الساهد في سبيل لله

الساهد في سبيل لله

Tuesday, March 1, 2011

al kisah Abu Zar al ghifari

Abu zar al ghifari
Bani al ghifari ini amat mahir berjalan waktu male hari… abu zar al ghifari sejak zaman jahiliah menentang keras penyembahan berhala sama sifat dengan abu bakrah assiddiq.
Apabila dia mendengar rasulullah m uncul, dia terus menemui rasulullah…dan apabila mendengar rasulullah membaca ayat al qur’an dia berasa ta’jub lalau berkata …ini bukan syair ini adalah kalam Allah lantas dia mengucapkan
اشهد ان لا اله الا الله و اشهد ان محمدا رسول الله
Abu zar apabila dia masuk islam dia menghancurkan berhala…dia dipukul…apabila dia sedar dia mengucapkan
لااله الا الله محمد رسول الله
Ta’jub jua rasulullah melihat murid barunya ni yang berani…lalau sewaktu islam kuat asbab Umar al khattab masuk islam maka abu zar al ghifari telah berdakwah kepada bani alghifari dan bani Aslam.
Akhir nya bani al ghifari dan bani aslam telah menemui nabi Muhammad di masjid nabawi selepas peristiwa hijrah tersebut. Lelaki [erempuantyua remaja anak anak semua sudah muslim
Nabi Muhammad ta’jub melihat bani al ghifari dan bani aslam masuk islam dalam jumlah yang banyak hasih dakwah abu zar alghifari lalau rasulullah bersabda sesunguhnya Allah menganugerahkan hidayah kepada sesiapa yang dikehendakiNya…
Seluruh warga ghifar telah menyatakan islam kepada rasulullah.
Dengan pandangan kasih saying melihatv wajah etnik ghifar maka rasulullah telah bersabda
Tenik ghifar telah di ghafar /diampuni Allah Ta’ala

Kemudian rasulullah melihat etnik aslam dan bersabda
Sesungguhnya etnik aslam telah di Salam(DITERIMA DENGAN Aman damai oleh allah ta’ala

Rasulullah telah memuji abu zar dengan bersabda
Tidak akan pernah lagidijumpai di bawah langit ini insane benar ucapan nya daripada abu zar…
Abu zar yang berjiwa zuhud, berjiwa bebas/hurriah…
Rasulullah telah Nampak masa depan abu zar alghifari yang berprinsip kebenaran yang disertai keberanian… haq wa hamas/berani, rasulullah lalu bersabda…

Benar batinnya benar jua zahirnya…
Benar aqidahnya benar jua ucapannya
Ia akan menjalani hidupnya dengan benar , tidak akan melakukan kekeliruan…
Kebenarannya bukanlah keutamaan yang bisu, kerana bagi abu zar kebenaran yang bisu bukanlah kebenaran, yang dikatakan benar adalah yang menyatakan yang haq dan menentang yang batil, menyokong yang betul menafikan yang salah.
Benar adalah kecintaan penuh terhadap yang haq, mengemuka dengan berani dan melaksanakan dengan terpuji.

Rasulullah telah Nampak hal yang akan dilalui abu zar asbab prinsipnya kebenaran ketegasan dan keberanian. Lalu rasulullah manasihati abu zar supaya bersabar…
\
Suatu hari rasulullah mengemukan soalan kepada abu zar sepertimana berikut’’’wahai abu zar, bagaimana pandanganmu apabila kamu menemui pembesar yang mengambil ipeti untuk diri mereka sendiri/ jawab abu zar. Demi zat yang mengutuskan Tuan dengan kebenaran, akan saya tebas mereka denganpedangku…sabda rasulullah “ mahukah kamu saya berikan jalan yang lebih baik dari pendapatmu…? Ytakni bersabar sampai kamu menemuiku”.

