الساهد في سبيل لله

الساهد في سبيل لله

Sunday, August 8, 2010

'Ammar bin Yasir Radhiallahu anhu

Ammar bin Yasir radhiallahu anhu'
Penghuni aljannah yang telah dijamin rasulullah sallallahu alaihi wasalam

Seandfainya ada insane yang dilahirkan di aljannah lalau dibesarkan dalam haribaannya dan menjadi dewasa, kemudian dibawa kea lam dunia untuk menjadi hiasan dan AnNur maka 'Ammar bersama ibunyalah Sumayyah dan bapanya Yasir adalah insane tersebut
Tetapi mengapa kita mengatakan seandainya seolah oleh hanyalah andaian belaka padahal family yasir adalah penghuni aljannah ketika rasulullah sallallahu alaihi wasalam bersabda…\ertinya Sabar ya Abu Yaqzan, sabar ya usratulYasir, tempat yang telah dijanjikan bagimu adalah aljannah


Ucapan rasulullah sallallahu alaihi wasalam
Bukanlah hanya hiburan belaka tetapi benar benar mengakui kenyataan yang diketahuinya dan menguatkan fakta yang dilihat dan disaksikan dugaan family yasir sabar yang disiksa sebab masuk Islam.
Yasir bin 'Amir ayahanda kepada 'Ammar bin yasir berangkat meninggalkan negerinya di yaman bagi mencari dan menemui saudaranya. Sebenarnya dia berasa aman mendiami tanah suci makkah bermukimlah dia di makkah dan mengikat perjanjian dengan abu huzaifah bin al mughirah saudaranya yang ditemui di makkah
Ayat 142 surah ali Imranyang bererti
Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk aljannah padahal belum lagi nyata kepada allah wjudnya ore ore yang berjihad yang berjuang dgn bersungguh sungguh di antara kamu dan belum lagi nyata wujudnya ore ore yang sabar tabah dan teguh pendirian dalam perjuangan

Ayat 3 surah al ankabut yang bererti
Sesungguhnya Kami telah menguji ore ore yang terdahulu daripada mereka, maka dengan ujian yang demikian nyata apa yang diketahui allah tentang ore ore yang sebenar benar berIman dan nyata pula apa yang diketahui Nya tentang orang orang yang berdusta

Ayat 16 surah attaubah yang bererti
Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan dibiarkan dalam keadaan kamu yang sedia ada padahal belum lagi terbukti kepada Allah seperti Yang diketahuiNya ore ore yang berjihad di antara kamu dan yang tidak mengambil teman teman rapat untuk mencurahkan rahsia kepada mereka selain daripada Allah dan rasulNya serta ore ore yang beriman…dan ingatlah Allah mohor mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.

Ayat 179 surah Ali Imran yang bererti
Allah tidak sekali kali akan membiarkan ore ore beriman dalam keadaan yang kamu ada se ore bercampur aduk mu'min dan munafik, bahkan Ia tetap menguji kamu sehingga Ia memisahkan orang yang buruk munafik daripada insane baik yakni ore beriman
Ayat 166_167 surah Ali Imran
Dan apa yang telah menimpa kamu apada hari bertemu dua kumpulan angkatan tentera di medan ghazwah UHUD tersebut. Maka adalah ia dengan izin Allah dan dengan tujuan Allah hendak melahirkan dengan nyata akan ore ore yang beriman. Dan jua dengan tujuan Ia hendak melahirkan dengan nyata akan dikata kan kepada mereka…
Marilah berperang pada jalan Allah untuk membela Islamatau pertahankanlah diri, family dan harta kamu. Mereka menjawab…kalau kami faham ada peperangan dengan sebenar benarnya tentulah kami mengikutmu turur berperang. Mereka ketika mengeluarkan perkataan itu lebih dekat kpd kufur dari dekat kepada Imann. Mereka selalau menyebut dengan multnya apa yang tidak ada dalam hatinya. Dan ingatlah bahawa Allah mohor mengetahui akan apa yang mereka sembunyikan.
SEMEMANGNYA DEMIKIANLAH ALQUR'AN MEMDIDIK manusia umat muslimin bahawa pengorbanan mereka adalah utama saripati keimanan dan bahawa keberanian menentang kezaliman mestilah dihadapi dengan sifat sabar, teguh pendirian dan pantang berundur mencari naik syahid.
Jika demikian barulah sese ore mampu membentuk keutamaan Iman yang cemerlang.
Infa' harta… korban jiwa naik syahid untuk Islam adalah dituntut demi mencapai kejayaan hidup di dunia dan akhirat
Sumayyah yasir dan 'ammar telah memberikan qudwah hasanah contoh pengorbanan jiwa untuk menaikkan Islam…family yasir ini ditaqdirkan memiliki sifgat sabar tabah berani gagah perkasa untuk perjuangan Islam
Melihatkan siksaan yang menimpa family Yasir pasti insane akan syahdu dan sedih …siksaan yang berat ditanggung family yasir sehingga
Ammar memanggil rasulullah sallahu alaihi wasalam\ya rasulullah sallallahu alaihi wasalam azab siksa yang kami deritai ini telah sampai ke kemuncak
Maka rasulullah berkata

