepahlawanan. Konsistensi. Pengorbanan. Makna itulah yang disinggung oleh Al Qur’an dalam surah Nur ayat 37 iaitu menceritakan tentang ‘Rijal’yang tidak dilupakan oleh perniagaan dan jual beli dari mengingati Allah swt, solat dan membayar zakat. Begitu juga perkataan ‘Rijal’disebut di dalam surah Al Ahzab ayat 33 yang menceritakan bahwa ada ‘Rijal’ yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah swt, ada yang gugur dan ada yang masih menunggu gilirannya, tanpa merubah janjinya. Lelaki secara fizikalnya tidak memberi apa-apa erti tanpa nilai-nilai moralnya sebagai ‘Rijal’ kerana ada ramai perempuan yang memiliki sifat ‘Rijal’ kerana ia telah memiliki sikap yang jarang boleh dilakukan oleh orang selainnya. Menjadi manusia itu adalah satu kurniaan tetapi kualiti kemanusiaan kita itu ada pada sebatas dan sejauh mana usaha kita menjalankan fungsi kurniaan itu. Menjadi lelaki atau perempuan itu adalah kehendak Allah swt yang datang tanpa kita minta tetapi nilai diri yang sebenarnya adalah bagaimana kita melaksanakan peranan kita sebagai lelaki atau perempuan. ‘Rijalud Dakwah’ atau Lelaki Dakwah adalah orang-orang yang sentiasa siap sedia untuk berjuang dan berkorban di jalan Allah dan menjadi anasir perubahan dalam masyarakat. Seorang Lelaki Dakwah mestilah memiliki keistimewaan yang dapat ditonjolkan sehingga orang cenderung menjadikan seorang Lelaki Dakwah sebagai contoh tauladan. KEISTIMEWAAN LELAKI DAKWAH Di antara keistimewaan yang menonjol meliputi : Semangat yang tinggi untuk berbuat kebaikan. Mempunyai hafalan Al Qur’an mahupun hadits yang banyak. Prestasi akademik yang baik. Menjadi aktivis dakwah. Oleh kerana itu, seorang Lelaki Dakwah mesti mampu mengetahui keistimewaannya sehingga dia mampu mengasah dan mengembangkannya. “Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah, sehingga mereka membunuh atau terbunuh. (itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Qur’an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.” (QS At-Taubah : 111) Ibarat perniagaan, maka Allah membeli orang-orang mukmin dengan penuh keikhlasan kerana perniagaan tidak akan bermakna bahkan akan menjadi rugi jika dalam keadaan yang terpaksa. Itu adalah keadaan yang menggambarkan keikhlasan orang-orang beriman yang berjuang di jalan Allah. Orang-orang yang berjiwa ‘Rijal’ tidak mudah dikenali kecuali ketika : Melalui keadaan dan suasana yang tertekan. Dihempas fitnah. Timbul berbagai krisis. Pada ketika itulah jiwa ‘Rijal’ berupa kepahlawanan dan semangat juang yang tinggi akan terserlah. Peribadi Lelaki Dakwah tidak dilihat dari nilaian luaran atau besarnya tubuh badan. Ali bin Abu Talib ra pernah mengatakan : “Nabi saw memerintahkan Ibnu Mas’ud untuk memanjat pohon dan mengambil sesuatu dari pohon itu. Para sahabat melihat betis Abdullah bin Mas’ud yang tersingkap ketika ia menaiki pohon tersebut. Mereka tertawa kerana melihat kurusnya dua betis Ibnu Mas’ud ra. Rasulullah saw lalu mengatakan, “Apa yang kamu tertawakan? Betis Abdullah bin Mas’ud itu lebih berat timbangannya di hari kiamat daripada gunung Uhud.” (HR Ahmad) CIRI-CIRI LELAKI DAKWAH Adapun ciri-ciri para Lelaki Dakwah adalah seperti berikut : Memiliki kefahaman Islam yang benar dan lurus. Jiwa dan fikirannya cerdas dan bersih serta dibentuk oleh perkara besar. Keikhlasan yang tinggi untuk membela fikrah, bukan membela kepentingan peribadi. Terbina dalam amal ibadah dan akhlak mulia. Lebih banyak bekerja daripada berbicara. Memiliki sikap optimis. Sabar menghadapi kesulitan. Menunjukkan kesempurnaan dalam dakwah. Bergetar hatinya apabila disebut nama Allah. Bertambah imannya apabila dibacakan ayat-ayat Allah. Mudah menangis mengingati akhirat. Tidak mudah bersedih kerana urusan dunia. Adapun marhalah dalam bentuknya yang sempurna adalah : 3. 1. Di saat mendengar perintah, ia taat walau dalam keadaan senang atau susah. 4. 2. Tidak mementingkan hal peribadi dan keluarga, hidupnya adalah sepenuhnya untuk dakwah. 5. 3. Sentiasa siap sedia dalam jihad untuk menegakkan syariah. 6. 4. Siap sedia untuk berkorban dengan segala potensi yang dimiliki. 7. 5. Memiliki keteguhan untuk mencapai cita-cita dakwah, sekalipun mesti ditempuh dengan perjalanan yang sangat panjang. 8. 6. Taat pada qiyadah dan jamaah. 9. 7. Tsiqah pada qiyadah dan jamaah. 10. 8. Sentiasa memelihara rasa ukhuwah yang berlandaskan kasih sayang dan saling mencintai. BAGAIMANA MELAHIRKAN LELAKI DAKWAH Salah satu cara untuk memiliki sikap-sikap Lelaki Dakwah adalah dengan meniru Lelaki Dakwah. Mencontohi orang-orang yang kita anggap memiliki perilaku dan amal yang jauh lebih baik serta berusaha mengikuti jejak orang-orang soleh : Dalam beribadah. Dalam berkorban. Dalam memberi. Dalam kedisiplinan. Jika dengan usaha meniru itupun kita masih tidak dapat mencapai kualiti seperti mereka, namun setidak-tidaknya kita sudah menjadi lebih baik kerana kita sudah mengikuti mereka. HUBUNGAN LELAKI DAKWAH DENGAN TANDZIM Suatu perkara yang mesti difahami pula oleh para Lelaki Dakwah adalah masalah ‘tandzim’. Islam sebagai manhaj adalah berdiri di atas landasan ‘nizham’ dan ‘tandzim’ yang sempurna dan saling melengkapi. Adakah masuk akal, dakwah yang : Menyeru kepada Islam. Menyeru untuk membangun kehidupan di atas landasan Islam. Membentuk masyarakat yang beriman kepada Islam. Mendirikan negara yang berhukum