الساهد في سبيل لله

الساهد في سبيل لله

Sunday, April 8, 2012

ibnu hazmi AL ANDALUSi

“MENANGISLAH anakku bak kaum wanita menangis ke atas kerajaanmu yang hilang kerana kamu tidak dapat memeliharanya seperti kaum lelaki.”

Begitulah ucapan seorang bonda Raja dalam sejarah Islam di Andalus, Sepanyol. Ia diucapkan oleh Aisyah kepada anaknya Abu Abdullah daripada puak Bani al-Ahmar, Raja terakhir kerajaan Islam Granada pada 21 Muharram 897 Hijrah (H) yang memeterai perjanjian penyerahan kerajaannya kepada Raja Kristian Sepanyol, Ferdinand dan Isabella. Dengan itu, berakhirlah era kerajaan Islam di bumi Eropah yang berkuasa selama 800 tahun.

Bani al-Ahmar adalah puak yang menguasai wilayah Islam terakhir di Sepanyol iaitu Granada daripada 620 H hingga 897 H, pada tahun di mana perjanjian di atas dimeterai. Perjanjian yang membabitkan 67 perkara itu termasuk jaminan keselamatan orang Islam di Sepanyol yang pada akhirnya tidak pernah direalisasikan bahkan selepas 300 tahun kemudian, Islam dan tanda-tandanya terhakis di bumi Sepanyol, seolah-olah Islam dan tamadunnya tidak pernah wujud di negara itu walaupun ia pernah menyinari dan menerajuinya selama 800 tahun. Perjanjian ini akhirnya dimeterai kerana menerima banyak tekanan daripada orang Kristian Sepanyol termasuk kejadian paling memilukan dalam sejarah Islam pada 892 H. Pada masa itu ribuan umat Islam yang dijanjikan boleh menyelamatkan diri dengan berlayar ke Afrika dibunuh beramai-ramai secara kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Dalam kejadian itu, ribuan umat Islam mati bergelimpangan bermandi darah selepas tentera Kristian membunuh mereka. Sebelum itu, ketika mereka bersembunyi di dalam rumah, dengan lantang tentera Kristian membuat pengumuman bahawa orang Muslim Granada boleh keluar dari rumah mereka dengan aman bagi membolehkan mereka menaiki kapal untuk berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang keperluan masing-masing. Tentera Kristian turut memaklumkan keselamatan orang Islam yang ingin meninggalkan Sepanyol terjamin. Ramai umat Islam yang meragui tawaran tentera Kristian itu. Bagaimanapun, selepas umat Islam melihat sendiri kapal yang akan membawa mereka berlabuh di pelabuhan, mereka kemudian mengambil keputusan menerima tawaran itu.

Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada keluar beramai-ramai membawa seluruh barang keperluan mereka pergi ke pelabuhan itu. Bagaimanapun, ada umat Islam yang tidak mempercayai tawaran tentera Salib itu terus bertahan dan bersembunyi di rumah masing-masing. Selepas ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan pantas tentera Kristian menggeledah rumah yang ditinggalkan mereka sebelum membakarnya. Ribuan umat Islam yang berada di pelabuhan pula tergamam apabila tentera Kristian membakar kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal itu kemudian tenggelam dan umat Islam tidak dapat berbuat apa-apa kerana mereka tidak bersenjata. Kebanyakan mereka adalah wanita dan kanak-kanak, sedangkan tentera Kristian mengepung mereka dengan pedang terhunus.

Selepas menerima arahan pemimpin, ribuan tentera Kristian itu kemudian membunuh umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir terdengar tetapi dengan buas tentera Kristian terus membunuh warga awam yang sama sekali tidak berdaya. Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah bergenang di mana-mana. Laut yang biru berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Itulah kisah menyedihkan dalam sejarah umat Islam yang tidak boleh dilupakan. Banyak cerita yang menyayat hati seperti ini dibukukan seperti al-Ihatah fi Akhbar Gharnatah (Berita Menyeluruh Mengenai Granada) dan al-Muqtabas min Akhbar al-Andalus (Sekelumit Sejarah Andalus), malah seorang ulama terkenal seperti Ibn Hazam menceritakannya dalam kitab mashurnya al-Fisal fi al-Milal wa al-Nihal.