Sabar lah ya abal Yaqzan…Sabar ya usratul Yasir
Tempat kalian adalah di aljannah.
Inilah jaminan rasulullah sallalhu alaihi wasalam kepada family yasir yang menerima siksaa dari kafirin
Family yasir mkuat teguh mempertahankan Iman islam walau tubuh ya di siksa.
Siksan berat ini digambarkan sahabat bernama 'amar bin hakam
Ammar diseksa sampailah ia tidak menyedari apa yang diucapkannya\berkata Ammar bin maimun
Musyrikin membakar ammar bin yasir dengan api
Maka rasulullah sallallhu alaihi wasalam lalau pergi ke tempat ammar di sekasa oleh kafirin dan memegang kepalanya dengan tangan baginda sallallahu alaihi wasalam sambil berkata\ yang bberti
Hai api jadilah kamu sejuk dingin ditubuh 'ammar seperti dulu kamu sejuk dingan di tubuh nabi Ibrahim alaihissalam

Semua seksaan tersebut tidak dapat menekan jiwa ammar radhiallahu anhu yang sabar walau seksaanya amat berat menekan tulang belakang dan menghabis tenaganya menan sakit. Ketika apoada suatu haru tukang cambuk dan pedera yang zalim mulai hukuman bakar dengan besi panas sampai disalib di atas pasir panas dengan ditindih batu lkasana bara merah yang panas, bahkan sampai ditenggelamkan di dalam air sehingga sesak nafasnya dan mengelupas kulitnya yang penuh dgn keceradaan yang parah

Pada hari seksaan yang berat ini dia telah tidak sedarkan diri kerana dahsyatnya seksaan yang ditimpakan musuh. Lalau puak musyrikin telah mengarahkan dia supaya ikut lagu memuja patung barhala…dia yang tidak sedarkan diri sebab sakit seksaan telah ikut barkata …hanya lidahj yang berkatya sedang hakikat qalbu masih teguh beriman dgn Allah…
Inilah seksaan yang berat yang dialami family yasir… apabila ammar sedar dia apabiula seksaan dihentikan sementara dia berasa amat menyesal dan berasa dosa besar telah terlanjur dia lakunkan…sehingga dia merasakan seksaan yang di alaminya adalah lebih ringan berbanding dosanya yang terlanjur berkata dgn lidah dlm keadaan tidak ingat…kerana seksaan berat yang ditanggung…
Allah yang mohor agung telah memutuskan agar peristiwa yang mengharukan ini mencapai titik kesudahan ayang amat luhur rasulullah sallallahu alaihi wasalam telah memegang tangan ammar sambil berkata salam ke atas kamu ya ammar bangunlah hai pahlawan tak ada sesalan atas mu dan tidak ada yang cacat
Ketika rasululah sallallahu alaihiwasalam menemui sahabatnya didapati ia sedang menangis maka disapulah tangisnya dengan tangan rasulullah sallahu alaihi wasalam serta bersabda\orang orang kafirin itu telah menyiksa mu dan menenggelamkanmu ke dalam air sampai kamu mengucap begini dan begitu…
Benar wahai rasulullah…jawan ammar sambil neratap penyesalan
Maka rasulullah sallallahu alihi wasalam sambil senyum menyebut
Jika mereka memaksamu lagi tidak apa ..ucapkanlah seperti apa yang kamu katakana tadi…

