الساهد في سبيل لله

الساهد في سبيل لله

Sunday, August 8, 2010

Mush'ab bin Umair Radhiallahu anhu

Mush'ab bin Umair Radhiallahu anhu
Sahabat rasulullah yang usia remaja ini adalah pemuda kacak dan tampan
Para muaarrikh dan ahli riwayat memetik semganat kemudaannya dengan ayat
Insane warga Kota makkah yang mempunyai nama harum ia lahir dan dibesarkan di Makkah dalam kesenangan . mumkin todak seorang dianatara anak muda makkah yang beruntung dimanja oleh kedua orang tuanya seperti mush'ab bin umair
Beliau adalah anak muda yang serba cukup biasa hidup senang mewah dan mmanja. Kerana hal ini ia menjadi buah bibir gadis gadis makkah dan menjadi bintang ditempat tempat keramaian
Apatah lagi setelah keislamannya ia meningkat sehingga menjadi buah cerita tentang keteguhan imannya menjadi tamsilan dan teladan dalam semangat kepahlawanan
Riwayat Mush'ab bin Umair radhiallahu anhu adalah sangat mempesonakan. Mush'ab yang baik adalah salah satu di antara peribadi umat muslimin yang ditarbiyyah dgn didikan secara langsung oleh nabi Muhammad rasulullah sallallahu alaihi wasalam
Suatu hari anak muda ini mendengar bahawa muncul nabi terakhir yakni Muhammad Al amin telah diangkat Allah menjadi Rasulullah Khatamul_anbiya'. Rasulullah sallallahu alihi wasalam telah istiharkan bahawa Muhammad rasulullah salllallahu alaihiwasalam
Gaya dan aqalnya yang cerdik membuatkan teman temannya selalau ingin dia berada dalam majlis. Wajahnya yang tampan disukai teman teman
Pertemuan majlis halaqah di rumah arqam bin abi arqam di dekat bukir Shafam menariknya untuk mendengar ucapan rasulullah salllahu alaihi wasalam
Lalu Mush'ab menyertai halaqah bersama rasulullah nabi Muammad sallallahu alaihi wasalam di rumah arqam bin abi arqam… gerak dakwah secara sembunyi dan senyap di permulaan dakw3ah islam sebab musuh musyrikin selalau menyiksa sahabat seperti bilal bin rabah dan ammar bin Yasir dgn seksaan yang berat seperti dibakar di lemaskan dan du cucuh dgn besi panas, di timpa batu di tengah padang pasir yang panas…maka dakwah senyap dijalankan di awal dakwah islam…dakwah terbuka terang terangan dibuat apabila Umar alkhattabmasuk islam..
Di majlis halaqah rasulullah sallallahu alaihi wasalam ini…ayat ayatul qur'ani yang dilafazkan rasulullah sallallahu alaihi wasalam telah mengalir lembut memsauki qalbu mus'ab yang bersih lalau dia beriman dengan rasulullah sallallaahu alaihi wasalam Mush'ab bersa ceria riang gembira dan seperti terbang apabila mendengar ayatul qur'ani di majlias tazkirah halaqah rasulullah sallallahu alaihi wasalam di rumah arqam bi abi arqam

Ibu nya khunas binti malik masih kafir dia menyekat gerak mush'ab yang sudah masuk islam lalau mush'ab tetap teguh dengan iman dan islam di qalbunya selepas dia mengucapkan syahadatain kalimah Thaoyyibah
La ilaha illaLlah
MuhammaddurRasulullah