Selepas kejadian itu dan memerintah Sepanyol selama 300 tahun, tidak ada tanda atau simbol Islam yang kekal di negara itu. Umat Islam juga diugut dan diseksa oleh tentera Kristian Sepanyol dengan pelbagai ugutan dan seksaan yang sangat kejam, mengerikan dan menakutkan dan tidak ada belas kasihan. Orang Kristian di Sepanyol tidak mahu Islam wujud lagi. Oleh itu kita dapati umat Islam sangat tersepit sehingga ada yang mengaku Kristian padahal mereka seorang Muslim kerana terlalu perit dugaan yang dialami mereka.

Islam mula masuk ke Sepanyol pada 92 H di bawah kepemimpinan panglima Tariq bin Ziyad, Musa bin Nusair dan Abdul Aziz bin Musa. Selepas kemasukan mereka melalui Jabal Tariq (Gibral Tar) pada tahun itu, Sepanyol beransur-ansur muncul menjadi sebuah negeri yang makmur. Pasukan Islam tidak saja berhenti di Sepanyol, malah terus meluaskan empayar di negeri sekitar seperti Perancis. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours dan sebagainya jatuh ke tangan umat Islam. Walaupun pasukan Islam sangat kuat dan memiliki kekuasaan yang luas, mereka masih tetap memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang juga kawasan pergunungan.

Islam sudah menerangi Sepanyol dan oleh kerana sikap penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka ramai orang Sepanyol yang tulus dan ikhlas memeluk Islam. Mereka bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mempraktikkan kehidupan secara Islam. Mereka tidak hanya membaca al-Quran malah bertingkah laku berdasarkan al-Quran. Keadaan tenteram seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.

Penguasa dan pemimpin Islam pada masa itu sangat berwibawa dan digeruni. Abdul Rahman al-Dakhil, sebagai contoh, adalah orang yang mendirikan Khilafah Bani Umayyah di Andalus. Ketika dijemput pemimpin Kristian yang dibantunya dalam memerangi musuh mereka, beliau dipelawa minum arak, tetapi beliau menolak secara diplomasi dengan katanya: “Aku memerlukan tambahan untuk otakku bukan untuk mengurangkannya.”

Bagaimanapun, selama Islam berada di Andalus berabad-abad lamanya itu, mereka tetap di keliling orang kafir Sepanyol yang sedia menanti untuk menghapuskan Islam di negara itu, namun mereka selalu gagal. Beberapa kali dicuba tapi selalu tidak berhasil. Mereka kemudian menghantar perisik untuk mengkaji kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik itu menemui cara untuk menakluki Islam di Sepanyol, iaitu melemahkan iman mereka dengan serangan pemikiran dan budaya.
Mereka secara senyap menghantar arak dan rokok secara percuma ke wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk memujuk kaum mudanya agar lebih suka menyanyi dan menari daripada membaca al-Quran. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang kerjanya meniupkan perpecahan di kalangan umat Islam Sepanyol. Akhirnya usaha mereka membuahkan hasil apabila satu persatu daerah di Sepanyol jatuh.

Di samping itu, antara punca lain yang membuat Andalus hilang daripada peta sejarah umat Islam adalah perbalahan dan permusuhan sesama sendiri antara mereka sehingga menjadi lebih daripada 20 puak yang mempunyai negeri sendiri. Antaranya Bani Jahur, Bani ‘Ibad, Bani al-Aftas, Bani Nun dan lain-lain. Dengan wujudnya ramai puak ini, mudahlah musuh Islam di Andalus merebut kembali tanah mereka kerana mereka mengetahui kelemahan umat Islam. Apa yang menyedihkan ada umat Islam yang menjual agama dan negara demi kepentingan peribadinya.

