"Saya berpendapat, bagi seorang penuntut ilmu pemula hendaknya ia menahan untuk tidak menikah sebisa mungkin. Sesungguhnya Imam Ahmad bin Hanbal tidak menikah hingga berumur 40 tahun. Semua itu dilakukan demi ilmu."
(Ibnu Jauzi)
"Dianjurkan bagi seorang penuntut ilmu untuk membujang sebisa mungkin, agar dalam mencari ilmu ia tidak disibukkan dengan hak-hak keluarga yang harus ia penuhi dan disibukkan dengan mencari penghidupan."
(Khatib al-Baghdadi)
Memilih hidup membujang kerana ingin berkonsentrasi menggeluti ilmu merupakan sebuah pilihan hidup yang luar biasa. Desah-desah syahwat yang pada sebahagian orang justeru menjadi raja yang menguasai hati, berhasil terpinggirkan kerana dominasi cinta terhadap ilmu yang begitu menggumpal dalam relung-relung hati. Itulah sebuah catatan indah yang pernah tergoreskan dalam sejarah hidup sebahagian para ulama sebagai pewaris para nabi. Imam Nawawi, Ibnu Taimiyah dan Imam At-Tabari termasuk sebahagian ulama yang ‘berijtihad’ terhadap diri mereka sendiri untuk tidak menikah kerana ilmu. Dan sekali lagi, ini merupakan sebuah pilihan hidup yang luar biasa!
Pilihan mereka untuk hidup membujang daripada menikah, dengan keilmuan, kesolehan, kejantanan dan kenormalan mereka, tak lain kerana mereka lebih mendahulukan orang lain daripada diri mereka sendiri. Agar mereka dapat mencurahkan segenap kemampuan mereka guna berkhidmat untuk din dan ilmu. Agar mereka dapat mengerahkan segenap usahanya untuk menjabarkan syariat yang mulia ini, menyusunnya serta menyajikannya kepada banyak orang. Tak diragukan lagi bahawa sikap itsar (mendahulukan orang lain daripada diri sendiri) ini disyariatkan dalam Islam dan terpuji bagi pelakunya. Betapa banyak mereka memiliki anugerah dan keutamaan di pundak para ulama dan manusia.
Yusuf al-Qawwas menuturkan, "Aku mendengar Abu Bakar An-Naisaburi berkata, 'Tahukah kamu orang yang bermukim selama 40 tahun, tak pernah tidur di malam hari, makan sehari hanya dengan 5 biji kurma dan solat subuh dengan wuduk solat Isyak?' Ia melanjutkan, 'Itulah aku. Itu sebelum aku mengenal Ummu Abdurrahman...' "
"Ilmu mula menghilang di paha-paha wanita."
(Bisyr Al-Hafi)
"Barangsiapa yang terbiasa dengan paha-paha wanita, ia tak akan mendapatkan apa-apa."
(Ibrahim bin Adam)
Bila menikah dapat menahan pandangan dan menjaga kemaluan, maka Allah telah memuliakan mereka dengan pakaian ketaqwaan, kesolehan dan kezuhudan. Allah memberikan perhiasan kepada meeka dengan perhiasan ilmu dan amal. Kebaikan mereka tersebut telah mengarahkan kepada semua itu, berkat kurnia dan rahmatNya.
Bila bersanding dengan isteri dapat memberikan kenyamanan pada diri sang suami, maka mereka memandang bahawa berdampingan dengan kitab dan ilmu dapat memberikan kenyamanan seperti itu pula atau bahkan lebih dari itu. Sehingga sebahagian dari mereka ada yang mengungkapkan:
Sebuah kitab yang kutelaah yang dapat memberikan kenyamanan
Itu lebih aku sukai daripada keberadaan seorang isteri
Aku mempelajarinya sehingga memperlihatkan kepadaku
Orang-orang yang hidup berabad-abad dan yang paling agung adalah yang mengajarkannya
Dipetik dari:
Karena Ilmu Mereka Rela Membujang karya Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah
Posted by Mujahidiin at 8:23 PM
Nasihat_AlQur'an
Cukuplah kita memfokuskan usaha dakwah dan menunaikan kewajipan ubudiyah di pundak kita yg masih banyak...
Firman Allah yg bermaksud : "Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandung) keselamatan." - Al-Furqan : 63.
Apabila org menghina dan mencela dakwah sunnah...cukuplah kita bersikap seperti yg diajar oleh Al-quran..
Firman Allah yg bermaksud : "Dan apabila mereka mendengar perkataan yang tidak bermanfaat, mereka berpaling daripadanya dan mereka berkata: "Bagi kami amal-amal kami dan bagimu amal-amalmu, kesejahteraan atas dirimu, kami tidak ingin bergaul dengan orang-orang jahil." Al-qashas : 55.
Wakafabillahisyahida..
Posted by Mujahidiin at 11:31 AM
29 Jun 2009
Rasulullah Sallallahu alaihi waSalam bersama Ibrahim
Kisah Ibrahim ibnu Muhammad anak Rasulullah bersama dengan Mariatul Qibtiyah
Suatu masa Mariatul Qibtiyyah menghidangkan madu kepada Rasulullah Sallahu alaihi waSalam…
Rasulullah Sallallahu alaihiwaSalam lantas berhajat untuk menjima’ Mariatul Qibtiyyah…
Akhirnya lahir Putera Rasulullah Sallallahu alaihi waSalam yang bernama Ibrahim dari Rahim Mariatul Qibtiyah
Hadis 2145 jilid 4 kisah bagaimana sifat Kasih Sayang Rasulullah kepada anaknya Ibrahim
Dari Anas bin Malik Radhiallahu anhu telah berkata…
Pada suatu malam anakku telah lahir …se ore lelaki lalu ku beri namanya dengan nama Datuk ku yakni Ibrahim
Kemudian anak tersebut ku kirimkan kepada Ummu Saif *…
Isteri se ore mahir membuat pedang bernama Abu Saif. Rasulullah Sallalahu alaihi wasalam mendatanginya dan aku ikut mengiringi baginda.
Ketika kami tiba di rumah Abu saif, dia sedang meniup api di bengkelnya sehingga rumah tersebut dipenuhi dukhan. Aku berjalan di depan RasulullahSallahu alaihi waSalam lalu ku beritahu Abu Saif “hai Abu Saif, berhentilah, Rasulullah Sallahu alaihi waSalam telah datang…
Maka dia berhenti…Kemudian Nabi Sallahu alaihi waSalam menanyakan keadaan bayinya Ibrahim, lalu diserahkannya ke pangkuan Baginda
Nabi Sallallahu alaihi waSalam mengucapkan kalimah kalimah yang bersifat kasih sayang menunjukkan kasih sayangnya Bbaginda kepada Ibrahim puteranya bersama Mariatul Qibtiyah…
Telah berkata Anas Radhiallahu anhu…
“Aku melihat bayi tersebut Redha dengan sakit yang menimpanya, senang selesa dalam pangkuan Rasulullah Sallallahu alihi wasalam
Maka Rasulullah Sallahu alaihi waSalam menangis, mengucurkan aiar mata.
