الساهد في سبيل لله

الساهد في سبيل لله

Monday, May 30, 2011

Herba Nusantara

Herba
Malaysia mempunyai 7000jenis herba, tanaman herba telah menjadi sumber utama bagi ubat sejak beribu tahun lalu world health organization who menganggarkan bahawa 80 peratus manusia masih menggunakan herba selaku ubat tradisional seperti akar kayu, herba dan rumpai.
Penerokaan hutan menerusi logging operation yang pesat di Negara hutan hujan tropika menyebabkan herba yang terdapat dalam dirian hutan yang terdiri dari jenis dirian pokok chengal meranti keruing nyatoh taban, para shorea, merbau dll di kawasan hutan bukit memberikan kesan kehilangan herba yang biasa berada di lantai hutan bukit ini. Herba biasa tumbuh dengan banyak di lantai hutan yang terdapat jenis pokok chengal meranti keruing nyatih taban merbau parashirea dan family dammar/dipterocarpacea. Kehilangan diri hutan bukit ini juga turut menghilanghkan herba herba yang utama untuk perubatan umat tanah jawi.
1. Adas/ Foeniculum vulgare
2. Bawang merah/Allium cepai
3. Bawang putih/Allium sativum
4. Belimbing buluh/Avverhoa bilimbi
5. Beluntas/ Pluchea indica
6. Bidara uoas/Merremiae mammosa
7. Patawali/Tinospora crispa atau T.rumphii
8. Buah merah/Pandanus conoideus
9. Cili/Piper retrofractum
10. Daun dewa/Gynura pseudochina
11. Daun ungu/Graptophylum pictum
12. Halia/Zingiber officinale
13. Jati belanda/Guazuma ulmifolia
14. Limau nipis/ Citrus aurantifolia
15. Jintan/Coleus amboinicus
16. Kapulaga/Amomum cardamomum
17. Kayu putih/Melaleuca leucadendra
18. Keji beling/Strobilanthes crispus
19. Kemukus/Piper cubeba atau Cubeba officinalis
20. Daun kari/Murrayya paniculata
21. Cekur /Kaempferia galangal
22. Gelenggang/Cassia alata
23. Misai kucing/Orthosiphon aristatus, O.grandiflorus
24. Kunyit/Curcumadomestica atau C.longa
25. Lempuyang/Zingiber amaricans
26. Lengkuas/Alpinia galangal atau Languas galangal
27. Lidah buaya/Aloe vera
28. Mahkota Dewa/Phaleria macrocarpa
29. Mengkudu/Morinda citrifolia
30. Dukung Anak/Phyllanthus niruri
31. Pegaga/Centela asiatica, Hydrocotyle asiatica
32. Peria/Momordica charantia
33. Rozel/Hibiscus sabdariffa
34. Hempedu Bumi/Andrographis paniculata,Justicia paniculata, J.latebrosa
35. Sambung Nyawa/Gynura procumbensi
36. Sembung/Blumea balsamifera
37. Sirih/Piper betle
38. Kemunting cina/Vinca rosea atau Cantharanthus roseus
39. Tempuyung/Sonchus arvensis
40. Temulawak/Curcuma xanthorrhiza
41. Akar Aji Samat /Jakia omata
42. Rempah Gunung
43. Tongkat Ali
44. Pasak Bumi/Tongkat Ali Hitam
45. Medang Sarsi
46. Ubi Jaga
47. Mas Cotek

Adas berkhasiat untuk merawat penyakit batu hempedu, batuk, perut kembung, ulser mulut,haid yang tiudak teratur dan buleh mencegah kemandulan. Tumor dan kanser.
Bawang merah berkkasiat dalam masakan dan umbi bawang merah juga berkhasiat untuk menurunkan suhu panas badan, ubat antibacterial, menyembuhkan kembung perut, selsema dam sram sejuk.
Bawang putih berkhasiat untuk merawat mengurangkan tekanan darah tinggi, sakit kepala, selaku antibiotic, antibacterial, mengubati tumor, ubat cacaing, kanser, menurunkan kandungan gula dalam darah, melambatkan proses penuaan serta boleh meredakan tekanan.
Belimbing buluh buleh merawat sakit anti radang, melawaskan kencing, penawar jerawat, menyembuh penyakit batuk, darah tinggi, sakit otot, reumatik dan sakit gigi
Daun beluntas berkhasiat untuk menambahkan selera makan di makan selaku ulam, membantu pencernaan,menghilangkan bau badan, menurunkan panas badan, merawat reumatik, sakit sendi, nafas berbau, lemah urat saraf, dan darah kotor.
Ubi bidara upas berkhasiat untuk merawat anti radang, batuk berdarah, difteria, kencing manis, kusta, luka pada kulit,muntah darah, demam, radang usus buntu, sifilis, menghalang sel kanser, melancar air susu, ibu /ASI; menghilangkan sakit, menghilang bengkak, dan menawarkan racun.
Patawali/bakawali berkhasiat merawat sakit perut, demam, sakit kuning, kudis malaria. Reumatik, dan minyakurut untuk menghilangkan sakit di bahagian pinggang.
Buah merah berkhasiat untuk mengubati HIV/AID S, kanser, serangan jantung, strok, diabetes, kolesterol, osteoporosis, hepatitis, sakit urat dll
Buah dan akar cili berkhasiat selaku ubat kuat, membersihkan rahim selepas proses melahirkan anak, masuk angin,senak perut,ubat kumur, mengatasi gangguan pencernaan, batuk bronitis, saman, dan badan terasa lemas. …ha;laman 60