Sebagai contoh, Abu Zaid, gabenor daerah Balansiah ketika rakyatnya memberontak dia membuat perjanjian dengan Raja Kristian Choinawi untuk membantu memadamkan pemberontakan itu. Sebagai habuannya, Abu Zaid akan memberikan beberapa kawasan kepada Choinawi dan membayar ‘jizyah’ tahunan kepadanya. Jizyah dalam Islam mesti dibayar bukan Islam kepada pemerintah Islam, tetapi apa yang dilakukan Abu Zaid yang beragama Islam adalah terbalik apabila berjanji membayar jizyah kepada Choinawi yang beragama Kristian.

Lapan ratus tahun bukan masa yang singkat. Selepas umat Islam ‘menghidupkan’Sepanyol dan menjadikannya bangsa yang bertamadun, berbanding bangsa lain di Eropah, akhirnya ia seolah-olah tidak pernah wujud di negara itu? Peristiwa ini amat menyedihkan bagi umat Islam sepanjang zaman. Sepanyol sekarang bukan Sepanyol dahulu. Sepanyol hari ini bukanlah Andalus pada satu masa dulu. Sepanyol sekarang adalah Sepanyol yang mempunyai seorang menteri pertahanan wanita, Carme Chacon yang boleh memeriksa barisan tentera negaranya walaupun dalam keadaan hamil seperti dilaporkan akhbar pada 14 April lalu.

Sebenarnya musuh Islam dan umatnya tetap satu. Dari dulu hingga sekarang musuh Islam tetap ada, cuma ia berbeza orang dan jenteranya. Mereka tetap ingin melenyapkan Islam sedapat mungkin dengan apa juga cara. Dengan mengambil contoh Andalus yang hilang dan mencari sebab kehilangannya termasuk kelemahan akidah dan terlepas daripada jalur yang lurus, permusuhan sesama sendiri, berpihak kepada bukan Islam, kesenangan yang tidak terkawal dan kecintaan terhadap dunia, tidak mustahil ia juga akan berlaku di mana-mana. Dan ketika itu ucapan bonda Aisyah pada permulaan tulisan ini akan terdengar kembali. Wallahu a’lam.

INTI PATI:

Perubahan hebat berlaku ke atas tamadun di serata dunia tidak terlepas daripada pengaruh Islam dan kebangkitan tamadun Eropah Barat Moden dicorakkan oleh Islam yang pernah berkuasa selama 800 tahun di Sepanyol dan Andalusia. Cahaya Islam pernah meresap masuk menguasai Eropah. Islam sudah berlabuh di Sepanyol hingga ke tembok Vienna. Islam tidak memisahkan agama dari negara dan menolak sekularisme dalam bentuk apapun yang bertujuan memisahkan agama daripada kehidupan yang menjadikan kehidupan lepas bebas daripada neraca agama. Apabila ketiga-tiga ciri dapat direalisasikan generasi Islam kini, konspirasi musuh Islam akan dapat diatasi.

FAKTA:

Islam memerintah Sepanyol dari 711 hingga 1492.
Banyak warisan ditinggalkan tamadun Islam di Sepanyol.
Tariq ibni Ziad mendarat di Gibralta pada 30 April 711 dan menamakan Sepanyol sebagai Al-Andalus.
Pemerintah Islam membina istana yang besar dinamakan Alhambra dan masjid besar dinamakan Qardoba.

Daripada Berita Harian Online, 20 April 2008. Tajuk: Ulul Albab: Meratapi Andalus Demi Merapatkan Umat, oleh Abdurrahman Haqqi. Permusuhan, kesenangan serta kecintaan terhadap dunia faktor keruntuhan kerajaan Islam di Sepanyol.