Soalan rasulullah ini ada hubungan hal PEMBESAR dan harta…

Maka abu zar perlu bersabar dengan pembesar sepertim muawiyah dan pembesardi zaman tersebut…dengan bersabar sehingga menemui rasulullah di alam akhirah…
Selepas rasulullah wafat …zaman khalifah abu bakrah asiddiq…, kemudian umar alkhattab, dua khalifah ini zuhud… tiada penyelewengan di zaman khalifah abu bakrah asiddiq dan umar al faruq……abu zar yang memang lantang dengan loisannya mula bersuara di zaman muawiyah umar al faruq hidup sederhana menjauhi kemewahan menegakkan ADIL …membela rakyat fuqara’ wal masakin…membela armalah dan golongan mustadh’afiin…
Umar memerintahkan utusan khalifah fi irak, Syria, shan’a dan negeri yang jauh selai supaya pembesar/gebenor tidak hidup mewah…kalau hidup mewah akan dipanggil Umar al faruq mengadap di madinah…
Tenang hidup abu zar denganpemerintahan umar al faruq yang adil…
Apabila umar wafat, mula umat muslimin hidup mewah…


Abu zar mula menasihati umat muslimin sehingga ada yang mula berfikir mamadai hanya dengan membayar zakat sedangkan masih ada yang mustadh’afiin yang memmerlukan bantuan kebajikan seperti infak bersedekah…
Ada puak yang mula memonopoli kemewahan…
Apabiladia berasa nak mengangkat pedang menentang orang yang mewah maka dia teringat nasihat rasulullah supaya bersabar… lalau disarung kembali pedangnya…
Sebab dia berfikir yang hidup mewah jua adalah muslim sedang ayat al qur’an surah annisa’ ayat 92 menyebut
Dan tidaklah harusa sama sekali bagi insane mukmin membunuh seorang mukmin, kecuali dengan tidak sengaja…

Lalau dia teringat akan puji yang disebut rasulullah bahawa takka ada yang lebih benar ucapannya selain abu zar…mmaka dia berfikir baik dia menasihati muslimin dengan tazkirah yang mana lebih tajam dan banyak hasilnya daripada pedang walau sepenuh bumi…
Maka abu zar mula menasihati muslimin, dia mendatang pembesar kaum hartawan kepada manusia yang suka menumpukkan harta untuk diberikan nasihat, bukan untuk mengutip upeti, sebab kenabian bukan suatu kerajaan, menjadi rahmat anugerah, mengajar tawadhu’, bukan sombong diri, persamaan bukan pengkastaan, sderhana bukan keserakahan dan pemborosan, kedamaian, dan kebijaksanaan dlm menghadapi hidup bukan terpedaya danmati dalam mengejarnya…
Lalau abu zar menasihati puak yang suka menumpukkan harta…
Pergi menasihati tazkirah di pusat kekuasaan dan gudang harta denganlisan yang haq yang tajam dan benar cuba merubah sikap mental puak penumpuk harta satu p[ersatu. Lalau abu zar menjadi panji panji utama rakyat yang disokong rakyat ramai atas tazkirahnya supaya puak penumpuk harta meng infak harta kepada golongan miskin dan mustadh’afiin.
Sehingga menyebabkan abu zar berjalan jauh ke negeri negeri yang belum pernah dilihatnya…membela kebajikan umat islam.
Nama abu zar mula digeruni oleh puak penumpuk harta…yang menyeleweng…di banyak negeridan daerah namanya menjadi kan puak penumpuk harta gerun dengan nama abu zar al ghifari…
Ucapannya
Khabarkan kepada pem=numpuk harta yang menumpukkan harta emas dan [perak, mereka akan disterika dengan seterika api neraka , menyeterika kening dan pinggang mereka di hari kiamat
Cogankatanya…KHABARKAN KEPADA PARA PENUMPUK HARTA…
Kempennya menjadi panji panji suatu misi atau GERAK kebaktian hidupnya untuk rakyat musliminn…menggerunkan penumpuk harta
Abu zar mengarahkan sasaran pertama terhadap pemegang utama kekuasaan dan gudang raksaksa kekayaan iaitu Syria, tempat dimana muaawiyah ang memerintah wilayah yang amat subur…
Dengan ucapan serta keberaniannya maka abu zar telah membentuk satu jawatankuasa memantau orang pembesar dan hartawan yang menumpukkan harta supaya dapat mencegah puak yang menyalahgunakan kuasa atau menumpoukkan harta kekayaan dengan cara yang batil