Baginda melafazkan “Air mata boleh mengalir, qalbu buleh sedih, Cuma kita tidak buleh berkata kata kecuali hanya yang Allah Redha yakni Kalimah yang diRedhai Allah sahaja…
Demi Allah , wahai Ibrahim…kami amat sedih keranaMu (yang ditimpa sakit… amat mendukacitakan
Akhirnya Ibrahim putera Rasulullah yang amat dikasihinya wafat…
Ummu Saif * yang nama aslinya ialah Khaulah binti Mundzir Al Anshari disebut Ummu Saif @ Ummu Bardah. Abu saif namanya yang asli ialah AlBarra’ …Syarah AnNawawi…
Posted by Mujahidiin at 3:12 PM
25 Jun 2009
Hal Harimau
AsSalammu alaikum
national geographic ada menyiarkan kisah harimau belang di hutan yang makan daging 100 pound sehari...( 45kg...
2.2 pound bersamaan 1kg
singa pula makan dua hari sekali apabila telah mendapat hasil buruan prey pada satu satu masa...Singa buleh bertahan seminggu dengan tidak makan daging...
yang best nya pengurus besar Taman Thema di tambun Perak Encik Calvin Ho memberikan 5 kg daging sehari kepada harimau siberia...
sedang ada mini zoo yang hanya beri seekor ayam daging untuk menu harimau sehari sekali... kira laparlah harimau di mini zoo tersebut...
amat mendukacitakan...
Tahniah kepada Encik Calvin Ho yang telah melayan harimau terutama hal makanan yang cukup kepada harimau siberia...
petugas di Taman Thema Tambun perak yang mana Encik Calvin ho selaku pengurus besar memberikan daging kambing, lembu, ayam serta di campur dengan vitamin kepada harimau siberia...Tahniah satu penjagaan harimau yang baik...
AsSalam
Pada umumnya ruhsah yang diberikan kepada mereka yang bermusafir ialah melakukan solat secara Qasar dan Jama' dengan memenuhi syarat2 tertentu seperti :- perjalanan perlu 2 marhalah (87km). Bagi menghadiri diri untuk solat Jumaat juga, salah satu syaratnya ialah : bermukim di tempat Jumaat didirkan. Dengan kata lain, tidak wajib Jumaat kepada mereka yang bermusafir. Maknanya, mereka yang bermusafir dibenarkan melakukan Jama' Ta'khir; iaitu menjama'' dan qasar solat Zohor didalam waktu Asar. Akan tetapi kelonggaran bermusafir ini mempunyai kondisinya sendiri menurut beberapa pandangan Mazhab2 Fiqh. Berikut diringkas beberapa pandangan Mazhab bagi mereka musafir yang tidak diwajibkan solat Jumaat :-
a. Mazhab Syafie : - Boleh keluar bermusafir sebelum Fajar dan dia berada ditempat yang tidak didengari azan Jumaat.
b. Mazhab Maliki : - Dibolehkan musafir sebelum Fajar, Makruh selepas Fajar akan tetapi tidak dilarang perjalanannya.
c. Mazhab Hanbali :- Makruh musafir sebelum Fajar, di haramkan selepas tergelincir matahari melainkan keadaan ketakutan atau dalurat atau kemudharatan.
d. Mazhab Hanafi : - Tidak makruh musafir sebelum tergelincir matahari.
Begitulah pandangan ulama' mengenai hukum Solat Jumaat bagi mereka yang bermusafir, iaitu mereka yang bermusafir pada hari Jumaat. Dirumuskan bahawa tidak wajib Jumaat musafir sebelum hari Jumaat, bagi yang bermusafir selepas fajar maka wajib Jumaat keatasnya menurut setengah ulama' dan tidak wajib bagi sebahagian yang lain.
------------------------
Terdapat juga ulama2 lain seperti Ibn Taimiyah rh. mengatakan bahawa tidak wajib Jumaat bagi sesiapa sahaja yang bermusafir tanpa sebarang syarat.
لم تجب الجمعة على من ينشئ لها سفرًا؛ فإن الجمعة لا تجب على مسافر.
"Tidak wajib Jumaat ketas sesiapa yang melakukan permusafiran, kerana sesungguhya Jumaat tidak wajib kepada orang musafir,"
Komentar bekas Pengerusi Lajnah Fatwa al-Azhar, Atiyah Saqr mengenai pandangan diatas (pandangan empat mahzab) ialah ; Aku melihat ruhsah bagi mereka yang bermusafir walaupun ia (Solat Jumaat) tidak wajib, kerana ganjarannya yang besar, dan jika ia melangkaui batasan solat Zohor semasa bermusafir panjang atau pendek, maka lakukanlah Solat secara Qasar atau Jama' jika ianya permusafiran yang jauh sebagaimana yang dinayatakan didalam fiqh.
Fatwa IslamOnline didalam mengulas fatwa Atiyah Saqr menyatakan :-
ليس على المسافر جمعة ،ولو كان سفرًا مباحًا ،كأن يكون للنزهة أو الاستجمام ،أو كان لقضاء حاجة ونحو هذا ،وقد سافر النبي صلى الله عليه وسلم ولم يصل الجمعة ،بل جمع بين الظهر والعصر ،وإن كان الأفضل صلاتها ،مالم يكن هناك مانع ،وذلك من باب الأفضلية لا الوجوب.
"Bukanlah bagi orang yang bermusafir itu kewajipan Jumaat, samada permusafirannya harus, atau berkelah, atau untuk relax, atau memenuhi sesuatu permintaan dan sebagainya, maka Nabi pernah bermusafir dan tidak bersolat Jumaat, bahkan beliau melakukan Jama' diantara Zohor dan Asar, dan jika ia merasakan bersolat (Jumaat) lebih baik, maka disana tidak ada larangan, dan itu merupakan bab fadhilat dan bukannya kewajipan"
Menurut Prof Dr Ahmad Yusuf Sulaiman pula :-
وأما صلاة الجمعة فلا بد أن تكون في جماعة، وفي المسجد، وهي لا تجب على المسافر، فقد صح في حديث ابن عمر رضي الله عنهما أن الجمعة لا تجب على المرأة والمريض والعبد والمسافر، وهذا من باب التخفيف والتيسير؛ لأن المسافر مشغول بأمر نفسه لبعده عن موطن إقامته ولتشتت فكره وتغير عوائده مهما كان السفر مريحًا، فقد قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "السفر قطعة من العذاب"، والسفر عام يشمل كل سفر قديمًا وحديثًا مهما اختلفت وسائله أو تعددت طرقه، وبناء عليه فإذا صلى المسافر الظهر فإنه يجوز له أن يصليها قصرًا، بل هذا واجب عند كثير من العلماء لأن النبي صلى الله عليه وسلم ما أتم صلاة في سفر قط. والله أعلم.