Hakikatnya qalbumu telah penuh dgn Iman hakikatnya qalbu tetap ada iman walau ucapan yang dipaksakan kepada mu dengan seksaan pedih oleh kafiriin sehingga kamu hilang sedar…
Alau rasulullah salllahu alaihi waslam membacakan ayat 106 surah AnNahlu yang bererti
Kecuali ore yang dipaksa , sedang hakikat qalbunya teguh beriman
Kembalilah ammar diliputi sakinah selepas mendengar lafaz sabda rasulullah yang memujuknya dengan mebacakan ayat ini\
Sakit yang dirasai telah hilang dgn khabar yang baik dari rasulullah kepada dirinya dan familinya yang telah syahid maknya summayyah telah naik syahid sama hal dgn ayahnya yang jua syahid kesan seksaan yang pedih yang dilakukan dgn zalim oleh kafiriin di zaman permulaan islam.
Ammar radhiallahu anhu telah mendapat martabat yang ditinggi disisi rasulullah sallallahu alihi wasalam\lalau rasulullah semasa di madinah telah bersabda
Yang bererti
Sesungguhnya 'ammar dipenuhi Iman sampai ke tulang belakangnya

Semasa berpaku perselisihan antara khalaid alwalid dan Ammar bin Yasir …Rasulullah sallallahu alaihi wasalam bersabda yang bererti
Sesiapa yang memusuhi 'Ammar maka ia akan dimusuhi Allah, dan siapa yang membenci ia akan dibenci Allah
Sesungguhnya ammar adalah kekasih allah yang sanggup mengorbankan nyawa untuk allah
Ammar syahid dalam medan perang jamal
Maka tidak ada pilihan bagi Khalid alwalid lalau dia bertemu ammar mohon maaf dan mengakui kesalahannya terhadap ammar bin yasir radhiallahu anhu
Rasulullah telah mebela ammar daloam semua hal termasuk ketika perbalahan semasa pembinaan masjiod di madinah apabila ada sahabat yang berkata kurang lunak kpd ammar
Rasulullah bersabda yang bererti
Apa maksud meraka berkata demikian kpd ammar diseruNya mereka ke aljannah tetapi mereka hendak mengajaknya ke neraka sunguh ammar adalah biji mataku dan batang hidungku sendiri
Rasulullah telah menyataka kasih sayangnya kepada 'ammar bin yasir radhiallahu anhu menyatkan kesucian imannya mengangkatnya selaku qudwah hasanah bagi sahabat sahabat . rasulullah bersabda yang bererti
Contohi dan ikutilah setelah kewafatanku nanti insane seperti Abu bakrah assiddiq dan umar …,dan ambillah hidayah yang dipakai 'ammar untuk dijadikan bimbingan