dengan syariat Islam. tidak menggunakan ‘tandzim’? Sistem ibadah seperti solat, puasa, zakat dan haji di setiap bahagian perinciannya tegak di atas sejumlah prinsip dan dasar-dasar ‘tandzim’ yang kukuh. Begitu juga dengan sistem masyarakat, hukum perkahwinan, undang-undang yang mengatur keluarga Islam dan hubungan sosial. Semua itu, di setiap aspeknya tegak di atas dasar ‘tandzim’ yang kuat. Oleh yang demikian, seluruh sistem yang digariskan di dalam manhaj Islam berdiri kuat di atas dasar ‘tandzim yang rapi dan kukuh. ‘TANDZIM’ ADALAH PETUNJUK AL QUR’AN Al Qur’an menegaskan bahwa banyak ayatnya secara jelas atau dengan isyarat agar memperhatikan ‘tandzim’ dan tidak melupakannya sehingga dalam aspek dakwah, umat diisyaratkan agar memiliki ‘qiyadah’ yang memutuskan hukum dan perkara di antara mereka.Apa yang diputuskannya mesti diterima tanpa merasa berat sedikitpun. “Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah RasulNya dan ulil amri di antara kamu.” (QS An-Nisa’ : 59) Ketika menjelaskan hubungan yang erat sesama kaum muslimin dan rasa senasib sepenanggungan di antara mereka terutama ketika mereka menghadapi musuh. Allah swt berfirman : “Sesungguhnya Allah swt mencintai orang-orang yang berperang di jalan Allah dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.” (QS As-Shaff : 4) ‘TANDZIM’ ADALAH ASAS PETUNJUK KENABIAN Rasulullah saw sebagai teladan dan pemimpin umat Islam memberikan perhatian yang besar terhadap ‘tandzim’. Hal ini dapat dilihat dari seruannya yang jelas dan terang agar kaum muslimin sentiasa menegakkan kepimpinan dan memilih seorang pemimpin pada setiap kelompok. “Jika kamu tiga orang hendaklah salah seorang menjadi pemimpinnya.” (HR Ath-Thabrani dengan sanad Hasan) Dari sinilah lalu ditentukan tugas-tugas seseorang dan siapa yang mengawasinya dengan mengarahkan dan meluruskannya apabila terdapat kelemahan. “Dengar dan taatlah walaupun yang memerintahkan seorang hamba Habsyi yang kepalanya seperti buah kismis.” (HR Bukhari) Dalam rangka memperingatkan akan berlakunya fitnah dan pecahnya barisan kaum muslimin yang akan membuatkan mereka lemah dan membangkitkan keberanian musuh, Rasulullah saw bersabda : “Barangsiapa menarik tangannya dari ketaatan, maka dia akan menemui Allah pada hari kiamat tanpa mempunyai alasan. Barangsiapa mati dan dilehernya tidak ada ikatan bai’ah, maka dia mati sebagai kematian jahiliah” (HR Muslim) ‘TANDZIM’ ADALAH DASAR AMALAN RASULULLAH SAW Aktiviti dan amaliyah Rasulullah saw di seluruh tahapan kenabiannya samada pada : Fasa Makkah ataupun Madinah. Baik dalam konteks tarbiyah. Fasa penyebaran dakwah. Fasa peperangan. atau yang lainnya, semuanya dilakukan berdasarkan prinsip-prinsip ‘tandzim’. Beliau menaruh perhatian yang sangat besar terhadap masalah ini seperti yang ditunjukkan ketika Rasulullah melakukan ba’iah Aqabah I dan II. SASARAN-SASARAN ISLAM ANG BESAR MENUNTUT ADANYA ‘TANDZIM’ Dakwah dan aktiviti Islam dalam keadaan tidak adanya negara Islam yang berhukum dengan apa yang diturunkan Allah, sasarannya mesti menghasilkan perubahan, yakni merubah realiti di mana mengubah realiti bukan hanya sekadar nasihat yang larut dengan keadaan dan suasana sehingga menjadi sebahagian darinya. Perubahan yang Islamik mesti dilakukan terhadap keadaan jahiliah yang ada pada : Idea-idea. Keyakinan. Sistem. Undang-undang. Akhlak. Moral. Adat istiadat. Perkara ini tidak mungkin dapat direalisasikan kecuali dengan pembentukan suatu organisasi dan ‘tandzim’ yang rapi. BESARNYA PERMUSUHAN YANG DIHADAPI ISLAM MEWAJIBKAN ADANYA ‘TANDZIM’ Musuh-musuh Islam memiliki puluhan ‘tandzim’, gerakan, dan wasilah-wasilah yang formal. Semua ini digunakan untuk melakukan konspirasi dan tipu daya terhadap Islam dan umatnya. Mereka mempunyai wasilah dan prasarana yang tidak terhitung banyaknya. Mereka menguasai berbagai teknologi moden dalam melakukan rancangan jahat mereka terhadap Islam, samada dalam program-program ataupun di segi operasinya. Mereka unggul dalam semua ini. Mereka telah bergerak untuk membuat persekongkolan jahat di peringkat antarabangsa yang didukung oleh kekuatan tentera dari berbagai negara. Oleh kerana itu, apakah masuk akal kita mempertahankan dan membela Islam tanpa : Perancangan? ‘Tandzim’? Organisasi yang mantap? Pengurusan yang canggih? Tanpa perkara-perkara di atas, ke mana dakwah Islam ini mahu dibawa dalam seluruh gerakerjanya? Siapakah yang mendapat keuntungan dan kerugian? HIMBAUAN UNTUK KITA : Hendaklah kita memahami Islam dengan kefahaman yang benar sebelum tampil mendakwahkannya. Bertaqwalah kepada Allah swt dengan sebenar-benar taqwa dan ingatlah sentiasa firmanNya : “Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat peringatan bagi orang-orang yang mempunyai akal atau yang menggunakan pendengarannya, sedang dia menyaksikannya.” (Qs Qaaf : 37) Akhirnya, menjadi Lelaki Dakwah bermakna melakukan sesuatu yang sukar dilakukan oleh orang lain pada kesempatan yang tepat. Ya Allah, berilah kekuatan kepada kami sehingga kami mampu untuk membentuk diri kami untuk menjadi Lelaki Dakwah yang tegak dan bergerak di dalam satu tandzim yang teguh dan mantap dalam usaha untuk menegakkan syari’ah Islam di dalam diri, masyarakat dan negara. Ameen Ya Rabbal Alameen

hal nikah kahwin kApTen hAfiZ firDAUS