Usman bin thalhah yang telah mengadu kpd mak Mush'ab apabila dia Nampak mush'ab masuk halaqah nabi Muhammad di rumah arqam d=bin abi arqam…dan melihat mush'ab bin umair menunaikan solat…
Mush'ab telah dikurung oleh ibunya… beberapa lama mush'ab dikurung sehingga ada berita bahawa muslimin nak berhijrah ke habsyah di jemput oleh raja najashi yang telah beriman dgn nbai Muhammad sallallahu alaihi wasalam. Dia Berjaya hijrah ke habsyah bersama sahabat dan mendapat perlindungan di habsyah…raja najashi yang baik telah memberikan perlindungan kepada muhajirin termasuk mush'ab bin umair…kemudian mush'ab berhijrah ke madinah bersama nabi Muhammad Sallallahu alaihi walam
Sama ada habsyah atau makkah ujian penderitaan yang mesti dihadapi mush'ab di setiap saat dan tempat kian meningkat. Ia telah selesai dan Berjaya menempa corak kehidupannya mengikut kaedah yang modelnya adalah Nabi Muhammad sallallahu alaihiwasalam
Pada suatu haru ia tampil dihadapan beberapa muslimin yang sedang duduk sekeliling rasulullah nabi Muhammad sallallahu alaihi wasalam.
Sebaik memandang mush'ab mereka menundukkan kepala dan memejamkan mata beberapa orang Nampak matanya basah kerana duka. Mereka melihat mush'ab bin umair memakai jubah kusang yang bertampal tampal sedang dulu dia adalah pemuda yang selalau memamaki pakaian lawa.
Rasulullah nabi Muhammad sallallahu alaihi wasalam memandang mush'ab dengan penuh pengertian kasih sayang lalu rasulullah nabi Muihammad sallallahu alihi wasalam
Bersabda Yang bererti
Dahulu saya melihat Mush'ab ini tak ada insane yang menandingi dalam memperolehi kesenangan dari orang tuanya, kemudian ditinggalkannya semua demi kasihnya kepadaAllah ta'ala dan nabi Muhammad rasulullah sallallahu alaihi wasalam

Ibu mush'ab tal benarkan mush'ab makan nasi sebab dia marah Mush'ab masuk islam… Mush'ab meninggalkan maknya yang kafir demi kasihnya untuk allah ta'ala dan nabi Muhammad sallallahu alaihi wasalm
Semasa dia kembali dari habsyah ibunya telah nak mengurungnya lalau mush bersumpah dan bertekad akan membunuh semua kafir uypahan ibunya…
Dengar tekad musha'b untuk berjuang demi iman dan islam maka ibu nya terpaksa melepaskan mushab
Sementara mush'ab mengucapkan selamat berpisah dengan tangis

Saat perpisahan tersebut menunjukkan jahilnya ibu mush'ab kerana tidak menerima islam mush'ab telah menasihati ibunya suoaya masuk islam…tetapi ibunya ingkar…
Sejak dia berpisah dgn ibunya yang ingkar untuk masuk islam
Mush'ab hidup sederhana…miskin Cuma hakikat Imannya amat kuat.
Mush'ab telah dipilih untuk tugas utama rasulullah sallallahu alaihi wasalam memilih mush'ab selaku duta pendakwah untuk mendakwahkan Addinul islam kepada rakyat madinah. Hakikatnya ethnic ansar telah beriman maka perku diperteguhkan dgn ilmu pengajian Islam. Rasulullah sallallahu alaihi wasalam memilih mush'ab bin umair yang baik akhlak untuk mengajar muslimin di madinah.
Mush'an yang dianugerahkan aqal yang cerdas telah Berjaya mengajar muslimin di madinah setiba di madinah didapati hanya ada 12 muslimin di sana hanya muslimin yang telah berbai'ah dgn rasulullah diBukit aqabah
Beberapa bulan kemudiannya semakin ramai muslimin di madinah barakah dakwah mush;ab bin umair radhiallahu anhu

Pada musim haji berikutnya dari bai'ah di aqabah muslimin madinah menghantar utusan yang mewakili mereka bertemu dengan nabi Muhammad sallallahu alaihi wasalam
Perutusan muslimin madinahy telah dipimpin muallim muslimin madinah yakni mush'ab bin umair radhiallahu anhu
Dengan tindakannya yang tepat dan cerdiki muhs'ab telah buktikan kejayaan dakwahnya madinah
Mush'ab tinggal menjadi tetamu di rumah as'ad bin zararah di madinatul munawwarah
Ditemani as'ad bin zararah …Musha'abtelah berdakwah dari satu kabilah kepada satu kabilah di madinah membacakan ayatul qur'ani dan mengajarkan kalimatul Thoiyabah menyaksikan bahawa
Allah adalah Tuhan semua makhluk jua bersaksi bahawa Muhammad Rasulullah…
Dalam bahasa arab disebut seperti ini

La Ilaha illaLlah
MuhammadurRasulullah
Pernah dia diserang ketika berdakwah
Suatu hari usaid bin hudhair kepala suku kabilah abdul asyhal di madinah. Usaid menodong mush'ab dengan lembingnya… betapa marah usaid menyaksiakan mush'ab yang dianggapnya pengacau dan memesongkan pengikutnya dari agama mereka yang kufur/syirik serta cuba mengajar mengenal tuhan Yang mohor esa.