"Bagi solat Jumaat, ia mestilah dilakukan secara berjemaah didalam masjid, maka tidaklah di wajib keatas musafir, telah sahih dari hadith Ibn Umar ra. bahawa pada hari Jumaat tidak diwajibkan keatas wanita, orang sakit, hamba dan musafir, ini merupakan bab keringanan dan kemudahan, kerana sesungguhnya sedang sibuk dengan urusannya, jauh dari tempat watannya dan tempat tinggalnya dan kecamuknya pemikiran, perbezaan kadar (rates) bagi menentukan permusafirannya selesa, maka Rasulullah bersabda :'Permusafiran adalah sebuah azab', secara umumnya permusafiran termasuklah permusafiran sekarang dan dahulu, tidak kira apa perbezaannya, atau perjalanannya yang pelbagai arah, dimana apabila Musafir bersolat Zohor maka dibolehkan keatasnya bersolat secara qasar, bahkan ada kebanyakkan ulama' mewajibkan demikian kerana sesungguhnya Nabi tidak bersolat penuh sama sekali pada masa bermusafir".
-------------
Kesimpulannya, Solat Jumaat tidak wajib semasa musafir. Akan tetapi, jika seseorang itu sempat melakukan Solat Jumaat, maka itu merupakan satu kelebihan baginya. Pandangan ini lebih hampir kepada fiqh yang taisir (mudah) dan ruhsah (keringanan). Ada juga yang berpegang bahawa larangan bermusafir pada hari Jumaat ini sebagai ibadat, dimana Syiekh Nasyiruddin al-Albani menyenaraikan larangan ini sebagai bid'ah hari Jumaat, katanya : "Al-Ta'bud dengan meninggalkan bermusafir pada hari Jumaat" (التعبد بترك السفر يوم الجمعة).
Iman serta Taubat Insan terlanjur berdosa…
Kalimah Rolabat bermakna membenamkan...menghapuskan
bermaksud Sesungguhnya Rahmat Allah mengalahkan (membenamkan dosa lalu ...murkahNya...
Hadis Sahih muslim no 46 jilid 1
Dari abu Hurairah radhiallahu anhu telah berkata. Rasulullah sallallahu alihi wasalam telah bersabda…
Tidak sempurna iman se seo ore yang berzina …ketika dia berzina… Imannya tidak sempurna
( La yazni azzani hiina yazzni wa huwa mu’minun…
Tidak sempurna iman se se ore yang mencuri…ketika dia mencuri…Imannya tidak sempurna ketika dia mencuri
(wa la yasriqu hiina yasraqu wa huwa mu’minun…
Tidak sempurna iman se se orang yang meminum arak ketika dia meminumnya…Imannya tidak sempurna kitika dia meminum arak
(wa la yasrabu alkhamra hiina yasrabuha wa huwa mu’minun
Dan AtTaubat terbuka selepas (kesilapan dosa tersebut…
Wa Taubatu ma’rudhotun ba’du
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan kayangan_84 dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.
Taubat yang dilakukan dengan menepati syarat-syaratnya, Insya-Allah akan diterima Allah swt. Demikianlah janji-janji Allah kepada mereka yang bertaubat. Firman Allah swt :-
قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
"Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan semua dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Mohor Pengampun, lagi Mohor Mengasihani. "
Di antara syarat-syarat Taubat adalah :-
a. Segera meinggalkan dosa tersebut
b. Menyesal dengan apa yang telah berlaku
c. Bertekad tidak akan kembali kepada perbuatan tersebut lagi.
Seseorang itu hendaklah meninggalkan dosa tersebut 'kerana Allah' dan bukan atas sebab-sebab yang lain.
Akan tetapi, manusia itu lemah. Walaupun dia sudah bertaubat berkali-kali dengan mematuhi syarat diatas, ia masih lagi melakukan dosa tersebut. Manusia itu dikelilingi oleh musuhnya, malah, dirinya sendiri cenderung kepada hasutan-hasutan syaitan. Syaitan itu mengalir didalam tubuh manusia seperti darah, dan manusia itu hidup didunia yang menambat hatinya. Hanya dengan Rahmat Allah swt sahaja yang dapat membantunya melawan musuh-musuh ini.
Anda boleh menasihat sahabat anda dengan melakukan beberapa amalan dibawah ini sesudah ia bertaubat lagi sekali.
a. Perbanyakkan memohon do'a agar Allah Subhanahu waTaala memberi kekuatan kepadanya.
b. Bergaul dengan ore ore Alim dan kalangan BerIman. Sentiasa berdamping dengan mu’minin. Ingat, bahawa sahabat-sahabat yang baik akan mendorong kita melakukan kebaikan, dan begitulah sebaliknya.
c. Berbanyakkan zikir kepada Allah Subhanahu waTaala.
d. Melibatkan diri dalam aktiviti menuntut ilmu agar dapat mengisi ruang fikiran yang sudah menjadi habit melakukan maksiat.
e. Lakukan banyak amalan-amalan sunat, seperti puasa, solat, sedekah dsb.
f. Cuba jangan biarkan diri bersendirian. Apabila kita bersendirian Syaitan akan cuba mengganggu kita kembali untuk terjebak dalam maksiat.
g. Cuba sentiasa melakukan solat fardu di masjid.
h. Selalu mengingati diri akan gerun kepada Allah, gerun akan siksaanNya, takut akan nerakanya.
i. Khusus bagi kesalahan di atas, cepatkan berkahwin. Jika tidak mampu, perbanyakkan berpuasa.
Pintu Taubat sentiasa di terbuka. Abu Hurairah ra. berkata :-
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " مَنْ تَابَ قَبْلَ أَنْ تَطْلُعَ الشَّمْسُ مِنْ مَغْرِبِهَا تَابَ اللَّهُ عَلَيْهِ
"Rasulullah bersabda : Barangsiapa yang bertaubat sebelum matahari terbit disebelah barat, Allah akan menerima taubatnya" [Riwayat Muslim, #2703].
Nabi bersabda dalam hadith yang lain :
إن الله عز وجل يقبل توبة العبد ما لم يغرغر
"Allah akan menerima taubat seseorang hamba selama-mana nyawa belum sampai ke lehernya"
Ingatlah, bahawa berfikir bahawa Allah Subhanahu waTaala tidak akan mengampunkan dosa-dosa seseorang itu adalah seperkara yang salah. Allah Subhanahu waTaala sentiasa akan menerima taubat hambanya. Malahan di dalam sebuah hadith yang panjang didalam Kitab Riyadhussolihin juga menceritakan bahawa seorang yang telah membunuh 100 orang juga diterima taubatnya oleh Allah Subhanahu waTaala.
Syaitan akan berusaha mengasut manusia melakukan dosa, dan bagi mereka yang sudah terlanjur, Syaitan akan berkata : Allah Subhanahu waTaala tidak akan mengampunkan dosa engkau lagi
Usahlah seseorang itu berputus-asa dengan pengampunan Allah Subhanahu waTaala. Hendaklah sentiasa manusia itu memohon ampun kepada Allah Subhanahu waTaala dan bertaubat Nasuha kepadaNya. NASUHA bermakna BERSIH…WAALLAHU ‘ALAM.
Sekian, wasSalam.
Semua adalah rezeki yang Allah telah tetapkan...