Kapten hafiz firDAUS hal nikah kahwin Sesuatu yang tidak dapat disembunyikan pada masa kini adalah banyaknya kes keterlanjuran antara pasangan lelaki dan wanita muslim yang belum berkahwin hingga menyebabkan mereka terjatuh ke dalam kancah perzinaan. Namun, alhamdulillah, dalam jumlah yang banyak tersebut terdapat mereka yang segera teringat kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala akan keterlanjuran mereka dan ingin bertaubat. Pada waktu yang sama mereka ingin melangsungkan perkahwinan dengan orang yang mereka zinai dan meneruskan kehidupan berkeluarga dalam suasana yang halal. Di sini timbul beberapa persoalan hukum: A) Bolehkah penzina bernikah? B) Bolehkah bernikah dengan wanita yang sedang hamil kerana zina? C) Bagaimana status anak yang lahir hasil dari zina? Insya-Allah dalam risalah ini saya akan terangkan hukum bagi persoalan-persoalan di atas. Para ilmuan kita telah pun membuka perbincangan yang luas terhadap persoalan-persoalan di atas dan tidak kurang pula dalam perbincangan tersebut terdapat perbezaan pendapat yang saling menyilang. Di antara perbezaan itu ada yang masyhur kerana memiliki dalil yang kukuh dan ada yang asing kerana tidak memiliki dalil yang kukuh. Dalam risalah ini saya akan menyertakan perbezaan pendapat tersebut bukan dengan cara menyebut nama tokoh atau mazhab yang berbeza pendapat, tetapi dengan cara mengemukakan dalil dan hujah bagi setiap pendapat. Seterusnya saya jelaskan pendapat mana yang lebih kuat insya-Allah. Tentu saja dengan catitan, apa yang kuat mengikut analisa saya mungkin lemah mengikut analisa para pembaca sekalian. Semua ini adalah tanda kematangan fiqh yang sekali gus menandakan kematangan seseorang dalam beragama. A) Bolehkah Penzina Bernikah? Terhadap persoalan ini ada dua senario: Senario Pertama: Jamal dan Jamilah masing-masing baru berkenalan kira-kira dua bulan. Akan tetapi kerana tarikan nafsu yang amat kuat, mereka terlanjur berzina di sebuah rumah sewa. Masing-masing segera sedar akan kesilapan mereka dan dengan itu mereka ingin bernikah dan meneruskan kehidupan sebagai pasangan muslim yang baik lagi beriman. Senario pertama merujuk kes penzina yang ingin bernikah dengan penzina. Hukumnya adalah haram berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala: الزَّانِي لاَ يَنكِحُ إلاَّ زَانِيَةً أَوْ مُشْرِكَةً وَالزَّانِيَةُ لاَ يَنكِحُهَا إِلاَّ زَانٍ أَوْ مُشْرِكٌ وَحُرِّمَ ذَلِكَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ. Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak bernikah melainkan dengan wanita yang berzina atau wanita musyrik; dan wanita yang berzina itu pula (lazimnya) tidak dinikah melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu dilarang kepada orang-orang yang beriman. [al-Nur 24:03] Ayat di atas menerangkan kes lelaki penzina yang bernikah dengan wanita penzina, atau sebaliknya. Pernikahan tersebut “…dilarang kepada orang-orang yang beriman.” Hukum haram atau larangan pernikahan terangkat apabila kedua-dua lelaki dan wanita tersebut bertaubat dari sebarang aktiviti zina. Dengan taubat, mereka tidak lagi dikenali sebagai penzina di sisi syari‘at Islam dan dengan itu tidak lagi masuk dalam perbicaraan ayat 3 surah al-Nur di atas. Senario Kedua: Firdaus dan Faridah sedang bersiap sedia menghadapi hari pernikahan mereka yang akan menjelang tiba minggu hadapan. Namun hati Firdaus kurang tenteram mengingatkan sejarah lampaunya yang pernah berzina beberapa kali dengan wanita lain. Dia terfikir, apakah halal untuk aku menikahi Faridah yang dikenali sebagai wanita yang shalihah? Senario kedua merujuk kepada kes dimana salah seorang dari pasangan yang bakal menikah adalah penzina. Apakah hukum Islam mengenainya? Ayat berikut menjadi rujukan: الْخَبِيثَاتُ لِلْخَبِيثِينَ وَالْخَبِيثُونَ لِلْخَبِيثَاتِ وَالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ وَالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَاتِ. Wanita-wanita yang jahat adalah untuk laki-laki yang jahat, dan laki-laki yang jahat untuk wanita-wanita yang jahat; dan (sebaliknya) wanita-wanita yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk wanita-wanita yang baik. [al-Nur 24:26] Antara yang dimaksudkan dengan lelaki dan wanita yang jahat adalah mereka yang melakukan zina. Maka pasangan penzina tidak boleh dinikahkan dengan pasangan yang shalih melainkan dia bertaubat terlebih dahulu sebelum dia bernikah. Dengan taubat, dia termasuk dalam kategori orang yang baik dalam ayat di atas. Dalam kedua-dua senario di atas, Islam melarang pasangan penzina daripada bernikah. Sama ada kedua-dua pasangan atau salah seorang daripada mereka, aktiviti zina menjadi faktor larangan untuk bernikah. Kenapa sedemikian? Antara hikmahnya, nikah adalah satu ikatan untuk kedua-dua pasangan hidup harmoni sebagai satu keluarga. Tidak dapat dibayangkan bahawa ciri keharmonian itu dapat dicapai jika salah seorang atau kedua-duanya masih melazimkan diri dengan aktiviti zina. Islam menghalalkan nikah agar kedua-dua pasangan hidup harmoni. Maka dengan itu juga, Islam mengharamkan nikah yang sejak dini memiliki ciri yang bertentangan dengan keharmonian tersebut. B) Bolehkah Bernikah Dengan Wanita Yang Sedang Hamil Kerana Zina? Senario Pertama: Sesudah Jamal dan Jamilah bertaubat dari kesalahan zina, mereka membuat persiapan untuk melangsungkan majlis perkahwinan. Walaubagaimana pun sebelum tarikh pernikahan, Jamilah mendapati dirinya telah hamil hasil dari hubungannya dengan Jamal sebelum itu. Wujud perbincangan di kalangan ilmuan Islam terhadap senario pertama di atas. Perbincangan mereka menghasilkan dua pendapat: Pendapat Pertama: Tidak boleh bernikah dengan wanita yang hamil. Jika sudah bernikah dengan wanita yang hamil, nikah tersebut tidak sah. Ini kerana wanita yang hamil berada dalam keadaan iddah dan waktu iddah tersebut berakhir dengan lahirnya bayi. Pernikahan hanya dibolehkan dan sah selepas bayi dilahirkan. Dalil-dalil pendapat pertama adalah seperti berikut: Dalil al-Qur’an. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala: وَأُوْلاَتُ الأَحْمَالِ أَجَلُهُنَّ أَنْ يَضَعْنَ حَمْلَهُنَّ. Dan wanita-wanita hamil, tempoh iddahnya ialah hingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya. [al-Thalaq 65:04] Dalil Qiyas (analogi). Sebab (al-‘Illat) dilarang menikah wanita yang hamil adalah supaya tidak terjadi kekeliruan tentang siapakah ayah sebenar bagi anak yang sedang dikandung itu. Maka hukum nikah bagi wanita yang hamil kerana zina diqiyaskan kepada hukum ayat 4 surah al-Thalaq di atas, supaya tidak terjadi kekeliruan tentang siapa ayah sebenar bagi anak yang sedang dikandung itu. Pendapat Kedua: Boleh bernikah dengan wanita yang sedang hamil kerana zina. Tidak ada iddah ke atas wanita yang sedang hamil kerana zina. Hukum iddah hanya ke atas isteri, iaitu wanita yang bernikah, kemudian hamil, kemudian bercerai dengan suaminya sama ada kerana talak atau kematian. Ada pun dalil Pendapat Pertama, maka para ilmuan dari Pendapat Kedua berkata: Ayat 4 surah al-Talaq merujuk kepada para isteri, iaitu wanita yang bernikah, kemudian hamil, kemudian diceraikan. Ayat 4 adalah sebahagian dari keseluruhan perbincangan yang bermula dari ayat pertama: يَاأَيُّهَا النَّبِيُّ إِذَا طَلَّقْتُمْ النِّسَاءَ فَطَلِّقُوهُنَّ لِعِدَّتِهِنَّ... Wahai Nabi! Apabila kamu (engkau dan umatmu) hendak menceraikan isteri-isteri (kamu), maka ceraikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan iddahnya… [al-Thalaq 65:01] Kaedah qiyas hanya digunakan untuk persoalan hukum yang muncul selepas kewafatan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Ada pun persoalan zina, ia adalah sesuatu yang wujud pada zaman Rasulullah. Banyak hukum berkaitan zina dan penzina yang digariskan oleh Allah dan Rasul-Nya melalui al-Qur’an dan al-Sunnah. Demikian juga hukum-hukum berkaitan hubungan seks dengan wanita tawanan perang yang hamil, ia telah digariskan oleh al-Qur’an dan al-Sunnah. Namun pada waktu yang sama, Allah dan Rasul-Nya tidak menggariskan hukum iddah ke atas wanita merdeka yang hamil kerana zina. Padahal Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman: وَمَا كَانَ رَبُّكَ نَسِيًّا. Dan tiadalah Tuhanmu (Allah) terlupa. [Maryam 19:64] Justeru apabila Allah dan Rasul-Nya tidak menetapkan hukum iddah ke atas wanita merdeka yang hamil kerana zina, bererti tidak ada hukum iddah ke atas mereka. Ada pun untuk mengelakkan kekeliruan terhadap siapakah ayah sebenar anak yang sedang dikandung, perbicaraannya akan menyusul ketika membahas status anak yang lahir hasil dari zina insya-Allah. Pendapat Yang Kuat. Tanpa melepaskan sikap hormat saya kepada para ilmuan yang berpegang kepada pendapat pertama, pada analisa saya pendapat yang kedua adalah lebih kuat. Allah Subhanahu wa Ta'ala sebagai Tuhan yang mencipta manusia amat mengetahui tabiat manusia yang mudah terlanjur hingga berzina. Pada waktu yang sama Allah juga mengetahui bahawa di antara hamba-Nya yang berzina, ada sebahagian yang ingin bernikah dan meneruskan kehidupan sebagai pasangan suami isteri yang halal. Untuk bernikah, Allah tidak menetapkan hukum iddah. Sebaliknya Allah menetapkan hukum taubat. Apabila para hamba-Nya yang berzina bertaubat, dosa dan kesan kesalahan zinanya dihapuskan. Perkara penting berkenaan taubat adalah, ia bukan sahaja menghapuskan dosa kesalahan, tetapi juga menghapuskan kesan kesalahan. Pengecualian adalah apabila kesan kesalahan itu melibatkan hak orang lain, maka orang yang bertaubat hendaklah juga mengembalikan hak orang yang disalahinya itu. Apabila Adam dan Hawa memakan pokok yang dilarang, mereka segera bertaubat kepada Allah dan Allah menerima taubat mereka. Dalam rangka menerima taubat mereka, Allah tidak menyuruh Adam dan Hawa memuntahkan apa yang telah mereka makan atau menghukum sebahagian dari darah daging mereka sebagai hasil dari sesuatu yang haram. Taubat Adam dan Hawa sekali gus menghapuskan dosa dan kesan kesalahan: فَأَكَلاَ مِنْهَا فَبَدَتْ لَهُمَا سَوْآتُهُمَا وَطَفِقَا يَخْصِفَانِ عَلَيْهِمَا مِنْ وَرَقِ الْجَنَّةِ وَعَصَى آدَمُ رَبَّهُ فَغَوَى (121) ثُمَّ اجْتَبَاهُ رَبُّهُ فَتَابَ عَلَيْهِ وَهَدَى (122). Kemudian mereka berdua (Adam dan Hawa) memakan dari pohon itu, lalu terdedahlah kepada mereka aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun dari Syurga dan dengan itu derhakalah Adam kepada Tuhannya, lalu tersalah jalan. Kemudian Tuhannya memilihnya (dengan diberi taufiq untuk bertaubat), lalu Allah menerima taubatnya serta diberi petunjuk. [Ta-Ha 20:121-122] Jika wanita yang sedang hamil kerana zina ditetapkan hukum iddah, ia akan menyebabkan dia terpaksa menanggung malu di sisi masyarakat atas satu kesalahan yang telah dia bertaubat darinya. Wanita itu tidak akan memiliki banyak pilihan