الساهد في سبيل لله

الساهد في سبيل لله

Wednesday, June 20, 2012

fadhilat baca Al qur'an

Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: “Bacalah Al Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafa’at kepada pembacanya”. ( Hadith Riwayat Muslim) Fadhilat membaca alQur’an Hadis sahih riwayat Abu Hurairah radhiallahu anhu katanya … Rasulullah sallallahu alaihi wasalam telah bersabda… Insan yg memelihara solat fardhu tidak termasuk dlm golongan orang yang lalai Insan yang membaca 100 ayat alQur’an pada satu male dimasukkan di kalangan insan yang taat kepada Allah Ta’ala Surah alkahfi ada 110 ayat...amalkan surah ini... Muaz AlJuhani telah berkata... Rasulullah sallallahu alaihi wasalam telah bersabda... Insan yang membaca AlQur’an dan diamalkannya isi kandungannya, nescaya ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari Kiamat yang Nur nya akan melebihi daripada Nur matahari jika matahari ini berada di dunia ini. Jadi gambarkanlah bagaimana insan yang dirinya sendiri mengamalkan dengannya Abu Zar radhiallahu anhu berkata bahawa beliau meminta pesan nasihat dari Rasulullah sallallahu alaihi waSalam...lalu Rasulullah sallallahu alaihi waSalam bersabda... SemaikanlahTAQWA kerana ia adalah sumber bagi semua amalan baik Lalu aku meminta tambahan nasihat... Lantas Rasulullah sallallahu alaihi wasalam bersabda... Istiqomah membaca AlQur’an kerana Ia adalah Nur kehidupan ini dan bekalan Akhirat. Dari 'Amru bin Qais dari 'Athiyyah dari Abu Sa'id ia berkata; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:"Rabb Azza wa Jalla berfirman; "Barangsiapa disibukkan oleh Al Qur`an dan berdzikir kepadaku untuk memohon kepadaKu, maka Aku akan memberikan kepadanya sesuatu yang terbaik dari yang Aku berikan kepada orang-orang yang memohon, " dan kelebihan kalamullah (Al Qur`an) dari seluruh kalam adalah seperti kelebihan Allah dari seluruh makhlukNya." Abu Isa berkata; Hadits ini hasan gharib.

No comments:

Post a Comment