Umar bin AlKhattab radhiallahu anhu
Khalifah yang ADIL dan benar
alFaruq yang mampu membezakan yangbhaq dan batil
umar alkhattab radhiallahu anhu lahir 13 tahun setelah kelahiran rasulullah salllahu alaihi wasalam pada tahun 581 masihi. Selaku anak yang lahir dari family bangsawan Quraisy bapanya bani adi ibunya bani makhzum Umar alkhattab radhiallahu anhu dibekali dengan pendidikan yang baik seperti mahir dalam bidang perniagaan dan pertahanan diri
Putera pasangan Khattab dan Hanthamah ini tumbuh selaku pemuda yang cerdas penuh semangat berani berterus terang dan dinamik
Pada mulanya beliau sangat menentang Islam dan rasulullah sallallahu alaihi wasalam
Ia menanamkan intention untuk membunuh rasulullah salllallhu alaihi wasalam
Mengetahui intention buruk umar, rasulullah sallallahu alaihi wasalam selalau berdoa khusus untuk umar..
Mudajh mudahan allah ta'ala memberikan kejayaan untuk Islam dengan masuknya salah satu dari dua Umar (Umar alkhattab atau abu jahal) memeluk islam
Allah ta'ala mengabulkan doa rasulullah apabila umar al_khattab masuk Islam.
Suatu hari umar sangat muak dgn [erkembangan Islam
Dia menghunus pedang intention utk membunuh rasulullah salllahu alaihi wasalam
Diperjalanan dia bertemu nu'aim bin Abdullah se ore teman yang memberitakan bahawa adik perempuannya Fatimah telah masuk islam bersama suaminya, said bin zaid
Betapa marah dan berangnya umar segera menuju ke rumah Fatimah. Ada riwayat menyebut bahawa saad bin abi waqqa yang menahan umar diperjalanan dan saad beritahu yang adik perempuannya masuk Islam…
Di sana ia menemukan adiknya Fatimah dan suaminya sedang membaca al qur'anul karim
Masih dipenuhi dgn kemarahan umar alkhattab menengking Fatimah dan memerintahkannya utk melepaskan islam
Dan kembali kepada tuhan tuhyan datuk moyang mereka
Dipuncak kemarahannya umar alkhattab menangkap lembaran yang bertulis ayatul qur'an.llau jantungnya berdebar berdenyut laju gementar beliau lalu membaca ayat ayat alqu'an yang tertera dilembaran lembaran tersebut
Selepas dia membaca ayat al qur'an hatinya mula tenangtimbul keinginan kuat untuk menemui rasulullah sallalahu alaihi wasalam dan ingin masuk islam
Lalau dia menuju ke rumah arqam bin abi alarqam halaqah rasulullah bersama sahabat seperti hamzah asadullah
Umar masuk islam dan bersyahadah didepan rsulullah sallallahu alaihi wasalam
Meneganai identity islam Umar alkhattab umar tidak pernah menutupinyakeberanian umar untuk p[erjuangan islam selaku rakyat makkah tanah suci menaikkahn semangat berani umat muslimin utk berdakwah
Apad masa saiyidina abu bakrah sakit tenat dia telah menunjukkan umar utk menggantinya selaku khalifah mat islam
Tetapi penunjukan inintidak mutlak melainkan setelah diserahkan kpd umat muslimin dalam melantik khalifah menerusi majlis syura yang dianggotai sahabat sahabt yang muttaqiin mukhlisiin ternyata seluruh umat muslimin telah mengangkat khalaifah umah alkhattab yang berani dan arif biLlah
Keberanian umar dalam memisahkan yang haq dan bathil mengangkat dgn pujian daripada rasulullah sallallahu alaihi wasalam dgn label Umar alFaruq
Yang bererti memisahkan yang haq dari bathil
Selepas saiyidina abu bakrah assiddiq wafat umat muslimin telah membai'ah umar alKhattab selaku khalifah yang disebut khulafa' arRasyidiin.