kecuali menggugurkan kandungannya atau membuangnya setelah dilahirkan. Kedua-dua pilihan ini merupakan dosa yang besar. Semua ini menyelisihi konsep taubat yang menghapuskan dosa dan kesan orang yang pernah berbuat salah. Senario Kedua: Pada satu masa yang lalu Azura memiliki beberapa teman lelaki yang ditidurinya secara bergilir-gilir. Malam ini dia bersama Roy, malam esok dia bersama Ahmad, malam lusa dia bersama Azlan, dan begitulah pada malam-malam seterusnya dengan beberapa lelaki yang lain. Kini dia hamil dan dia tidak tahu siapakah ayah kandungannya. Azura ingin bertaubat, bernikah dan memulakan kehidupan baru suami isteri secara halal. Di antara semua lelaki tersebut, dia ingin mengambil Azlan menjadi suaminya. Senario pertama merujuk kepada wanita yang hamil kerana zina dan dia mengetahui secara pasti siapakah lelaki yang menghamilkannya. Ada pun senario kedua, ia merujuk kepada wanita yang hamil kerana zina dan dia tidak pasti siapakah lelaki yang menghamilkannya. Bagi senario kedua, pasangan boleh bernikah berdasarkan apa yang telah dikupas dalam senario pertama di atas. Akan tetapi terdapat perbincangan tambahan di kalangan para ilmuan terhadap senario kedua, bolehkah kedua-dua pasangan itu melakukan persetubuhan? Di sini terdapat dua pendapat: Pendapat Pertama: Tidak boleh bersetubuh sehingga bayi dilahirkan berdasarkan hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam: مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَلاَ يَسْقِ مَاءَهُ وَلَدَ غَيْرِهِ. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka janganlah dia menyirami air maninya ke atas anak milik orang lain. Hadis di atas dikeluarkan oleh Imam al-Tirmizi dan ia dinilai hasan oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no: 1131 (Kitab al-Nikah, Bab berkenaan lelaki yang membeli seorang hamba padahal dia hamil). Dalam hadis di atas, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam melarang seorang lelaki daripada bersetubuh dengan seorang wanita yang sedang hamil hasil dari hubungan dengan orang lain. Pendapat Kedua: Boleh bersetubuh kerana hadis-hadis yang melarang sebenarnya merujuk kepada wanita yang tidak merdeka seperti hamba dan tawanan perang. Ada pun wanita merdeka yang hamil kerana zina, maka tidak ada dalil yang melarang persetubuhan bersama lelaki yang dinikahinya, sekali pun lelaki itu bukan orang yang menghamilkannya. Pendapat Yang Kuat: Jika dikaji semua hadis berkaitan larangan bersetubuh dengan wanita yang dihamilkan oleh lelaki lain, akan ditemui bahawa di antaranya ada yang bersifat umum dan ada yang bersifat khusus kepada wanita hamba dan tawanan perang. Maka hadis yang bersifat umum meliputi semua kategori wanita sama ada yang merdeka atau tidak. Oleh itu pendapat yang lebih selamat adalah pendapat yang pertama, iaitu tidak bersetubuh sehinggalah bayi itu dilahirkan. Antara hikmah larangan adalah supaya bayi yang dikandung tetap selamat ketika berlakunya persetubuhan. Jika yang sedang bersetubuh adalah ayah kandungan, nescaya dia akan berhati-hati dan lemah lembut. Sebaliknya jika yang sedang bersetubuh adalah bukan ayah kandungan, kemungkinan besar dia akan lupa sehingga beraksi dengan kekasaran yang mungkin mencederakan kandungan atau menyebabkan keguguran. D) Bagaimana Status Anak Yang Lahir Hasil Dari Zina? Senario Pertama: Jamilah akhirnya melahirkan seorang bayi perempuan yang sihat. Jamal dan Jamilah sangat bergembira lagi bersyukur kepada Allah. Mereka menamakan bayi tersebut Sakinah. Seterusnya mereka berfikir, apakah status bayi tersebut? Bolehkah dia dinasabkan kepada Jamal dan diberi nama Sakinah binti Jamal? Apabila dewasa, perlukah Sakinah sentiasa menjaga auratnya ketika di rumah apabila Jamal ada bersama? Bolehkah Jamal menjadi wali perkahwinan Sakinah satu hari kelak dan mewariskan hartanya kepada Sakinah? Para ilmuan sekali lagi memiliki perbincangan dalam menentukan status anak yang asalnya adalah hasil zina. Perbincangan mereka membuahkan dua pendapat: Pendapat Pertama: Anak tersebut tidak boleh dinasabkan kepada ayahnya. Apabila baligh, anak tersebut hendaklah menjaga auratnya apabila berhadapan dengan ayahnya. Pada waktu yang sama ayahnya tidak boleh menjadi wali perkahwinan dan tidak boleh mewariskan harta kepada anaknya. Ringkasnya, dia adalah ayah dari sudut biologi tetapi tidak dari sudut hukum agama. Dalilnya adalah hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang dikeluarkan oleh Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 2053 (Kitab al-Buyu’, Bab tafsir al-Musyabihat): الْوَلَدُ لِلْفِرَاشِ وَلِلْعَاهِرِ الْحَجَرُ. Anak itu adalah bagi yang memiliki tempat tidur manakala lelaki yang (menzinai) dijauhkan. Dalam hadis di atas, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menerangkan bahawa anak zina dinasabkan kepada empunya tempat tidur, iaitu si-wanita (ibunya) manakala lelaki yang menzinai sehingga lahirnya anak tersebut dijauhkan. Ringkasnya ayah yang menzinai tidak memiliki apa-apa kaitan hukum dengan anaknya. Pendapat Kedua: Anak tersebut dinasabkan kepada ayahnya sama ada dari sudut biologi mahu pun hukum. Maka anak itu dinamakan Sakinah binti Jamal dan ayahnya (Jamal) boleh menjadi wali pernikahan Sakinah dan mewariskan harta kepadanya. Ini kerana taubat yang dilakukan oleh Jamal dan Jamilah menghapuskan semua kesan kesalahan