Marah usaid menuju kpd mush'ab bin umair yang sedang berdakwah musha'ab dengan tenang… usaid menengki8ng
Apa maksud kamu sekalian dating ke kampong kami ini apakah hendak menghasut dan membodohi rakyat kecil kami…tinggalkan segera tempat ini…jika tidak ingin nyawa kalian tercabut dari jasab…dengan takbur sombong usaid berkata


Dengan tenang mush'ab berkata
Mengapa tuan tidak duduk dan mendengar dulu…seandainya tuan suka nanti dapat menerimanya sebaiknya jika tidak kami akan menghentikan apa yang tidak tuan sukai…\ sebenar usaid adalah insane yang berfikiran sihat sebaik mendengar bacaan ayatul qur'ani dari j
Mush'ab yang lunak suaranya lalau masuk islam usaid ditangan mush'ab bin umair radhiallahu anhu
Selepas membersihkan diri mandi usaid mengucapkan syahadatain
Asy_hadu ALLa Ilaha IllALLah
Wa
Asy_hadu Anna_MuhammadarRasulullah
Bermaksud sesungguh Allah adalah tuhan
Dan sesungguhnya nabi Muhammad Rasulullah…Muhammad is the messenger of Allah
Selepas usaid masuk Islam maka hadir sa'ad bin Mu'az jua masuk islam kemudian diikuti
Sa;ad bin Ubadah
Dengan masuk islam pemimpin suku kabilah ini maka ukhwah islamiyyah mula muncul dan menynari madinah
Rakyat madinah berkata
Jika usaid bin hudhair, sa'ad bin ubadah dan sa'ad bin mu'az telah masuk islam maka kita jua wajib masuk islam mari kita btemu uisha'ab dan masuk Islam yakin Allah adalah Tuhan manusia dan Tuhan sekalian Alam
Allah yang mohor menguasai setiap sesuatu yang ada di alam ini…
Maka ramai rakyat madinah masuk islam hasil dakwah mush'ab bin umair radhiallahu anhu…utusan nabi Muhammad sallallahu alaihi wasalam

