الساهد في سبيل لله

الساهد في سبيل لله

Monday, February 28, 2011

ghazwatul hind

Rasulullah bersabda, "ada dua golongan umatku yg Allah jaga dari neraka, satu golongan yg memerangi hindu dan golongan lain bersama Isa putra maryam as." HR Ahmad.

Base on software lidwa pusaka, ada perawinya yg bermasalah, kerana buruk hafalannya..

Tapi dalam Kitab Tanzilul Isa Ibnu Maryam, Karangan Syaikh As-Suyuti, beliau menghasankan hadith tersebut, begitu juga Al-Abani..

bagaimana pendapat panel dan ilmuwan? Bab Ghazwatul Hind
Hadis Tsauban dari Nabi SAW :
عِصَابَتَانِ مِنْ أُمَّتِي أَحْرَزَهُمَا اللَّهُ مِنَ النَّارِ: عِصَابَةٌ تَغْزُو الْهِنْدَ، وَعِصَابَةٌ تَكُونُ مَعَ عِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ عَلَيْهِمَا السَّلَام

Ahmad [Musnad 5/278 no.22759]

al-Bukhari [Tarikh al-Kabir Tarjamah Abd al-A'la bin 'Adiy al-Bahrani]

al-Nasaiy [al-Mujtaba' no.3175] Tanpa komen.

al-Tabarani [Mu'jam al-Awsath 7/23-24] Komen: Tidak diriwayatkan (La Yurwa) hadis ini dari Tsauban melainkan dengan sanad ini.Tafarrud padanya al-Zubaidi.

Ibn 'Adiy [al-Kaamil 2/161],

al-Haitsami [Majma'uz Zawaaid no.9452] Komen : رَوَاهُ الطَّبَرَانِيُّ فِي الْأَوْسَطِ وَسَقَطَ تَابِعِيُّهُ، وَالظَّاهِرُ أَنَّهُ رَاشِدُ بْنُ سَعْدٍ، وَبَقِيَّةُ رِجَالِهِ ثِقَاتٌ

al-Albani [Sahih al-Jami' no.4012,Silsilah as-Sahihah no.1934] Sahih.

al-Arnaouth [Tahqiq Musnad Ahmad 37/81 no.22396] Komen(ringkasan) : Hadis hasan dan sanad ini dhaif kerana Baqiyyah bin al-Walid,Rijal yang lain tsiqah kecuali Abu Bakr bin al-Walid al-Zubaidi majhul halnya..

Wallahua'lam..

komentar ringkas al-akh Fathi selepas melihat kajian akhuna elhakim:

1- Hadeeth Saheeh.

2- Diamnya hadeeth ini dlm Al-Mujtaba' menunjukkan ia Hadeeth Sahih disisi Al-Nasaie. Ia juga dinilai sahih/hasan oleh al-mutaakhirin semisal Al-Suyuthi dan al-mu'assirin semisal Al-Albani dan Al-Arnaouth.

3- Komen Al-Tabarani bahawa hadith ini padanya Al-Zubaidi yg tafarrud tidak semestinya menjadikan hadith ini dhaif, Tafarrud adalah salah satu petunjuk dari byk2 petunjuk untuk mendhaifkan hadeeth, ia bukan bermaksud automatis dhaif.

W/A
hadith ni diletak oleh ulama' di bawah tajuk, tanda2 Qiamat kecil yang telah berlaku.

maksudnya, Islam telah menakluk India dan memerintahnya selama 800 tahun. Kata Dr Sulaiman al-Asyqar, ia tanda2 Qiamat yg telah berlaku dan mungkin berulang. sebab banyak isu yg tak settle dgn India ni, termasuk isu kasymir
Bak kata orang bahasa, bila nak faham makna sesuatu perkataan yang telah lepas, kita kena tahu ilmu tentang masa perkataan disebut...Benua Hind sebelum Islam penghuninya beragama Hindu.. memerangi Hind sama dengan memerangi penganut Hindu yang mengancam akidah umat Islam... sama seperti menda'wah Kisra dan Kaisar ... sebenarnya kita menentang Majusi dan Hedonisme...
Berikut adalah ulasan dalam satu blog