Ibnu Hazm adalah salah seorang ulama besar dunia Islam, dari kehidupan mewah menteri bertukar menjadi kelana miskin, temannya Al-Imam Ibnu Abdil Bar dan lawannya Al-Imam Al-Baji. Dicela dengan teruk oleh Al-Qadhi Ibnu Al-'Arabi dan dibela dengan agung oleh Al-Hafiz Az-Dzahabi. Dibakar kitab-kitabnya tetapi kitab-kitabnyalah antara kitab terbaik dalam literature Islam. Az-Dzahabi memberikan pujian yang tinggi kepada kitabnya Al-Muhalla, demikian Sheikul Islam Ibnu Taimiyyah mengambil bahagian yang banyak dari kitab ini. Zaman ini kitab ini ditahqiq oleh Syeikh Ahmad Muhammad Syakir[ dan beliau wafat sebelum menyiapkan tahqiq utk kesemua jilidnya dan usaha ini disambung oleh ulama lain]. Di dalam Ijabatus Sail li Syeikh Muqbil, tampak jelas kemilau kitab ini dari pandangan Syeikh Muqbil. Dr Aid Al-Qarni dalam karya2nya selalu memuji Al-Muhalla ini dan kedudukannya adalah di bawah Al-Mughni li Ibnu Qudamah.

Demikian kitab beliau yang lain - Al-Ihkam fi Ushul Ahkam, disifatkan kitab terbaik ushul feqh oleh Syeikh Muqbil. Demikian Syeikh Al Albani memandang tinggi dan memuji kitab ini.

Kitab beliau yang lain juga muncul menjadi karya emas semisal maratib al-Ijma' dan lain2. Bahkan beliaulah pelopor bidang perbandingan agama. Bukankah beliau telah membantah ilmuan Yahudi pada zamannya?

Beliau juga menulis berkenaan cinta, dengan bahasa yang mendalam dan membuat bercucurannya air mata. Kisah cinta beliau sungguh inspiratif!

Dan karya yang sedang akhi baca adalah dari judulnya Al-Akhlaq wa al-Siyar fi Mudawat al-Nufus. Saya telah membacanya dan ianya adalah satu buah fikiran yang sungguh berharga!

Saya ingin menulis panjang berkenaan lelaki ini seperti saya ingin menceritakan indahnya warna putih.





Wah, ramai juga peminat kisah cinta ya

Kisah tersebut saya baca dalam buku Thauq al-Hamamah (طوق الحمامة). Kemudian sebahagian kisahnya dituang oleh penulis novel yang prolifik -Habiburrahman el-Shirazy dalam novelnya Pudarnya Pesona Cleopatra.

Secara ringkas Ibnu Hazm ketika usia remajanya, di mana dia membesar dalam keluarga bangsawan lagi mewah yang memiliki beberapa orang hamba sahaya.

Kemudian semenjak usia remaja, beliau telah jatuh cinta dengan salah seorang hamba sahaya keluarganya. Kemudian pemerintahan bertukar dan keluarganya jatuh miskin dan ketika inilah dia kehilangan cinta hatinya bilamana keluarganya pulang ke kampung asal dan hamba sahaya dijual. Harus diketahui bahawa baik Ibnu Hazm atau hamba sahaya tersebut selalu menjaga kesucian diri bahkan ketika ini cinta Ibnu Hazm tidak pun berbalas!

Kemudian berlalulah waktu sehingga Ibnu Hazm muncul menjadi tokoh zamannya. Karya-karyanya disanjung pemerintah dan dengan karya agungnyalah akhirnya dia menebus hamba sahaya yang dulu pernah kehilangan dari pandangan matanya. Menebusnya dari tangan pemerintah waktu itu!

Kemudian hiduplah mereka penuh mawaddah wa rahmah dengan ikatan suci suami isteri. Ibnu Hazm walaupun merupakan tokoh besar zamannya, dia tidak malu beristerikan seorang bekas hamba sahaya, dan pada waktu yang sama cintanya ditagih oleh puteri golongan bangsawan. Cintanya hanya kepada hamba sahaya ini - cinta semenjak usia remaja!

Kemudian sejarah telah menyaksikan keperitan, dan kesusahan perjalanan hidup Ibnu Hazm. Ibnu Hazm dengan lisannya sangat keras mencela dan membantah orang-orang yang berlawanan dengannya, ia merempuhnya tanpa rasa takut, dan ketika dia dipenjara, isterinya tetap setia menunggu. Mereka mengharungi pelbagai kepayahan hidup dengan penuh penderitaan.

