الساهد في سبيل لله

الساهد في سبيل لله

Thursday, January 26, 2012

rusa

Rusa memang enak dimakan tetapi sukar diperolehi memandangkan ia merupakan binatang liar yang dilindungi oleh Jabatan PERHILITAN sejak tahun 1972) atau nama lamanya ialah Jabatan MERGASTUA,

Meskipun pemburuan rusa hanya dibuka pada bulan 11 setiap tahun tetapi permintaan tinggi dari hotel dan restoran bertaraf 5 bintang begitu tinggi menyebabkan berlaku juga pemburuan tanpa permit . Penguatkuasaan adalah tugas Jabatan PERHILITAN.

*harga semasa bulan 4/ 2007.
Permit Khas KPM49
Section 51

Fakta: Ladang Ternak di Jabatan Haiwan dan Penternakan Lenggong, Perak

Melihat permintaan tinggi, kerajaan telah mengambil langkah menternak rusa Sambar/ rusa tempatan secara ladang bermula dari tahun 1977 di Perak
Sejak itu populasi rusa bertambah dengan cepat iaitu daripada 300 ekor pada tahun 1986 meningkat kepada 3,600 ekor pada tahun 1991 diikuti 10,000 ekor pada tahun 1998, 11,000 ekor pada tahun 2003 dan 15,000 ekor ketika ini ( bulan 4 /2007).

Daripada 15,000 ekor rusa yang diternak, sebanyak 85 peratus merupakan rusa Timur (tidak perlu mohon permit jabatan...dikenali jua selaku Rusa Sumatra... manakala selebihnya dari jenis Chital (Axis), Merah, Fallow dan Sika.

Selain Rusa Sambar ( harus mohon permit dari jabatan Mergastua nama baru PERHILITAN...
Rusa dari hutan negara ini adalah dilindungi dibawah AKTA no 76 AKTA Perlindungan Hidupan Liar 1972

Rusa jenis lain diimport dari Mauritus, New Caledonia, Australia, New Zealand dan Indonesia.
Sebanyak 60 peratus daripada ternakan rusa diusahakan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH). Selebihnya oleh ladang swasta, perseorangan dan agensi lain seperti Institut Penyelidikan dan kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Jabatan PERHILITAN, PORIM (sekarang Lembaga Minyak Sawit Malaysia, MPOB) dan Universiti Putra Malaysia.

Antara ladang ternakan rusa terbesar di Negara ini ialah yang terletak di Pusat Ternak Haiwan Lenggong, Perak dengan keluasan 200 hektar.
Pusat tersebut memulakan usaha penternakan rusa pada September 1989 di Behrang Ulu sebelum berpindah ke ladang baru di Lenggong pada 2000.

Menurut Pengurus Pusat Ternakan Haiwan Lenggong, Dr Rafiah Aini, rusa bukan satu-satunya haiwan liar yang diternak di ladang tersebut kerana terdapat juga kancil, landak, burung merak, zirafah dan pelbagai jenis unggas.
Beliau berkata , rusa bagaimanapun diberi tumpuan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) di pusat ini kerana potensinya untuk dikormersialkan memandangkan rusa mempunyai banyak khasiat pemakanan dan kegunaan daripada daging sehingga tanduknya.

Produk

Hasil R&D yang dijalankan sejak beberapa tahun lalu, kita Berjaya mengeluarkan pelbagai jenis produk makanan berasaskan rusa seperti pau, pekasam, dan karipap.
Tanduk rusa yang tidak boleh di makan pula boleh dijadikan barang perhiasan wanita, sarung keris, dan pemegang kunci.


Janagan terkejut, tanduk rusa atau velvet Anthler apabila diproses menjadi serbuk amat berkhasiat dijadikan makanan kesihatan, katanya.