Ammar insane bertubuh tinggi dengan bahunya yang bidang dan matanya yang biru insane yang amat pendiam dan tidak suka banayk bercakap
Ammar menyertai rasulullah dlm ghazwah
Badar
Uhud
Khandak/ahzab
Tabuk
Dll
Selepas rasulullah sallallahu alaihi wasalam wafat …amar meneruskan perjuangan menegakkan islam dgn gagah perkasa berani untuk naik syahid
Khalifah umar alkhattab melantik ammar menjadi wakil khalifah di Kufah mernjadi wali di kufah
Bersama Abdullah ibnu mas'ud menjadi bendahara kufah
Kepada pendudk negeri kufah yang kini adalah negeri Iraq
Umar berpesan dengan surat
Saya menghantar kepada truan tuan 'ammar bin yasir radhiallahu anhu selaku amir dan Abdullah ibnu mas'ud selaku bendahara dan Wazir.dia sahabat rasulullah ini adalah insane pilihan dari golongan sahabat nabi Muhammad sallallahu alaihi wasalam dan termasuk pahlawa pahlawan di medan badar alkubra
Ammarv telah mebuat peraturan di kufah yang tak disukai oleh puak tamak rakus kan harta dunia. Puak tamak itu telah membuat komplot konspirasi menentan ammar
Pangkat wazir ini tidaklah menambahkan kecuali bertambah solih zuhud dan tawadhu' diri ammar bin yasir
Ibnu Abil Huzail yang hidup semasa ammar menjadi wazir di Kufah menyebut
Saya melihat ammar bin yasir radhiallahu anhu sewaktu menjadi amir di Kufah, membeli sayur di pasar lalu mengikatnya dengan tali dan memikulnya di atas bahunya yang bidang. Tubuhnya yang tinggi dan besar memudahkan tugas ini..nampak tawadhu' insane yang dilantik menjadi amir kufah ini harus dijadikan qudwah hasanah pemimpin hari ini.
Ammar memikul sayur tersebut dan membawanya pulang rumahnya sendiri…maka Nampak jelas bahawa ammar adalah insane zuhud dan tawadhu' dia suka melakukan tugasnya sendiri tanpa negarahkan ore bawah tadbur urusnya
Sifat ini sma dgn sifat rasulullah sallahu alaihi wasalam yang menjahit bajunya sendiri…

Seorang awam telah berkata cuba menjatuhkan imej ammar sewaktu ammar menjadi amir di Kufah
Hai ore yang telinga terpotong…
Telinga ammar terpotong ketika memrangi puak murtad dlm ghazwah Yamamah
Lalau amir kufah ini menjawab

Yang kamu cela adalah telingaku yang terbaik\kera ia ditimpa kecederaan semasa jihad fi sabilillah…untuk islam
Memang satu telingan beliau putus dalam jihad fil qital fi sabilillah dimedan yamamah yakni salah satu dianatara hari hari gemilang bagi ammar radhiallahu anhu.
Panglima perang in seperti nagin kencang yang menyerbu musuh musailmatul kazab sehingga melumpuhkan musuh di perang yamamah menentang puak murtad…

Semangat umat muslimin bertambah dgn melihat perjuangan berani mati ammar bin yasir seperti digambarkan dgn lafaz Abdullah ibnu umar radhiallahu anhu dalam peristiwa tersebut


Waktu perang yamamah saya melihat ammar sedang berada di atas batu karang. Ia berdiri sambil menyeru tentera muslimin
Ya muslimin apakah tuan tuan hendak lari dari syurga…inilah saya ammar bin yasir …ke marailah btuan tuan


Seruan ammar ini menaikkan semangat jihad dikalangan mujahidin muslimin
Saya melihat telinga telah putus dalam perang ini teruntai untau sedang ia tetap berperang dgn gagah berani dan perkasa merempuh musuh
Barang siapa yang masih kurang yakin terhadap kebesaran Muhammad sallallahu alaihi wasalam selaku rasulullah yang benar dan muallim yang semprna bagi umat mnausia maka hendaklah ia berdiri sejenak di hadapan contoh contoh yang dipamirkan sahabat sahabat rasulullah yang cemerlang gemilang dan terbilang.
Sahabat rasulullah salllahu alaihi wasalam berjihad menegakkan islam dgn ikhlas jujur dan luhur.
Sahabt rasulullah sallallahu alihi wasalam apabila masuk ke medan jihad fil qital akanmara ke hadapan seperti ingin maut ingin naik syahid…mencari syahid…
Apabiloa sahabat menjadi khalifah dan hakim mahkmah sahabat tak berasa segan untuk memerah susu untuk bekalan makanan wanita janda dan kanak kank seperti yang dipamirkan asbu bakrah assiddiq dan Umar alkhattab memasak tepung menjadi roti untuk anak anak yatim
Apabila sahabat rasulullah salllahu alaihi wasalam menjadi pembesar Negara sahabat tidak segan untu memikul karung gandum di bahunya seperti kita lihat dlm kisah ammar bin yasir… kemudian redha menyerahkan salry nya kepada infa' fi sabilillah dan menyanyam daun tamar untuk dijadikan bakul seperti yang dipamirkan salman alfarisi radhiallahu anhu
Huzaifah bin yaman adalah sahabat yang ahli dlm bahasa rahsia firasat dan risik hal berhubung hal ghaib sedang menghadapi panggilan ilahi maka sahabat sahabatnya yang sedang berkumpul di sekeliling menanyakan kepadanya
Saiapak yang mesti kami ikuti dlm pandanganmu jika terjadi pertikaian di antara kami
Sambiol mengucapkan kata kata terakhir huzaifah ibnu yaman berkata
Ikutilah ammar ibnu sumayyah kerana sampai wafatnya ia takkan berpisah dengan kebenaran.
Adalahbbenar bbahawa ammar selamanya akan berada di landasan kebenaran dimana sahaja dia berada …imannya ikhlas kepada Allah Ta'ala.