zina mereka yang lalu, kini dan akan datang. Selain itu terdapat dalil dari sejarah umat Islam sendiri dimana ketika Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mula mendakwahkan Islam, keluarga-keluarga yang sebelumnya dalam keadaan jahiliyah memeluk Islam. Keluarga-keluarga ini terbahagi kepada dua kategori: Kategori Pertama: Seluruh keluarga, yakni suami isteri dan anak-anak memeluk Islam. Bagi kategori ini, suami isteri tersebut tidak dituntut untuk bernikah semula. Pernikahan mereka melalui adat jahiliyah dahulu diiktiraf apabila mereka memeluk Islam. Padahal jika ditinjau dengan lebih mendalam, pernikahan yang mereka lakukan satu masa lalu hanya sah dari ukuran adat jahiliyah, tidak sah dari ukuran hukum Islam. Ringkasnya pasangan suami isteri itu hidup dalam suasana zina dan melahirkan anak melalui hubungan zina. Akan tetapi apabila mereka memeluk Islam, ia adalah satu bentuk taubat yang dengannya semua tindakan mereka yang lalu tidak lagi diambil kira. Apabila mereka memeluk Islam sekeluarga, pernikahan mereka yang lalu melalui adat jahiliyah diiktiraf oleh Islam sebagai pernikahan yang sah dan anak mereka yang terhasil dari persetubuhan jahiliyah diiktiraf oleh Islam sebagai anak yang sah. Anak itu dinasabkan kepada ayahnya secara biologi dan hukum. Hukum ini masih berlaku hingga masa kini. Umpamakan Rajen A/L Gobindren dan isterinya Rajeswari A/P Apawari bersama anak mereka Kumari A/P Rajen sekeluarga memeluk Islam. Rajen dan isterinya Rajeswari tidak dituntut untuk bernikah semula cara Islam. Pernikahan mereka melalui cara Hindu diiktiraf oleh Islam. Yang dianjurkan hanya sekadar tambahan nama bagi memudahkan pengenalan bahawa mereka telah memeluk Islam. Contohnya Muhammad Rajen bin Gobindren dan Siti Rajeswari binti Apawari. Demikian juga bagi anak perempuan mereka, Kumari A/P Rajen. Islam tidak bertanya berkenaan status Kumari, sebaliknya menerima Kumari sebagai anak yang sah bagi Rajen. Muhammad Rajen boleh menjadi wali kepada pernikahan Kumari satu masa nanti dan boleh mewariskan harta kepada Kumari. Hanya yang dianjurkan adalah penambahan nama bagi memudahkan pengenalan bahawa Kumari telah memeluk Islam. Contohnya Siti Kumari binti Muhammad Rajen. Kategori Kedua: Hanya anak yang memeluk Islam manakala ibubapanya masih dalam agama Jahiliyah. Bagi kategori ini, Islam tetap menerimanya sebagai anak sah bapanya tanpa bertanya sejarah asal usul anak tersebut. Anak itu tetap dinasabkan kepada ayahnya secara biologi tetapi tidak secara hukum. Maka ayah tidak boleh menikahkan anaknya dan tidak ada harta warisan (mengikut salah satu pendapat) bagi anaknya. Hukum ini tetap berlaku pada masa kini. Kita kembali kepada contoh Rajen dan keluarganya. Kini umpamakan hanya Kumari yang memeluk Islam manakala Rajen dan Rajeswari kekal dengan agama Hindu. Kumari tetap diiktiraf oleh Islam sebagai anak Rajen dan dinasabkan kepadanya: Siti Kumari binti Rajen. Akan tetapi tidak boleh dinasabkan secara hukum, bererti Rajen tidak boleh menjadi wali kepada pernikahan Siti Kumari dan mewariskan harta kepada Kumari (mengikut salah satu pendapat). Pendapat Yang Kuat: Pada analisa saya, sekali pun yang masyhur adalah pendapat pertama, tetapi dari sudut ketepatan dalil dan kekuatan hujah, pendapat kedua adalah yang terpilih. Ada pun hadis “Anak itu adalah bagi yang memiliki tempat tidur manakala lelaki yang (menzinai) dijauhkan.”, maka ia tidak tepat untuk dijadikan dalil dalam persoalan yang sedang dibincang. Ini kerana hadis tersebut, jika dikaji kisahnya dari awal hingga akhir, hanya merujuk kepada kes seorang anak yang diperselisihkan, siapa ayahnya yang sebenar? Maka Rasulullah mengembalikan anak tersebut kepada pasangan suami isteri yang sudah bernikah secara sah. Seandainya si-isteri telah berzina dan itu adalah anak zina, anak itu tetap dinasabkan kepada suami isteri yang sah manakala lelaki yang menzinai tidak memiliki apa-apa hubungan nasab. Istilah (الفراش) bererti hamparan tempat tidur, di sini secara kiasan merujuk kepada isteri kerana isteri adalah umpama tempat tidur bagi suami melalui pernikahan yang sah. Pasangan yang pernah berzina tidak memiliki (الفراش) dan tidak dikenali sebagai (الفراش), justeru mereka dan anak hasil perzinaan mereka tidak memiliki apa-apa kaitan dengan hadis di atas. Senario Kedua: Azlan dan Azura bertaubat dan melangsungkan pernikahan. Azura kemudiannya selamat melahirkan anak perempuan yang mereka namakan Anisah. Akan tetapi Azura masih tidak tahu siapakah ayah Anisah yang sebenar. Azlan juga tahu bahawa dia mungkin ayah biologi kepada Anisah dan mungkin juga tidak. Sekali lagi, bezakan bahawa senario pertama merujuk kepada anak hasil zina yang diketahui siapa ayahnya manakala senario kedua merujuk kepada anak hasil zina yang tidak diketahui siapa ayahnya. Maka bagi senario kedua anak zina tersebut tidak boleh dinasabkan secara biologi mahu pun hukum kepada si-ayah. Dalam ertikata lain, tidak boleh memberi nama Anisah binti Azlan, sebaliknya hendaklah diberi nama Anisah binti Abdul Rahman (atau mana-mana nama Allah yang lain). Anisah hendaklah menjaga auratnya apabila berhadapan dengan ayahnya (Azlan) dan Azlan tidak boleh menjadi wali penikahan Anisah mahu pun mewariskan harta kepada Anisah. Hubungan Azlan dengan Anisah adalah umpama hubungan seorang ayah dengan anak angkat. Dalilnya