Kajian membuktikan bahawa Velvet Anthler cukup berkesan untuk meninggikan jumlah kandungan darah dan kiraan ferum; memberikan tenaga kesihatan yang lebih baik kepada pengidap sakit buah pinggang, gastrointestinal, kurang tekanan darah dan anemia; meningkatkan kadar penyembuhan; mengurangkan asma dan meningkatkan kesuburan khususnya bagi lelaki yang mengalami masalah.

Dr Rafiah, memberitahu, kulit rusa pula sesuai digunakan untuk membuat beg, kasut dan baju selain diproses menjadi keropok kulit rusa yang enak dimakan.

Kajian mendapati keropok kulit rusa mempunyai khasiat kesihatan kerana ia boleh memanaskan badan seterusnya mengurangkan lemak dan kolestrol.

Pusat Ternak Haiwan Lenggong Perak ini sudah Berjaya menternak tiga jenis rusa iaitu Rusa Timur ( Timorensis) yang berjumlah 1,031 ekor, diikuti Axis 126 ekor dan Sambar 58 ekor.

Haiwan ini diasingkan kepada tiga kumpulan iaitu rusa pembiak, anak rusa dan rusa jantan dewasa yang sedia untuk di sembelih (sekitar usia 18 bulan).
Hanya rusa jantan disembelih untuk dijual, manakala rusa betina dipelihara untuk tujuan melahirkan baka.
Menurut Dr Rafiah Aini, kumpulan rusa pembiak terdiri daripada rusa betina berusia dua tahun ke atas dan jantan berusia empat tahun ke atas. Kumpulan ini dibiarkan tinggal bersama bagi menggalakkan mereka mengawan dan melahirkan anak.

Biasa kita menempatkan 10 ekor Rusa jantan bersama 100 ekor Rusa betina, mengikut kajian Seekor Rusa jantan mampu mengawan dengan 40 ekor Rusa betina
Musim mengawan berlaku bila tanduk Rusa jantan menjadi keras, Musim beranak Rusa betina antara bulan Oktober hingga Januari kerana tempoh rusa bunting adalah 8 bulan.
Rusa jantan yang berusia 18 bulan ke atas sedia untuk disembelih.
Rumput jenis Guinea dan Decumbens yang diimport dari Australia dan Thailand sesuai untuk pemakanannya
Garam mineral blok serta kulit jagung menambahkan serat dalam pemakanan rusa. Sebanyak 20 kilogram rumput diberikan kepada sekumpulan rusa ternak setiap hari
Penyakit seperti trypanosomiasis dan kecederaan akibat berlawan sesame sendiri khususnya melibatkan rusa jantan ketika musim mengawan
Rusa yang sakit akan di rawat di klinik kesihatan yang bercantum dengan tempat penyembelihan

Rusa perlu menjalani pemeriksaan darah, tahap kecacingan, diberi antibiotic, vitamin dan lain-lain ubatan

Rusa yang diternak di kawasan bukit, dagingnya lebih bermutu tinggi, kerana aktiviti turun naik bukit memberikan senaman kepada rusa ini, menurut Dr Rafiah Aini.

Kaedah Pengurusan


Sistem pengurusan lading rusa terbahagi kepada dua iaitu ragutan terbuka yang mana rusa dibiarkan meragut rumput pasturan secara pusingan dengan kadar empat hingga lima ekor
Keperluan utama diperlukan oleh penternak yang memilih lading konsep ini ialah penanaman rumput, pemagaran dan rumah klinik.
Sistem pengurusan lading kedua ialah lading integrasi iaitu rusa diternak di bawah tanaman kekal seperti kelapa sawit, koko dan kelapa. Seperti system ragutan terbuka, ladang ini juga memerlukan pemagaran, rumah klinik + penyembelihan dan tumbuhan atas tanah antara tanaman kekal.