Asas-asas mazhab Ahlus Sunnah
Berikut ini adalah antara asas-asas mazhab ini:
1. Mengenal(ma’rifatul )Allah adalah secara syarak melalui al Quran dan Hadis.
2. Alam ini adalah bersifat baru.
3. Iman ialah pembenaran (tasdiq), dan amalan adalah penyempurna iman.
4. Menetapkan (tidak menafikan) sifat-sifat ma'ani Allah.
5. Al-Quran adalah Qadim (bersifat qidam/tidak berpermulaan/bukan
makhluk).Allahu huwa Awwalu Akhiru wa Zahiru wa Bathinu
6. Tidak kewajiban ke atas Allah.
7. Harus bagi hak Allah Taala memberi pahala mengampuni Insan yang
dikehendakinya atau menyiksa (dosa), dan mengutus para rasul. Harus
juga melihat Allah Taala di Akhirat.
8. Allah mengkehendaki kebaikan dan kejahatan terhadap makhluqnya.
***9. Qadha' dan Qadar pada perbuatan-perbuatan (kasbi...hamba yang
berbentuk ikhtiar. Kasbi dila dirujuk kamus bermakna USAHA. maknanya usaha jua adalah dalam Qada' dan Qadar yang Allah telah Taqdirkan
10. Allah yang menciptakan perbuatan (kasbi hamba yang berbentuk ikhtiar.
11. Tiada siapa yang maksum kecuali para Nabi dan Rasulullah.
12. Menetapkan adanya soal kubur, nikmat dan siksaannya.
13. Kebangkitan adalah dengan jasad dan ruh.
14. Ada syafaat untuk pembuat dosa besar.Allah bersifat mohor Pengampun
15. Syurga dan neraka itu wujud. Keduanya kekal.
16. Keimaman agung bukanlah dari rukun agama...ini adalah hujjah dgn puak syiah
Ahlus Sunnah Wal Jamaah Golongan Ahlus Sunnah terdiri dari dua
kelompok, iaitu para pengikut Abul Hasan al-Asya'ari dan
al-Maturidiyah, iaitu para pengikut Abu Mansur al-Maturidi. Golongan
ini muncul ketika khalifah al-Mutawakil mengangkat/tidak melakukan
ujian terhadap ahli fikah dan orang-orang Islam serta menjauhkan diri
dari Muktazilah. Dan aliran pemikiran Muktazilah telah kehilangan
kendali akibat hilang kepercayaan umum terhadap mereka.
Keraguan-keraguan (penyelewengan) yang telah ditulis oleh golongan
Muktazilah dalam jangka waktu yang begitu panjang telah terbongkar.
Allah Taala telah melimpahkan kepada dua orang imam agung untuk
mempertahankan Islam, mereka ialah Abul Hasan al-Asy'ari di Irak dan
Abu Mansur al-Maturidi di negeri di balik sungai. Kedua imam ini telah
memimpin gerakan pemikiran dengan kepimpinan yang seimbang dan
bijaksana, tanpa sikap melampau dan ekstrem terhadap akal sebagaimana
Muktazilah, dan tidak terlalu bersikap beku terhadap nas (al-Quran dan
Hadis) sebagaimana ahli fikah dan ahli hadis. Jalan yang dilalui oleh
Ahlus Sunnah di dalam memahami akidah ialah sebagaimana yang telah
dilalui oleh salafus soleh. Mereka menjadikan al-Quran sebagai sumber
untuk mengetahui masalah akidah. Mereka memahami akidah mereka dari
ayat-ayat al-Quran, dan ayat-ayat yang mengandungi kesamaran
(mutasyabihah) akan cuba difahami menggunakan pendekatan bahasa serta
tidak diingkari oleh akal fikiran. Jika mereka tidak dapat
memahaminya, mereka akan menghentikan dari membuat penafsiran
(tawaqquf). Secara umumnya, Ahlus Sunnah telah melalui jalan tengah
yang menghimpunkan antara akal dan naqal (nas). Tidak terdapat
perbezaan antara asas mazhab mereka dengan asas ajaran yang dibawa
oleh salafus soleh, para ahli fikah dan ahli hadis. Golongan Ahlus
Sunnah ini muncul pada akhir kurun ketiga Hijrah dan awal kurun
keempat Hijrah sebagai mendokong ahli fikah dan ahli hadis. Mereka
telah mendokong nya secara khusus dan secara umum, dan bangkit
menentang golongan Muktazilah, kemudian mengambil alih tempat mereka
untuk mempertahankan Islam. Pemimpin golongan al-Maturidiah ialah Abu
Mansur al-Maturidi yang dilahirkan di kampung Maturid di Samarqand.
Beliau begitu ikhlas mengembangkan ilmu-ilmu agama, sehingga lahirlah
satu mazhab di dalam ilmu Kalam yang diikuti oleh penduduk Khurasan.
Beliau meninggal dunia pada tahun 332 Hijrah. Pemimpin Asya'ariah pula
ialah Abul Hasan al-As'ari yang dilahirkan di Basrah pada tahun 260
Hijrah. Pada asalnya beliau adalah penganut fahaman Muktazilah,
kemudian mengasingkan diri dari orang ramai untuk mencari kebenaran.
Sehingga pada suatu hari beliau muncul di hadapan masyarakat dengan
hasil karangannya yang membantu Ahlus Sunnah serta menolak Muktazilah.
Ajarannya ini telah diikuti oleh para ahli fikah dan ahli hadis.
Beliau telah diangkat sebagai imam mereka. Beliau meninggal dunia di
sekitar tahun 330 Hijrah. Tidak terdapat perbezaan antara ajaran
Asya’ariah dan Maturidiah kecuali di dalam beberapa perkara kecil.
Seperti masalah: - Makrifat, apakah dengan akal atau dengan syarak. -
Pemahaman antara iman dan Islam. - Makna qadha' dan qadar. - Makna
kasb (usaha). - Wajib siksa secara syarak. - Dan lain-lain lagi
perselisihan yang biasa berlaku di kalangan ahli di dalam satu-satu
mazhab, namun ia tidak membawa kepada jurang yang ketara.
Rezeki lahirnya manusia adakah dia ahli aljannah atau ahli Nar telah
ditetapkan sejak berada di sulbi bapa mereka...
Rezeki lahirnya manusia adakah dia ahli aljannah atau ahli Nar telah
ditetapkan sejak berada di sulbi bapa mereka...
Harakah laman F8 Fikrah tarikh 14-17 jamadil akhir 1430Hijrah bersamaan 8-11.6.2009
Bab tafsir Surah Al An’am ayat 2
Allah berfirman “ Dan Dialah yang menciptakan kamu daripada tanah
Ulama’ berpandangan bahawa Nabi Adam alaihisSalam adalah manusia pertama diciptakan Allah daripada tanah permukaan bumi ( dalam bahasa Arab disebut Adimul Ardhi…
Adam dari kalimah Adimul Ardhi yang bermakna permukaan BUMI
Allah mengambil tanah daripada jenis rasa tawar yang mana manusia yang dicipta dari jenis rasa tawar ini akan kembali ke dalam AlJannah yang mana tanah alJannah berbau Raihanul Miski
Orang yang dicipta daripada tanah rasa masin akan dicampakkan ke dalam neraka
Adam diciptakan pada petang hari Jumaat dengan saiznya yang tinggi sehingga kepalanya cecah sampai ke langit.
Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Nabi Adam menunaikan fardhu haji sebanyak 40 kali dengan berjalan kaki berulang alik dari India ke Makkah.