Itulah lelaki bernama Ibnu Hazm, cintanya yang mendalam dan ilmunya yang luas amat ku sanjung





Kenapa kitabnya dibakar? Kerana kitabnya mendatangkan kebencian kepada orang-orang yang menentangnya. Lisan Ibnu Hazm sangat keras dalam membantah lawannya, kerananya sebahagian orang termasuk ulama pada zamannya bangkit menentangnya, menyusahkan hidupnya dan membakar kitab-kitabnya. Kehidupan Ibnu Hazm tidaklah mudah.

Dan kenapa lisan Ibnu Hazm begitu keras? Hal ini dilatari antaranya kerana kepincangan dan penyelewengan yang berlaku pada zamannya termasuk yang menimpa agamawannya. Faktor lain adalah kerana kegeniusan Ibnu Hazm mendahului zamannya. Setiap yang genuis maka musuhnya adalah orang-orang yang bodoh, juga orang-orang yang cerdik tetapi hasad.

Siapa yang menyelak lipatan zaman yang telah berdebu, nescaya akan terlihat olehnya bukan sahaja kisah2 seperti Ibnu Hazm vs Al-Baji atau tohmahan Al-Qadhi Ibnu Al-'Arabi, tetapi juga kisah-kisah lain semisal Ibnu At-Turkumani Vs Al-Baihaqi, Asl-Sakhawi Vs Al-Suyuthi dan lain2.

Apa hikmahnya hal2 seperti ini terjadi? Hikmahnya maka mengalirlah sebahagian karya ilmiah kerananya.



Ibnu hazmi seperti mendahului zamannya dimana banyak Ulama' Tradisi

se olah olah jika dizaman ini seperti Dr Asri Zainul Abidin yang membawa satu kefahaman Tajdid

dalam The book entitle
in pursuit of virtue yg mengandungi 4 chapter





chapter pertama adalah

Ibnu hazmi milieu (persekitaran _biah di zaman ibnu hazmi

halaman 16 Ibnu Hazmi Genealogy

halaman 17 Ibnu hazmi early life an intellectual milieu

halaman 21 Ibnu hazmi views on science and learning

halaman 26 Ibnu hazmi as a man, Thinker and jurist

halaman 31 Ibnu hazmi as a critic and debater

halaman 39 ibnu hazmi _criticism and arguments

ibnu hazmi as a Psychologist

halaman 48 Ibnu hazmi _moral interpretation of history

ibnu hazmi _political views in relation to morality



Ibnu hazmi seperti mendahului zamannya dimana banyak Ulama' Tradisi

se olah olah jika dizaman ini seperti dr Asri Zainul Abidin yang membawa satu kefahaman tajdid

dalam bok entitle in pursuit of virtue yg mengandungi 4 chapter



pengantar ...foreword book ini ditulis oleh ian richard netton lecturer University of Exeter januari 1990

ibnu hazmi: A man For Our Time



introduction this book ada sebut



ibnu hazmi in modern scholarship

chapter pertama adalah

Ibnu hazmi milieu (persekitaran _biah di zaman ibnu hazmi

halaman 16 Ibnu Hazmi Genealogy

halaman 17 Ibnu hazmi early life an intellectual milieu

halaman 21 Ibnu hazmi views on science and learning

halaman 26 Ibnu hazmi as a man, Thinker and jurist

halaman 31 Ibnu hazmi as a critic and debater

halaman 39 ibnu hazmi _criticism and arguments

ibnu hazmi as a Psychologist

halaman 48 Ibnu hazmi _moral interpretation of history

ibnu hazmi _political views in relation to morality





nama sebenar ibnu hazmi adalah

Ali ibnu Ahmad ibnu Said ibnu hazmi hidup pada 384 hingga 456Hijriah bersamaan dgn 994 hingga 1056 Masihi



Ayahnya Ahmad selaku Da_ie telah membawanya ke dalam kehidupan istana bersama Khalifah

Ibnu hazmi belajar Al Qur'an

Khat _ gadis jariah yang mengajarnya...muslimah ini yang menjadi kekasih serta isterinya

pernah 3 kali jadi wazir

pernah 3 kali masuk penjara

masa zaman kanak kanak ditimpa sakit palpitation (berdebar debar...