Kafirin ingin membalas kekalahan di medang ghazwah badar alkubra dengan melakukan peperangan yang mana tentera muslimain seramai 1000 mujahidin berdepan dengan 3000 kafirin dalam perang Uhud
Peperangan berkobar lalau berkecamuk dengan sengit , pasukan panah mengabaikan arahan rasulullah sallallahu alaihi wasalam, mereka meninggalkan tempat strategic di celah bukit setelah melihat kafirin menderita sakit kakalahandan mengundurkan diri perbuatan mereka itu secepat merubah suasana hingga kemenangan umat muslimin beralih menjadi kekalahan
Dengan tidak disangka pasukan kafirin menyerbu umat muslimin dari puncak bukit lalu tombak dan pedang berdentang bagaikan mengamuk mambantai umat muslimin yang tengah kacau bilau
Melihat saf umat muslimin porak peranda musuh pun menujukan serangan ke arah rasulullah sallallahu alaihiwasalam dengan maksud membunuh rasulullah
Mush'ab bin umair radhiallahu anhu menyedari suasana gawat ini maka di acungkannya bendera setinggi tinginya dan bagaikan raungan singa ia bertakbir kuat lalau menerkam siasat ini bertujuan untuk menarik perhatian musuh kepadanya dan melupakan rasulullah sallallahu alaihi wasalam . dengan demikian dirinya sendiri bagaikan membentuk barisan tentera
Sungguh walaupun seorang diri tetapi mush'ab bertempur laksana pasukan tentera besar, sebelah tangannya memegang bendera bagaikan perisai sakti, sedang sebelah lagi menebas pedang dengan matanya yang tajam tetapi musuh kian bertambah ramai juga mereka hendak menyerang dengan menginjak injak tubuhnya untuk mencapai tubuh rasulullah sallallahu alaihi wasalam
Kinimari kita perhati dengan saksi mata yang akan menceritakan saat saat akhir pahlawan besar mush'ab bin umair radhiallahu anhu
Berkata ibnu saad…
Diceritakan kpd kami oleh Ibrahim bin Muhammad bin syurahbil alabdari dari bapanya ia berkata
Mush'ab bin umair adalah pembawa bendera di perang uhud, tatkala barisan umat islam pecah, mush'ab bertahan pada kedudukannya.Datanglah seorang musuh berkuda, ibnu Qumaiah namanya lalu menebas tangannya hingga putus sementara mush'ab mengucapkan Muhamma adalah rasulullah sallallahu alaihi wasalam yang sebelumnya telah disusuli beberapa rasulullah. Lalau orang berkuda itu menyerang ketiga kalinya dengan tombak, dan menusukkannya hingga tombak itu pun patah, mush'ab naik syahid dan benderanya jatuh
Gugur jasad mush'ab dan naik syahid rohnya disisi allah subhanahu waTa'ala
Setiap kali pedang jatuh menerbangkan sebelah tangannya dia melafazkan Muhammadurrasulullah yang telah disusuli sebelumnya beberapa rasulullah
Ya mush'ab cukuplah bagimu arrahman
Namamu harum semerbak dalam kehidupan…\ apabila rasulullah sallallahu alaihi wasalam melihat jasad mush'ab yang syahid …mengalir air mata rasulullah sallallahu alaihi wasalam
Berkata Khabbah ibnu 'urrat yang bermaksud
Kami berhijrah di jalan allah subhanahu wata'ala bersama rasulullah sallallahu alaihi wasalam. Di antara kami yang telah berlalu sebelum menikmati sawaaban/pahala di dunia ini sedikit pun jua. Diantaranya ialah mush'ab bin umair radhiallahu anhu yang naik syahid di perang uhud. Tidak sehelai pun kain untuk menutupinya selain sehelai Burdah. Andai ditaruh di atas kepalanya, terbukalah kepalanya. Maka sabda rasulullah sallallahu alaihi wasalam…Tutuplah pada bahagian keplanya dan kakinya tutuplan dengan rumpur zikir
Betapa cedera pedih rasulullah sallallahu alaihi wasalam yang mendalam menimpa rasulullah sallallahu alaihi wasalam kerana hamzah asadullah yang juga bapa saudaranya naik syahid di medan uhud dirosakkan tubuhnya oleh musyrikin rasulullah sallallhu alaihi wasalam mengucapkan ini
Ayat 23_24 surah alahzab
Yang bererti
Di antara orang orang yang beriman …ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kpd Allah untuk berjuang membela Islam; maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya . lalu naik syahid dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka akantidak mengubah janji mereka untuk syahid supaya Allah membalas insane yang benar disebabkan kebenaran mereka dan menyeksa orang yang dusta/munafik jika ia Kehendaki; atau Ia menerima taubat mereka sesugguhnya Allah adalah mohor pengampun lagi mohor mengasihani



Melihat kain burdah yang menutupi jasad suci muish'ab bin umair lalau rasulullah sallallahu alaihi wasalam berkata
Ketika di makkah dahulu tidak seorang pun aku lihat yang lebih halus pakaiannya dan lebih rapi rambutnya dari padumu…tetapi kini dengan rambutmu yang kusut masam hanya dibaluti sehelai burdah
Seterusnya baginda sallallahu alaihi wasalam mengarahkan pandangan sayu kpd medang perang serta syuhada' uhud sahabat mush'ab bin umair radhiallahu anhu yang terlentang di atasnya rasulullah sallallahu alaihi wasalam berkata
Yang bererti
Sesungguhnya rasulullah sallallahu alaihi wasalam akan menjadi saksi nanti di hari Kiamat bahawa tuan tuan semua adalah syuhada' di sisi allah subhanahu wata'ala
Lalau rasulullah sallallahu alaihi wasalam berkata yang bererti
Wahai manusia berziarahlah dan berkunjunglah kepada syhuada' uhud serta ucapkanlah salam demi Allah subhanahu waTa'ala yang menguasai nyawaku, tidak se ore muslim sampai hari Kkiamat yang memberikan salam kepada syuhada' uhud pasti syuhada' uhud akan menjawabnya
Hakikatnya syuhada' hidup dengan emndapat rezeki di sisi Allah subhanahu wata'ala
Salam ke atas saiyidi mush'ab bin Umair radhiallahu anhu salam kke atas syuhada;
Assalammualaikum warahmatullahi Ta'ala Wabarakatuhu

No comments:

Post a Comment