Hadis sahih Muslim ada menyebut tinggi Nabi Adam alaihisSalam adalah 60 hasta…ada riwayat enyebut 70 hasta (ukuran hasta umat silam yang memang bersaiz besar…
Ketinggian Nabi Adam menggerunkan binatang di bumi.
Sebelum wafat Nabi Adam telah dikurniakan anak seramai 40,000 ore. Mengikut satu riwayat Nabi Adam wafat berhampiran bukit(jabal…
Yang mana Allah telah mengutuskan nya semasa turun dari aljannah ke bumi dunia yakni di India
Nabi Syith alaihisSalam serta malaikat Jibrail menunaikan solat jenazah Nabi Adam alaihissalam.
Syith berkata kepada Jibrail “ Jemputlah menjadi Imam untuk solat jenazah Nabi Adam…
Lantas Jaibrail menjawab “ Sila lah kamu yang menjadi Imam solat jenazah dengan Takbir sebanyak 30 kali Takbir…
Umur Nabi Adam alaihissalam semasa wafat ialah 936 tahun.
Sirah penciptaan Adam ada yang kuat periwayatannya dan ada jua yang dhaif periwayatannya.
Alhamdulillah
Asif Wallahu 'alam
Alhamdulillah
Asif Wallahu 'alam
Posted by Mujahidiin at 8:22 AM
10 Jun 2009
Petikan dari Kitab Hikam_Abu Umair ajarkan
teringat kata-kata dalam kitab Hikam:
وربما قضى عليك بالذنب
فكان سببا في الوصول
Dan barangkali Dia mentaqdirkan ke atas kamu dengan dosa,
Lalu ia menjadi sebab kepada wusul (sampai)
Sebagaimana sabda Nabi Sallallahu ALaihi Wasallam: Setiap bani Adam berdosa, dan sebaik-baik orang berdosa ialah yang bertaubat.
Dan sabda Nabi yang lain dalam hadis sahih Muslim: Kalau kamu tidak melakukan dosa, nescaya Allah akan memergikan kamu, dan membawa kaum yang lain yang berdosa, lalu Dia mengampuni mereka.
Posted by Mujahidiin at 11:36 AM
09 Jun 2009
Bahaya tabiat bukan muslim yang makan babi
Bukan isu baru apabila haiwan babi menjadi ancaman kesihatan kepada manusia. Dahulu, kita didedahkan dengan penemuan cacing pita (aenia solium) di dalam daging babi yang mengancam kesihatan orang yang rutinnya memakan daging babi.
Kemudian sekitar 1998-2000, negara kita gempar dengan virus maut misteri yang berasal daripada babi, dan akhirnya dikenali dengan nama ‘Japanese Encephalitis’ (JE) dan virus nipah. Lebih 100 terkorban termasuk 30 orang kanak-kanak. Sebagai langkah pencegahan, ribuan anggota tentera dikerahkan untuk untuk memusnahkan ratusan ribu babi, terutama di Bukit Pelandok, Perak.
Terkini, dunia dikejutkan dengan penularan virus berbahaya yang dinamakan Influenza A (H1N1). Atau nama Melayunya Selsema Babi. Angka kematian terkini yang disahkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) akibat wabak ini ialah seramai 72 orang daripada keseluruhan 8480 kes yang dikesan.
Wabak yang cukup mencemaskan. Memaksa sesetengah negara mengambil tindakan menghentikan kemasukan daging babi yang diimport dari luar. Di negara kita, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menghentikan serta-merta permit baru bagi mengimport daging babi. Malah, permit import yang diberikan kepada syarikat pengimport daging haiwan itu dari negara antaranya China, Eropah, Australia dan Vietnam akan ditarik balik sekiranya wabak Influenza A merebak lebih serius.
Semua orang tahu tabiat kehidupan dan makanan babi. ia haiwan yang sangat pengotor. Menyondol dan memakan apa sahaja yang disuakan kepadanya, termasuk najis haiwan atau manusia. Tidak hairan pelbagai parasit dan cacing berbahaya terdapat pada babi. Selain itu, sistem biokimia babi mengeluarkan hanya 2% dari seluruh kandungan uric acidnya, manakala 98% sisanya tersimpan dalam tubuhnya, menjadikannya haiwan yang sangat kotor.
Sudah terang lagi bersuluh. Ajaran Islam yang diwahyukan sejak 1,400 tahun yang lalu sudah mengambil tindakan mencegah segala penyakit dan virus yang berpunca daripada haiwan babi. Islam mengharamkan umatnya memakan daging babi. Di dalam Al-Quran bukan sekali disebut keharaman daging babi. Tetapi diulangi penegasan hukum ini dalam empat ayat, iaitu Al-Baqarah: 173, Al-Maidah: 3, Al-An’am: 145, dan Al-Nahl: 115.
Di dalam Sunnah pula, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menyuruh berjaga-jaga dengan bekas makanan orang kafir yang digunakan untuk memasak babi. Abu Tsa’labah al-Khusyani bertanya Nabi, “Kami berjiran dengan Ahli Kitab, dan mereka memasak daging babi dalam periuk-periuk mereka, dan meminum arak di dalam bekas-bekas mereka”. Baginda menjawab, “Kalau kamu mendapati bekas-bekas lain, maka makan dan minumlah dalam bekas lain itu. Kalau kamu tidak mendapati bekas lain, basuhlah bekas-bekas itu dengan air, dan makan minumlah”. Direkod oleh Abu Daud dan Tirmizi. Kata Tirmizi, “Hadis hasan sahih’.
Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam juga pernah membuat perumpamaan untuk suatu yang haram dengan perbuatan memegang daging dan darah babi. Alangkah jelek dan kotornya perbuatan itu. Di dalam hadis Buraidah r.a, baginda bersabda, “Sesiapa bermain nardasyir (sejenis permainan), seolah-olah dia menyelupkan tangannya ke dalam daging babi dan darahnya”. Direkod oleh Muslim.
Hari ini terbukti bahawa ajaran yang diucapkan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ribuan tahun dahulu bukan sebarangan ajaran. Ia ajarah yang penuh hikmah dan kebaikan. Ajaran yang terserlah tanda-tanda kebenaran dan kewahyuannya dari langit. Hanya mereka yang sombong dan angkuh sahaja yang degil dan memejam mata daripada menerima kebenaran
Posted by Mujahidiin at 2:48 PM
Catatan Amal Insan di Akhirat
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد
1- Catatan amalan seseorang hamba yang ditulis oleh Malaikat, sentiasa terjaga, tidak akan terhapus dan tidak akan berubah sehingga buku catitan tersebut diserahkan kepada si hamba pada hari kiamat. Jika dia seorang yang bakal berbahagia, diserahkan melalui tangan kanannya. Dan jika dia sebaliknya, akan diserahkan melalui tangan kirinya.
Selepas diserahkan buku catitan amalan kepada setiap hamba, lalu disuruh supaya dia membaca sendiri apa yang tertulis di dalamnya. Maka tidak ada satu amalan pun tertinggal, melainkan semuanya tertulis.