semasa remaja ibnu hazmi sudah dibawa bermesyuarat dengan khalifah bersama setiausaha khalifah, hakim negara, Da_'ie, tokoh ilmuwan dalam memberikan pandangan serta pendapat

hal ini telah memberikan keyakinan kepada ibnu hazmi dalam memberi pendapatnya yang Bernas

menghasilkan 400 juzuk, volume, jilid books

yang terdiri dari 8000 halaman

ditulis dengan tangannya sendiri
mualimnya

adalah

1. ibnu Al_Jassur pada 401 Hijriah (1010 masihi

yang ajar ibnu hazmi di usia 15 tahun

2. ibnu al Faradi (404hijriah bersamaan 1013 masihi

3. ketua hakim Ibnu Dahhun _ 431 hijriah...1039 masihi

4. Abu Al Khiyar Sulaiman ibnu Muflit The Zahiri jurist_4th century Ater hijrah...10th century After decade

5 ibnu Al_Kattani _ 420hijrah...1029 masihi yang ajar falsafah, logic dan natural science

semasa dipenjarakan dia dipisahkan dari familinya

ibnu hazmi WAFAT pada usia 70 tahun

gadis JARIAH yang mengajar khat

ibnu hazmi membaca dan menulis sehingga akhir hayatnya

dia telah menjangkau pemikiran pendakwah scholar tradisional di zamannya

ibnu hazmi dihentam hebat oleh opponent nya kerana dia amat productive menulis serta menghasilkan karya ilmu

bukunya dibakar dikhalayak ramai sebagai punishment oleh khalifah Al mu'tamid ibnu Abbad di seville

hanya BEBERAPA buku nya yang ADA

ibnu hazmi berkata

Dia tidak gentar walau bukunya dibakar kerana semua isi kitabnya ada dalam dadanya dalam memorinya

ini biasa ore sebut the best memory
ingatannya amat kuat

kitab nya yang utama survive walau beberapa bukunya dibakar

kitabnya

1. books his encyclopedia of comparative of religion _Al Fisal fil Milal wa'l ahwa' wa'l Nihal kini banyak diterbitkan di banyak edition

2. book comparative law Al Muhalla

3. Al Ihkam fi Usul al Ahkam...banyak meluas di pakai oleh scholar di seluruh the world

4.KISAH percintaan ditulis dalam books Tawqu Al Hamami_The Ring of the DOVE

Ibnu hazmi berkata

Ilmu yang amat baik adalah ilmu yang mendekatkan manusia kepada Allah

dalam KITAB Al Fisal...ibnu hazmi berbahas dgn ketua hakim cordoba ber agama kristian

Ibnu hazmi mahir dalam tastement

perbahasan akan hal kehidupan di syurga ...heaven

ibnu hazmi mengetahui rujukan Luke 16;19ff

kisah lazarus ore miskin dgn orang kaya bakhil



lazarus masuk syurga duduk sisi Nabi Ibrahim disebut Abraham

orang kaya bakhil dihumban ke neraka
rujuk halaman 39 book entitle In Pursuit Of Virtue

dalam kitab Al Fisal ada sebut hal rujukan dari Mark, Luke, Genesis

biblical passage

kisah Abraham menasihati sarah isterinya mak kepada nabi ishak ada dalam genesis 12:13

Ibnu hazmi kisah kan hal sarah telah menyebabkan king of gerara tertarik dengan kecantikan sarah (genesis 20:1-14)

sarah melahirkan nabi ishak di usia 90 tahun

saya sebenarnya baru temu book ini dan pinjamdaripada Dr hariyati SHAHRIMA ABDUL MAJID

maka mohon PENDAPAT sahabat terutama Talhah

ALFIKRAH sebab buku ini ada bahas islam dan Christian

Penerbit this book adalah
Ta_Ha publishers

1 wyne Road

London

SW9 OBB United Kingdom

translation dari

Al Akhlaq was_Siyar

penterjemahnya adalah Muhammad Abu layla

A.M, M.A Al Azhar University Kaherah mesir

iSBn 0 907461-76-X

email

sales@taha.co.uk

website

http://www.taha.co.uk

copyright Ta_Ha Publisher Ltd 1411...1990

reprinted 1998

editing and production by Bookwork, norwich



brittish library cataloging in publication data

the moral Theology and psychology

soalan saya
siapa Dr Muhammad Abu layla yang mengajar comparative religion di universiti Exeter yang lahir di kahirah mesir pada 1952

Ph.D Exeter University

214 halaman

Ya. Dan telah dibantah secara ilmiah oleh Syeikh Al-Albani dalam kitabnya Tahrim Alat at-Tharabi. Saya sangat puas membaca kitab ini.

