الساهد في سبيل لله

الساهد في سبيل لله

Thursday, April 21, 2011

kitab aqidah ahlussunnah wal jamaah

Ini adalah cadangan tela'ah yang pernah ana buat untuk diri sendiri bagi kitab-kitab 'aqidah (yang melalui 3 fasa pembacaan...)

Fasa 1

1) Syarh Tsalatsatul Ushul
2) Syarh Kitab at-Tauhid

Kedua-duanya adalah dari huraian Al-'Allamah Syeikh Ibnu Utsaimin(rhm)

Jika ditambah dengan kitab di bawah ini maka ianya dianggap usaha yang sangat baik dan mencukupi...iaitu kitab :

3) Syarh 'Aqidah Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah li Ustaz Yazid Abd al-Qadir Jawas

Fasa 2

1) Syarh 'Aqidah at-Thahawiyah - edisi pilihan adalah edisi yang ditahqeeq oleh Syeikh Syua'ib Arnau'th dan Dr Abdullah at-Turki. Juga menjadi pilihan edisi yang ditahqeeq oleh Syeikh Al-Albani(rhm) dan edisi Tahzib oleh Syeikh Al-Ghunaimi.

2) Syarh 'Aqidah Wasithiyah li Ibnu Utsaimin(rhm)

Pada fasa ini jika ditambah dengan kitab di bawah ini maka ianya satu usaha yang sangat terpuji...iaitu kitab :

3)Ma'arij Al-Qabul

Fasa 3

1) Kitab at-Tauhid li Ibnu Khuzaimah (rhm)
2) Kitab Khalqu Af'al Ibad li al-Bukhari - Al-Hafiz Al-Mizzi pernah membacakan kitab ini di khalayak pada zamannya sebagaimana dinukil oleh Al-Imam Ibnu Kathir (rhm) di dalam al-Bidayah wa al-Nihayah..Akibat daripadanya maka al-Hafiz Al-Mizzi dipenjara!!

3) Al-'Uluw li Az-Dzahabi(rhm) - Syeikh Al-Albani telah meringkaskan kitab ini (dengan takhrij secara ringkas). Kitab ini termasuk dari kitab-kitab yang sangat kucintai!

Pada fasa ini jika diluaskan tela'ah dengan kitab di bawah ini maka ia satu usaha perlu selalu disyukuri...kerana hanya dengan limpah kurnia-Nya kebaikan itu menjadi sempurna! Kitab terakhir yang menutup fasa ini yang sekaligus barangkali terakhir dalam hayat tua-mu..iaitu kitab :

4) Syarh Ushul I'tiqad Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah li al-Imam Al-Lalika'i(rhm).....


Dan masih banyak kitab-kitab lain hanya saja manusia itu tidak ada yang kekal usianya...pendeknya masa dan dekatnya kematian...
5.Kitab Aqidatul Mursyidah Ibnu Asakir

Wallahu'alam.

Mohon dikritisi, diberikan pandangan dan cadangan...

No comments:

Post a Comment