Hidup bahagia adalah hidup di akhirat berilah Rahmat ethnik Ansar dan ethnic muhajirin dan setelah tersebut sdengar nasyid alunan sahabat
Apakah sama nilainya …ore yang berjuang membina masjid
Sibuk bekerja baik berdiri mahupun duduk dengan menyingkir berpangku tangan


Ketiika Ammar bekerja mengangkat batu besar Tiba tiba rasullallah salllahu alaihi wasalam berkata
Rahmat Anugerah allah subhanahu waTa'ala …memandang ammar dgn perasaan kasih saying llau rasulullah mengibas debu dgn tangannya di kepala ammar dengan penuh rsa kasih.
Rasulullah sallalahu alihi wasalam bersabda
Aduhai ibnu sumayyah ia dibunuh oleg puak penderhaka


Menag terjadi hal sedih ni di masa perang jamal…
Apabila suatu ketika dinding yang dibina Ammar roboh dan menimpanya maka sahabat menyangka Ammar tewas…lalau rasulullah sallallhu alihi wasalam berkata
Tidak, ammar tidak apa apa, hanya ia nanti akan dibunuh oleh puak derhaka

Ammar yakin bahawa dia akan naik syahid…ammar adalah penyokong kuat saiyidina ali dalam perang siffin…dia sokong ali dan menentang muawiyyah… pada ammar martabat saiyidina ali adalah tinggi di sisi rasulullah sallahu alaihi wasaalam Ali Karramallahu wajhah telah berjuang dari wal permulaan islam….sanggup berada di bawah smenggantikan nabi Muhammad semasa peristiwa hijrah…
Ammar yang selalau benar yakin bahawa ali karramallahu wajhah adalah khalifah yang wajib disokong…maka dlm perang siffin
Pertembungan antara saiyidina Ali karramallahu wajhah dan saiyidina muawiyyah dlm perang siffin ini menelan nyawa muslimin…maka di sini kebijaksaan Abu musa assya'ari untuk mendamaikan muslimin dlm Majlis Tahkim
Ammar amat yakin bahawa jawatan khalifah adal hak Imam ali Karramallahu wajhah.
Imam ali Karramallahu wajhah gembira dengan sokongan saiyidna ammar bin Yasir radhiallahu anhu