Tetapi Dr Al Qaradhawi mengikuti hujjah Ibnu Hazm dalam hal ini, juga memetik perkataan-perkataan Al-Imam Al-Ghazali dalam menyokong pandangannya berkenaan muzik. Dan Dr Al-Qaradhawi juga mengarang kitab yang khusus berkenaan muzik ini setelah Al-Albani memberikan ta'liq dalam Ghayatul Maram fi Takhrij Ahaadith Al-Halal wal Haram.

Keduanya baik Al-Albani mahupun Al-Qaradhawi sangatlah kucintai. Hanya saja kebenaran itu lebih harus untuk dicintai dan diikuti.

Wallahua'lam.



Dan hal di atas adalah dari peristiwa yang lain.

Memang Ibnu Hazm dicela di sisi muhaddithin kerana perkataannya dalam Al-Faslu bahawa At-Tirmidzi itu majhul.
Al-Imam Ibnu Hazm walaupun amat berhasrat untuk datang ke kota Baghdad namun hajatnya tidak kesampaian.
Tahukah anda bahawa Al Imam Al-Baihaqi yang masyhur itu tidak memiliki Jami' at-Tirmidzi, Sunan An-Nasa'i dan Sunan Ibnu Majah? Padahal semua kitab itu terkenal di Timur dan beliau pun dari timur? Apatah lagi Al-Imam Ibnu Hazm, ulama dari dunia Barat ini - Andalus, pada hal Al-Imam Ibnu Hazm(w. 456 H- ini tarikh wafat dalam rekod saya) dan Al-Imam Al-Baihaqi(w. 458 H) hidupnya sezaman. Namun amat hairan kerana sahabatnya Al-Imam Ibnu Abdil Bar meriwayatkan kitab Jami' At_Tirmidzi ini - tetapi hal ini adalah pada penghujung usia Al-Imam Ibnu Abdil Bar (w. 463 H). Dan sejarah telah memberitahu kita, selepas Ibnu Hazm dihalau dari Maroko oleh Al-Baji dan penduduk setempat, tidak jelas ke mana hala tempat tujuannya selepas itu. Sebahagian pandangan mengatakan beliau kembali ke kampung asalnya dan meninggal di sana.

Dan Ibnu Hazm dalam kitab al-Akhlaq wa as-Siyar fi Mudawat an-Nufus menceritakan kepada kita, bahawa dirinya pernah ditimpa penyakit kelupaan. Apakah diwaktu inilah terbitnya pendapat beliau berkenaan at-Tirmidzi tersebut?. Wallahua'lam.

Dan pembelaan Al-Hafiz Az-Dzahabi dari tuduhan Al-Qadhi Ibnu Al-'Arabi itu memang sahih dan boleh dibaca di dalam Tazkirah al-Huffaz. Saya membacanya dari satu kajian khusus yang ditulis berkenaan Al-Imam Ibnu Hazm oleh Dr Ali Himayah.

Dan buku yang sedang anda baca, adalah sebuah buku nipis yang sungguh berfaedah. Padanya ada dijelaskan makna istilah hadith yang khas di sisi at-Tirmidzi. Jadikan buku tersebut selaku permulaan untuk mengkaji kehebatan Al-Imam At-Tirmidzi.

Wallahua'lam.







Halaman 113 ada sebut hadis yang dibawakan oleh Ali bin Abi Talib

Dalam book ini menyebut ibnu nhazmi menyebut Saiyidina Ali adalah Maskawiyh the philosopher of Islam

Hadisnya mengisahkan Saiyidina Ali melihat Ammar

Ali ibnu Abu Thalib said ti Ammar where he found Ammar deeply sighing...