Umar berkata
Ya muslimiin kalian semua memiliki hak hak atas diri saya yang selalau boleh kalian pinta. Salah satunya adalah jika sese ore dari kalian meminta haknya kepada saya ia pasti kembali hanya jika haknya sudah dipenuhi dengan baik. Hak kalian yang lainnya adalah permintaan kalian bahawasanya tidak akan mengambil apapun dari harta Negara mahupun dari harta ghanimah rampasan perang. Kalian jua dapat meminta saya untuk menaikkan upah dan salary kalian sesuai dengan meningkatnya duit harta yang masuk ke dalam pertbendaharaan Negara dan saya akan meningkatkan kehidupan kalian dan tidak akan membuat kalian sengsara juga merupakan hak , apabila kalian pergi ke medang ghazwah/pertempuran, saya tidak akan menahan kepulangan kalian dan ketika sedang bertempur, saya akan memelihara family kalian selayaknya selaku se ore ayah
Ya muslimin taqwa lah kamu kepada Allah dgn istiqamah
Maafkanlah kesalahan kesalahan saya dan bantulah saya dalam menjalankan amanah dan tugas ini bantulah saya dalam menegakkan kebenaran dan membenteras kebatilan
Nasihatilah saya dalam pemenuhan kewajiban kewajiban yang telah diamanahkan Allah subhanahu wata'ala
Khalifah umar alkhattab adalah pemimpin yang memiliki kepakaran dan kemahiran pengurusan Negara yangtinggi, pemimpin politik siasah dan panglima perang yang berani serta hebat bertempur di medang ghazwah cerdik mengatur strategi peperangan yang menjurus kepada berkembangnya ajaran Islam sehingga ke satu pertyiga muka bumi ini…
Umar akkhattab amat dikasihi rakyat madinah sebab dia memberikan khidant yang baik dan cemerlang selaku khalifah islam umar alkhattab menjadi khalifah selama 10 tahun
Umar alkhattab memulakan pengumpulan al qur'an dlm mushaf disebabkan ramai hafiz alqur'an syahid di medang jihadu fil qital…
Memandangkan akan keutamaan isi al qur'an llau di jadikan dalam bentuk kitab yang mana disiapkan mushaf di zaman kahlifah uthman ibnu affan yang disebut mushaf uthmani
Di waktunmale umar alkhattab selalau meronda menyisat keadaan rakyat madinah…adakah cukup bekalan makanan.
Suatu male dia menemukan sebuah rumahtua kecil yangdari dalamnya terdengar tangisan anak anak. Belia mendekat dan memperhatikan dgn saksama keadaan rumah tersebut dia melihat se ore ibu yang dikelilingi anak anaknya ibu tersebut kelihatan sedang memasak sesuatu. Tiap kali anak anaknya menangis, ibu berkata
Tunggulah…sebentar lagi makanan akan masak…selagi umar alkhattab memperhatikan di luar, ibu terus menenangkan anak anaknya dan mengulangi ucapan yang sama bahawa sebentar lagi makanan akan masak
Umar menjadi sedih penasaran
Setelah member salam dan minta izin umar bin khattab memasuki rumah tersebut dan bertanya ibu tua…
Mengapa anak anak ibu tidak berhenti menangis…
Ini kerana mereka sangat lapar jawab ibu tua
Mengapa tidak ibu berikan makanan yang ibu masak dari awal tadi…umar bertanya lagi
Tidak ada makanan. Periuk ini dari tadi saya masak hanya berisi batu untuk mendiamkan anak anak. Biarlah mereka berfikir bahawa periuk ini hanya berisi makanan. Mereka akan berhenti menangis kerana keletihan dan tertidur.
Aoakah ibu sering berbuat begini..tanya umar alkhattab
Ya saya sudah tidak memiliki family atau suami tempat saya bergantung. Saya sebatang kara. Jawab si ibu dengan nada kesal sedih berusaha menyembunyi kepedihan hidupnya.