Firman Allah Taala:
وَكُلَّ إِنْسَانٍ أَلْزَمْنَاهُ طَائِرَهُ فِي عُنُقِهِ وَنُخْرِجُ لَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ كِتَاباً يَلْقَاهُ مَنْشُوراً اقْرَأْ كِتَابَكَ كَفَى بِنَفْسِكَ الْيَوْمَ عَلَيْكَ حَسِيباً
Maksudnya: Dan tiap-tiap seorang manusia Kami kalongkan bahagian nasibnya di lehernya dan pada hari kiamat kelak Kami akan keluarkan kepadanya kitab (suratan amalnya) yang akan didapatinya terbuka (untuk di tatapnya). (Lalu Kami perintahkan kepadanya): Bacalah Kitab (suratan amalmu), cukuplah engkau sendiri pada hari ini menjadi penghitung terhadap dirimu (tentang segala yang telah engkau lakukan). (Al-Isra: 13-14)
Kata Syeikh Utsaimin, "Maka pada hari kiamat, diserahkan buku catitan ini kepada kamu dalam keadaan terbuka, tidak tertutup. Kamu membacanya, dan jelas ternyata pada hari sekian sekian ditempat sekian sekian kamu melakukan amalan sekian sekian. Ia sentiasa terjaga dan tidak berubah".
Cuma terdapat satu hadis yang menunjukkan Malaikat disebelah kiri menangguhkan seketika catitan amalan jahat, dan jika dia bertaubat dalam tempoh itu, maka ia tidak ditulis.
Dari Abu Umamah, Nabi bersabda:
إن صاحب الشمال ليرفع القلم ست ساعات عن العبد المسلم المخطئ أو المسيء فإن ندم واستغفر الله منها وألقاها وإلا كتبت واحدة
Maksudnya: Sesungguhnya Pencatit di sebelah kiri mengangkat pena selama 6 masa daripada seorang muslim yang bersalah, atau muslim yang berbuat jahat. Apabila dia menyesal dan beristighfar kepada Allah, dan mencampakkannya, (maka tidak ditulis). Jika tidak, dia akan menulis sebagai satu kesalahan.
Direkod dalam Mukjam Kabir Tabarani (no: 7765). Dan dinilai sahih oleh Albani dalam Sahih al-Jamik 2/212.
2- Setiap perbuatan yang tercatit dalam buku amalan seseorang akan dipaparkan kepadanya, dan dia sendiri akan membacanya. Sebagaimana dijelaskan dalam ayat Quran di atas.
Wallahu A'lam.
Posted by Mujahidiin at 2:42 PM
Marine Park Island in Malazi
All these island telah diwartakan selaku Marine Park serta island yang harus dipelihara untuk generasi masa depan
Tranung Darul Iman
530.29km persegi
Redang Island Marine Park, Tranung Sepoi island
Perhentian island
Susu dara island marine park
Lang Tengah island marine park
Lima island
Ekor Tebu island
Pinang island
Kapas Island
Tenggol Island
Nyireh island
Negeri Pahe Darul Makmur
676.61 km persegi
Chebeh island
Seri buat island
Sembilang island
Tioman Island Marine Park
Labas island
Gut island
Sepoi island
Kedah Darul Aman
187.73 km persegi
Payar island, Kedah
Lembu island
Segantang island
Kaca island
Wilayah Labuan
158.15 km persegi
Kuraman island
Rusukan besar island
Rusukan Kecil island
Johor
765.65 km persegi
1. Harimau island
2.Mensirip island
3.Goal island
4. Besar island
5. tengah island
6.Hujong island
7.Rawa island
8.Tinggi island
9.Mentinggi island
10.Sibu island
11.Sibu hujung island
12.Pemanggil island
13.Aur island
Keseluruhan ada 40 marine parks meliputi kawasan tanah seluas 2,318.43 km persegi
Posted by Mujahidiin at 12:25 PM
Johor Marine Parks_Tinggi Island
Johor Marine Park
Tinggi Island Marine Park
Marine Park is an area of the sea zone two nautical miles from the shore at lowest low tide as a sanctuary for the protection of its marine ecosystem especially coral reefs and its fauna and flora.
The Department of Marine Park under Ministry of Natural Resources and Environment has been tasked to established , administer and manage the Marine Park
Tinggi Island buleh di jejaki menerusi jeti tanjung Leman or Mersing jetty.
Tinggi uisland Marine Park terdiri dari kawasan 13 island yang di kelilingi air laut China selatan.
13 island are:
1. Harimau island
2.Mensirip island
3.Goal island
4. Besar island
5. tengah island
6.Hujong island
7.Rawa island
8.Tinggi island
9.Mentinggi island
10.Sibu island
11.Sibu hujung island
12.Pemanggil island
13.Aur island
These island is located off the northeast coast of The state of Johor and situated between 8 to 35 nautical miles from Mersing.
The islands group and its surrounding water was gazetted as A Marine Partk in 1994 under The Fisheries Act 1985 (Amended 1993…
The main economis activities on this lovely island is tourism and fishing.
Tourism development concentrated mainly in Besar Island, Sibu island, Tinggi Island, Pemanggil Island and Aur island…
Approximately 370 families are staying wellness in in this island…
Coral Reef
Dayang Island and Tikus island have the reefs which continuous belt from 8 to 18 meter while Simbang island and Pemanggil Island, it is found in much shallower (<8m…) waters.
Dead coral form about 4 % of the coral area and caused mainly by Acantaster planci and Drupellasp. As well as climate-induced coral bleaching.
Jetty at Kg Teluk Buau Pemanggil island is the acces as the main entrance for camping , boating, and enjoying a sightseeing tour activities.
Observing rock formation activity in Aur Island and observing the rain forest that covers the major part of the island
Other activities include hiking, birds watchind, rock climbing, surfing and diving…
Facilities and services
Wash facilities and toilet, picnic table and barbeque pits are provided at selected sites. A jetty at the visitors centre allows boats to com along the shore.
The Park management provides mooring buoys over coral reefs to allow for snorkeling and diving boats.
Visitors can buy small cendermata foods and drinks at villige shops…
There are dive shops that provided diving equipment for visitors hirings its and enjoy diving in this beautiful marine island park
Rawa island provides the accommodation for visitors such as chalet and hostel facilities ..