Daun dewa berjhasiat pada bahagian daun untuk melancarkan aliran darah, mencairkan pembekuan darah, menghentikan pendarahan, menghilangkan panas, meneutralkan racun selaku antikasienogen, antimutagenasi dan melawaskan kencing daun ungu berkhasiat untuk melawaskan kencing, mongering bisul. Ringan dan untuk melembutkan kulit. Bunganya berkhasiat bagi mengatasi masalah haid yang tidak m=teratur, manakala daunnya boleh mengubati sembelit dan buasir

Rhizom Halia berkhasiat selaku minyak urut untuk penyakit sengal dan sakit kepala selain dari ini halia juga digunakan selaku bahan ubat, bahan masakan, perisa makanan, bahan minuman, manisan dll
Jati belanda berkhasiat mengatasi masalah cirit birit dan berfungsi selaku pelarut lemak. Bahagian tanaman yang digunakan untuk tujuan perubatan adalah seperti daun, buah , biji dan kulit batang jati belanda
Limau nips…daun bunga dan akar limau nipis digunakan selaku ubat. Manakala buah limau niis berkhasiat untuk menghilangkan batuk, mencairkan kahak, melawas kencing dan membantu pencernaan

Jintan…daun dan buah jintan mengandungi zat lemak, protein dan minyak angin. Tanaman ini juga berkhasiat untuk mengubati sembelit, difteria, sakit perut, sengal, penyakit kancing mulut, thrakoma, terkena racun, radang telinga, batuk dan radang hidung
Buah kapulaga berkhasiat untuk mengubati batuk, kembung perut, kesukaran bernafas, bau mulut, gatal pada kerongkong, radang amandel, haid tidak teratur, bau peluh, demam dan selsema
Kayu putih….
Keji beling berkhasiat dalam mengubati tumor, diabetes, sakit kuning, kolesterol, buasir, bias ulat dan semut hitam, melancarkan air kencing, menghancurkan batu hemoedu, ginjal, gastric dan rahim peranakan
Buah Kemukus berkhasiat untuk mengubati sesak nafas, oemanas badan, menghilangkan bau mulut , masuk angin, radang usus, cirit birit, sakit perut, kencing bernanah dan radang selaput lender
Daun kari berkhasiat …daun dan rantingnya berfungsi untuk mengatasi radang buah zakar, jangkitan di saluran kencing, haid tidak teratur, lemah badan yang berlebihan, melangsingkan tubuh, mengubati sakit gigi dan bulehmenghaluskan kulit. Khasiat akar berguna untuk mengatasi lebam akibat kena pukul, reumatik terseliuah. Kulit batang pula boleh mengatasi sakit gigi, sakit akibat luka atau sakit selaput lender
Rhizom cekur berkhasiat untuk mengubati batuk, kembung perut, mual, bengkak, bisul, reumatik, sakit perut, infeksi bacteria, menghilangkan bau peluh, menambahkan selera makan, selaku tonik
Gelenggang berkhasiat untuk mengubati kudis , malaria, ulser, sembelit, usus , kurap, eczema, sawan, selsema, bronchitis, kusta dan penyakit pru.
Daun Misai kucing bersifat diuretic, ia digunakan untuk mengubati batu hempedu di dalam ginjal. Di India, misai kucing digunakan untuk mengubati reumatik, menurunkan kadar gula dalam darah, sengal serta menurunkan panas badan

Rhizom Kunyit berkhasiat melancarkan peredaran darah, antiradang, anti bacteria, melancarkan pengeluaran, hempedu, antipiretik dan hepatitis

Rhizom Lempuyang berkhasiat mengubati demam, reumatik, menambah selera makan, mengurangkan sakit, menambahkan tenaga dan mengurangkan sakit perut
Lengkuas berhasiat untuk menambahkan dan menyedapkan masakan. Rhizom Lengluas h=juga berkhasiat untuk mengubati panau dan melancarkan haid.