Letika perang siffin berjalan Imam ali karramallahu wajhah menghadapi tugas penting selaku tugas menumpaskan pemberontakan penderhaka bughah…
Ammar ikut menyokong tugas imam ali karramallahu wajhah menumpaskan penderhaka. Waktu tersebut usianya 93 tahun
Apakah dalam usia 93 tahun ammar masih menyertai medan perang menyokong Imam Ali karramallahu wajhah
Dia melakukan tugas dengan lebih semangat seperti yang dilakukan oleh pemuda 30 tahun
Tokoh mujahidin yang sifat pendiam ini hamper sahaja menggerakkan bibirnya kecuali mengucapkan kata kata perlindungan seperti berikut
Aku berlindung dengan Allah dari sebarang fitnah
Aku berlindung kepada Allah dari fitnah
Tak lama selepas Rasulullah sallallahu alihiwasalam wafat kata kata ini merupakan doa yang tak putus lekang di bibir ammar. Setiap hari berlalu setiap hari ia memperbanyakkan doa dan mohon perlindungan Allah dari fitnah seolah oleh hatinya yang suci merasakan bahaya mengancam yang semakin dekat dan menghampiri juga
Dan tatkala bahaya tersebut hamper tiba Yasir Ibnu sumayyah telah mengerti di mana ia mesti berdiri. Maka fitnah di perang siffin walau usia telah cecah 93 tahun ia bangun menghunus pedangnya demi membela kebenaran yang pada keyakinannya pasti dipertahankan Ali Karramallahu wajhah adalah Khalifah yang layak
Kata kata hal pertempuran di medan perang siffin begini


Hai manusia
Marilah kita berangkat menuju kumpulan yang mendakwa hendak menuntut bela darah Uthaman
Demi Allah subhanahu wa Ta'ala maksud mereka bukanlah hendak menuntut bela tetapi sebenarnya mereka telah merasakan manisnya dunia dan telah ketagihan terhadapnya. Mereka mengetahui bahawa kebenaran adalah telah terang jelas namun hanya dijadikan alas an untuk pemuas nafsu serakah mereka, mereka bukan yang berlumba lumba dalam kebaikan dan tidaj juga termasuk pendahulu memeluk AdDinul Islam. Alas an apa sehingga mereka berhak untuk ditaati oleh kuam muslimin dan dilantik sebagai pemimpin, dan tidak pula dijumpai dalam hati mereka perasaan gerun kepada Allah subhanahu waTa'ala yang akan mendorong mereka untuik mengikuti kebenaran
Mereka telah menipu ore rami dengan mengaku hendak menuntut bela kematian uthaman, pada hal tujuan mereka adalah yang sesungguhnya ialah hendak menjadi penguasa
Kemudian ammar mengambil bendera dengan tangannya dikibar tinggi di atas sambil berseru
Demi Zat Allah yang menguasai nyawaku…saya telah bertempur dengan mengibarkan bendera ini bersama rasulullah sallahu alaihi waslam dan inilah aku siap berperang pula dengan mengibarkannya kini. Demi nyawa saya didalam penguasaan allah yang menguasai setiap sesuatu… walaupun mereeka bertempur dan menyerbu hingga Berjaya mencapai kubu pertahanan kita, namun saya tahu dengan pasti bahawa kita berada di pihak yang benar dan mereka di pihak yang batil
Mujahidin yangmenyertai 'ammar yakin terhadap kebenran ucapannya. Lalau Abu AbdirRahman Sullami berkata…
Kami ikut serta dengan imam Ali karramallahu Wajhah di pertempuran Siffin, maka saya lihat Ammar bin yasir radhiallahu anhu setiap ia menyerbu di sesuatu jurusan atau turun ke suatu lembah maka para sahabat rasulullah mengikutinya tak ubahnya ia seperti panji panji dan petunjuk bagi mujahidin yang bersama Imam Ali Karramallahu Wajhah.
Ammar radhiallahu anhu yakin dia telah dijanjikan akan syahid seperti hadis rasulullah
Ammar akan dibunuh oleh puak penderhaka

Lalu ammar bersenandung
Hari ini daku akan bertemu dengan kekasih tercinta nabi Muhammad salllallahu alaihi wasalam dan sahabat yang telah naik syahid