Dalam beberapa hari jah , negeri Syria menjadi seperti anak anak lebah yang tiba tiba menemukan ratu yang mereka taati.
Dan seandainya abu zar memberikan isyarat untuk buat bangkangan dan pemberontakan kepada puak penumpuk harta, nescaya pertumpahan darah aqkan berkobar. Cuma memang niat abu zar hanyalah untuk mengutarakan pandangan rakyat muslimin dihormati …dan ucapannya untuk menyedarkan orang kaya akan utamanya infak untuk kebajikan rakyat muslimin
Abu zar berdialog dengan muawiyah…
Abu zar mempersoalkan kekayaan muawiyah…keadaan harta muawiyah sebelum dan selepas menjadi gabenor Syria…
Hal rumah muawiyah yang dihuni di makkah dulu dan mahligai mahligai yang terdapat di Syria …
Di persoalkan sahabat muawiyah yang ikut menumpukkan harta dan hedungb gedung serta tanah pertanian yang luas.
Abu zar berseri kepada yang hadir
Apakah tuan sewaktu al qur’an diturunkan kpd rasulullah, ia berada di lingkungan tuan tuan lalu abu zar menjawab sendiri dan berkata ‘ Benar, tuan tuan lah al qur’an yang diturunkan, dan tuan tuanlah yang telah mengalami sendiri berbagai peperangan” kemudian diulangi soalan “tidak kah tuan tuan menjumpai dalam al qur’an ayat seperti ayat 34-35 surah atTaubah yang bererti


Wahai ore ore yang beriman. Sesungguhnya banyak di antara pendita pendita dan ahli ugama yahudi dan nasrani memakan harta orang ramai dengan cara batil, dan mereka menghalangi manusia dari jalan Allah (addinul islam). Dan ingatlah orang orang yang menyimoan harta emas dan perak serta tidak dibelanjakan pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan balasan azab seksa yang tidak terperi sakitnya iaitu pada hari dibakar emas dan perak dan harta benda itu dalam neraka jahannam, lalu diselar dengannya dahi mereka sambil dikatakan kepada mereka “Inilah apa yg telah kamu simpan utk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah azab dari apa yg kamu simpan itu

Muawiyah menjawab “ ayat ini diturunkan epada hali kitab” lalau abu zar membahaskan “tidak” dengan nada tinggi perdebatan ni berlangsung. “ bahkan ayat ni diturunkan untuk kita dan kepada mereka juga (ahli kitab)
Abuzar menasihati muawiyah dan para pejabat tinggi agar melepaskan gedung harta. Tanah, serta harta kekayaan itu dan tidak menyimpan untuk diri sendiri , kecuali sekadar keperluan sehari hari/ bersederhana
Cerita perdebatan abu zar dengan muawoiyah ini tersebar ke pelusuk negari darimulut ke mulut…(zaman ni tak de media television dan cyber.
Cogankata kempen ‘ khabarkan kepada penumpuk harta akan seterika seterika api neraka”