Daun lidah buaya berkhasiat untuk mengubati sakit perut, eczema, buasir, cacing, kencing manis, batuk, thrakoma, tuberkulosa. Asma, kencinh bernanah, sembelit, sakit kepala, darah kotor san selaku penyubur rambut

Buah mahkota dewa berkhasiat selaku ubat antikanser, antioksidan, antitumor, antidisentri, antiensekta, mengubati eczema, hepatoksin dan selaku antibody.
Mengkudu/cengkudu ….buah, daun dan akar berkhasiat selaku perubatan herba. Buah mengkudu buleh melawaskankencing dan menurunkan kadar tekanan darah tinggi. Daunnya boleh digunakan untuk mengubati sakit perut dan cirit birit serta pencuci perut. Mengkudiu memiliki kesan farmakolgi seperti antiseptic, antiradang, membersihkan darah, haid yang tidak teratur, diuretic, meningkatkan aliran darah di dalam darah, mengubati penyakit limpa ndan hati serta sembelit.
Dukung anak berkhasiat untuk membersigkan hati selakub ubat antiradang, meredakan demam, melawaskan kencing, mencairkan kahak, haid yang tidak teratur, menerangkan penglihatan dan menambahkan selera makan.tanaman dukung anak buleh digunakan selaku herba segar atau dikeringkan….halaman 100

Pegaga berkhasiat untuk mengurangkan panas dan demam, mempercepatkan penyembunhan luka melawaskan kencing, pembengkakan hati, meningkatkan kesuburan wanita, mengurangi gejala asma dan mengurangkan tekanan.umumnya pegaga digunakan dalam bentuk kering, sama ada daripada batang atau daunnya Cuma ada juga yang menggunakan khasiat pegaga dalam benyuk yang segar/fresh

Peria mempunyai rasa yang pahit dan berangin. Ia banyak digunakan dalam penyediaan ubat antiradang. Selain digunakan untuk menurunkan kadar glukosa di dalam darah pesakit diabetes, merawat batuk, radang tengkorak,, radang mata, reumatik dan radang mulut

Rozel …bunga rozel mengandungi asic organic, polisakarida, dan flavonoid. Bunga ini berkhasiat untu mengubati tekanan, penyakit degenerative, kolesterol, TBC, katarak, osteoporosis, kanser, tumour, menurunkan tekanan darah, melancarkan peredaran darah, antibakteria, antipasmodik, dan anthelmitik. Ia boleh juga dihidangkan dalam bentuk sos, jus, sirap, agar agar, dan minuman campuran buah buahan.

Hempedu Bumi…daunnya berkhasiat dalam meningkatkan kekebalan tubuh, antibiotic, menurunkan panas dan demam, antiradang, hepatoprotektor, hipotensif, hipoglisemia, antibakteria, radang saluran pernafasan, jantung dan paru paru.


Sambung Nyawa…kandungan kimia dalam daun antaranya ialah minyak asiri, sapotanin dan flavonoid. Daun sambung nyawa boleh digunakan untuk menurunkan panas badan, mengubati sakit limpa, menghilangkan rasa sakit akibat lebam, mengubati sakit ginjal. Sakit kulit, menurunkan gula dalamdarah, tekanan darah, antimikroba, antikarsinogenik, sitotoksik terhadap sel kanser, tekanan darah, strok, jantung, kolesterol tinggi, diabetes, gangguan rusuk, radang peti suara, radang kerongkong, batuk, resdung polip dan amandel

Sembung…daunnya berasa pedas dan sedikit pahit, hangat dan berbau harum. Ia banyak digunakan dalam penyediaan ubat anti reumatik, melancarkan aliran darah penghilangkan pembekuan darah dan lebam. Daun sembung sangat betrkhasiat untuk mengubati demam, batuk, melancarkan pengeluaran peluh selaku anti nyamuk, sakit ketika dating haid, selsema, kembung perut dan sakit tulang.
Sirih …daunnya berkhasiat meredakan batuk, antiradang, merangsang saraf pusat, meredakan dengkur, mencegah ejakulasi awal,, keputihan, menghentikan pendarahan dan menguatkan gigi. Kebaikan daun sirih antara nya ialah mengubati sakit gigi dan sakit mulut, sawan, bengkak didalam rongga mulut, luka bekas cabut gigi, menghulangkan bau mulut, batuk dan serak, hidung berdarah, ubat kumur, buasir, mata pedih dan mengurangkan pengeluaran susu.
Kemunting cina…tanaman ini berasal dari amerika tengah. Kemunting cina boleh tumbuh di kawasan yang terbul\ka atau terlindung dengan pelbagai jenis iklim dan cuaca, Tanaman ini boleh ditemui di kawasan rendah dengan ketinggian 800 above sea level…
Tempuyung
Temulawak…rhizome temulawak berkhasiat untuk antiradang, antiracun, menurunkan kadar kolesterol, melawaskan kencing, penambah air susu ibu , tonik dan menghilangkan sakit sendi







Rujukan
Pembiakan tanaman herba hermani dan mono rahardjo, khairunasikin aliasramuan tradisional untuk kesihatan , huraian mengenai 40 spesis tanaman herba komersial; penerbit synergy media books dengan kerjasama penebar swadaya
Penulis cheppy
Adaptasi nor faridah sharuddin aturhuruf hamzah ishak
Editor kamarulzaman Abdullah
Grafik Ezani Imran
S.a abdul majeed and Co SDN BHD edisi bahasa Malaysia
Dicetak nightingale printing SDN BHD

No comments:

Post a Comment