Berkata Ali

Wahai Ammar why do U sigh...

Do u sigh for the yaumul Akhirah atau for this world…

By Allah I swear that this world is not worth sighing for

Because its pleasure are of five kinds

1. food

2. drink

3. sexual intercourse

4. clothes

5. perfumes

The best of All foods is MADU

and it comes from a LEBAH madu

an insect

The best of all drink is WATER... AIR…Al ma’ المأ
water and it is the most freely available

the best of all clothing is silk SUTERA

and it comes from the mouth of a worm…ULAT sutera

and the best of all perfumes is musk which comes from rat (kijang dan rusa adalah satu famili dgn rat

and the best experiences of sexual intercourse is the union of two urine-making areas…ZAKAR_FARAJ***

rujuk kitab Badawi…Dirasat wa Nusus page 104

Halaman 115

Book entitle on In pursuit of virtue

Al Akhlaq was Siyar

He shows the influence of greek philosophy in his definitions of moral and philosophical courage; term such as virtue, justice etc

There are other similarities relating to ideas and moral discipline

For example he agrees with Aristotle and also with some great early muslim authorities that man should not take many friends; but ibnu hazmi colours the idea with his own experiences and breaths new life into it

He says that talking many friends is a virtue which has the appearance of vice

Aristotle said that many friends are neither to be desired nor expected the fewer , the warmer intimacy

The most celebrated friendship have subsisted between two only

Neither should those chosen for seasoning in our diet is pernicious

dalam chapter 4 ada 316 nasihat

meliputi

1. treatment of the souls

2. mind and repose

3. knowledge

4. moral and behaviour

5.friends

6.different kinds of love

7. physical beauty

8 practical morality

9 Treatment of corrupt character

10 characteristics of the soul

11. man' desire to know

12 Attending study sessions

Kita lihat halaman 162

Physical beauty

Dealing with the different kinds of physical beauty

When I was asked to examine this matter, this is how I responded

page 176 Gracefulness

Consists of delicate features, supple

Movements, graceful gestures

A soul in harmony with the form which fate has given it even where is no visible beauty


page177 Allure (menarik minat

Is the beauty of each feature regarded separately

But someone whose features are beautiful when considered separately can still appear cold and be without piquantness, charm, seductiveness or grace

178 seductiveness

Is the Aura اوراريةof visible parts; it also goes by the name of elegance and attractiveness

179 charm is a certain something which has no other name to explain it

It is the soul which perceives it and everyone knows what it is as soon as they see it

It is like a veil covering the face. A shining light which draws all hearts to it so that all agree that it is beautiful even if it is not accompanied by beautiful features

<>SAHABAT AFN YANG ada simpan isi kitab ulama' al andalusi ni buleh lah share di sini...kerajaan Al Andalusi yang di buka Tariq ibnu Ziyad dan musa An nusair...
sebenarnya tariq ibvnu ziyad adalah khadam musa An Nusair cuma pada mulanya musa An nusair bantu bekal Askar untuk kuasai eropah...
maka Tariq ibnu Ziyad berjaya tawan dan takluk sepanyol...bersama tentera yang di bantu musa An nusair dari maghribi...menyeberang laut mediterranian

kemudian apabila musa An nusair berasa jeles cemburu dgn keberhasilan Tariq ibnu ziyad lalu musa AN nusair sendiri bersama askar nya kuasai beberapa part of bumi eropah...
Tariq ibnu ziyad tetap hormat tuannya yang telah bantu nya di awal zaman dia takluk Al andalusi...
hormat musa An nusair...
sebenarnya Tariq ibnu ziyad ni dari ethnik barbaric...
yang telah mendapat hidayah islam is the way of life...
ini hasil pembacaan saya akan hal Al andalusi...
والله أعلم بالصواب


hormat musa An nusair...
sebenarnya Tariq ibnu ziyad ni dari ethnik barbaric...
yang telah mendapat hidayah islam is the way of life...
ini hasil pembacaan saya akan hal Al andalusi...
والله أعلم بالصواب

No comments:

Post a Comment