Menurut Dr Rafiah, permintaan terhadap daging rusa amat tinggi sehingga Pusat Ternakan Haiwan Lenggong, Perak yang mengusahakan ternakan secara perladangan terpaksa menolak tawaran menjadi pembekal kepada restoran dan hotel kerana bekalan rusa yang ada tidak mencukupi.
Meskipun penternakan rusa memberikan keuntungan besar tetapi tidak ramai yang berani mengusahakannya industri ternakan ini ini kerana ia memerlukan modal dan kemahiran tinggi

Kos ternak 100 ekor Rusa RM500,000 diperlukan untuk membeli baka, penyediaan padang ragut dan pemagaran, menurut Dr Rafiah Aini.

Dari segi kemahiran, beliau berkata ia bukan masalah kerana Pusat Ternakan Haiwan Lenggong ada menawarkan Kursus menternak dan menguruskan rusa selama dua minggu kepada sesiapa yang berminat dengan kadar yuran berpatutan.
Antara kemahiran di ajar semasa kursus ialah bagaimana mengawal masalah penyakit berkaitan rusa, pengurusan peringkat pekerja biasa sehingga tahap penyelia dan veterinary.
Mereka yang berminat mengikuti kursus penternak rusa boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi Pengelola , Pusat Ternak Haiwan Lenggong 33400 Lenggong, Perak di talian 05-7982880




Jenis rumputyang sesuai:
MARDI digit Digitaria setivalva
Setaria kazungula Setara sphacelata cv kazungula
Rumput Kuda Panicum maximum
Rumput gajah Pennisetum
Kekacang sentro Centrocema pubescence

Daun kayu dan herba:

Nangka Artocarpus heterophyllus
Cempedak Artocarpus integer
Tempunik Artocarpus rigidus
Akar kala Clidemia hirta
Paku miding Stenochiaena palustris
Kelempung air Ficus grassularoides
Kelempung burung Ficus alba
Kopi liar Fagrea racemosa
Telinga gajah Macaranga gigantean
Kemam Bredilia monoica
Tinjau belukar Greenia corymbosa

Jenis daun yang sesuai juga untuk Rusa:
Mengkirai Trema spp
Tempinis Streblus elongates
Cempaka liar Gardenia tubifera
Ludai Croton argyratus
Tulang Daing Melletia atropurpurea
Sial menahun Pternandra coerulenscens
Senduduk Melastoma malabathricum
Semalu Mimosa pudica
Lalang Imperata cylindrical
Rumput parit Axonopus compressus
Rumput kerbau Paspalum conugatum
Di Malaysia, menurut Encik azhar Infotek / Jabatan Haiwan dan Penternakan di Sungai Siput mengatakan rusa beranak pada sepanjang tahun Cuma the peak of breeding berlaku pada pertengahan bulan 9 setiap tahun. (hampir saya dengan pandangan dan pengalaman Dr Rafiah Aini yakni bulan 10 hingga bulan 1)
Maka dicadangkan Jabatan mengeluarkan lessen KPM 14A untuk memburu Rusa Tempatan/ Sambar pada bulan Febrauari.
Maklumat dari kajian di New Caledonia Australia dan Mauritius yang mengatakan breeding/ musim beranak pada bulan Febrauri hingga Oktober, mungkin hanya berlaku di area New Caledonia aje.
Sebenarnya Rusa Timur atau Rusa sambar beranak/breeding sepanjang tahun Cuma the peak season for breeding berlaku dalam pertengahan bulan 9.

Amat sesuai jika musim terbuka uantuk memburu kitatepkan pada bulan Febrauri kerana dikhuatiri semasa memburu rusa, kemungkinan ada anak dalam kandungan rusa betina.

Sifir untuk Rusa Timur:
3 ekar – 100 ekor rusa Timur jika secara paddock
1 ekar untuk 6-10 ekor rusa jika secara grazing/ padang ragut rumput.
Untuk kaedah grazing maka yang sesuai bagi permulaan adalah seluas 30 ekar luas kawasan grazing seperti cara ternak lembu.

Untuk Rusa sambar perlu ada padang untuk rusa sambar bersenam serta mengurangkan stress kepada rusa sambar.

No comments:

Post a Comment