Kemudian seperti sebutir peluru dahsyat ammar menyerbu kea rah mua'awiyah dan orang orang yang di sekelilingnya dari golongan bani Umayyah lalu melepas seruannya yang kuat dan nyaring menggetarkan
Dulu kami hentam kalian di saat diturunkan wahyu kini kami hentam lagi kalian kerana memesongkannya
Tebasan maut menghentikan intention jahat
Dan memisahkan kawanan pengkhianat
Atau AlHaq berjalan kembali pada landasannya yang betul..
Maksud syair ini bahawa sahabat yang dahulu dan Ammar termasuk salah se ore di antara mereka di mana dahulu telah memerangi golongan bani Umaiyyah yang menjadi syirik dan pemimpin tentera musyrikin. Mereka memerangi orang orang itu kerana secara terus terang alqur'an memerintahkan untuk berjihad terhadap mereka kerana musyrikin
Dan kini di bawah pimpinan Mua'wiyyah walau mereka telah memeluk islam dan meskipun alqur'anulkarim tidak menyuruh secara tegas memerangi mereka, tetapi dan pengertiannya terhadap maksud dan tujuan alqur'an membolehkan ia yakin bahawa dirinya wajib memerangi mereka sehinggalah perkara haq yang dirampas dikembalikan kepada pemiliknya serta api fitnah dan pemberontakan dapat dipadamkan untuk selama lamanya

Dulu bani umayyah kafir maka diperangi kini mereka terpesong dari ajaran islam lalau ammar dan imam ali karramallahu wajhah memerangi puak derhaka iniorang orang muawiyyah cuba menghindari ammar agar peadng mereka tidak menyebabkan kematiannya hingga terang dan nyata bahawa merekalah yg disifat sebagai puak penderhaka. Kepahlawan ammar yang berjuang seolah olah ia satu pasukan tentera jua telah menghilangkan pertimbangan dan aqal sihat mereka. Maka sebahagian tentera atau pasukan muawuyah akhirnya menewaskan dirinya dengan demikian tewaslah ammar ditangan muawiyyah\
Sebahagian besar dari tentera Muawiyah radhiallahu anhu terdiri dari orang orang yang baru sahaja memeluk islam yakni orang yang baru masuk islam sebaik sahaja gendering perang kemenangan bertalu talu terhadapa pembebasan negeri negeri di bawah kuasa rom dan parsi
Merekalah sebenarnya yang menjadi punca fitnah dan menyalakan perang saudara yang dimulai oleh pembangkang Muaawiyah dan penolakannya untuk mengiktiraf Ali radhiallahu anhu selaku khalifah dan imam bagi kaum muslimin . jadi mereka ini bagaikan kayu bakar menyalakan apinya hingga menjadi besar dan menggejolak
Muawiyyah berkata dengan politik
Bahawa yang telah membunuh ammar adalah orang yang keluar bersama dari rumahnya dan membawanya pergi berperang kerana seandainya ammar tetap duduk dirumah maka tidak akan terbunuh juga
Dengan demikian tertipulah orang ramai dengan takwil yang dicari cari ini bagaimanapun pada umumnya ramai orang yang memendam maksud tertentu dalam hatinya setelah itu pertempuran berkobar semula sampai saat yang telah ditetapkan
Jasad ammar radhiallahu di dukung oleh Imam ali radhiallahu anhu ke suatu tempat, ia mensolatkannya bersama umat muslimin, lalau dimakamkan dgn pakaiannya yang berlumuran darah yang bersih dan suci sesungguhnya tidak satupun dari sutera atau beludru dunia yang layak untuk menjadi kain kafan bagi seorang syahid mulyo setaraf ammar…
Umat muslimin berdiri dim tepi kuburnya dengan penuh ta'jub mereka teringat satu saat yang lalu ketika Ammar berdendang di depan mereka di atas areana perjuangan hatinya penuh kegembiraan tak ubah bagai seorang perantau yang merindukan kampong halaman dari mulutnya terbit lafaz…
Hari ini aku akan bertemu dengan kekasih tercinta dengan nabi Muhammad sallallahualihi wasalam dan sahabatnya

Rasulullah sallallahu alaihi wasalam bersabda
sesungguhnya syurga telah merindukan Ammar..
benar jawab sahabat yang ada dekat rasulullah sallallahu alaihi wasalam
nah benar syurga telah merindukan ammar kini telah layak dia memenuhi panggilan rindu syurga setiap kebaikan akan dibalas Allah dengan kebaikan…inilah kekasih rasulullah saiyidna ammar bin yasir radhiallahuanhu.

No comments:

Post a Comment