Conservation Fee rate are:
Adult RM5.00
Children (6-12 years old, senior citizens and disable people RM2.00
Posted by Mujahidiin at 12:23 PM
The factors affected the timber land
The causes of deforestation (Grainger, 1992
A. Immediate causes- land use
1. shifting agriculture
I i. traditional long-rotation shifting cultivation
ii.short rotation shifting cultivation
iii. encroaching cultivation
iv. pasturalism
2. Permanent agriculture
i. permanent staple crop cultivation
ii. fish farming
iii. government sponsored resettlement schemes
iv. cattle ranching
v. tree crop and other cash crop plantation
3. Mining
4. Hydro-electric schemes
5. cultivation of illegal narcotics
B Underlying causes
1. Socio-economic mechanisms
i. population growth
ii. economic development
2.Physical factors
i.distribution of forest
ii.proximity of rivers
iii.proximinty of road
iv.distances from urban centres
v. topography
vi. soil fertility
3. Government policy
i. agriculture policies
ii.forestry policies
iii. other policies
The mechanisms of Human impacts on biodiversity
Human impact on biodiversity become global in two main ways
First by affecting a globally dynamic systems such as the atmosphere, world climate or sea level and
Second by occurring in a localized or patchwork fashion in enough places to lead a globally significant impact (Turner et al 1990)
Type of global environmental change (affecting biodiversity)
Systematic
Direct impact on globally functioning system
Example:
a. Industrial and land-use emisions of greenhouse gases.
b. B. Industrial and consumer emissions of ozone-depleting gases
c. C. land cover changes in albedo
Cumulative
Impact through world wide distribution of change
Example
a. Ground water pollution and depletion
b. species depleting / genetic alteration
Impact through magnitude of change (share of global resource)
Example:
a. deforestation
b. desertification
c. industrial pollutants
d. reduction of population of certain species
Exploitation of wild living resources
Wild resources ore harvested by rural people throughout the world for food, shelter, traditional medicines, dyes, olis, intoxicants, fuel, beverages, fibres, tools. Religious purposes and cash income
Such harvests are motivated by cultural traditional, survival needs and to greater extent today for cash income to supplement earnings from other resources such as the people get the meat of Rusa, Kijang, Pelanduk from the forest
Posted by Mujahidiin at 10:27 AM
08 Jun 2009
Hukum lelaki berambut panjang hingga cecah bahu
Hadith mengenai Rasulullah saw mempunyai rambut panjang hingga ke bahu boleh anda dapati didalam kitab Al-Syama'il al-Muhamadiyah (الشمائل المحمدية), karangan Al-Imam Abi Isa Muhammad Al-Tirmudzi (209H-279H), yang terkenal dengan kitab Sunan Al-Tirmudzinya. Hadith tersebut terdapat didalam bab mengenai rambut Rasulullah saw (باب ما جاء في شعر رسول الله صلى الله عليه وسلم), hadith bernombor 24:-
24- حدثنا هناد بن السري. أخبرنا عبد الرحمن بن أبي الزناد عن هشام بن عروة عن أبيه عن عائشة قالت:
"كنت أغتسل أنا ورسول الله (صلى الله عليه وسلم) من إناء واحد وكان له شعر فوق الجُمة، ودون الوَفرة".
Diriwayatkan oleh Hanad bin as-Sirri, dari 'Abdurrahman bin Abi Zinad, dari Hisyam bin 'Urwah, dari bapaknya, dari 'Aisyah r.a. pernah berkata : "Aku dan Rasulullah saw. mandi dari tempayan yang sama. Beliau memiliki rambut (yang panjangnya) sampai di atas bahu dan di bawah daun telinga"
-----------
Terdapat pula dalam Sunan Ibnu Majah, pada bab. "Thaharah" Hadits no. 604, juga terdapat dalam Sunan Ibnu Majah, bab. "Pakaian" Hadits no. 3635.
Anda juga boleh membaca terjemahan Al-Syama'il al-Muhamadiyah didalam web al-ahkam dialamat : http://www.al-ahkam.com.my/forum2/viewforum.php?f=51
Wallahu'alam, wassalam.
Kesimpulannya , adalah boleh lelaki berambut panjang dengan syarat ianya bukanlah untuk bermegah-megah , dan menyerupai wanita.Seperti berdandan dan melakukan perhiasan pada rambut sebagaimana yang selalu dilakukan oleh golongan wanita pada rambut-rambut mereka dan juga ianya mestilah dijaga rapi dan kemas.Ini kerana Allah swt itu baik , dan Ia menyukai perkara yang baik-baik sahaja. (mafhum hadis)
Posted by Mujahidiin at 1:55 PM
Rasulullah Sallalahu alaihi waSalam nikah Aisyah RadhiALlahu anha
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد
1- Sabit dalam hadis-hadis sahih bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam berkahwin dengan Aisyah r.a. ketika beliau berumur 6 tahun dan mereka mula bersama ketika Aisyah berumur 9 tahun.
2- Fakta ini diterima dengan kesepakatan seluruh umat Islam. Kata Ibn Katsir, "Hadis 'baginda berkahwin dengan Aisyah ketika berumur 6 tahun, dan bersama dengannya ketika berumur 9 tahun' tidak ada khilaf antara manusia. Ia sabit dalam kitab-kitab hadis sahih dan lain-lain". (Al-Bidayah wa an-Nihayah 3/161).
3- Tidak ada keganjilan dalam kes ini, kerana wanita yang hidup di negara-negara beriklim panas lebih cepat baligh, lebih cepat matang dan bersedia untuk menjadi isteri lebih awal.
Aisyah r.a. sendiri mengakui dengan kata-katanya, "Apabila kanak-kanak wanita mencapai umur 9 tahun, maka dia sudah bergelar wanita". (Sunan Tirmizi 3/417).
Kata Imam Syafie, "Aku melihat banyak sekali di Yaman kanak-kanak perempuan baligh ketika usia 9 tahun". (Siyar A'lam Nubala 10/91).
Kata Imam Syafie lagi, "Aku menjumpai di San'aa (Yaman) seorang nenek berusia 21 tahun". Dia mula haidh (baligh) ketika usia 9 tahun, dan melahirkan anak ketika usia 10 tahun. Anaknya pula haidh ketika usia 9 tahun dan beranak ketika usia 10 tahun". (Sunan Kubro Baihaqi 1/319).
Jadi, kebiasaan wanita-wanita Arab baligh dan bersedia menjadi isteri ketika usia 9 tahun.
4. Antara yang menunjukkan kebiasaan Arab pada zaman tersebut wanita berkahwin dalam usia yang begitu muda, ialah tidak dinukilkan oleh sejarawan bahawa musuh-musuh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam mentohmah baginda dengan kes perkahwinannya dengan Aisyah.
Jika sekiranya ia suatu yang mengaibkan, nescaya pasti dinukilkan tohmahan-tohmahan daripada musuh-musuh sekelilingnya dari kalangan musyrikin dan munafiqin.
5. Perkahwinan baginda dengan Aisyah juga adalah pilihan Allah Taala untuk baginda. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah bermimpi tentangnya, dan dimaklumi mimpi baginda adalah wahyu.
Di dalam Sahih Bukhari:
أريتك في المنام مرتين أى أنك في سرقة من حرير ويقال هذا امرأتك فاكشف عنها فإذا هي أنت فأقول إن يكن هذا من عند الله يمضه
Maksudnya: Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam berkata kepada Aisyah, "Aku melihat engkau di dalam mimpi sebanyak dua kali. Iaitu engkau berada di dalam kelubung daripada sutera. Dan dikatakan kepadaku: Inilah isteri kamu, maka singkapkanlah dia. Tiba-tiba perempuan itu ialah engkau. Lalu aku berkata: Jika ia adalah daripada Allah, maka Dia akan meneruskannya". (Bukhari no: 3682).
6. Antara hikmah perkahwinan baginda dengan Aisyah ialah dari sudut sebaran ilmu hadis. Dimaklumi Aisyah adalah seorang wanita yang cerdik dan bijak. Kebersamaannya dengan baginda sejak usia 9 tahun telah memberi ruang yang luas kepadanya untuk tahammul (menghafal) hadis-hadis Nabi. Dan terbukti beliau termasuk sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadis.