adalah sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dalam Shahih al-Bukhari, hadis no: 6767 (Kitab al-Faraidh, Bab orang yang menyandarkan…): مَنْ ادَّعَى إِلَى غَيْرِ أَبِيهِ وَهُوَ يَعْلَمُ أَنَّهُ غَيْرُ أَبِيهِ فَالْجَنَّةُ عَلَيْهِ حَرَامٌ. Sesiapa yang menyandarkan nasabnya kepada seseorang yang bukan ayah (biologi)nya padahal dia mengetahui bahawa itu bukan ayah (biologi)nya maka syurga diharamkan ke atasnya. Hadis di atas adalah umum meliputi semua kes seperti anak dari pernikahan yang sah, anak angkat, anak yatim dan anak dari hasil perzinaan yang tidak diketahui ayahnya. Walaubagaimana pun pada masa kini sudah ada kaedah pemeriksaan DNA dimana dengan membandingkan kod-kod genetik manusia, dapat diketahui siapa ayahnya. Malah teknologi terkini membolehkan pemeriksaan dilakukan terhadap bayi yang berumur 12 minggu ke atas sekali pun masih berada dalam kandungan ibunya. Azlan dan Anisah boleh melakukan pemeriksaan DNA dan jika didapati Azlan adalah ayah biologi Anisah, maka hubungan antara kedua-duanya kembali kepada senario pertama di atas. Akan tetapi jika pemeriksaan DNA menunjukkan Azlan bukan ayah biologi Anisah atau pemeriksaan DNA tidak dapat dilakukan, maka hubungan kedua-duanya adalah seperti senario kedua di atas. Kesimpulan. Menarik untuk diperhatikan bahawa Allah dan Rasul-Nya sebenarnya mendiamkan hukum iddah dan status anak penzina. Tidak ada ayat atau hadis yang secara jelas lagi padu (Qathi’e) menggariskan hukum iddah dan status anak penzina. Ketiadaan ini menyebabkan hukum iddah dan status anak penzina masuk dalam kategori Ijtihadiyah dan para ilmuan terbahagi kepada dua golongan dalam menyikapinya: 1. Menggunakan dalil-dalil umum dan memasukkan hukum iddah dan status anak bagi penzina dalam keumuman tersebut. Juga menggunakan kaedah qiyas bagi menghubungkan hukum iddah dan status anak penzina kepada dalil-dalil yang membicara hukum lain secara khusus. 2. Menggunakan hujah kesempurnaan al-Qur’an dan al-Sunnah, bahawa jika kedua-dua sumber tersebut tidak menggariskan hukum iddah dan status anak penzina, padahal kedua-dua masalah tersebut sedia wujud pada masa sebelum kesempurnaan al-Qur’an dan al-Sunnah, maka tidak perlu bagi orang selepas kesempurnaan al-Qur’an dan al-Sunnah menggariskan sesuatu hukum. Kedua-dua manhaj di atas adalah benar jika diukur melalui disiplin ilmu-ilmu Islam. Dalam menganalisa dalil dan hujah kedua-dua pihak, saya menggunakan satu ukuran lain yang sering ditinggalkan, iaitu pengaruh taubat dalam menghapuskan kesan kesalahan orang yang berzina. Selain itu pada pandangan saya, perbicaraan hukum tidak patut memiliki sifat teknikal sahaja, tetapi perlu juga memiliki sifat adil (al-‘Adil), rahmat (al-Rahman), belas kasih (al-Rahim) dan memaafkan (al-‘Afuw). Semua ini adalah sifat-sifat Allah, Tuhan yang menurunkan hukum Islam itu sendiri. Beberapa Nasihat Akhir. Sebelum mengakhiri risalah ini, ingin saya ambil kesempatan untuk menyampaikan beberapa nasihat akhir. Pertama: Tujuan risalah ini bukanlah untuk meringankan kesalahan zina tetapi sekadar memberi jalan keluar kepada orang yang terlanjur berzina lalu ingin kembali ke jalan yang benar. Zina tetap merupakan kesalahan yang amat berat lagi keji dalam Islam. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman: وَلاَ تَقْرَبُوا الزِّنَى إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلاً. Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). [al-Isra’ 17:32] Oleh itu sikap yang benar, matang lagi selamat adalah menjauhi zina serta apa jua faktor yang mungkin mengarah kepada zina. Kedua: Maaf kata, kadangkala faktor yang mengarah kepada zina adalah ibubapa penzina itu sendiri. Sebabnya, apabila anak ingin bernikah, ibubapa sering menghalang dengan alasan-alasan yang hanya layak dikemukakan jika mereka hidup pada Jurasic Park. Alasan “Tamatlah pengajian dulu”, “Kerjalah dulu”, “Tunggulah naik pangkat dulu” dan “Belilah rumah dulu” tidak lagi releven untuk masa kini. Kenapa tak releven? Sudah masanya anda, Wahai Ibubapa, duduk sejenak dan memikirkannya. Sikap ibubapa yang menghalang anak bernikah tanpa alasan yang munasabah pada zaman kini adalah antara sebab utama mengapa anak-anak muda terlanjur berzina. Oleh itu pada kesempatan ini, ingin saya nasihatkan diri saya dan para ibubapa sekalian agar: 1. Jangan menghalang anak yang ingin bernikah kecuali dengan alasan yang munasabah lagi benar. Alasan itu pula hendaklah memiliki manfaat yang jauh lebih besar berbanding mudarat yang bakal menimpa seandainya diizinkan bernikah. 2. Seandainya anak terlanjur berzina, ibubapa janganlah menghalang mereka jika mereka ingin bertaubat, bernikah dan meneruskan kehidupan sebagai pasangan yang halal. Malah ibubapa sepatutnya memainkan peranan positif dengan menasihati mereka untuk bertaubat dengan cara bernikah dan meneruskan kehidupan sebagai pasangan yang halal. Seterusnya ibubapa memainkan peranan memimpin dan membantu pasangan muda tersebut menghadapi suka duka kehidupan berumahtangga. Jangan lupa bahawa ibubapa memiliki tanggungjawab yang besar dalam persoalan ini sehingga ke Hari Akhirat. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ وَالأَمِيرُ رَاعٍ وَالرَّجُلُ رَاعٍ عَلَى أَهْلِ بَيْتِهِ وَالْمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ عَلَى بَيْتِ زَوْجِهَا وَوَلَدِهِ فَكُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ. Setiap daripada kalian adalah pemimpin dan setiap daripada kalian akan dipersoal akan apa yang dipimpinnya. Seorang amir adalah pemimpin (kepada rakyatnya), seorang lelaki adalah pemimpin ke atas ahli keluarganya dan seorang wanita adalah pemimpin ke atas rumah suaminya dan anak-anaknya. Maka setiap daripada kalian adalah pemimpin dan setiap daripada kalian akan dipersoal akan apa yang dipimpinnya. [Shahih al-Bukhari, hadis no: 5200 (Kitab al-Nikah, Bab seorang wanita ad alah pemimpin di rumah suaminya)] Ketiga: Kemungkinan antara yang membaca risalah ini adalah pasangan yang sebelum ini pernah melalui senario-senario yang saya sebutkan atau sesuatu yang menghampirinya. Bagi pasangan ini, saya nasihatkan agar berhati-hati dengan syaitan kerana ia memiliki senjata extra untuk mengganggu kalian. Ini kerana syaitan sentiasa mencari celah untuk merosakkan keharmonian rumahtangga dan kesalahan yang lampau adalah sesuatu yang sentiasa baru lagi efektif bagi syaitan. Syaitan akan menghasut, konon kalian hidup dalam suasana haram, taubat tidak cukup sempurna untuk diterima Allah dan pelbagai lagi demi menaruh keraguan dan akhirnya merosakkan keharmonian rumahtangga. Semoga risalah ini dapat menjadi senjata untuk melawan balik serangan-serangan syaitan tersebut dan menutup apa-apa celahan lain yang mungkin dapat diselit olehnya. Keempat: Kemungkinan antara yang membaca risalah ini adalah mereka yang pernah terlanjur berzina atau memiliki kawan yang pernah terlanjur berzina. Hasil dari keterlanjuran tersebut, lahirlah seorang anak yang suci bersih statusnya. Akan tetapi disebabkan oleh pandangan masyarakat, anak tersebut lazim dihukum sebagai anak haram, anak luar nikah, anak zina dan sebagainya. Pandangan masyarakat yang negatif inilah yang menyebabkan pasangan yang terlanjur membuang anaknya dalam tong sampah, tandas atau di tempat perhentian bas. Diharapkan melalui risalah ini, pandangan masyarakat yang menghukum secara negatif ke atas bayi yang tidak berdosa itu segera dipadamkan. Hasilnya, pasangan yang terlanjur tidak akan merasa bersalah untuk terus memelihara anak mereka itu sepertimana ibubapa yang lain.

RIZAB

saya nampak jalan access road yang pada 41 tahun lalu di baiki oleh puak pembalak sebab mereka nak keluarkan kayu di tanah kerajaan 36.42 HEKTAR DI KAWASAN TANAH KERAJAAN BER sempadan selatan rizab krau... phoTO by using camera sony ericson model j20i Also using sony erikson j20i kalau ikut sejarah di kawasan selatan rizan krau seluas 62395 hektar ni telah di harvesting pada 41 tahun lalu...kemudian di tukar kepada tanah kerajaan...yang ada kini diwartakan hanya 62395 hektar hutan simpan rizab krau yang ada 11 bukit yang dipenuhi meranti merah... saya sudah beritahu the team supaya siasat dan buat pemantauan supaya hutan rizab krau di sempadan selatan tak di cerobohi...maklumat dapat tadi katanya puak pembalak nak ambil kayu di tanah kerajaan 36.42 hektar... saya saja bertanya...ada kayu ke di tanah kerajaan sebab ikut sejarah baru 41 tahun di logging operation.. kalau ikut biasa puak pembalak akan buat cuci mangkuk...clear felling pada status kawasan tanah kerajaan...kawsan sempadan selatan ni jua bersempadan tanah risDa rubber plantation... ada sign board tulis...awas lori balak keluar masuk...mumkin cuci access road lama ni di buat pada 2-3 hari lalu pada hari selasa selepas subuh saya naik ke betau nampak sign board tulis kontraktor ng han kee luas kawasan yang di harvesting 36.42 hektar lesen mula bulan 9.2012 sampai bulan 12.2012 kayu di betau kebanyakan DBh 35-45 cm…panjang logs 8.5 meter…kayu yang besar kurang…sebab cuci mangkuk nak tukar ke ladang kelompok …mumkin nak tanam rubber… Kawasan rizab 62395 hektar ni berada di uTAra bandar Temerloh…kawsan kuala semantan sebab pertemuan sungai semantan ke annahru pahe Darul makmur Sungai yang melalui Rizab Perlindungan Mergastua Temerloh Mukim Sungai Semantan Pahe Sungai Semantan mengalir di kawasan selatan Rizab mengalir ke arah sungai Pahe di sebelah timur rizab… Sungai Pahe mengalir dari utara ke selatan sehingga tiba di Daerah Temerloh…Bandar Temerloh di selatan rizab Mergastua ini… Sebelah timur rizab mengalir sungai lompat sungai tekal sungai krau menuju ke sungai Semantan Hutan rizab ini kaya dengan fauna dan flora...harus lindungi ecosystem hutan rizab ini Di bahagian selatan rizab ada 59 map square yang mana ada kayu meranti di atas bukitnya... Mean 59km persegi Bersamaan 5900 hektar Gunung Benum terletak di kawasan north west of the reserve Bukit tapah terletak di selatan rizab dekat dengan office pengurusan rizab Sungai teris mengalir ke arah selatan Sungai dong berada di Permenant forest reserve jabatan Hutan di north west of the Rizab Perlindungan mergastua ini Sungai Bakap mengalir dari dalam PFR Jabatan Hutan ke arah western jua terletak di sebelah western area Rizab Mergastua. Pengarah unit pengurusan Rizab adalah Lembaran map askar 1:50000 utk hutan Rizab Utk kawasan Rizab _ 1.Lembaran 3959_bahagian kawasan rizab_IBD… 2.lembaran 3960_utara kawasan rizab_perlok Lembaran map sekitarnya Sebelah timur 4060 4059 4058 Bahagian selatan rizab lembaraan 3958 Bahagian western Lembaran 3860...3859...3858 Maklumat ofis unit pengurusan rizab krau Arah Kiblat 286 kompas GPS Grid reference Vk 465122 Whr398117