Muawiyah mula merasa risau dan cemas dengan kempen abu zar ini…
Lalu mengenangkan pengarauh abu zar yang kuat dikalangan rakyat maka muawiyah menghantar surat kepada khalfah uthaman ibnu affan
Surat muawiyah tertulis “abu zar telah merosakkanperpaduan ore ore Syria”
Lalau khalifah uthman menghantar surat mengundang abu zar mengadapnya di madinah
Abu zar berkata kepada rakyat…
Aku tidak mahukan dunia. Tuan tuan…
Zuhud abu zar dengan kalimah tersebut…
Melihatkan sokongan rakyat, dan bahaya kempen abu zar ini maka khalifah uthman mencadangkan supaya abu zar duduk di madinah dan tak perlu pergi ke Syria negeri kaya yang dikuasai muawuyah selaku gabenor.
Dengan ucapan lunak mesra…khalifah usman berkata kepada abu zar…
Tinggallah Tuan di sini disampingku, disediakan bagimu unta yang besar, yang akan menghantar susu pada waktu pagi, lunch, petangnya”
Lalu abu zar menjawab dengan berani ‘ aku tidak perlu pada dunia tuan tuan”
Sememangnya benar abu zar tidak perlu dengan dunia manusia, kerana dia bersifat zuhud dan mengutamakan kekayaan rohani/ ghina’ul nafsi/kekayaan jiwa
Abu zar minta izin khalifah uthman untuk mendiami Rabazah…diizinkan Khalifah usman
Di tengah revolusi moral ini , abu zar tetap menjaga amanah Allah dan rasulullah dan selalau mengingati pesanan rasulullah agar tidak menggunakan senjata pedang untuk menasihati sahabat seperti muawiyah.
Abu zar berfikir dan tidak terkejut dengan tabiat orang yang suka menebarkan fitnah
Ada puak yang mengambil kesempatan akan dakwah abu zar dan pada satu waktu dating puak dari kufah yang mencadangkan pemberontakan kepada khalifah Othman…puak kufah itu meminta abu zar mengibarkan bendera pemberontakan kepada khalifah Othman…maka abu zar menyelar puak kufah yang nak memberontak dengan berkata ‘
Demi Allah, seandainya uthman hendak menyalibku di tiang kayu yg tertinggi atau dinatas bukit sekalipun pastilah saya dengar titahnya dan saya taati, saya bersabar dan sedarkan dirimu dan saya merasa bahawa demikian adalah yang sebaik baiknya bagiku..
Dan seandainya ia menyuruhku berkelana dan mengembara dari satu hujung dunia, pastilah akan saya dengar dan taati, saya bersabar dan menahan diri dan saya merasa bahawa yang sedemikian ini adlah yang sebaik baiknya bagi ku”
Inilah insane abu zarv yang zuhud…amat menghormati khalifah uthman…
Allah menganugerahkan firasat yang benar bagi abu zar menilai setiap keadaan…walau yang dating adalah puak pemberontak dari kufah…kasyaf, pandangan tembus dari qalbu yang bersih …diri yang zuhud akan harta dunia…
Dia melihatkan akan bencana besar dari pemberontakan senjata yang nak dimulakan puak pemberontak dari kufah kepada khalifah uthman…
Diangkatnua suaranya yang tajam dan bukannya diangkat senjata …pesanan rasulullah di waktu rasulullah masih hidup…
Bersabar terhadap manusia yang suka menumpoukan harta dan mengejar pangkat dan kuasa…
Abu zar telah berusaha memberikan tazkirah dengan kaedah man damai kepada pembesar seperti muawiyah…dan tidak mengangkat senjata…
Abu zar spend the life di baki usianya dengan membuat penyelidikan siasah siasatan yang lebih mendalam dalam hal harta dan kekuasaan/pamngkat kera kedua duanya mempunyaio daya tarikan yang menjadi punca fitnah yang sangat dikhuatirkan abu zar bersama rasulullah
Harta , kuasa pangkat ini buleh menjadi dugaan yang hebat bagi manusia …
Dalam kitab jaat sakratul maut bil haqqi tulisan Dr Aidh Abdullah al qarni, ada menyebut bahawa muawiyah di usianya sewaktu nak wafat dia menyesal kerana menjadi pembesar…kalau buleh dia nak menjadi ore awam jah…
ada ulama’ menyebut…ramai yang menjadi zuhud di waktu nak meninggalkan dunia fana…
Abu zar menjauhi saudara handai nya yang menjadikan pejabat yang memiliki harta menimbun apatah lagi yang ditumpukkan dengan cara yang batil
Pada suatu hari abu zar menemui abu musa asya’ari …lalau abu musa asya’ari membentangkan kedua tangannya sambil menyambut abu zar dengan ceria lalu berkata’salam sejahtera wahai saudaraku, tetapi abu zar menolak, katanya ‘aku bukan saudaramu lagi, kita bersaudara pada masa dulu sebelum engkau menjadi gabenor”
Abu zar melihatkan hidup rasulullahbyang bersederhana dan jua hidup khalifah abu bakrah daan umar al faruq yang jua hidup bersederhana tanpa menumpukkan harta untuk diri sendiri…bahkan harta banyak dikumpulkan di baitul mal untuk bantuan golongan rakyat mustadh’afiin.
Pada suatu hari abu zar ditawarkan jawatan amir /gabenor di irak lalau dia berkata