Ada dua hadis dari Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam- yang menyebutkan tentang ghazwah al-Hind (peperangan India);

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ وَعَدَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ غَزْوَةَ الْهِنْدِ فَإِنْ أَدْرَكْتُهَا أُنْفِقْ فِيهَا نَفْسِي وَمَالِي فَإِنْ أُقْتَلْ كُنْتُ مِنْ أَفْضَلِ الشُّهَدَاءِ وَإِنْ أَرْجِعْ فَأَنَا أَبُو هُرَيْرَةَ الْمُحَرَّرُ

Dari Abu Hurairah –radhiyallahu- yang menceritakan; Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam- telah menjanjikan kepada kami akan berlaku peperangan membebaskan India. Jika aku sempat hidup pada zaman berlakunya peperangan tersebut, nescaya aku mengorbankan diri dan hartaku (untuk turut menyertainya) kerana jika aku terbunuh (dalam peperangan tersebut), aku adalah dari semua-mulia syahid dan jika aku pulang (yakni selamat), aku akan menjadi Abu Hurairah al-Muharrar (yakni Abu Hurairah yang dibebaskan dari neraka). (HR Imam an-Nasai. Menurut Syeikh al-Albani; hadis ini sanadnya adalah dhaif).

عَنْ ثَوْبَانَ مَوْلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عِصَابَتَانِ مِنْ أُمَّتِي أَحْرَزَهُمَا اللَّهُ مِنْ النَّارِ عِصَابَةٌ تَغْزُو الْهِنْدَ وَعِصَابَةٌ تَكُونُ مَعَ عِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ عَلَيْهِمَا السَّلَام

Dari Tsauban –radhiyallahu ‘anhu- menceritakan; Rasulullah –sallallahui ‘alaihi wasallam- bersabda; “Akan muncul dua kumpulan dari umatku yang kedua-duanya dipelihara Allah dari neraka; satu kumpulan yang memerangi India dan satu kumpulan lagi yang akan bersama Nabi Isa –alaihis-salam-“. (HR Imam an-Nasai. Menurut Syeikh al-Albani; hadis ini sanadnya soheh).

Menurut ulamak; peperangan India telahpun berlaku di mana India telah beberapa kali dibuka oleh tentera Islam;

1. Kali pertama; tahun 92-97 hijrah, iaitu pada zaman pemerintahan al-Walid bin Abdul-Malik (salah seorang khalifah Bani Umawi) yang menghantar rombongan tentera Islam dipimpin oleh panglima al-Qasim bin Muhammad as-Saqafi. Telah berjaya menguasai wilayah India dari daerah Sind hingga Qanuj.

2. Kali kedua; pada zaman pemerintahan Bani Abbas (al-Abbasiyah) di bawah kepimpinan panglima Mahmud bin Sabuktikin pada tahun 396 hijrah dan 406 hijrah. Telah berjaya menguasai banyak kota utama India.

Peperangan di atas menjadi dalil kebenaran nubuwwah (kenabian) Nabi Muhammad –sallallahu ‘alaihi wasallam- di mana baginda mendedahkan kepada para sahabatnya peristiwa yang akan berlaku pada zaman selepas kewafatannya. Sudah tentu yang memberitahu baginda ialah Allah kerana tidak mengetahui yang ghaib melainkan Allah sahaja.
Makna yang hakiki saya tak tahu.. tapi makna lughawi, seperti yang saya faham, guna kaedah bahasa.. pada masa nubuwwah, memang benua Hind beragama Hindu, peperangan yang telah/akan berlaku ada kaitan dengan keberadaan penganut Hindu.
_________________

No comments:

Post a Comment