الساهد في سبيل لله

الساهد في سبيل لله

Thursday, April 21, 2011

Hadis Qudsi babTaubat

Taubat
Syed Ahmad semait analisa dan komentar edisi baru ISBN 978-981-00-7271-1
Terbitan Pustaka nasional
Diedarkan pustaka Islamiyah Sdn Bhd
Taman Sri Gombak
Dicetak Kerjaya Print Pte Ltd Singapore
Hadis Qudsi
Hadis qudsi hadis 9
Yang bererti
Apabila Aku menimpakan bala ke atas hambaKu yang mu'min lalu ia bersabar (atas penderitaan ) tiada ia mengadu atau mengeluh kepada pengunjung pengunjungnya , nescaya akan Aku lepaskan dia dari tahananKu (penderitaan itu) kemudian akan Aku tukarkan dagingnya dengan daging yang lebih baik dan darahnyanya dengan darah yang lebih baik sehingga ia dapat bekerja semula (yakni setelah semua dosanya dan kesalahannya yang lalu Allah telah ampuni semuanya) hadis Riwayat Hakim
Hadis 14 hadis qudsi yang bererti
jika Aku menimpakan suatu musibah ke atas salah se ore hambaKu pada badannya atau hartanya atau anaknya lalau dia redha menerima musibah tersebut dgn penuh sabar niscaya di hari Kiamat Aku malu akan menegakkan baginya neraca timbangan atau mendedahkan buku catatan amalnya
riwayat Qudha'i
hadis 15
yang bererti
apabila hambaKu mengingati sendirian Aku akan mengingatinya sendirian Dan apabila dia mengingati Ku dihapadan khalayak ramai niscaya Aku akan mengingatinya pula di khalayak yang lebih baik daripada khalayak ramai yang dia mengingatiKu
riwayat Thabarani


hadis 16
apabila hambaKu telah mencapai usia empat puluh tahun, Aku akan jauhkan dia dari tiga macam bencana yaitu…gila. kusta dan sopak
Dan apabila dia mencapai usia lima puluh tahun, Aku akan menghisabnya dgn hisab yang ringan. Dan apabila dia mencapai usia enam puluh tahun, Aku akan dorongkannya supaya suka bertaubat. Dan apabila dia mencapai usia tujuh puluh tahun, Aku akan jadikannya dikasihi oleh para Malaikat Dan apabila dia mencapai usia delapan puluh tahun, Aku akan catitkan kebajikannya semata dan Aku akan tutup mata terhadap kesalahan kesalahannya Dan apabila dia mencapai usia Sembilan puluh tahun akan berkatalah para malaikat…Insan ini selaku tawanan Allah Ta'ala di BumiNya maka diampunkanlah semua dosa dosanya yang terdahulu dan yang terkemudian dan dibenarkannya mensyafaatkan
Dan apabila dia mencapai usia ganyut Allah mencatitkan baginya semua pahala/ sawaaban amalannya yang pernah diamalkannya di waktu sihat dahulu dan kalau dia melakukan kesalahan, tiada dicatitkan atasnya lagi.
Riwayat Tirmizi

Hadis 21 yang bererti
Apabila hambaKu merencanakan suatu kebaikan tetapi tiada dilakukannya, Aku catitkan baginya sepuluh kabajikan, berganda pula menjadi tujuh ratus kabajikan Dan apabila dia merencanakan suatu kejahatan tetapi tiada jadi dikerjakannya, Aku tidak mencatitkan baginya apa apa pun . jika terus dikerjakannya, Aku tidak mencatitkan baginya apa apa jika terus dikerjannya , Aku catitkan baginya satu kejahatan saja
Riwayat Bukhari Muslim
Hadis riwayat Abu darda' radhiallahu anhu bahawa Rasulullah sallallahu alaihi wasalam bersabda
Jika hambaKu mengeluh dan mengadukan penyakitnya sebelum tiga hari, maka ia telah mengadukan Aku
Haids 26
Abu hind aRrAZI RADHIALLAHU ANHU BAHAWA RASULULLAH SALLALLAHU ALAIHI WASALAM

Ingatilah Aku dengan mentaatiKu niscaya Aku akan mengingatimu dgn pengampunanKu. Barang siapa yang mengingatiKu sedang ia taat setia kepadaKu, maka berhaklah dia akan Aku mengingatinya dgn pengampunanKu. Dan barangsiapa yang mengingatiKu sedang ia derhaka dan maksiat kepadaKu maka berhaklah dia akan Aku mengingatinya dgn bencanaKu
Riwayat Dailami dan Ibnu Asakir

Hadis 27 yang bererti
Aku sangat murka ke atas orang yang melakukan kezaliman terhadap insane yang tidak punya pembela selain Aku
Hadis riwayat Thabarani

Hadis 28
Mintalah bantuan kepada insane yang bersifat belas kasihan daripada umatKu, nescaya kamu akan hidup di bawah lindungan mereka sebab kepada merekalah turunnya RahmatKu. Dan jangan sekali meminta bantuan daripada orang yang kejam sebab murkaKu turun kepada mereka
Riwayat Qudha'i


Hadis 29 Anas Radhiallahu anhu berkata bahawa Nabi Muhammad sallallahu alaihi waSalam
yang bererti


Aku telah menyediakan bagi hamba hambaKu yang salih kenikmatan yang tidak pernah dilihat dgn mata didengar dgn telinga dan terlintas di hati manusia
Hadis riwayat Thabarani
Hadis 30
Qatadah berkata bahawa Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasalam bersabda
Aku telah memfardhukan ke atas umatmu (Ya Muhammad…
Solat lima waktu seraya Aku berjanji bahawa insane yang tunai solat fardhu akan dianugerahkan aljannah dan orang yang tak tunai solat maka tiadalah dijanjikan apa apa dari Aku baginya…
Riwayat Ibnu Majah dan Abu Na'aim


Hadis 32
Wahab bin Munabbih bahawa Nabi sallallahu alihi wasalam bersabda Allah Ta'ala berfirman
Sesungguhnya semua petala langit dan bumi menjadi sempit untuk merangkul ZatKu akan tetapi Aku mudah dirangkul oleh qalbu insane mu'min
Hadis riwayat Ahmad
Hadis abu hurairah radhiallahu anhu bahawa Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasalam bersabda…Allah berfirman…
Sesungguhnya yang amat Aku kasihi di antara hamba hambaKu ialah yang menegerakan berbuka puasanya (apabila masuk waktu maghrib)
Hadis Ahmad dan Tirmidzi

No comments:

Post a Comment