Mengapa ibu tidak meminta bantuan khalifah sehingga beliau dapat membantu ibu serta anak anak ibu dgn memberikan duit dari baitul mal. Ini akan amat membantu kehidupan ibu dan anak anak…umar menasihati
Khalifah telah berbuat zalim kpd saya …jawab ibu
Bagaimana khalifah boleh berbuat zalim kpd ibu
Khalifah ingin tahu
Saya sangat menyesal pemerintahannya. Seharusnya ia melihat keadaan rakyatnya dlm kehidupan nyata. Siapa tau ada ramai insane yang senasib dgn saya…jawab ibu tua yang sangat menyentuhi hati umar alkhattab
Perempuan tua tersebut tidak tahu bahawa insane yang berbicara dgnnya adalah khalifah umar alkhattab sendiri yang rajin meronda male untuk memantu rakyat nya
Umar lalau berkata
Tunngu sebentar ibu…pasti saya akan kembali
Pada kepekatan male yang telah larut umar alkhattab radhiallahu anhu segera ke madinah menuju ke baitul mal. Belai mengangkat sendiri sekarung gandum yang besar di bahunya. Abbas sahabatnya membantu membawa minyak samin untuk memasak.
Kerana jarak rumah ibu tua dgn madinah sangat jauh, peluh bercucuran dari tubuh khalifah umar alfaruq. Maka Abbas berniat untuk membantu Umar alkhattab mengangkat karung gandum tersebut.
Dengan tegas umar alkhattab
Berkata
Tidak akan saya biarkan kamu membawa dosa dosa saya di akhirat kelak . biarkan saya saya membawa karung besar ini kerana saya merasakan sangat bersalah atas apa yang telah terjadi kpd ibu tua dan anak anaknya yang kelaparan. Dengan nafas yang kencang umar radhiallahu anhu menjawab
Maka ketika khalifah umar menyerahkan sekarung gandum yang besar kpd ibu tua serta anak anaknya yang miskin bukan main betapa cerianya wajah ibu tua dan anak anaknya menerima makanan sekarung gandum dari 'lelaki yang tidak dikenali'. Hakikatnya lelaki ini adalah khalifah umar alkhattab sendiri. Umar telah menyuruh ibu dan anak anak bertemu khalifah untuk mendaftar diri dengan baitul mal…
Alkisah ini amat ta'jub akan amat baik akhlaknya umar yang meronda di male hari memerhati rakyat faqir dan miskin untuk dibela dan diberikan makan supaya tidak lapar…inilah akhlak terpuji yang dipamirkan Umar Alkhattab selaku khalifah yang ADIL dan benar dalammmembela rakyat…
Hadis ada menyebut pemimpin yang adil akan masuk aljannah bersama rasulullah dan leader yang khianat dan menipu rakyat akan dihumban ke neraka…takk akan dapat bau aljannah.
Ibu tua terkejut apabila melihat lelaki yang membawakan makana waktu male tadi adalah khalifah umar alkhattab sendiri
Umar AlKhattab adala pemimpin yang cermerlang Berjaya gemilang dan terbilang insan mujtahid yang tinggi martabat di sisi Allah… sahabat rasulullah sallallhu alaihi wasalam yang sejati.
Kehebatan umar dalam mengibarkan islam ke seluruah muka bumi telah menyebabkan ada musuh yang cuba membunuhnya
Puak ini adalah Fairuz, abu lu'lu'ah telah membunuh Umar al faruq dgn cara kejam zalim semasa ketika umar alkhattab mengimami solat subuh. Uak kafir itu telah menikam umar alkhattab meyebabkan perutnya cedera sehingga selama 3 hari umar sabar menahan sakit…air susu yang diminum keluar dari cedera perutnya…peristiwa sedih ini berlaku pada waktu solat subu hari rabu 26 zulhijjah 23 hijriah beliau wafat pada hari Ahad dlm usia 63 tahun setelah hamper sepuluh tahun memegang amanah khalifah umat Islam.
No comments:
Post a Comment