Demi allah , tuan tuan tidak akan dapat memancingku dengan dunia itu untuk selama lamanya”

Suatu hari ada sahabat melihat abu zar memakai baju using lalu sahabat tersebut berkata ‘ bukankah tuan masih mempunyai baju yang lain? Beberapa hari yang lalu, saya lihat tuan ada mempunyai dua helai baju baru’
Abu zar menjawab “ wahai putera saudaraku, kedua baju tersebutvtelah ku berikan kepada ore yang lebih memerlukan daripadaku” kata sahabat tersebut “demi Allah, tuan jua memerlukannya”
Abu zar menjawab “ampunilah Ya Allah…” engkau sangat membesarkan dunia” tidakkah engkau lihat burdah/jubah yang saya pakai ni? Dan saya punya satu lagi untuk solat jumaat. Saya mempunyai seekor kambing untuk diperah susu dan seekor keldai untuk ditunggangi, nikmat apalagi yang lebih besar dari yang kita miliki ini…”

Pada suatu hari abu zar menyampaikan hadis sahih “aku diberi wasiat oelh nabi Muhammad dengan 7 hal
1. Disuruh aku agar belas kasihan terhadap fuqara’ wal masakin/miskin dan
2. Disuruh aku mendekatkan diri dengan kalanagan mustadh’afiin ini dan membelanya
3. Disuruh aku melihat ore di bawahku dan bukan orang diatasku (orang kaya)
4. Disuruh aku jangan meminta dengan orang lain
5. Disuruh aku supaya berkata benar/haq
6. Disuruh menjalankan tugas dakwah addinul islam tanpa khuatir dicela orang
7. Disruh aku membanyakkan sebut “la haula wa la quawata illa billah