7. Tohmahan musuh-musuh Islam, bahawa baginda berkahwin dengan Aisyah yang muda semata-mata kerana nafsu adalah tertolak. Lihatlah kesemua isteri-isteri Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam selain Aisyah. Kesemua mereka adalah janda, kecuali Aisyah. Malahan ada yang menjadi isteri baginda ketika sudah berusia seperti Saudah.
Sebenarnya, musuh-musuh Islam sudah ketandusan idea untuk menolak kehebatan dan kebenaran agama Islam ini. Sehingga akhirnya mereka terpaksa membuat tohmahan berbentuk keduniaan pula.
Wallahu A'lam.
Posted by Mujahidiin at 1:46 PM
02 Jun 2009
Tubuh Rasulullah haruman kasturi raihanul miski
Sahabat menelan darah dan air kencing Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم ?
Malik bin Sinan (ayah Abu Said Al-Khudri) dalam Perang Uhud telah menelan darah Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم yang keluar dari luka di pipi beliau. (Ibn Qayyim, Zadul Ma`ad, 3/94; Shafiyurrahman Al-Mubarakfuri, Ar-Rahiqul Makhtum, hal. 219; Qadhi Iyadh, Asy-Syifa bi-Ta'rif Huquq Al-Mushthafa, hal. 40).
Al-Mubarakfuri menulis bahwa :
"Malik bin Sinan ayah Abu Said Al-Khudri telah menyedut darah dari pipi Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم sampai menelannya. Nabi صلى الله عليه وآله وسلم bersabda, "Ludahkanlah itu!" Malik bin Sinan menjawab,"Demi Allah, aku tidak akan meludahkannya." Kemudian dia berbalik dan berperang. Berkatalah Nabi صلى الله عليه وآله وسلم ,"Barangsiapa ingin melihat seseorang dari penduduk surga, hendaklah ia melihat orang ini," Malik bin Sinan kemudian mati syahid." (Shafiyurrahman Al-Mubarakfuri, Ar-Rahiqul Makhtum, hal. 219)
Bagaimana hukum menelan darah Rasulullah? Menelan darah Rasulullah hukumnya boleh (mubah), kerana darah Rasulullah adalah suci, bukan najis sebagaimana darah manusia umumnya. (Mahmud Abdul Lathif Uwaidhah, Al-Jami' li Ahkam Ash-Shalah, 1/74). Hal ini termasuk dalam khususiyat yang hanya dimiliki Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم , tidak dimiliki oleh manusia lainnya.
Imam Qadhi Iyad dalam kitabnya Asy-Syifa bi-Ta'rif Huquq Al-Mushthafa, hal. 39 telah membuat satu pasal berjudul : "Fasal Mengenai Kebersihan Tubuhnya, Kewangian Bau Badannya, dan Kebersihannya dari Kotoran-Kotoran dan Cacat- Cacat Tubuh." Dalam fasal itu Imam Qadhi Iyad menyatakan salah satu khususiyat Nabi صلى الله عليه وآله وسلم sebagai berikut :
"Adapun kebersihan tubuhnya, kewangian bau badannya dan keringatnya dan kebersihannya dari kotoran-kotoran dan cacat-cacat tubuh, maka Allah telah mengkhususkan Nabi صلى الله عليه وآله وسلم dalam hal-hal tersebut dengan khususiyat- khususiyat yang tidak dijumpai pada selain beliau." (Qadhi Iyad, Asy-Syifa bi-Ta'rif Huquq Al-Mushthafa, hal. 39).
Dalam fasal inilah, Imam Qadhi Iyad menukilkan banyak riwayat-riwayat sebagai dalil bagi bab tersebut, di antaranya adalah riwayat bahwa Malik bin Sinan yang menelan darah Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم dalam Perang Uhud. Qadhi Iyad berkata :
"Di antaranya riwayat mengenai ini adalah tindakan Malik bin Sinan meminum dan menyedut darah Rasul صلى الله عليه وآله وسلم saat Perang Uhud, dan adanya izin Nabi صلى الله عليه وآله وسلم baginya melakukan itu, dan sabda beliau : "Dia tidak akan terkena api neraka." (Qadhi Iyad, Asy-Syifa bi-Ta'rif Huquq Al-Mushthafa, hal. 40).
Riwayat lain yang dinukilkan Imam Qadhi Iyad adalah tindakan Abdullah bin Zubair yang meminum darah bekam Rasulullah dan tindakan ini tidak diingkari oleh Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم .
Diriwayatkan pula bahwa ada seorang wanita telah meminum air kencing Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم , maka Rasululah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda kepada wanita itu : "Kamu tidak akan pernah lagi mengeluhkan sakit perutmu selama-lamanya." .
Imam Qadhi Iyad menyatakan bahwa hadits wanita yang meminum air kencing Rasul صلى الله عليه وآله وسلم adalah hadits sahih, yang menurut Ad-Daruquthni hadits ini dikeluarkan oleh Al-Bukhari dan Muslim. Nama wanita itu adalah Barakah .(Qadhi Iyad, Asy-Syifa bi-Ta'rif Huquq Al-Mushthafa, hal. 40).
Dengan demikian, jelaslah bahwa menelan darah Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم adalah mubah, karena darah Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم tidak najis. Ini merupakan salah satu khususiyat Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم yang tidak dimiliki oleh orang lain
teks asal dalam kitab Qadhi Iyad, Asy-Syifa bi-Ta'rif Huquq Al-Mushthafa:
ومنه شرب مالك بن سنان دمه يوم أحد ومصه إياه وتسويغه صلى الله
عليه وسلم ذلك له وقوله له لن تصيبه النار، ومثله شرب عبد الله بن الزبير دم حجامته فقال عليه السلام ويل لك من الناس وويل لهم منك ولم ينكر عليه.
وقد روى نحو من هذا عنه في امرأة شربت بوله فقال لها لن تشتكى وجع بطنك أبدا، ولم يأمر واحدا منهم بغسل فم ولا نهاه عن عودة.
وحديث هذه المراة التى شربت بوله صحيح ألزم الدارقطني مسلما والبخاري إخراجه في الصحيح، واسم هذه المرأة بركة واختلف في نسبها وقيل هي أم أيمن وكانت تخدم النبي صلى الله عليه وسلم، قالت وكان لرسول الله صلى الله عليه وسلم قدح من عيدان يوضع تحت سريره يبول فيه من الليل فبال فيه ليلة ثم افتقده فلم يجد فيه شيئا فسأل بركة عنه فقالت قمت وأنا عطشانة فشربته وأنا لا أعلم
yang dimaksudkan oleh Qadhi Iyad ialah hadith tersebut sahih dan ad-Daraquthni berpendapat sepatutnya hadith ini dikeluarkan oleh al-Bukhari dan Muslim dalam kitab sahih mereka.
Kesimpulannya: hadith ini tidak dikeluarkan oleh Bukhari dan Muslim, tapi ia hanya dinyatakan sahih oleh al-Qadhi Iyad & ad-Daraquthni.
Wallahu a3lam
No comments:
Post a Comment