Hidupnya penentang penyalahgunaan kuasa untuk menumpukkan harta menjatuhkan yang salah menegakkan yang benar. Menyampai peringatan dan nasihat
Mereka melarangnya mengeluarkan fatwa…maka abu zar bertambah lantang bersuara memberikan peringatan dan nasihat, abu zar berkata ‘ demi tuhan yang nyawaku berada ditanganNya seandainya tuan tuan menaruh pedang di atas bahuku sedang menurut rasa hatiku masih ada kesempatan untuk menyampaikan pesanan rasulullah yang ku dengar dariapanya, pastilah akan ku sampaikan jua sebelum tuan tuan memotong batang leherku
Wahai…kenapa kaum muslimin enggan mendengar nasihat dan bicara katanya sewaktu tersebut… seaqndainya mereka mendengar nasihat abu zar, pastilah fitnah yang bergelora ketika itu akan padam dan mati dalam kandungan tanah…
Kini abu zar sedang menghadapi sakratul maut di rabazah…suatu tempat yang dipilihnya selaku tempat kediaman selepas terjadiperbezaan pandangan dengan khalifah uthman …nah marilah kita mendapatkannya untuk melepaskan kepergian insane besar yang zuhud ini. Dan menyaksikan akhir kesudahan dari kehidupann yang menakjubkan
Se ore muslimah yang kulitnya kemerah merahan dan duduk hamper dengannya menangis, muslimah ini adalah isteri abu zar alghifari, ia bertanya kepadanya ‘apa yang membuatkanmu menangis padahal muat adalah pasti dating? Isterinya menjawab “Tuan akan meninggal, padahal pada kita tidak ada kain untuk mengafankan jenazah tuan…”
مشأ الله
Abu zar tersenyum mesra, lalu dia berkata kepada isterinya ‘ jangan menangis, pada suatu hari sewaktu saya berada di sisi Rasulullah bersama beberapa ore sahabatnya, saya mendengar rasulullah bersabda yang mafhumnya “ Pasti ada salah se ore di antara kalian yang akan meninggal di padang pasir liar, yang akan disaksikan nanti sekumpulan insane yang beriman…”
Semua yang ada di majlis rasulullah telah meninggal di kampong jemaah umat muslimin, tidak ada lagi yang masih hidup di antara mereka melainkan diriku…nah kini aku menghadapi maut di padanmg pasir, maka perhatikanlah olehmu jalan…siapa tahu kalau kalau ada sekumpulan insane beriman, sudah dating. Demi Allah yang tidak akan memungkiri janji…pasti insyaAllah tiba sekumpulan muslimin mukminin.
Kemudian rihnya kembali kepada hadrat Allah ta’ala
Satu kabilah sedang dating berjalan di padang sahara kumpulan mukminin yang diketuai Abdullah Ibnu mas’ud, sebelum menuju ke tempat tujuan Abdullah ibnu mas’ud telah melihat satu tubuh terbujur seperti maiyit, sedang disisnya ore tua dan se ore anaknya, kedua dua menangis
Beliau mengarahkan kekang kenderaan ke tempat tersebut, diikuti dari belakang oleh anggota kumpulan tersebut…apabila dilihat maiyit di dapati sahabatnya abu zar alghifari… lalu aoir matanya membasahi pipi…lalu dia berkata “ engkau berjalan sebatang kara…, mati sebatang kara… dan dibangkitkan sebatang kara
Abdullah ibnumas’ud ;lalu duduk diceritakan dijelaskan maksud pujiannya tadi kepada para sahabatnya b” bahawa abu zar berjalan sendirian, mati sendiri dan akan bangkit di hari kiamat sendiri…
Ucapan tersebut terjadi sewaktu ghazwah tabuk, tahun ke 9 hijrah,rasulullah telah mengarahkan untuk tentera islam menghalang tentera rom…dalam perjuangan di medan ghawah tabuk ini kesukaran telah melanda… ada yangbbersuara mengatakan “ya rasulullah ada orang yang tertinggal di belakang lalau rasulullah bersabda
Biarkan, andainya dia berguna, apsti akan disusulkan oleh allah pada kalian. Dan seandainya dia tidak membawa manfaat, nescaya Allah telah membebaskannya kamu sekalian daripadanya
Pada suatu hari , mereka melihat dipersekitaran dan Nampak keldainya yang menyebablan abu zar lambat…rasulullah mengulang jawaban nya tersebut
Keldai abu zar memang telah sangat letih disebabkan lapar dan haus serta terik matahari, hingga langkahnya menjadi longlai. Cepat tetapi kelelahan bagai merantai kakinya…
Abu zar merasakan ia akan ketinggalan jauh dari kumpulan pejuang yang menyertai ghazwah tabuk…
Lalu dia turun dari kenderaannya dipikul barang di atas bahunya dan dia teruskan perjalanan dengan berjalan kaki
مشأ الله
Dipercepat berjalan kaki di tengah padang pasir yang panas, agar dapat bersama rasulullah.

Di waktu pagi, sedang sahabt menurunkan barang …dilihat debu naik di udara sedang dilihat abu zar sedang berjalan panyas tangkas dan laju…
Tiba dengan perlahan menghampiri rasulullah dengan senyum cerai walau keletihan…inilah abu zar alghifari yang penyabar…dengan kesukaran hidup yang melatih diri agar menjadu muslim penyabar.
Rasulullahbberasa kasih sayng kepada abu zar lalau bersabda
Semoga Allah melimpahkan anugerah rahmatNya kepada abu zar…Ia akan berjalan sebatang kara, meninggal sebatang kara, dan bangkit sebatang kara
مشأ الله
Selepas berlalu masa dua puluh tahun atau lebih lama dari dari peristiwa perjalanan sendirian abu zarn menuju di ghazwah tabuk bersama rasulullah. Terbukti benar hadis rasulullah bahwa abu zar wafat sendiri di padang pasir rabazah, sebatang kara…setelah dia menempuh hidup sebatang kara.. yakni satu satunya insane yang menjadi qudwah sifat zuhud keluhuran cita v=cita…kemudian di si Allah ia aan dibangkitkan di akhirat nanti selaku satu satu tokoh besar asabab jasa jasanya yang banyak untuk perjuangan menegakkan yang haq…ada;ah tiada peluang bagi orang lain untuk berdampingan dengannya
مشا الله

No comments:

Post a Comment